Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Wednesday, March 30, 2011

hijau ke, biru ke, pink ke, kuning ke. yang penting kita kan orang malaysia.

it just my opinion. kalau ada apa apa nak bangkang atau tak puas hati mahupun caci maki. sila lemparkan ke tempat lain. aku tadak masa nak layan. HAHAHAHAHAHA

***** 
so, the story was going like this. 

pagi nyaman. angin bertiup sepoi sepoi bahasa. burung pun bernyayi riang. pepohon melambai lambai ditiup udara pagi.

can you stop that? it sound sangat menggelikan hati. straight to the point je boleh tak?

okay okay =.=" 

so pagi tadi. class mate aku buat keputusan nak pakai baju korporat (we call it baju F1) yang ada lambang university kami tu. nak dijadikan cerita that baju tu kaler dia dijodohkan berwarna hijau. so, dipendekkan ceritanya the university for sure la belong tu kerajaan pusat sebab nama pun ipta. i dont know why, tapi dah jadi macam isu sensitif pulak bila baju berwarna hijau tu dipakai dikawasan universiti yang berstatuskan kerajaan punya. well, lagi pun baju tu pulak ada lambang universiti and for sure the varsity doesnt want the outsider thinks negative bout it. well, maybe orang lain akan cakap:

"pasai apa pakai baju kala ijau ni. pa cita ni. bila plak universiti dot dot dot jadi parti dot dot dot punya ni. bukan depa ni pro kerajaan ke?" (well, it just a contoh) kenapa aku mesti sound like IniAnwarHadi? *sigh

dan maybe.

"ish bebudok ni mesti anti kerajaan ni pakai baju kaler ijau cenggitu. time belajor pun nak politik. apa kes? ce citer ce citer....

again, it's contoh.

so, back then. class mate aku yang pakai baju yang kaler hijau tu pun need to face the hep lah. and the hep told them to do not wear that kind of shirt yang have the same color with it. well, for sure hep tegur dengan cara elok. and diorang pun tau yang my friends tu tak da niat pun nak politik at the campus. diorang just takut orang lain punya perception je. tetapi cuma, my question is,

it is boleh dideskriminasikan the color? well, according to my friend punya status kat fesbuk, they  never have ittention to create the politic issues in campus but then, when the varsity cakap supaya tak payah pakai baju tu lagi, nampak sangat macam the varsity yang timbulkan isu politik tu. 

okay fine. they just takut orang punya perception.

tapi tu lah. bila balik je hampir all my classmate buat status pasal tak puas hati dengan law yang tak boleh pakai baju hijau tu. well, of course they feel tak puas hati sebab mahal dowh buat baju tu. 60 hengget tu. takkan pakai sekali je pastu nak buat kain buruk pulak. tapi aku rasa tak perlulah kot semua orang nak buat status bagai macam tu kot. well, almost my classmate ada friends dengan our pengarah kampus dekat facebook. so, what you thinks the pengarah rasa when he baca all that status tu? 

pengarah tu will gonna ajar subject green marketing to us kot. well, since the subject name sound sangat pembangkang. maybe we should tukar the name kot. blue marketing sound macam sangat boleh diterima. oh, just giving an opinion je. no offence. 

psst: tapi kalau tukar ke subject pink marketing lagilah i suke. auwww...


Monday, March 28, 2011

kenapa semua orang seperti buat buat lupa yang aku berada dinegeri yang tak ada panggung wayang?

8.30 malam

tit tit tit 

tiba tiba dapat mesej. okay bunyik tu bukan bunyik henfon aku bila dapat mesej sebab hanfon aku sentiasa berada dalam mode senyap. itu hanyalah gambaran yang menunjukkan aku dapat mesej. oh, anyhow that text is from Steve. oh, lelaki homosexual ni boleh mesej aku pulak. apahal?

"dude, just finish watch dalam botol. and i feel like macam nak berubah. you dah tengok ke?"

dan aku tak tahu nak reply apa. maka jari aku reflek menaip ini

"kalau lima tahun from now kelantan got panggung and the dalam botol still on showing, i let you know"



=,="

Saturday, March 26, 2011

eh, kenapa tiba tiba panas?

