Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com
yess... macam yang dibuat oleh adinda kita ni. mungkin dengan menceritakan ketidakterunaan aku maka aku boleh capai trafik yang tinggi dan dalam masa yang sama boleh dapat ramai follower.
kot?
atau orang akan maki hamun macam orang maki hamun adinda kita ni?
dik... you too young la... tak manis la kalau cerita pasal dara or tak dara ni kat public. yes, nowadays tak ada orang kisah pun kalau kau ada dara atau tak. but, kau pun sekolah lagi. dan dengan menceritakan kat blog kau tu bukan lah tindakan yang bijak. macam mana kau nak hadap kawan kawan kau kat sekolah nanti? PMR pun kau tak amek lagi. aduhai... aku tanak nanti tahu depan keluar surat khabar front page,
"calon PMR lahirkan anak semasa jawab kertas Pendidikan Islam"
agaknya masa tu kau akan update blog pasal
"kesah apa aku kalau dapat anak diusia muda"
duh!!!
*****
by the way, aku teringat kata kata Steve suatu masa dulu. kata beliau
"the way to prevent teen pregnancy is teen homosexuality"
ceh memang la dia cakap macam tu sebab dia nak promote cara hidup dia tu. Steve ni pun satu. tak dapek den nak nolong ha...
oh ya adinda ku : pak we adik comel la... *melting
Orang semua beranggapan kalau muka giler hensem dan cun nak mati mesti orang tu dah dianggap sesempurna umat. Itulah kau tak tau. Kau ingat muka hensem dan cun melecun tu sempurna sangat ke? Kau nak kena tengok juga sikap dan sifat dia macam mana. Jangan tengok luaran je. Dalam mesti mau kira kawan. Mungkin kau agak kurang paham agaknya. Okay lah, let me make it easy. Ceritanya macam ni.
Semalam, aku telah diarah kan oleh ayah aku untuk ke farmasi untuk membeli ubat beliau. Maka aku ajak lah seorang kawan aku ni ha, iaitu seorang gadis yang agak cantik juga. Nak dijadikan cerita kawan aku ni pun nak ke bank untuk mem’bank-in’kan duit untuk abang dia. So, kami pun menapak lah kebandar berdekatan dengan menaiki kenderaan awam yang diberi nama bas. Aku agak tak suka naik bas ni, ye lah kalau naik bas je kan, bila turun je abis lah bau perfume Escada kau dah bertukar bau jadi macam bau bangla-bangla dan indon-indon. Mana tak nya, dah lah bas tu dah macam sardine ayam brand sendatnya. Pulak tu kalau naik bas je kompem 90% dari penumpangnya terdiri daripada foreigner dari seberang tu. Dah rasa macam aku melancong kat Jakarta dah kalau naik bas tu. Tapi nak buat macam mana kan, aku dan kawan aku ni tak da kereta apatah lagi sekeping kad yang bernama lesen itu. Maka, kami berfikir menaiki bas adalah satu cadangan yang sangat baik.
bis dari seberang ya pak
Maka, setelah penat mengharungi suasana sardine dan kesesakan didalam bas yang penuh dengan dengan pelancong asing tu maka kami pun sampai lah ke destinasi kami. Aku terus ke farmasi dan membeli ubat yang dipesan oleh ayahanda ku itu. Lepas tu aku pun terus ke bank yang ada kepala harimau tu tidak jauh dari farmasi tadi untuk teman kawan aku meng’bank-in’kan duit. Sebelum nak bank in kat abang dia ni dia kena lah keluarkan duit dia dulu kan. Ye lah, dia mana ada cash sekarang ni. So, nak mengeluarkan duit ni agak payah sebenarnya sebab kawan aku ni ha tak da kad atm pulak. So that, kena guna cara manual iaitu dengan mengambil nombor dan mengisi borang dan seterusnya menunggu nombor anda dipanggil.
