Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com
i tau i dah lama tak update belog. ah, i tau kamu bukan baca pun belog i. jadi buat apa i nak update tetiap hari kan? i update hari ni pon sebab i boring. i memang tak pernah boring. tapi entah kenapa hari ni i boring pulak. mungkin disebabkan kerjaya baru i ni buat i mempunyai masa yang terlalu banyak untuk dibazirkan. jadi apa lagi. i pun mula menulis balik. eh, maksud i, menaip. i pun mula menaip balik.
perihal satu : industrial training
inilah kerjaya terbaru i seperti yang i nyatakan di atas sebentar tadi. i sekarang ni dah setat menjalankan latihan praktikal. i buat praktikal kat kelantan je. tapi sebelum tu i buat kat KL. tetapi disebabkan taraf hidup di KL terlalu tinggi sehingga menyebabkan poket i semakin menipis i pun apa lagi, nekad nak tukar balik tempat praktikal. tambahan pula, selepas pulang dari taman negara dan melihat keadaan orang asli disana i semakin menghargai nilai duit tu. ah, i tau i dah setat nak berfalsafah ni. ni yang i tak suka ni. sejak bekerja dengan tuan haji zahari, i mula terikut ikut cara falsafah beliau.
perihal kedua : keputusan peperiksaan
i baru lepas dapat result exam semalam. ah, seperti biasalah kan, yang result i ni bukan seperti yang diharapkan. tapi i nak buat macam mana kan? i bersyukur kehadrat illahi. i bersyukur sebab i lulus semua. walaupun i nak sangat merasa pegang dean award tu. tapi nak buat macam mana. rezeki masing masing. cuma kadang kadang i musykil la kenapa eh orang yang study ala kadar je boleh score lagi tinggi berbanding orang yang study macam nak mati seperti i ni. yang lagi pelik orang yang tak sembahyang ke kadang kadang result diorang lagi cemerlang. i bukan nak cakap i ni baik atau alim. tapi solat wajib yang lima tu i sentiasa la buat. tapi tulah result orang yang solat tunggang terbalik ni, berdoa siang malam ni, tak pulak tinggi. hmmm... i bukan nak cakpa tuhan tu tak adil cuma i musykil. ah, mungkin sebab diorang memang dilahirkan pandai barangkali. ah, i dah mula berfalsafah buat kali kedua.
perihal tiga : kahwin
sekarang ni i makin banyak dapat kad undangan kawen dari kawan kawan i. wah best kan mereka. dah boleh berkawen. kadang kadang i terpikir bila lah pulak turn i nak kawen. ah i mungkin takkan berkahwin sebab i ni jenis cerewet dalam memilih pasangan. ceh, padahal sebab tak de orang yang nak kat i yang kacak dan bergaya ni. ah, tak pelah jodoh tukan ketentuan Allah. kalau ada jodoh kawen la i nanti. tak pon kalau i dah gatal sangat nak kawen, i suruh je mak i carikkan isteri untuk i. malah pernah orang bijak pandai berkata, sesungguhnya keberkatan Allah itu datangnya dari keberkatan ibibapa. damn, i dah berfalsafah buat kali ketiga.
ni je yang berlaku pada i buat masa ni. ah, i tau kamu semua mesti sedang mengumpat pasal i. memang hidup i typical dan cliche. ah, i dah mula malas mahu menaip.
pernah tak kau rasa sesuatu yang kau macam tak suka pada diri kau sendiri. well, ini agak pelik sebenarnya sebab kau macam tak bersyukur dengan apa yang kau ada. tapi tu la aku. aku sendiri macam ada banyak benda yang ada pada diri aku yang aku annoying gila. LMAO. entah la. bukan tak bersyukur dengan apa yang ditakdirkan tapi... ah entah la. contohya...
satu: nama saya ali
well, mungkin tak ramai yang tahu bahawa nama aku ali. ya, that kampung name is my name. so, kau apa kisah? tapi tu la, aku pun kadang kala tak suka nama ali ni. entah la, aku rasa nama aku macam sangat tak komersial. kau bayangkan. Ali? perghh... nama mamat kampung mana ni? dan bila bercakap pasal nama aku ada kawan masa aku kecik dulu nama dia bella. dan kalau kau masa tu darjah satu kau akan bayangkan nama bella tu ala ala nama macam tinker bell. well, time tu kids about love the peterpan. dan yes, pada masa tu aku harap sangat nama aku adalah peterpan. well, bella sangat cute. dan bila digabungkan dngan peterpan akan menjadi sangat bersesuaian. tapi, bila aku dah besar ni aku bersyukur nama aku bukan paterpan. tak pasal pasal aku kena tuduh khalwat dengan luna maya pulak. duhh!
oh ya, back to the topic. ali. apasal nama aku ali? betul aku kadang kadang tak suka dengan nama aku tu. dia macam lebih banyak memberi keburukan daripada kebaikan. contohnya, nama aku pasti akan berada diantara golongan orang yang paling atas dalam name list. dan itu bukan lah sesuatu yana baik. aku sangat tak sanggup bila setiap kali presentation aku akan kena start dulu just kerana nama aku at the first kat dalam name list tu. that is what we call unfair. why all the cikgu tak boleh pick up randomly je? kenapa harus mengikut nama di name list? dan yes nama ali ni membuatkan semua lecturer akan mudah ingat nama aku. dan again, itu bukan sesuatu yang baik. sebab seorang cikgu ni akan panggil student yang dia ingat nama sahaja untuk menjawab soalan dia. oh come on. kadang kadang aku harap juga nama aku macam nama mark zukernber atau arnold swegeneger. aku tau aku salah eja nama diorang. dan itu lah yang aku harapkan. bila nama aku pelik sikit maka tak dalah cikgu nak ingat nama aku dan semedang je nak suruh aku jawab soalan dia. hishh... sabor je la...