26 march 2011

*****
saya bangun awal hari ini. terus capai remote controller tv.

dari tv1 saya tekan pulak punat tv3. ceh cerita sama. asyik asyik cerita datuk tu rogol orang gaji lah, datuk ni sewa pelacur la, datin ni buat video lucah lah, datuk ni liwat datuk tu lah, datuk t, u, v, w lah. semua cerita sama. ciss. saya bermonolog didalam hati. saya blah dari tempat kejadian. masuk bilik dan on laptop. buka facebook. ala... cerita lama lagi. asyik asyik pasal budak nak bunuh diri kat kbmall tu. bosan. saya tutup laptop. baring. nak tidur semula. kipas saya pasang nombor tiga. comforter saya tarik sampai dada. wah, nyaman. nikmatnya hari sabtu. saya bisik dalam hati.

***** 
saya tak tahu kenapa. tiba tiba saya terjaga. eh, silap. saya tak tahu kenapa, tiba tiba saya rasa panas, yang menyebabkan saya terjaga. eh, kenapa ni? saya celikkan bijik mata. eh, kenapa kipas tu tertutup. saya musykil.  kepala saya mula memikirkan mengenai cerita 'hantu jamu gendong' yang saya tonton beberapa hari lepas. cis, siang siang pun nak takut kenapa? be a man ali. saya beri kata kata peransang dalam hati. ya, dalam hati sahaja. 

akhirnya saya beranikan diri. pergi kearah kipas. suisnya on, tapi kenapa kipas tidak berfungsi. saya mula terbayang babak babak dalam filem 'hantu jamu gendong' yang saya tonton hari itu. saya ketuk ketuk kipas tersebut. masih tidak berfungsi. aduh, kenapa? ha!!! tiba tiba otak geliga saya keluar idea. saya pantas keluar dari bilik dan terus ke suis utama. ciss, patutlah. suis utama ditutup. tapi siapa yang tutup? hantu jamu gendong kah?

"eh, jangan buka. tak sampai pukul 930 lagi lah," tiba tiba satu suara kedengaran dibelakang saya. saya toleh. mintak mintak bukan hantu jamu gendong. saya beristigfar. ya, bukan hantu jamu gendong rupanya. rakan serumah saya rupanya. saya besyukur kerana jodoh saya dengan hantu jamu gendong tidak kesampaian.

"kenapa tak boleh bukak? kenapa kena tunggu pukul 930?" saya tanya rakan serumah saya balik.

"lah... kan earth hour dari 830 sampai 930. kau ni tu pun tak tahu ke?" rakan serumah saya mula berlagak yang dia encik serba-tahu. dia mula eksyen yang dia memang sayangkan bumi seperti Kan Ros yang menguar uarkan teknologi hijau itu.

"memang aku tak tahu. tapi yang aku tahu earth hour dari pukul 830 malam sampai 930 malam. bukan pagi," saya hampir maki hamun dalam hati.

dan rakan saya beredar dari tempat kejadian tanpa muka bersalah. malu dia dibuatnya.

***** 
"...mari lah kita sama sama menutup lampu malam ini dari pukul 830 sehingga 930 agar kita dapat mengelakkan climate change dan menyokong green teknologi...." Kak Rose the first lady.

Friday, March 25, 2011

sari berita penting: budak nak mati sangat tapi tak sempat mati dijumpai tergantung di menara KB mall

salam satu malaysia dan salam muhibbah

seorang remaja perempuan dijumpai cuba membunuh diri di bandaraya islam kota bharu lebih kurang jam 430 petang semalam. remaja terbabit yang diyakini cuba membunuh diri kerana result spmnya yang hanya cukup cukup makan sahaja yang menyebabkan dia kecewa lalu self esteemnya menurun. budak perempuan itu memang sudah diyakini fail didalam peperiksaan spm nya kerana terbukti beliau bukan remaja yang cerdik. hal ini demikian kerana seorang yang cerdik tidak akan membuat cubaan membunuh diri kerana orang yang cerdik cukup arif mengenai dosa dan pahala. walhal, remaja terbabit memang diyakin kurang cerdik kerana kalau dia cerdik pasti dia akan cuba membunuh diri di tempat yang lebih tinggi. "ala... kb mall je tinggi sekangkang kera je. kalau jatuh pun patah ibu jari kaki je kot." kata seorang responden yang ditemui berlegar legar di sekirar kb mall ketika cuba memberi kata semangat kepada si pembunuh diri agar mengucap dahulu sebelum terjun agar beliau mati dalam islam walaupun dia tahu yang lepas mati tu kompem masuk neraka punya. oleh yang demikian silalah layari youtube untuk melihat video berkenaan. sekian, salam satu malaysia.