Masalah kawan aku ni tiba bila dia tak tau nak isi borang yang mana satu. Aku pun pelik juga dia ni tak pernah keluar duit ke apa? Rupanya beliau baru sahaja membuka akaun ASNB dan borang-borang untuk akaun ASNB punya semua tulis tulisan yang memeningkan kepala. Satu borang tulis ‘pembayaran balik’ satu lagi tulis ‘jualan unit’. Aku pun agak konfius jugak. Maka kawan aku ni pun bagi lah cadangan kat aku. “kau cuba tanya orang,” eh dia ni. Suruh aku pulak tanya. Macam lah ni masalah aku. “nak tanya sape?” Dalam ingin membantah tu aku bersetuju jugak. “tu kau tanya brader yang tengah isi borang kat hujung tu,” aku pun pandang lah orang yang hujung tu. Dan aku agak terkejut. WOW, kacaknya beliau. Seriously brader tu memang ada iras Aaron Aziz la aku cakap. Badan brader tu pun memang tegap dan sasa macam Aaron Aziz jugak. WOW.
macam ni la rupa beliau
iras-iras je la
tak la sebijik macam ni
Kawan aku ni pun satu, nak suruh tanya kat orang yang hensem-hensem je. Biasa lah, girls… Pulak tu brader ni memang sangat stylo la. Pakaian dia semua branded from top to toe. WOW, dia pakai t-shirt warna kuning cair dari Ted Baker. WOW, dipadankan pulak dengan sweater berhud tanpa lengan warna hijau lumut dari French Connection. WOW, dengan bermuda warna coklat gelap dari Dockers. WOW, pulak tu tali pinggang warna putih gading berjenama Philosophy Men. WOW, dihiasi pulak jam tangan warna keperakan berjenama Tag Hueger, dengan dihiasi shades Aviator dari Ray Ban yang sengaja diletakkan kat atas kepala beliau. WOW, dengan kaki yang bersarung stoking Adidas serta sneakers potongan high-cut dari Timberland yang melengkapkan gaya macho beliau. WOW.
“kau tunggu apa lagi. Pergi la tanya cepat. Kalau boleh mintak nombor telefon sekali,” cis… kawan aku ni pun. Tak boleh sabar ke? Aku nak jadi tatarias gaya sekejap pun tak boleh. Siap suruh mintak nombor phone pulak tu. Well, biasa lah, girls… So, aku pun berjalan lah kearah abang Aaron Aziz punya klon ni. WOW, bau perfume 212 CK menyegarkan hidung aku bila mendekatkan diri dengan beliau. “excuse me,” pergh… aku siap speaking tu. Kau ada? Then, klon Aaron Aziz yang tengah leka mengisi borang tu pun berpaling kearah aku dan tersenyum. WOW, senyuman yang manis dihiasi barisan gigi putih melepak menghiasi mulutnya. WOW, ini memang the sesempurna umat ni. “ada apa?” Brader ni tanya aku. WOW. Kali ni dengan a verybig WOW. A very bigWOW, bila dengar dia bersuara. Mana tak nya abang tu boleh tanya “ada apa?” kat aku dengan tone, “hahe haphe?”.
Dalam erti kata lain brader tu sengau rupanya.
Dan aku hanya mampu berkata “nothing,” sebab tak tahan nak gelak punya pasal. Nasib baik lah tak gelak kat depan dia. Kalau tak memang kena makan penumbuk Aaron Aziz lah aku lunch semalam. Memang tak baik pun gelakkan orang. Jahat aku kan? Walau pun dia sengau tapi dia berduit. Pulak tu berwajah kacak dan bergaya pulak tu. Kau ada? JmJ
No body perfect
P/s: mungkin brader tu memang Aaron Aziz kot. Tapi sengaja menyengaukan suara beliau sebab takut peminat serbu. Menyesal tak mintak autograph beliau.