dua: always think negative
aku rasa aku adalah satu satunya makhluk yang selalu berfikiran negatif. aku tak tahu kenapa. kadang kadang aku selalu fikir "if we do like that must be something bad happen to us". tak pon, "kenapa eh dia macam tu, dia tak suka aku kot". ya, i am negative thinking person. terlalu pesimis. aku tak tahu kenapa. dan aku tak boleh ubah. walau sepositif mana pun aku try putar alih alih ianya akan kembali menjadi negatif. in fact, benda negatif yang aku fikir tu tak terjadi pun. contohnya macam one night masa aku sekolah asrama dulu. aku pernah plan nak fly beramai ramai tapi sebab aku punya negative thinking yang selalu fikir yang akan selalu ada warden yang buat roll-call maka aku tak jadi ikut serta kawan aku yang lain mem-fly-kan diri. sedangkan cikgu tu tak pernah buat spot-check pun. dan kawan kawan aku sedap gila makan roti canai tapi aku kelaparan sendirian. ciss...
tiga: need to have the script first.
aku tak tahu kenapa aku memang seorang yang tak boleh buat keputusan secara mengejut. kadang kadang aku kena sediakan script dulu sebelom buat keputusan. aku rasa macam kalau aku tak buat the skrip tu aku akan mula menggelabah. oh ya, skrip disini bukan lah bermaksud aku kena tulis dulu apa yang aku nak cakap. maknanya aku macam kena fikir dulu dialog yang perlu aku katakan. contohnya macam semasa nak makan. aku mesti fikir dulu apa yang aku nak makan dan minum sebelum waiter tu tanya. the worse is aku siap ada plan b just in case apa yang aku nak tu dak ada dalam menu list. contohnya aku dah siap fikir nak makan nasik goreng kampung kalau mee tomyam tak ada. aku tak tahu la kenapa. aku tau memang tu sikap aku tapi aku tak suka macam tu. aku macam nak jadi just spontant je kalau time nak order makan. just name it bila ditanya. kan senang macam tu. annoying kan sikap aku ni?
empat: aku rasa aku dah nyanyuk
ya, aku rasa aku sekarang ni dah nyanyuk. semua benda aku macam tak ingat. betul tu. kadang kadang aku pernah lupa yang aku ada adik. well, that quite horrible tapi tu lah. aku macam sentiasa fikir yang aku ni macam anak bongsu. mungkin sebab aku ni terlalu manja dengan parents aku kot. dan kadang kadang kalau pergi kedai membeli something aku selalu terlupa nak ambil duit balance. entah la. aku ni memnag dah nyanyuk kot. itu okay lagi, dan kalau aku duduk makan kat kedai aku suka letak semua stuff aku atas meja. dan selalunya aku akan tertinggal je aku punya wallet dan phone dan etc tu atas meja. aku memang terlupa sangat. betul, dan kalau tak da orang ingtakan aku memang sebolehnya aku mengtertinggalkan semua barang aku. entah lah.
well, thats is semua benda yang aku tak suka pada diri aku. kalau korang pulak cammane? ce citer ce citer.
whats happening guys? feeling good? well, i am not very good now. sooo penat cause just sampai here in kelantan. for that, a million thanks to anuarul faiz cause tumpang me heading to kelantan just now. fuh, tanpanya maka tak sampai kelantan la aku.
well, a long the journey there is no problem. but i wanna tell you guys a secret. well, even i know when i telling you this it not a secret anymore. "psstt... i am not perform the jumaat prayer." jangan bagitau orang lain tau. well, sometime its quite pelik sebab i am went here with anuarul faiz. dan sesuatu yang pelik when he never stop for the solat jumaat. the key word is, anuarul faiz seorang yang alim sedikit. dia seorang yang like menepati waktu solat dan bila dia never stop by untuk solat jumaat i feel, you know... weird. oh ya, we are musafir. maybe he just use the kemudahan yang islam gariskan. kan?
and ya... sedikit adegan suap menyuap berlaku semasa perjalanan tu. dont think negative. please. i swear i never do bad things to him. and he either. I SWEAR. it just because dia tak nak stop by to take a lunch. so, we just eat the meal box that his mother prepare for him inside the car while he driving. that all. and because of the spoon that provided by his mother only one and at that time he drive the car, so that i need to feed him. that all. nothing more. dont think negative.
oh ya. did i mention above yang anuarul faiz ni seorang yang alim? oh please ignore that word. i just make a mistake. well, you know seperti biasa kalau dah sampai kelantan ni dia mesti nak stop by kat rumah awek dia. so, itu tak menunjukkan yang dia alim sangat. dan ya, need to facing all his awek habit tu. oh, so irritating. well, no offence anuar. i am not condemn your girlfriend. but honestly, she is a good girl. but maybe not my type. nayyy...
and ya, selamat sampai ke kelantan about 5.30 p.m. but suppose to sampai pukul 4.30 p.m yang lalu. but because of "the technical error" tu, maka terlewat la sedikit. ya, sedikit. i mean a lot of sedikit.
so, thats all. wanna sleep cause so penat.
nite peeps.
oh ya. i just get my haircut. wanna see my new hairdo?