Wednesday, March 23, 2011

bimbo yang suka mesej pakwe time pakwe dia bawak kereta tu sebenarnya nak jadi janda sebelum masanya

hipotesis: jangan berkapel dengan perempuan yang suka menaip. 

perempuan suka menaip yang aku maksudkan itu bukan kerani. memang tugas hakiki seorang kerani ialah menaip. tapi apa yang aku maksudkan disini ialah perempuan yang suka menaip mesej.

A: pakwe saya ada kereta viva
B: owh. patut lah dia suka mesej awak time dia drive. that is so, "viva forever*" kan?

*****

jalan memang jammed teruk. aku maki hamun. bodoh! bangang! dah lah jalan turap  tak betul. pastu motor ni nak selit selit pula. aku maki hamun lagi. tapi dalam hati jelah. 
saya memang tak reti menyuarakan pendapat dengan suara luar dari hati

saya selalu berebut. nak balik cepat.
kalaulah saya bersabar.
maafkan saya mak.
*ciss... apasal kepala aku boleh terfikir pasal iklan klasik ni? duhh...

aku pandang sahabat aku yang tengah drive kat tempat duduk driver. 
memang lah dia duduk kat tempat duduk driver dah nama pun dia yang drive. saya ni bodoh juga sekali sekala.

dia tampak tenang sambil tangannya menekat punat punat telefon tangannya yang sentiasa tersepit ditangn kirinya sementara tangannya yang lagi satu mengawal stereng. ceh, aku yang tak drive ni pun boleh bengang dengan keadaan trafik yang tak menentu ni, dia boleh pulak text dengan awek dia tu. hampeh. sangat hampeh. aku maki lagi. but again, dalam hati jelah.
dah la jalan jammed dia boleh nak main mesej mesej dengan awek dia pulak. memang menepati slogan "ingatlah orang yang tersayang" betul lah sahabat saya seorang ni. sampai time bawak kereta pun still mahu bertanya khabar, berintan payung, bersayang sayang ke?

aku seboleh nya cuba menoleh apa yang dimesejkan oleh sahabat aku ni. dan ya, dia sebolehnya mengelak. tak mengapa. aku tak mengalah. gigih! dan tika telefon tangan dia berbunyi aku sepantas kilat menoleh kearahnya. dan dapatlah aku membaca apa yang ditaip oleh awek sahabat aku ni. kurang lebih macam ni lah yang dia taip,

"abang ni drive carefullylah ek. jangan bawak laju laju"

tang bawak laju laju tu memang aku setuju seratus percent sebab sahabat aku ni memang tak boleh bawak laju didalam keadaan trafik yang cam sengal ni. tapi tang "drive carefully" tu aku sedikit curiga.

kenapa kau perlu mesej balak kau suruh dia drive carefully sedangkan kau tengah menyebabkan dia tak boleh drive carefully? i dont know why. tapi kalau kau rasa menaip mesej sambil membawa kereta tu sesuatu perkara yang disifatkan sebagai drive carefully, mungkin aku boleh terima. tapi aku rasa kat malaysia ni tidak tercipta lagi undang undang sebegitu. mungkin kau bukan orang malaysia dan mungkin kau orang dari planer namiq barangkali. 

kalau balak kau hilang tumpu masa memandu macam mana? lepas tu terbabas ke? dan lepas tu... adehh... aku malas cakaplah. kau memang carik nahas nak jadik janda sebelum waktunya lah tu.

duhh... 

***** 

hipotesis: jangan berkapel dengan perempuan yang suka menaip.

hipotesis berjaya!!!

*viva forever = selamat tinggal selamanya


good driver just drive. ingatlah insan tersayang.

Monday, March 21, 2011

commonly facebook status used.

i am start used facebook since 2009. wah, still new lah aku ni dalam arena facebook ni. bak kata Siti Nurhaliza masih hijau lagi lah. tapi since that aku realize something dan telah lama membuat kajian mengenai tabiat tabiat manusia dalam membuat status di wall mereka. ayuh kita saksikan apa kata survey.

satu: status putus cinta
status begini memang sering dibuat oleh gadis gadis. tidak ketinggalan jejaka jejaka juga sering membuat status sebegini. mereka sebenarnya kecewa dengan pasangan masing masing yang mungkin telah meninggalkan mereka sebab mereka tak cantik/kacak, mereka selalu pentingkan diri sendiri ataupun sikap mereka yang suka bershopping itu. maka tidak hairanlah mereka ditinggalkan oleh pasangan mereka. dan selepas ditinggalkan pasangan mereka maka keluarlah status status seperti ini di wall facebook mereka,