sorry ye abang aaron aziz
Hoghi he habhang haaron hahiz. HOWW… eh, I mean WOW;)
Sejak akhir-akhir ni aku selalu terfikir pasal teman hidup. Kenapa ek aku tak da awek? Hurm, aku tak da jawapan untuk itu. Betul kadang-kadang terbit rasa cemburu bila tengok semua kawan-kawan aku text diorang punya awek, call cakap manje-manje. Rasa macam cemburu sangat. aku ni bukanlah cerewet sangat. aku boleh terima sape-sape je nak jadi awek aku. Pergh… gila desperate ayat. HAHAHAHAHA. Mungkin aku tak berusaha kot. Aku ni bukan apa, malas lah nak lelepak tepi jalan main pewit-pewit perempuan ni. cam buang masa je. Lagi pun kalau difikir-fikir balik, malas lah nak berawek ni kan? Susah. Nak kena jaga kebajikan diorang lagi. Nak dating, nak kena belanja makan, nak beli hadiah, nak kena ingat tarik besdey lah, tarikh anniversary lah, tarikh hari kanser payudara sedunia lah, pastu pulak nak kena pujuk segala bagai lah, then nak kena mesej hari-hari lah. So that why aku cam malas nak berkapel. Ceh… baik punya ayat cover line. Padahal tade orang nak. KAHKAHKAHKAH.
kanser payudara
Ok lah. Aku nak jugak berawek ni. tapi sape nak jadi awek aku ni kena ikut rule aku lah kan? HAHAHAHAHA. Giler bajet aku. Gaya macam ada je orang nak berkapel dengan aku. Ada ke?
Ok, firstly awek aku tu mestilah tergolong dalam golongan orang yang menutup aurat. Mesti bertudung ok. No dedah sana, dedah sini, no ketat-ketat, no belah-belah, no nampak sanggul depan. Dan kalau boleh berjubah pun. Ha… amacam cerewet tak aku? Ada berani nak jadi awek aku? HAHAHAHA. Well, aku bukan ape. Nak jaga kebajikan korang jugak. So that, nanti takda la korang mengadu kat aku, “you tengok lah orang tu, usha I semacam je”… kan? So kalau korang menutup aurat dengan sempurnanya maka takda aku kena kejar mamat yang usha kau separuh nak mati tu kan? So, ini juga telah membawa kepada keharmonian alam. Ye lah, tak da maknanya aku nak pergi menumbuk orang yang mengusha kau tu. Tak da lah menyusahkan hidup aku kan? Dan ini secara tidak langsug membawa kepada kesenangan dan keharmonian manusia segajat. Lagipun cuba kau bayangkan, tak ke sejuk hati mak aku nanti kalau aku kenalkan kau kat mak aku, “cantiknya bakal menantu aku ni. berjubah siap. Belajar kat mesir ke dulu?”
dilarang jadi awek aku
Yang keduanya. Kalau boleh aku tak nak la asyik nak mesej-mesej ni. bukan apa, aku ni malas la nak menaip mesej. Ye lah, tiap-tiap hari nak kena mesej. Padahal mesej benda yang sama je. Tanya hari ni makan ape, dah mandi kebelum, tengok tv cerita apa, pakai baju kaler apa, dah korek idung ke belum, tido malam tadi mimpi apa, dan macam macam lagi lah yang tak penting langsung. Kalau boleh aku tak nak lah mesej yang macam ni tipa-tiap hari ek. Boleh tapi jangan lah tiap-tiap hari eh. Dan kalau nak mesej macam, “you hari ni I pegi rumah nizam sebab ada buat beday party. Boleh you?”, dan lagi “you, mak I tanya bila you nak datang meminang?”… ha, kalau mesej nak tanya soalan yang sedemikian rupa sangat dialu-alukan lah. Dan satu lagi kalau nak mesej tu jangan lah guna bahasa gedik gedik eh. Ala bahasa yang cam budak pelat baru nak belajar cakap tu lah. Aku tak suka lah. Menyampah. Ish, tak dapat bayangkan bila ada orang anta mesej macam ni, “dah mamam kew belum?”tak pun macam ni “cayunk, I cakit peot lah,”… oh, aku tak dapat bayangkan kalau kau hantar mesej macam ni. ada gaya aku tukar henfon baru sebab asyik hempas kat lantai punya pasal.