so, it's quite boring rite now. oh ya, now i am feeling like so lonely. lebih lebih lagi bila dengar lagu talking to the moon ni by bruno mars. actually the first time i am listening to this song is when i click on kamal asyraf's blog. and when i listen to it, out of blue terus falling in love to this song. so, kudos to kamal asyraf cause introduce this song to me. actually lot of peeps ask me, what kudos actually is? so, here is. i pon never no what kudos all about, but people usually use it when give credit to someone. so again, kudos to kamal asyraf cause had make me fall in love with this song. and actually i would like to letak that song to my page jugak but nanti orang tu cakap i tiru dia la cause letak the same lagu. copycat la, plagiat la, and what so ever. so then, i just... ah forget it.
so, apa lagi. oh ya. tomorrow i am going back to kelantan. no wonder la i feel like macam so lonely. oh, tak suka la balik awal awal ni. dah la assignment semua tak siap lagi. adehh... why kalau setiap kali nak go back to kelantan je i feel like cam tak best je eh? oh, go away la that feeling. menci la cam ni. grrr...
okay, i just subscribe one channel ni. omaigod. the channel is so fun. why there is nobody mention me about Ray William Johnson? he is so funny. hilarious. LOL.
what else? ouh. dah tak da apa nak cerita sebenarnya. entah lah. malas nak menaip sebenarnya.
fuh... sooooo lama tak update blog rasa macam sangat tak tenteram hidup. ramai dah yang tanya aku kena lama tak update blog? bila nak sambung anak ikan? dan tak kurang jugak yang tanya kenapa sunyi je sekarang ni? helllowww... kau senyap boleh tak pinkguava. kau ingat kau femes sangat sampai orang nak tanya kau segala bagai. dan kau ingat orang lain nak sangat ke tanya kemana kau menghilang? kau jangan bajet kau hot boleh tak? aku tumbuk kau laju laju kang. duh... aku sedar aku siapa. aku sengaja senyap dari dunia blog semata mata mahu lihat betapa concern nye korang semua kat aku. tapi rupanya kau semua hampeh. sorang pon tak tanya aku dimana aku menhilang. aku tersentuh tau. tacing sangat. menci menci menci. kau diam pinkguava. jangan jadi bapok boleh tak?
oh ya, speaking about bapok ada juga sebenarnya yang tanya aku bila nak sambung anak ikan. but bila ada seorang manusia ni cakap aku punya cerita "anak ikan" tu di copy paste kan, so rasa cam malas je nak sambung. rasa macam "kau ingat aku tak reti buat cerita ke?" hellowwwww??? kau ingat aku rajin sangat ke nak copy paste bagai tu? aku buat sendiri tau. bukan dicedok dari mana mana. penat aku pikir carik idea nak bagi kau baca then kau tunding jari macam tu kat aku? tacing tau.. sob sob sob T.T...
oh ya. lama sangat tak update rasa cam banyak sangat nak cerita. well, maklumlah aku kan memang terkenal dengan cerita yang panas dan meletup. oh, sekali lagi aku mempoyokan diri. kau diam pinkguava. kau ingat kau irene nadia martelor ke? sangat tak okay. muka jerawat penuh ada hati nak compare dengan irine nadia yang cun melecun tu. ye la... aku takkan mempoyokan diri aku lagi. aku sedar aku siapa. tau la aku tak pernah masuk Dara dot Com. *tetiba.
so... apa yang aku nak cerita ek? first yang pertama sekali... haaa.... sesi memasak bubur asyura. bagi aku mencarut dulu boleh tak. oh so dem penat tau mengacau bubur tu. dem it. fak fak fak... okay dah puas mencarut. so sekarang kita setat balik cerita tadi. pasal apa eh? oh ya. bubur asyura kan? sape kat sini pernah mengacau bubur asyura sila angkat tangan. ha... penat kan kacau bubur asyra tu? pergh... aku memang berasap la. sape tak berasap kalau yang datang tolong kacau nya tak sampai sepuluh orang. eh, turun la tangan tu. jangan angkat lama lama. oh ya, speaking bout tangan. gila penat kau kacau that bubur. berbirat lah tangan aku ni. kat sini aku nak nyatakan ketidak puasan hati aku. why sangat banyak kau nak masak bubur tu? i mean sampai lapan kawah penuh, kau tak rasa membazir ke? okay, biar aku bagi satu situasi nak bagi kau paham betapa membazirnya memasak bubur asyura tu banyak banyak. kat rumah aku ni, housemate aku yang kononnya suka makan that bubur ni dapat tiga bungkus bubur asyura. lets say, setiap rumah dapat tiga bungkus. okay, kat rumah aku ni yang habisnya sebungkus je. what happen to the two left? alamatnya di tongsampahkan lah. ha, kau cuba bayangkan pula kalau semua orang yang amek tiga bungkus tu pon hanya makan sebungkus je. dan the rest di selamatkan kedalam lori alam flora. kau tak rasa membazir ke? fuhh... dah la yang mengacau sampai lebam tangan tu aku. fak fak fak. dem dem dem... maka, jangan masak bubur asyura tu sampai lapan kawah okay... aku tak makan pon tau....!!!!
ni bukan aku. apa? kau ingat aku suka ke amek gambar time earth hour macam ni?
gambar tu je yg aku ada. aku memang tak suka ambil gambar entah kenapa muka pakcik yang kena earth hour ni aku boleh tersnap pulak. teeheeee. by the way, that is anuar. nampak macam garang kan. but dia sangat nice.
oh ya. tamat bab bubur asyura. hurm... apa lagi ya? oh ya. yang ini mesti cerita. aku telah berjaya memboloskan diri kegolok beberapa hari yang lalu. kau tau golok tak? cis kau ni. tengok cerita siam punya lah suka. sekali golok pon tatau ka? apadehal? okay. overall. golok just nice. but aku nak bagitau kalau kau kesana sila bawak kenderaan. jangan jadi macam aku yang masuk secara halal/haram/shubahah. kalau kau tak bawak kenderaan kau akan rasa sangat penat yang teramat sangat. fuhh...