"lahabau punya jantan. kau tinggalkan aku sebab betina tak guna tu. siap lah kau, aku santau kau sampai muntah darah,"

atau

"aku nak buat macam mana. dia pilih klcc dowh,"

ataupun

"mengapa dirimu tiada tika aku sedih begini? mengapa aku ditinggalkan sendirian?"

juga mungkin boleh dibuat ala ala bentuk peribahasa. contohnya begini,

"sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi,"

atau,

"bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. tapi tidak semua bunga dihinggap kumbang" 

dan lepas tu mula lah ramai yang komen. "kenapa babe? Roy dump you ke? take care sayang..."

dan maka arakian berlaku lah adegan umpat mengumpat kepada lelaki bernama Roy diantara dua sahabat didalam facebook itu.

dua: status makanan sedap sedap
status macam ni biasanya aku nampak semasa akhir akhir bulan. well, biasalah akhir akhir bulan kan gaji semua dah abis dok buat berjoli. maka masa ni lah nak makan sedap sedap tapi tak kesampaian. maka alkisahnya keluarlah status yang ditaip sambil menitis ayaq liur. contohnya,

"wah, chocolate fudge kat secret recepi tu nampak cam sedap. do want!"

atau

"lepak kat mcD just nak guna free wi-fi. nak makan tak da duit," 
sambil diakhirnya ada ikon ini  T,T

malah bukan itu sahaja. status makanan sedap sedap ini juga sering dikaitkan dengan status resepi. contohnya,

"rasa macam nak masak spegeti bolognese lah petang ni. sape tau cemana nak buat?"

ataupun

"hubby i teringgin pulak nak makan masak lemak pucuk paku. alemak cemana ni? pucuk paku tu pun i tatau apadia," 

aku pon selalu jugak letak status macam ni. tapi status aku sama je. tak ada perkataan secret recepi atau mcD. status aku hanya begini,

"megi tomyam memang sedap. sampai rasa macam nak menangis,"

sedihkan status akhir bulan aku? sedih giler!

tiga: status wishing besday dan selamat malam
status sebegini biasanya diletakkan khas untuk mengucapkan selamat ulang tahun. mereka biasanya akan letak status ucap selamat hari jadi, kemudian diorang akan tag lah semua rakan mereka yang jadik masa tarikh hari tu. contohnya macam ni,

"hapi besday kepada, dato' k, salma mentor 5, makcik nasik lemak, puteri ilyana maisara qistina kamaruzamman assadiqi, dan lain lain,"

dan lepas tu diorang pun akan dapat banyak notification sebab rakan rakan yang diorang tag tu ucap thanks for that wishing. maka arakian , berlaku lah sesi mengomen diantara dato' k, salma mentor 5, makcik nasik lemak dant tidak lupa puteri ilyana maisara qistina kamaruzamman assadiqi untuk mintak hadiah besday dan kek hari jadi.

bukan itu sahaja, status wish selamat malam juga sering diletakkan untuk menggambarkan yang mereka sudah mahu tidur. tapi itu lah, mereka ni sebenarnya bukan mahu tidur sangat pun, tapi saje je letak supaya lepas tu orang akan like that status and comment on it to wish "sleep tight," dan juga "sweet dream,"

tapi bila mereka letak status macam tu sebenarnya bila mereka mahu tidur? diorang ni sebenarnya macam nak tunggu orang komen status diorang tu, so what the hell kau letak status wish good nite tu?

eh, aku rasa aku pun selalu juga letak status wish selamat malam ni. TEEHEE.

"ngantuknya. selamat malam semua. jumpa lagi pada hari esok,"


oh ya. juga sering dikaitkan dengan status wishing good morning dan lain lain.

empat: status assignment
status assignment biasanya digunakan oleh para siswazah atau pun pelajar sekolah yang sedang dalam mood malas buat kerja sekolah. well, apabila mereka sebenarnya memang berada didalam mood malas buat assignment, maka setelah dipostnya status mereka yang menyatakan mengenai assignment yang banyak gila tu, mka lagi lah mereka tak buat assignment tersebut. ye lah, dah bila diorang post tu maka akan banyak lah notification mereka. dan bila masa nak kau nak buat assignmennya kalau kau sibuk nak reply semua komen tu?

apakah?