hiasan semata
Apa lagi ek? Ha… pelis lah jangan mengarah aku. Aku ni jenis orang yang tak suka diarah. Well, rasa macam sikit punya sakit hati bila ada orang mengarah aku itu ini. Rasa macam, “what the hell? Kau sape nak arah-arah aku? We are not married yet ok”. So, siapa-siapa yang nak kapel dengan aku tu maka diingatkan tak payah lah nak arah aku macam ni, “by hook or by crook I nak jugak tengok wayang hari ni,” tak pun “I tak kira you kena dapatkan jugak tiket belakang pentas Paramore tu,” tak pun nak lagi dashat, “I don’t care, you kena belikan jugak tuala wanita tu untuk I, I malu nak beli sendiri”. Hey, kalau macam ni punya perempuan memang aku takkan pilih lah. Belum kawin dah nak arah macam-macam, kalau dah kawin alamat kau jadi janda lepas dua hari kawin lah.
Dan apa lagi ek? Oh ya, kalau nak jadi awek aku jugak aku taknak orang yang suka merajuk. Susah lah nak pujuk orang merajuk ni. itu pun kena berhabis duit beli teddy bear dan bunga ros segala bagai. Kalau tak takda makna nya kau nak hilang merajuk tu. Kalau setiap kali merajuk nak kena beli hadiah alamat kalau dah kawen nanti kau sembelih aje teddy bear tu buat lauk. Banyak pulak duit aku nak beli segala macam hadiah sebab nak pujuk kau punya pasal. Nampak sangat perempuan ni materialistic kan? oh ya, siapa nak jadi awek aku perlulah tidak materialistic orangnya ya. Maka senang lah aku tak payah hari-hari nak kena cucuk duit kat atm.
merajuk lah tu
Ha… aku rasa tu je lah syarat aku. Well, sebenarnya banyak lagi. Tapi aku malas lah nak letak semua tu takut nanti jadi anak teruna tua pulak sebab tak da orang nak. Hurm, memang dah ditakdirkan kot yang aku ni memang tak boleh buat serious relationship. Well, aku rasa aku akan ada aku punya my own crush, cuma aku tak pernah fikir yang benda ni serious pun. Lagipun aku rasa benda ni normal tu happen now and then. Dan bukan infinite. Aku ni just dont do relationship but I do value friendship.
Pada siapa-siapa yang terasa dengan apa yang aku tulis ni aku mintak maaf lah. I just want the best for me. Well, ada sape-sape nak jadi awek aku?
Perempuan selalu cakap, “I know my boyfie in and out.” Oh, sebenarnya tidak. Kau sebenarnya masih tak tahu banyak tentang balak kau tu. Well, lelaki kind off perahsia jugak orangnya. Dia takkan bagitahu segalanya kat kau in fact kau ialah what-so-ever-that-you-called-soul-mate. So, now aku akan bagitahu lima perkara yang kau patut tahu pasal lelaki. Ya, mungkin ada di kalangan korang dah tahu. Tapi, aku tetap nak bagitahu jugak. So, lets cekidaut.
#1: soccer or you? I choose soccer.
Lelaki akan selalu nya mementingkan bola sepak berbanding teman wanitanya. Dan dia sanggup buat apa saje asalkan dia dapat menonton perlawanan atau bermain bola sepak. Kau merajuk lah macam mana pun, kau tacing la apa cara sekalipun, kau nak bunuh diri sekalipun, kalau dia cakap dia nak tengok bola malam tu, maknanya kau dah diibaratkan tidak wujud malam tu. Lelaki ni, bila ada je kaitan dengan bola, maka perempuan akan jatuh no 2. Girl, remember this, guys boleh hidup tanpa perempuan tapi willing to die for soccer. I tell you what, aku ni bukan lah suka sangat tengok bola, kalau nak main pun kirim salam aje lah. Tapi kalau diberi peluang antara menonton bola dan keluar poya-poya dengan perempuan, aku sanggup menonton bola. Kalau tengok bola we no need to pay any charge, unless lah kau tengok kat mamak. Itu pun kalau kau order air. Yes, nak tengok bola ni free je, nak keluar ngan awek? Oh, sori lah, minyak kereta lagi, belanja makan lagi. Tak kan nak keluar bodoh je kan? Paling koman pun mesti nak tengok wayang. Itu belum lagi dia mintak “oh sayang, teddy bear itu nampak sangat kacak”. Semua yang berkait dengan perempuan ni mesti melibatkan kos. So kau jangan nak kecik hati lah kalau balak kau tak nak layan kau sebab dia nak tengok bola. Tak payah nak tacing-tacing la, sepatutnya kau bagi la jugak sokongan kat team yang balak kau sokong tu. Tak pun teman dia tengok bola kat mamak. Bernas tak idea aku? Bernas kan? Kan? Kan?