"tak suite la warna kuning". ayat gedik itu bukan dari aku. harap maklum.
kau lagi? dem gila kamera. duh... =.="
kool. ada halal food. goyang yukk
speechless... kembar?
"hoping the winter"... dey... golok dengan london pon tatau beza ke?
then then. apa lagi eh. tadi rasa macam banyak nak cerita. oh ya. its about to holiday. wow. cant wait sangat tau. any plan?
1) gather dengan kak chot and azma kat mid (checked)
2) go to hantar mempelai which is my cousin yang dah gatal nak kawen (checked)
3) meeting my lovely niece. rindu la sangat kat dia. dah gi sekolah kot (checked)
4) online online online. harus okay (checked)
5) meeting someone yang dah lama janji nak jumpa. oh, sangat tidak sabar tau (checked)
dan apa lagi yang aku tertinggal? oh ya... machang. aku telah kembali ke machang semalam. sangat best berjumpa semula dengan che deal dan... okay che deal sahaja. sebab aku tak kenal pon muka muka lain tu. oh ya, by the way tak ada anak ikan hot pon. kau boleh berambus sebab kau tak hot. sangat mean kan aku. bla bla bla. what ever.
yg kacak itu saya.
muka teruja itu penting. harus sangat.
kadang kadang saya bajet macam khairul fahmi
gambar che deal yang jelas sudah tersebar diserata facebook.
dan ya, cakap pasal anak ikan. kau ingat tak entri aku pasal konek tempoh hari. oh, rasa macam dem giler sebab ada orang search pasal konek. kau apa hal? kau ingat aku dr ismail tamby ke apa nak cerita pasal konek bagai tu? huh?
klik la kalau nak besar sikit. itu pon tak tau ke?
dah la. aku penat la nak menaip. dah nak tido. okay bai.
p/s: senang cerita. aku memang malas nak update blog lately... kau apa kesah?
seriously, aku tak aspect pon minah yang kononnya menyokong seruan kerajaan dengan memakai baju kurung setiap masa ini akan menang. dan secara jujurnya aku tak jangka yang dia akan dapat tempat. dia tak sepatutnya dapat apa-apa tempat pon, tup tup boleh menang 1st place? oh, dengan persembahan ala ala magic tukar baju yang aku tak fahang, dengan lagu dia yang aku tak tahu maksud dia, tetiba boleh menang? bukan tempat ketiga atau kedua, tapi first place. sungguh tak percaya. but then aku memang solute la kat persembahan faizal tahir tu, siap boleh berenang bagai. memang mantap. tapi secara jujurnya aku sangat berharap yuna yang menang, tapi dah bukan rezeki dia kan. but, but but aku relize somting dengan tomok. kau tak rasa yang dia macam tiru adam lambert ke? oh, sangat gay okayy...
dua: ada apa dengan kasut camel active yang berharga RM179.90?
okay... aku tanak komen lelebih. tapi kasut tu aku pakai tak sampai 24jam tapi dah rosak tapak dia. tak sampai 24 jam tau. thats mean belum satu hari pon lagi. oh, kau bayang kan. belum sampai 24 jam tapi dah rosak? come on. aku tak ralat kalau harga dia 20 ringgit dan beli kat petaling street saje, but but but, aku dapatkan ia dekat butik dia dan hargannya hampir mencecah 200 ringgit malaysia. kau hade? memang tak lah. so, moral of the stori is, jangan riak dang bongkak nanti kasut kau rosak. titik.
tiga: dilema strategic marketing management (SMM)
aku dalam dilema sekarang ini. nak amek smm atau tak. aku sejujurnya tak nak buat intersesi sebab ia memakan banyak kos. jadi aku rasa macam nak ambil subjek ni. tapi aku tak sure la sebab kalau nak amek jugak aku kena tukar kelas untuk kelas marcom sebab kelas clash. hurm... dilema sungguh la. walaubagaimanapon, aku kena ikut la keputusan kawan-kawan aku sebab keputusan aku mempengaruhi keputusan diorang juga. kau rasa cam ne ek?
aku bukak emel tadi. ada kawan aku ni anta apa jadah punya cerita entah. tapi aku baca la juga. kelakar. berdekah-dekah aku gelak. lawak lah jugak, tapi ada unsur lucah. biasalah lawak melayu. citer dia macam ni.
ada seorang budak perempuan ni, umur dia lebih kurang 7 tahun. dia suka panjat pokok. satu hari tu, dia panjat lah pokok rambutan yang dekat rumah ketua kampung. masa dia panjat tu dia pakai kain. so, tengah dia syok panjat tu tiba-tiba lalu lah tok ketua kampung kat bawah tu. so, ketua kampung tu pun pandang lah kat atas pokok tu. terkejut lah yang teramat sangat si ketua kampung tu. budak tu tak pakai seluar dalam rupanya. so, ketua kampung ni pun panggil lah budak ni turun dan dia bagi budak ni rm5. tok ketua cakap "nak amek duit ni, pegi beli sepender."