lima: status ingat mengingati
status sebegini biasanya diletakkan oleh golongan yang mahu berdakwah kononnya. well, status macam ni bagus sebenarnya tapi orang mula naik menyampah pulak dah sebab semua benda nak dia cakapkan. itu tak bolehlah, ini tak bolah lah. well, bila tiba jepun kena tsunami ni pun banyak status ingat mengingati yang keluar kat facebook aku.

ada satu status ingat mengingati yang aku ingat sampai sekarang. ia berbunyi begini,

"...sebarang pembangunan yang mereka ingin lakukan seharusnya mengkaji dahulu keadaan sekeliling dan mengaitkan dengan climate change dan green technology..."

eh tu status kat facebook sape eh? oh bukan di facebook tapi tak mengapalah as long as dia mengingatkan kita pasal CLIMATE CHANGE dan GREEN TECHNOLOGY.

hurmm... rasanya tu je lah yang aku dapat kongsikan. tapi ada banyak lagi status yang biasa orang buat. aku senarai pendekkan aje lah ye.
-status forsuare
-status jumpa artis
-status update blog
-status datang bulan
-status pergi tengok muvi apa hari ini
-status marah kat jiran
-status yang lain lain juga...

okay lah. sampai disini sahaja penemuan kita pada hari ini. jumpa lagi dimasa akan datang pada hari dan waktu yang sama dalam rancangan "kau ingat kau sorang je ada facebook?"

daaa.....

pssst...: when we call it natural disaster, it about the power of the One above. bukan sebab climate change ke hape tu.   malu saya dibuatnya (mirnawan nawawi, Polident 2008)

Friday, March 18, 2011

kacak luar kacak dalam



first time aku dengar lagu senyum ni aku ingat ni lagu tak senonoh. ye lah sebab aku dengar lagu ni macam... well, kau tau kan

"kocak luar, kocak dalam,"



ROFLLMAO!!!



oh shit. lame giler kan aku. dont get me wrong, bukan salah aku, tapi lagu tu la yang salah. yang nak berkocak kocak tu apahal?

yang aku sibuk nak cerita pasal kocak ni apahal? malu saya dibuatnya (mirnawan nawawi, Polident)

aku nak cerita pasal kacak. kau tau kacak... ala... kacak tu macam... err... macam...
macam aku lah. lagi mahu tanya?

okay okay. aku mengaku. aku tak sekacak mana. malah tak kacak langsung pun. malah kalau kau terserempak dengan Jonhny Depp kau tak akan menegur dia dengan ayat ini, "muka awak macam muka Ali lah,". takkan. dan tidak akan sama sekali.

okey Johny Depp, straight to the point. eh, i mean, Ali. straight to the point Ali. jangan nak kona kona lah. 

okay okay. maka sekarang aku nak cerita pasal kacak. well, ini bukan cerita aku jumpa lelaki kacak yang macam Aaron Aziz kat Maybank beberapa bulan yang lalu. ni kisah bagaimana lelaki yang tak hensem langsung boleh kelihatan kacak. haah kan? macam mana muka dah tak hensem tapi masih mahu kelihatan kacak? well, lelaki lelaki yang kurang kacak diluar sana jangan risau. aku ada tips yang mungkin akan membantu.

satu: sentiasa pakai spek itam




kajian yang dibuat menunjukkan lelaki yang memakai spek itam akan lebih kelihatan kacak. aku tak tahu tapi memang orang cakap macam tu. adakah kekacakkan seseorang itu terlihat dari matanya? maka jika mata tak cantik tak kacak lah orang tu? err... mungkin jugak kot. so, untuk tidak menunjukkan ketidakkacakkan itu yang disebabkan oleh mata itu maka relevanlah. sila jangan pakai spek itam yang menampakkan anda seperti cacat penglihatan pula. ray ban adalah cadangan yang bernas. tapi silalah jangan pakai spek itam didalam panggung wayang, mall, mahupun di kelab malam. kalau kau pakai spek itam dikawasan yang sebegitu dan sewaktu dengannya maka ia telah menunjukkan kebodohan kau yang amat ketara.