#2: do not nagging on me.
Oh. Lelaki memang pantang sepantang pantangnya kalau perempuan yang kuat membebel. Kajian menyatakan purata perempuan bercakap ialah 3000 pata perkataan sehari. Wow, can you imagine? Setiap patah yang kau cakap tu boleh jadi manuskrip cerpen tau. Tak pun dah boleh lengkap untuk skrip carekarama. Perempuan patutnya less talk than action. Aku tak paham kenapa perempuan ni suka membebel. Membebel benda kecik-keci pulak tu. Dia nak cakap pasal katil tak kemas je tapi entah macam mana boleh melalut sampai ada perempuan lain atau tak? tolong lah. Lelaki ni memang tak suka kalau perempuan membebel. Bayangkan kalau dah kawen, laki punya lah penat balik dari kerja. Balik-balik dah kena hambur dengan sumpah seranah dari wife hanya kerana lupa beli lampin anak. Tu belum lagi dia membebel pasal “nafkah batin” yang jarang dapat sebab suami selalu outstation. Hey, kalau pasal nafkah ni kau tak payah nak bebel-bebel nak ingatkan lah. Lelaki ni tau tanggungjawab dia. Lagi-lagi nafkah batin. Petik jari je. So girls, remember… less talk than action.
#3: stop asking. I do love you.
Perempuan selalu nak tanya, “do you love me?” tak pun,”you sayang I tak?” ni yang perempuan tak tahu sebenarnya. Lelaki ni sebenarnya rimas kalau perempuan asyik tanya macam ni. Dia macam mempersoalkan cinta dia pulak. So, jangan lah selalu tanya. Yes, I do love you. Tak cukup ke? Masa dating nak tanya, masa kat telefon nak tanya, masa sms pun nak tanya, kat fesbuk nak tanya, kat ym nak tanya. Siapa tak rimas? Dan kau tak perlu tanya lah, lelaki ni tau masa-masa yang sesuai untuk ucapkan kata cinta tu. So, kau tak perlulah nak menggedikkan diri nak tanya “sayang, you cintakan I tak?” bajet manja lah tu. Tolong lah. Gedik ada lah. Oh, aku tak tahu definisi gedik tu apa sebenarnya. Tapi kalau kau pernah tengok iklan rejoice yang “nanti rambut kita ada kesan helmet…” ha… tu lah gedik. Aku tak tau la tu gedik atau tak. Tapi mak aku cakap perempuan dalam iklan tu cukup gedik. So, cakap mak aku aku percaya lah. Kau tak rasa menyampah ke dengan perempuan tu? Rasa macam nak hempok je kepala dia dengan helmet sampai mengucap. Oh, perempuan gedik tu dah dapat skrip baru, “nanti kepala kita ada kesan hempokan helmet”. Aku tau aku dah melalut ni. So, the point is jangan nak jadi gedik tanya “kau cinta sama aku atau tidak” tu. Got it?
#4: I cry too.