maka, budak ni pun seronok la. so, dia pun balik dan cerita kat kakak dia. kakak dia pun teruja lah. siapa sangka, tok ketua dengan bermurah hati nya memberikan rm5. kakak dia apa lagi, pergilah memanjat pokok yang sama dengan memakai kain dan tanpa memakai seluar dalam. dengan harapan dapatlah jugak rm5. tak pun dapat lah lebih. ye lah dia kan dah besar, mesti dapat lagi banyak. dia bermonolog sendirian. maka, sedang dia panjat tu lalu lah ketua kampung tu kat bawah pokok rambutan tu. tok ketua pun apa lagi, terkejut lah. kali ni lagi terkejut dari tadi. tok ketua pun panggil lah kakak budak ni turun. perempuan ni suka lah. mesti dapat duit. bila dia turun tu dia terkejut sebab tok ketua bagi 20 sen je. dia pun pelik lah. tanpa sempat dia bertanya, tok ketua tu cakap, "pergi beli pisau cukur..."
Aku rasa sikit punya macam doctor love sampai boleh bagi tips untuk memenangi hati wanita pulak. In fact aku sendiri tidak punya teman wanita. Well, don’t take it serious lah. It just my opinion about how to make the girl fall in love with you. Mana lah lau kau boleh guna untuk pikat perempuan ke. Oh, mana lah tau yang aku pun boleh guna jugak kan? Oh ya, suka cita diingatkan bahawa, bimbingan ibubapa perlu bagi mereka yang di bawah 13 tahun untuk membaca entry ini. Dan ya, pembacaan ini adalah sesuai untuk bacaan golongan lelaki sahaja. Tapi kalau perempuan dah gatal sangat nak baca, baca aje lah. Kesah pulak aku? Keh-keh-keh
seduce me...
So, sebenarnya kita (golongan lelaki) boleh buat wanita jatuh cinta tanpa sedar. I mean bukan lah kita pukau diorang ni. tapi kita boleh buat diorang ni tiba-tiba je boleh tersuka kat kita. Contohnya, kalau dia duduk sorang-sorang tu tiba-tiba je dia teringat kat kau. Dan dia tiba-tiba boleh terfikir “aku rasa aku suka lah kat Ali yang kiut mamat tu”. So, bagaimana nak buat keadaan ini berlaku? Ini ada beberapa tips yang aku boleh bagi kat kau.
Satu: good pick up line
sweet
Ya, golongan lelaki sebetulnya kena ada teknik mengorat yang baik. Teknik “err… sekarang dah pukul berapa ye?” tu dah ketinggalan zaman. Lelaki kena ada teknik mengorat atau pick up line yang baru. Perempuan dah bosan dan dengan “tumpang tanya… bla-bla-bla” tu semua. Cuba create idea yang baru. Contohnya, “eh, erm… boleh mintak autograph? Anak sedara saya minat sangat kat awak…” dan kalau dia masih terpinga-pinga cakap macam ni, “sombongnya siti nurhaliza ni,” dan kalau dia cakap macam ni “awak panggil saya siti nurhaliza? Saya bukan siti nurhaliza la...”.Ha apa lagi “eh, muka awak macam siti la. Seriously saya tak perasan. Sebijik macam siti…”.Perempuan mana yang tak suka bila muka nya disamakan dengan siti nurhaliza kan? So, cuba lah teknik ini. Insha Allah berjaya. Pasti perempuan tu teringat-ingat kau kat dalam mimpinya. Seriously. Tapi jangan lah samakan dia dengan Pamela Anderson hanya kerana boobs dia ok. Sebab perempuan akan fikir kau adalah seorang yang berfikiran kotor. Oh ya, sila jangan buat macam ini, “eh, saya macam pernah nampak lah awak. Tapi kat mana eh?”. Ha… kalau guna ayat ni memang silap besar lah. Perempuan macam dah biasa sangat dengan ayat yang macam ni. diorang akan fikir “ala mamat ni, nak mengorat aku lah tu,”. Dan ya, anda akan lebih bernasib baik kalau punya paras yang kacak macam aku.
Dua: sense of humor
peace
Memang tidak dapat dinafikan yang wanita sukakan lelaki yang kelakar dan lawak. Tapi perlu diingat bukan lawak bodoh. Tapi memang kebanyakan lawak akan kedengaran bodoh pun. Ye lah, mana ada lawak yang pandai kan? Semua lawak mesti ada unsure bodoh, barulah namanya lawak. Maksud aku kat sini ialah jangan buat lawak slapstick. Kau tahu lawak slapstick tu apa? Ala… lawak yang macam senario tu lah. Seriously, aku tak pernah gelak setiap kali senario buat persembahan. Lawak diorang mesti ada berusur lucah. Tak paham la. Tak perlu nak kaitkan dengan seks kalau nak bagi orang ketawa. Oh ya, lari pulak dari topik. So, kalau nak perempuan mudah jatuh hati kat kita cuba lah buat lawak dengan diorang. Dan ingat jangan lawak lucah. Ia akan bagi tanggapan negative kat kau. Ceritakan dekat diorang pengalaman-pengalam yang mencuit hati yang pernah terjadi kat korang. Tapi perlu di ingat jangan cerita kan pengalaman yang menjatuhkan anda. Contohnya, “I tak tau macam mana I boleh terjatuh pulak dalam longkang masa tu…”. Ia akan memberi gambaran bahawa kau seorang yang tidak berhati-hati. Boleh kalau nak bergurau dengan cara macam tu tapi cuba twist sikit ayat tu, contohnya, “I asyik tengok you je, tak perasan ada longkang kat depan. Nasib baik jatuh longkang, kalau jatuh hati you nak sambut ke?”. Ha… sound funny kan tapi ada aura romantic.