"tapi kau kata kena sentiasa pakai spek itam?" 

okay fine. aku silap. abaikan the word 'sentiasa' tu.

dua: sila berlagak macho





ini adalah tips yang yang digabungkan dengan tips nombor satu. ya, dengan memakai spek itam anda akan secara automatik akan kelihatan macho. tapi sebenarnya ada banyak lagi cara mahu menunjukkan kemachoan anda. contohnya dengan menaikkan kolar baju semasa berkegar legar di mall, menunjukkan kepala tali pinggang anda, juga mungkin anda boleh berlagak macho dengan melepak di starbuck sambil bukak facebook. atau pun mungkin anda boleh berlagak macho dengan memandu kereta yang bersifat sporty.bila lelaki memandu kereta yang sporty dia secara automatik akan kelihatan macho. bayangkan bila seorang lelaki memandu kereta Mitsubishi. damn hot yaww! aku pon bisa jatuh cinta. erkk...?

tiga: berkawan dengan lelaki yang kacak





dengan berbekalkan hipotesis "semakin ramai rakan kamu yang kacak maka kamu akan melihatan kacak juga", aku percaya kau akan kelihatan kacak. maka silalah berkawan dengan aku. nescaya kau akan kelihatan kacak. eh, add la aku as friend. jika perempuan tengok dalam akaun fesbuk kamu yang kawan kawan kau semuanya kacak kacak maka pasti dia akan beranggapan yang kamu kacak juga. tapi kamu perlulah letak gambar yang kacak. eh tapi kau kan tak kacak macam mana nak letak gambar yang kacak? oh ya, letak la gambar kamu pakai spek itam.

bernas kan idea aku? kan? kan?

kan??

empat: gayakan dengan baju sweater atau vest






mungkin dengan mengenakan vest dan sweater anda dapat menyorokkan perut buncit anda. dan ya, perut buncit merupakan salah satu perkara yang menjadikan anda tidak kacak. maka dengan mengenakkan vest atau sweater maka kau akan nampak lebih kacak dan hensem. eh, tapi jangan pulak tengah panas terik kau pakai sweater pulak. kau mungkin boleh aplikasikan sweater itu dengan benda lain, kardigan barangkali? oh ya, aku sebagai lelaki tanpa segan silu akan memuji seorang lelaki itu kacak kalau dia mengenakkan kardigan. i mean apa hal nak puji lelaki kan? gay ke apa? jangan salah paham aku bukan gay. lesbian jauh sekali. seorang lelaki tidak akan boleh menjadi lesbian walau dia mencuba sedaya upaya. betul. ini serius! (ming ming, wonderpets)

eh. apahal aku ni tetiba cakap pasal isu homophobic ni?

adehh!!

lima: tunjukkan tubuh sasa anda






ha? apa lagi? masa inilah anda mau menayangkan tubuh sasa anda yang sexy itu. kajian menunjukkan 90 peratus kuman bukan datang dari gigi  dengan menayangkan aset anda yang berbadan sasa itu anda akan kelihatan jauh lebih kacak. ini terbukti benar karana perempuan memang meminati lelaki yang bertubuh sasa. tak percaya sila tanya Ali. tubuhnya yang tidak sasa membuatkan dia tidak ada awek sampai sekarang. eh,siapa Ali tu? sibuk je nak inter frame dalam ini entry.

ha. tu je lah yang aku boleh kongsikan cara cara mahu kelihatan kacak. atau kau ada idea lain? ayuh mari kongsikan bersama.


picture: curik kat google dan facebook. terima kaseyyy !!!


Tuesday, March 15, 2011

kenapa aku tidak mahu terikat dengan mana mana wanita

what's happening forum?

pertama tamanya aku nak say sorry la sebab agak lama tak update blog ni.

"agak lama? hello... terlalu lama okay. i tak boleh hidup tak baca blog you tau," kata seorang pembaca setia  kepada aku semasa aku bergegas mahu keluar dari kelas lima jam yang lalu.

okay la. sori la sebab terlalu lama tak update blog. well, tak ada apa yang nak diceritakkan sebenarnya. well, hidup aku memang macam ni lah. tak menarik langsung nak diceritakan. maka tak ada apalah yang nak diceritakkan. 

"wut? tak ada apa yang nak diceritakkan? alemak derr, lu punya stori anak ikan apa macam? takkan tergantung camtu je? gua dah lama tunggu ni," kata seorang mat rempit pula semasa aku lepak lepak kat tepi sungai kelantan semalam.

okay fine. aku tau yang anak ikan aku tu dah macam tergantung je. aku tak da masa lah. lagipun aku malas. nak buat macam mana kan?  so now kita terus je lah move on kepada tajuk yang kita akan bincangkan ini. cehh, bajet aku macam nak mengacara MHI pulak dah.

okay okay. stop that merapu meraban.