Lelaki walau semacho atau seganas mana pun dia pasti akan menagis juga. Betul, lelaki pun ada perasaan jugak. Dan biasanya kalau dia menangis dia tak nak orang tau. Well, biasa lah guys, mestilah sentiasa nampak macho, ganas dan berketerampilan. Bukan itu sahaja malah perlu lah baik hati, penyayang dan elegant. Aku suka perkatan elegant tu. dan aku tak tahu apa maksudnya. So, back to the topic. Ya, lelaki menangis jugak. Lagi-lagi kalau melibatkan diri dan keluarga dia. Lelaki akan cepat tersentuh kalau ada kena-mengena dengan diri dia. Aku bagi contoh, aku pernah menangis sebab aku pernah buat silap yang mengaitakan orang lain. Rasa bersalah gila sampai aku rasa betul-betul sedih dan tanpa sedar tiba-tiba air mata dah menitis. Tanya suhana, dia tahu sebab apa aku menangis. Entah kuasa telepati apa entah dia pakai, dia macam tau-tau je aku tengah nangis and dia call aku tanya aku ok atau tak. Aku pun tak ingat sebab apa aku nangis. Oh, suhana kalau kau ingat sebab apa aku nangis tu jangan bagi tau orang lain. Nanti aku belanja mekdi. Girls, tahu aje lah, dengar mekdi je senyap lah dia. Keh-keh-keh.
#5: don’t try to judge me. I am always right.
And the last part yang patut kau tahu pasal lelaki ni ialah, lelaki ni selalu nya betul. Tak pernah salah. Walau salah macam mana pun dia, dia mesti akan sebolehnya memutar belitkan fakta untuk menjadikan nya betul. Well, lelaki biasalah… kind off ego sikit. Memang lelaki mesti nak betul dalam semua perkara. Hitam kata dia maka hitam lah. Kau jangan nak mengada-ngada nak memutihkannya. Kelabu pun tak kan mungkin. Sudah memang menjadi lumrah yang lelaki tak boleh di persalahkan. So, kalau dalam perhubungan kalau your boyfie tu salah macam mana sekalipun kau jangan lah nak marah-marah kat dia. Sia-sia kau makan pelempang free je kang. Dan satu lagi please avoid this bila kau keluar dating dengan balak kau, iaitu jangan bandingkan balak kau dengan orang lain. Dia tak suka malah benci. Oh, cemburu sebenarnya. Hey, siapa tak cemburu bila awek pandang jantan lain lepas tu buat suara gedik menggoda macam ni, “you, muka dia comel giler you. Macam Hydir Idris…” tak pasal-pasal kau balik dating jalan kaki lepas tu. Oh ya, aku tak kenal siapa Hydir Idris tu. Tapi Zuren suka giler kat budak tu. Dia cakap boleh buat anak ikan. Apa comel sangat entah budak tu. Comel lagi kucing kat rumah aku ni. eh, baru aku ingat rumah aku tak da kucing. Oh, what ever.
p/s: suka dengar peribahasa Karam Singh Walia, “bagaikan kucing menyalak bukit. Bukit tak bergerak, kucing tak reti menyalak”
Aku rasa sikit punya macam doctor love sampai boleh bagi tips untuk memenangi hati wanita pulak. In fact aku sendiri tidak punya teman wanita. Well, don’t take it serious lah. It just my opinion about how to make the girl fall in love with you. Mana lah lau kau boleh guna untuk pikat perempuan ke. Oh, mana lah tau yang aku pun boleh guna jugak kan? Oh ya, suka cita diingatkan bahawa, bimbingan ibubapa perlu bagi mereka yang di bawah 13 tahun untuk membaca entry ini. Dan ya, pembacaan ini adalah sesuai untuk bacaan golongan lelaki sahaja. Tapi kalau perempuan dah gatal sangat nak baca, baca aje lah. Kesah pulak aku? Keh-keh-keh
seduce me...
So, sebenarnya kita (golongan lelaki) boleh buat wanita jatuh cinta tanpa sedar. I mean bukan lah kita pukau diorang ni. tapi kita boleh buat diorang ni tiba-tiba je boleh tersuka kat kita. Contohnya, kalau dia duduk sorang-sorang tu tiba-tiba je dia teringat kat kau. Dan dia tiba-tiba boleh terfikir “aku rasa aku suka lah kat Ali yang kiut mamat tu”. So, bagaimana nak buat keadaan ini berlaku? Ini ada beberapa tips yang aku boleh bagi kat kau.