Tiga: romantic
romantic
Memang perempuan giler admire dekat lelaki yang romantic. Romantic bukan hanya dengan kata-kata ok. Tak perlu selalu puji dia hari-hari. Tak perlu lah “wow, you nampak cantik hari ni…” , tak pun “you lain dari yang lain lah hari ni…”. yes, pujian itu peting tapi tak perlu lah hari-hari. Nanti perempuan pun naik muak. Lagi-lagi kalau hari tu dia datang bulan atau hormon tak stabil, tak pasal-pasal je kena maki hamun. Nak nampak romantic bukan hanya dengan pujian dan kata-kata aje ok. So, cubalah romantic dalam perbuatan. Contohnya, bila nampak seorang perempuan tu bawak buku banyak ke, hulur-hulur lah tangan nak membantu. Ha… tak pun kalau time nampak dia tengah berdiri dalam bas or lrt or what ever etc, bagilah tempat duduk. Kan nampak sangat sweet. Dan ya, kalau perempuan tengah sedih ke, datang lah mendengar masalah dia. Perempuan suka tau kalau ada lelaki yang sudi dengar masalah dia. Dan kalau dia tengah menangis hulurkan sapu tangan korang kat dia. Dan ya, lelaki nampak sangat romantic jika dia menghulurkan sapu tangan kat perempuan. Sweet kan? Untung-untung dapat contact number dia lepas tu, “if you tak keberatan boleh I mintak no phone you, well nanti senang la I nak pulangkan your sapu tangan…”. See, senang tak formula aku?
Empat: matured
kristen kreuk
Oh ya, sila jangan jadi macam budak-budak di depan wanita. Perempuan ni tak boleh tengok laki yang macam kebudak-budakan ni. diorang fikir lelaki perlulah matang dan pandai menyelesaikan masalah. Dan juga, lelaki perlulah baik hati, bijak memimpin, penyayang dan menaghoramati orang lain (chewah). Ye lah, mana ada perempuan yang suka lelaki yang macam budak budak. Ye lah, kau tau kan budak-budak. Merajuk lah menangis lah, mintak itu lah, mintak ini lah. Ya, lelaki tak macam tu. Perempuan je yang suka merajuk dan mintak macam-macam ni. well, biasa lah, girlsss… tapi kadang-kadang boleh lah macam budak-budak sikit. I mean bukan lah merajuk dan menangis tu. Aku tak suka tengok lelaki merajuk, nampak giler buruk dan menyampah jugak. Maksud aku kat sini, nakal-nakal macam budak-budak. Contohnya, “semalam I tengok hagemaru tau dia suka buat muka macam ni kan?” (sambil menjelirkan lidah ala hagemaru).
hagemaru
Ha, walau nampak macam budak-budak tapi perempuan suka. I tell you, perempuan mana yang tak suka tengok hagemaru? Oh ya, aku ada kisah menarik. Ada lah seorang kawan aku ni suka tengok smallvile. Entah macam mana awek dia ni nak ajak dating pulak malam dia nak tengok cerita tu. Dia pun tak nak dating sebab nak tengok cerita ni punya pasal. Tak pasal-pasal awek dia marah dia. “you ni macam budak-budak la tengok superman ni…” well, jangan lah macam budak-budak sangat kay. Apa kelas tengok superman, baik kau pegi jumpa awek kau tu. Boleh jugak raba-raba. Keh-keh-keh. Kalau kau tengok Kristen Kreuk, kau ingat dia nak bagi kau raba dia? malam sikit... Aku tak pernah suka superman, what the hell, bukak spec than ubah gaya rambut sikit dah orang tak cam. Heh?
girls...
Well, itu je lah empat tips yang aku boleh bagi kat korang kalau nak bagi perempuan berkenan kat kau. Amacam ada gaya doctor cinta tak aku? Ini lah padahnya kalau selalu baca novel jiwang. I mean terbaca dan terhabis baca. dan kalau kau guna tips ni mesti kau boleh berjaya menjadi plaboy sejati macam aku.
Well, aku dikejutkan lagi dengan kehadiran seekor ungka, atau monyet atau beruk ni yang mahu menemuramah aku. Al-maklumlah kata beliau aku ni semakin glamer di kalangan kaum yang seangkatan dengan beliau. Maka beliau dah buat column khas untuk aku kat surat khabar “Apes Daily” itu. Aku tak nak sebenarnya dapat column khas ni sebab takut orang cakap aku ni kerek macam dR yang dapat ruangan khas dua halaman kat surat khabar sebab nak promote filem dia tu. Eh, temuramah dia hari ni pun ada kena mengena dengan dR yang juta-juta-juta-juta-wan ni. dia mintak pendapat aku pulak. So, ikutilah temuramah aku dengan beliau.
S : hai, jumpa lagi kita ye. Well, panjang umur you.
J : oh, tak sangka dapat jumpa kau lagi. Masih jadi reporter ye kau. Nak buat mcam mana kan dah aku ni diberi kesempatan bernafas lagi. Alhamdulillah.
S : wah, you punya jawapan. Very tak boleh blah tau. So, apa perkembangan terbaru you?
J : well, aku makin gemuk dan makin banyak makan. Tiada apa lagi yang kembang sebenarnya. Cuma, oh ya, aku dah berjaya menambahkan follower aku, well, dah 29 sekarang ni. wa cakap sama lu. Kau ada?