now lets moving to what i gonna tell you. its about kenapa aku tak mahu terikat dengan wanita. atau pun dalam erti makan dalamnya. kenapa aku still solo dan tak ada orang nak? 

damn shit... siapa cakap aku tak ada orang nak? look, bukan tak ada orang nak tapi aku ni je yang malas nak berkomitmen dengan perempuan. well, bagi aku teman wanita ni menyusahkan. yup, menyusahkan. kau nak aku ulang lagi sekali? menyusahkan. again, TEMAN WANITA NI MENYUSAHKAN.

picture: credit to character studio
satu: malas nak layan perempuan merajuk tak ingat dunia

agaknya perempuan ni memang dilahirkan untuk buat dua benda aje kot. tak menangis, mesti merajuk. i tell you wut, kalau lambat reply mesej nak merajuk, kalau lambat jawab call nak merajuk, kalau lambat jemput dari kelas nak merajuk, kalau tak kasi makan mcd nak merajuk. hey perempuan, kaw apahal? kau tak ada rutin lain ke selain nak merajuk twenty four seven? pelislah... lelaki ni kerja tetap dia bukan nak pujuk kau sorang je. dia ni banyak lagi kerja part time. nak tengok bola lagi, nak repair motor lagi, nak tengok tv lagi, pulak tu nak layan semua kerenah kau pulak. duhh... kononlah kau nak cakap kalau kau merajuk tu bila balak kau pujuk itu menunjukkan kau menang. yess... maybe untuk beberapa golongan lelaki dia akan pujuk kau dengan segala macam cara. tapi kalau aku? HELL NO!!! that's why aku tak terikat dengan mana mana perempuan. aku tak ada skill untuk memujuk tu. so, girls better get off.

dua: tak suka cemburu buta

ni lagi satu tebiat yang aku tak faham dengan perempuan yang dah ada balak. terlalu cemburu. girls... come on lah. takkan semua benda yang balak kau buat kau nak cemburu kot. memang lah kau patut cemburu tapi agak agak lah. takkan dia dengan kengkawan dia pun kau nak jeles kot. takkan dia tak boleh nak bersosial pulak. he do ada ramai kawan perempuan, but please lah. nama pun kawan, maka kau tak patut nak jeles pun. dia lebih sayangkan kau dari semua kawan kawan dia. taht is why kalau kau merajuk dia sanggup pujuk. maka kau tak payah risau lah. nak jeles bagai. kau apahal? sebab tu lah aku tak ada awek. malas nak layan perempuan nak cemburu buta ni.

sangat irritating okay.

picture: credit to character studio

tiga: tak da masa nak dating


dude... tak da masa lah nak bercinta bagai ni. malas nak keluar dating. its costly dan juga waste time. so, sebab tu lah aku malas nak kapel kapel ni. buang duit lah. nak berdating aje dah nak kena keluar duit minyak lagi, makan lagi. perempuan nak bayar semua tu? kirim salam awal awal lah. tak macho la kalau perempuan yang bayar. walau pun dia yang beria ia yang ajak dating tapi yang keluar duitnya bukan dia. balak dia jugak. maka? kalau sape sape yang nak kapel ngan aku sila jangan ajak aku dating melainkan you tell me this, "tak pe lah nanti sayang bayar duit minyak kereta abang eh,"...

"dude... tak romantik lah kau.."

aku pedulik apa. aku tak de duit...

titik!

empat: malas mahu melayan kerenah perempuan yang tergedik gedik


aku masih belum tahu apa maksud tergedik gedik itu. ia mungkin membawa maksud bimbo atau chikaro atau apa apa aje lah. hell what, aku juga tak tahu apa itu bimbo dan juga chikaro. lantak lah, yang penting kau buat buat mengerti je la. that's it. aku malas nak layan perempuan yang tergedik gedik ni. well, perempuan ni bila je dah ada balak mula lah nak manja manja. nak itu lah, nak teddy bear kaler pink lah, nak jumpa tetiap hari lah. oh puh-liss... aku bukan seoorang lelaki yang mudah tertipu dengan tipu daya gedik itu. not my type nak layan perempuan yang "you i berkenan lah dekat teddy bear tu. kaler pink. comel sangat. i nak lah you. nak jugak. nak jugak. nak jugak," hell NO!!!

kau nak gedik gedik? dont you dare to be my girlfy...