S : wah. Tahniah lah.
J : terima kasih. So, hari ni kau datang jumpa aku nak tanya apa pulak?
S : oh. saje je melawat you. Tak boleh ke?
J : bukan tak boleh. Tapi kau tau kan aku ni bukan nye free je memanjang. Kalau kau datang nak berpoya-poya baik kau ajak aku clubbing. Lagi pun aku nak baca buku hrm ni. well, kau tau kan aku ni calon ‘see you next sem’ tu
S : tak sangka ye you ni bodoh jugak. Kena repeat paper…. Keh keh keh..
J : ye aku mengaku aku bodoh. Kau kalau datang sini tak sakitkan hati aku tak boleh ke? Aku back hand kang. Baik kau cakap kau nak interview apa pulak kali ni?
S : jagan lah marah-marah. You ni pun. Well, actually I nak tanya pendapat you pasal fenomena 2 alam ni. you dah tengok ke cerita dia?
J : oh cerita yang dapat pulangan 40 juta tu ke? Aku tak tengok lagi la. Aku ni nak tengok harry potter pun tak da masa, ni nak layan cerita yang merepek tahap tak ingat tu. Kau ingat aku dah tak da cerita lain ke nak tengok? Baik aku layan hagemaru. Dapat jugak gelak-gelak.
S : oh. kenapa you tak nak tengok ek? I mean cerita ni kan kontroversi. Bukan you suka ke benda-benda yang kontroversi ni?
J : memang lah aku suka benda-benda yang kontroversi ni tapi kalau dah dia punya filem giler bajet poyo, kau ingat aku nak tengok. Dia punya kerek lebih kerek dari orang paling kerek di dunia tau. Hey, you know what, kita dah Berjaya jumpa orang paling kerek di dunia yang terbaru tau. Congratulation dR.
S :apa yang membuatkan you benci sangat kat dia ni? you ni tak baik tau kondem orang macam tu. Dia bakal dapat 40juta ok.
J : aku nak tanya kau, berapa banyak poster filem yang kau jumpa yang ada gambar muka producer dia? You tell me. Tak ada kan? Melainkan cerita beliau ni lah. Aku tak pernah lagi tengok poster filem yang ada terpampang besar-besaran muka producer dia. Siap dengan dia punya double thumb ups tu. Ouh, terserlah kekerekan beliau. I mean what the heck orang belakang tabir nak muncul kat muka depan? Come on lah. And lagi satu, dia punya poster tu sebijik ciplak dari filem the exorcsism tau.
S : amboi you ni. tak baik you cakap dia macam tu tau. Dia nak jugak try jadi producer. Dia buat salah apa kat you sampai you benci sangat kat dia ni?
J :aku tak salah kan dia. Malah aku tau dia merupakan seorang ahli perniagaan yang Berjaya. Aku puji cara dia nak promote dia punya jus mate 5 tu. Tapi tu lah, orang dah kaya selalu nak lagi kaya. Dah jadi ahli perniagaan tu jadi je la. Mengada-ngada nak jadi producer tu buat ape pulak? Salah time la dia ni.
S : mesti dah banyak yang dia laburkan untuk filem ni kan?
J : ouh, exactly. Dan kalau dia tak dapat balik pulangan tu aku tak tau la nak cakap apa kan. Well, dia punya promosi sampai ada kolum sendiri kat surat khabar untuk panggil orang tengok filem dia tu. Banyak kos nak iklan kat surat khabar tu. Dia bukan sewa iklan 3 baris ayat bayar 200 ringgit tu. Dia punya kolum sampai 2 muka surat tau. How much he pay for that? Setiap hari pulak tu dia siarkan. Oh, I am speechless.
S : well, biasalah. Dia aspect sesuatu yang besar mestilah dia perlu berbelanja besar. Ye tak?
J : aku setuju tu. Tapi kawan aku yang dah tengok cerita yang kononnya pecah panggug tu, tak sempat nak pecah pun. Ouh, kau bayangkan seat dia tak sampai separuh pun penuh. Dan kebanyakkan yang tengok semua nya mengeluh. So, kau nak cakap apa lagi? Baik kau layan harry potter lah. I mean, bukan lah tak nak support filem melayu, tapi kalau filem tu sikit punya kerek, aku pun tak nak tengok.
S : mungkin dia nak produce harry potter pulak kot lepas ni?
J : you kidding me? Kah kah kah. Aku takut nanti film harry potter tu tukar tajuk pulak. Jadi dR romzey and the deathly hollow pulak. Ouh, I cant imagine it. But, the title sound nice kan? Bukan lah aku nak suruh dia cepat mati tapi the deathly hollow tu sound good bila di padankan dengan nama dia. What say you?
S : you ni… cakap tak berlapik lah. Kena sue kang. You ada 40juta ke nak bayar?
J : oops… memang aku tak da lah. Aku bukan nya jutawan ubat kurus sampai boleh bayar 40juta tu. Aku just ulas filem dia. Nothing personal kan? Aku bukan kutuk rambut dia pun.
S : see… you dah pun terkutuk. Dah la. I pun malas nak interview you lagi. Asyik nak kutuk orang je. Lagi pun I ada hal ni, nak jumpa you punya ketua kampung. nak interview pasal the next election ni ha. Ok lah. I pergi dulu yer. See ya.
J : ok. Aku pun menyampah nak tengok muka kau. Berambus lah kau. Tak kuasa aku. Huh!