lima: bosan dengan call and text setiap hari


aku rasa kalau aku adalah salah satu insan yang boleh hidup tanpa telefon. well, aku memang seorang yang malas nak mereply mesej. aku lebih prefer kalau kau hantar email sahaja pada aku. well, mungkin agak bosan mahu menaip dengan menekan beberapa kali untuk mendapatkan huruf c. tapi itu bukan masalahnya. aku memang jenis yang tidak suka mahu bermesejan ini. melainkan ada perkara penting. perkara penting itu tidak termasuk dengan sms berantai yang kalau tak sebarkan aku boleh masuk neraka atau apa jadah tu semua. oh ya, semetara aku tangah cakap pasal sms berantai baik aku bagi warning dulu. sila jangan hantar kat aku sms yang sebegitu rupa. aku tak pernah percaya pun kalau tak sebarkan sms (ayat ayat alquran misalnya) boleh mendatangkan bala. well, bala datang bila bila masa lah. kau tu yang dah syirik sebab percaya yang akan ditimpa bala kalau tak forward mesej tu. ciss.

picture: curik kat Google


eh. yang kau lari topik ni apasal? aku tengah cerita pasal perempuan yang suka text and call ni.

sila bagi tumpuan pada penulisan aku.

dan yes... perempuan ni suka sangat nak text and call tetiap hari. padahal nak tanya benda yang sama je. apasal nak buang kredit semata mata nak tanya benda yang sama ni? kalau tak balas mesej mulah lah nak merajuk tak ingat dunia. oh, menyampah sangat tau.


well... that is why aku malas nak kapel kapel ni. perempuan ni menyusahkan. kan? kan?


kan??

"ceh, padahal tak de orang nak kat kau kan?"


siapa yang cakap tu? choyy sangat!

Monday, March 7, 2011

kempen mari BELI beg plastik

happy monday guys... 

yup this is monday. well, everybody hate monday. including me. wait wait... i will not story about monday. i wanna to tell all of you about saturday. so now semua orang dah tau yang ini entri basi. biasalah aku ni memang jenis kalau tulis sikit je dah malas nak sambung. tadek mood. maka setelah beberapa hari entri ni berkeliaran kat dalam draft tu maka baru aku sambung tulis and publish it.

so. stop that merapu merepek meraban tu semua. now, back to that topic. yes, its about saturday. so, the story is going like this, hari sabtu hari tu i went to tesco for looking some stuff. than i beli a lot of barang lah jugak. then lepas dah pilih semua barang tu maka sampai lah turn nak bayar. oh may god, its surprising me sebab masa nak bayar tu they are not give the plastic beg. ohmai... the barang is banyak, then i ask, why tak boleh dapat plastik? the the akak cashier  told me yang hari tu hari sabtu and that is "NO PLASTIC BEG FOR SATURDAY" campaign. and i was like, what???

so.... sebab nak ikutkan kempen yang diseru kerajaan tu maka i put all my stuff back to the trolley i want back the car park. but then, the akak cashier calling me back and said, "kalau nak plastik, kena bayar 20sen" (in kelantan dialect)... so, now i was like WTH??? kalau tadi sangat terkejut sebab tak dapat beg plastik, now i am lagi terkejut beruk sebab need to pay for the plastik. duhh...

then i just wave my hand mean that i wont, pheww.... what the f***ing campaign kalau macam tu? i was like macam "baik tak payah buat kempen langsung"... 


psst... mari kita sama sama menjayakan kempen "MARI MEMBELI BEG PLASTIK"

Sunday, March 6, 2011

i am okay. don't worry

assalamualaikum

rasa macam lama gila tak menulis kat sini. memang lama pun. sorry la. lil bit busy lately. orang penting memang busy sikit. well, nak buat macam mana kan? bukan kupinta jadi sebegini. cehh

okay lah. now i going to start melalut lalut. stop that nonsense your handsome ali. TEEHEE

well, aku bukan nak bagi alasan sangat lah. tapi memang lately ni aku memang busy sangat. semua benda nak kena submit, test lagi, quiz and all that. walaupun tak pernah ready pun dengan all that test and quiz tu. hahahaha. okay okay. the truth is i am malas. that is.

so, untuk merelatedkan dengan tajuk yang kat atas tu, tadi tengah tengah lepak tetiba got text from one of my friend yang memang lama dah tak contact. that he ask me 

"are you good now. mimpi you semalam. and the mimpi was terrible"

so rasa macam sangat terharu sebab ada orang yang taking care kat aku. for that, thanks very much my dear friend. i am okay. dont worry.


psst... nanti nak update entri pasal pergi trip. tahu dah basi. tapi nak citer gak