Banyak dah aku tengok sekarang ni artis ni ciplak lagu artis tu. Pengarah tu tiru filem pengarah ni. Filem ni curik idea filem tu. Hurm, agaknye sekarang ni memang trend tiru, spoof, ciplak, curik and what-so-ever cheating tu kot. Hurm. Tu la pasal. Ye lah kan, industry hiburan ni kan kecik je. So, bila jalan cerita atau lagu dia lebih kurang sama je maka mula lah nak cakap dia tiru orang tu lah. Maka, aktiviti saman menyaman pun berlaku. Susah kan? Susah jadi orang seni ni. Kalau dah tak ada idea sangat tu tak payah lah sampai nak ciplak idea orang lain. Ye dak? Ini tak. Tak pasal-pasal kena turun naik mahkamah pasal ada lirik lagu yang sama kat dalam lagu dia. Hurm, menyusahkan. Oh ya, aku TERtengok cerita ‘ponti anak remaja’ hari tu. Bila aku tengok lama-lama baru aku realize yang cerita dia macam tiru cerita Twilight. I mean bukan lah tiru bulat-bulat tapi cerita dia macam Twilight versi melayu pulak. Well, dengan ada pontianak lelaki yang kacak lah, dah tu Pontianak dia tak pakai dah jubah putih yang mengerbang tu. Pontianak dia dah pandai dressing baju comel-comel. Pandai pergi kolej. Tak mengganggu orang kampung dah. Dah hilang identity melayu dalam diri Pontianak tu. Pontianak murtad barangkali. Ye lah, Pontianak ni kalau orang melayu faham ialah hantu PEREMPUAN yang mati semasa mengandung. Dah tu mana pulak boleh wujudnya Pontianak lelaki tu? Nampak sangat dia nak tiru cerita Twitlight tu. Kan?
p/s: Oh ya, cerita Magika tu macam tiru Alice In Wonderlands kan? Badang tu boleh jadi macam the MadHatter. Nenek Kebayan tu pulak macam the Red Queen. Dan Bawang Putih Bawang Merah tu macam Tweedledee and Tweedledum. Erk… boleh ke?
p/s: sejak M. Rajoli meninggal ni, mesti panggil pak cik Hafidzuddin tu pulak yang jadi imam untuk halau hantu-hantu ni kan?
3)Kisah dari seberang
Bukan sahaja kisah, malah lagu, sinetron dan orang-orangnye sekali berkampung kat Malaysia ni ha. Aku pun tak paham lah. Kenapa lah orang Malaysia ni suka sangat layan sinetron dari sana tu. Pulak dan cerita dia panjang berjela dengan konfik yang ntah pape ntah. Pastu jalan cerita dia pulak lebih kurang sama je. Balik balik cerita pasal taraf hidup yang tak sekufu lah, pipit sama pipit, enggang sama enggang lah. Lepas tu baru tau yang anak orang miskin tu rupanya pemilik harta yang berjuta-juta sebab rupanya miskin ni terpisah masa kecik. Ntah pape kan? Cerita dia pulak sampai beratus ratus episode. Aku ni malas betul nak tengok cerita yang plot berjela-jela ni. Memeningkan kepala. Layan geng bas sekolah lagi baik dari tengok sinetron yang ntah pape tu. Tu belum cerita bab lagu diorang. Diorang punya lagu sampai aku dah tak kenal dah sape penyanyi Malaysia, siapa penyanyi Indonesia. Diorang punya lagu dah melambak-lambak kat sini. Lagu artis kita? Nasib baik aje diorang kenal Siti Nurhaliza tu.
p/s: teringat pula kenangan berkerja dengan seorang minah indon di sebuah kafe. Waduh, kayaknya cewek itu ngak punya paspor. Patutlah baru berapa hari saja kerjaan udah kabur.
4)Gambar producer kat poster filem
Oh. aku rasa kau pasti tau sape yang aku maksud kan ini. Ye la sape lagi kalau bukan producer yang bajet movie dia dapat 40 juta tu. Memang dah jadi trend agaknya letak gambar producer kat poster filem. Maksud aku, tidak menjadi trend lagi tapi si dr ni bakal menjadikannya trend. Oh, kau tak rasa gila berlagak ke letak muka dia kat poster filem tu. I mean with his hair?? Oh, aku paling tak berkenan betul dengan orang yang syok sendiri ni. Pulak dah bajet cerita dia best maka dia boleh target tinggi-tinggi ke? Apa yang aku pasti ramai jugak yang tak suka kat beliau ni. Gila bajet poyo sampai nak letak gambar dia kat poster. Tak cukup dengan tu siap ada kolum khas kat surat khabar pasal nak promotr filem dia. Pulak dah dia ingat orang nak tengok sangat ke filem dia tu sampai buat filem tu tertangguh. Kononnya nak buat orang ternantikan lah filem tu. Hampeh je, yang aku tau filem tu aku tak pernah amek kisah pun.
p/s: SINI untuk tau lebih lanjut pasal movie yang bakal buat 7 keturunan makan tak habis ni.
Aku dah nampak bayang yang aku akan repeat paper HRM. Oh, malas sungguh nak belajar benda yang sama berulang kali. Well, salah aku jugak agak nyer. Ye lah, assigment tak hantar pastu final pun tak perform. Dan ya, selalu kutuk cikgu. Hurm, macam mana lah nak berkat. Ye dak?? So, pengajaran nya, jangan selalu kutuk cikgu, nanti kau akan repeat paper. Seriously. Tapi kalau kadang-kadang tu boleh lah. Kot??