Satu: good pick up line
sweet
Ya, golongan lelaki sebetulnya kena ada teknik mengorat yang baik. Teknik “err… sekarang dah pukul berapa ye?” tu dah ketinggalan zaman. Lelaki kena ada teknik mengorat atau pick up line yang baru. Perempuan dah bosan dan dengan “tumpang tanya… bla-bla-bla” tu semua. Cuba create idea yang baru. Contohnya, “eh, erm… boleh mintak autograph? Anak sedara saya minat sangat kat awak…” dan kalau dia masih terpinga-pinga cakap macam ni, “sombongnya siti nurhaliza ni,” dan kalau dia cakap macam ni “awak panggil saya siti nurhaliza? Saya bukan siti nurhaliza la...”.Ha apa lagi “eh, muka awak macam siti la. Seriously saya tak perasan. Sebijik macam siti…”.Perempuan mana yang tak suka bila muka nya disamakan dengan siti nurhaliza kan? So, cuba lah teknik ini. Insha Allah berjaya. Pasti perempuan tu teringat-ingat kau kat dalam mimpinya. Seriously. Tapi jangan lah samakan dia dengan Pamela Anderson hanya kerana boobs dia ok. Sebab perempuan akan fikir kau adalah seorang yang berfikiran kotor. Oh ya, sila jangan buat macam ini, “eh, saya macam pernah nampak lah awak. Tapi kat mana eh?”. Ha… kalau guna ayat ni memang silap besar lah. Perempuan macam dah biasa sangat dengan ayat yang macam ni. diorang akan fikir “ala mamat ni, nak mengorat aku lah tu,”. Dan ya, anda akan lebih bernasib baik kalau punya paras yang kacak macam aku.
Dua: sense of humor
peace
Memang tidak dapat dinafikan yang wanita sukakan lelaki yang kelakar dan lawak. Tapi perlu diingat bukan lawak bodoh. Tapi memang kebanyakan lawak akan kedengaran bodoh pun. Ye lah, mana ada lawak yang pandai kan? Semua lawak mesti ada unsure bodoh, barulah namanya lawak. Maksud aku kat sini ialah jangan buat lawak slapstick. Kau tahu lawak slapstick tu apa? Ala… lawak yang macam senario tu lah. Seriously, aku tak pernah gelak setiap kali senario buat persembahan. Lawak diorang mesti ada berusur lucah. Tak paham la. Tak perlu nak kaitkan dengan seks kalau nak bagi orang ketawa. Oh ya, lari pulak dari topik. So, kalau nak perempuan mudah jatuh hati kat kita cuba lah buat lawak dengan diorang. Dan ingat jangan lawak lucah. Ia akan bagi tanggapan negative kat kau. Ceritakan dekat diorang pengalaman-pengalam yang mencuit hati yang pernah terjadi kat korang. Tapi perlu di ingat jangan cerita kan pengalaman yang menjatuhkan anda. Contohnya, “I tak tau macam mana I boleh terjatuh pulak dalam longkang masa tu…”. Ia akan memberi gambaran bahawa kau seorang yang tidak berhati-hati. Boleh kalau nak bergurau dengan cara macam tu tapi cuba twist sikit ayat tu, contohnya, “I asyik tengok you je, tak perasan ada longkang kat depan. Nasib baik jatuh longkang, kalau jatuh hati you nak sambut ke?”. Ha… sound funny kan tapi ada aura romantic.
Tiga: romantic
romantic
Memang perempuan giler admire dekat lelaki yang romantic. Romantic bukan hanya dengan kata-kata ok. Tak perlu selalu puji dia hari-hari. Tak perlu lah “wow, you nampak cantik hari ni…” , tak pun “you lain dari yang lain lah hari ni…”. yes, pujian itu peting tapi tak perlu lah hari-hari. Nanti perempuan pun naik muak. Lagi-lagi kalau hari tu dia datang bulan atau hormon tak stabil, tak pasal-pasal je kena maki hamun. Nak nampak romantic bukan hanya dengan pujian dan kata-kata aje ok. So, cubalah romantic dalam perbuatan. Contohnya, bila nampak seorang perempuan tu bawak buku banyak ke, hulur-hulur lah tangan nak membantu. Ha… tak pun kalau time nampak dia tengah berdiri dalam bas or lrt or what ever etc, bagilah tempat duduk. Kan nampak sangat sweet. Dan ya, kalau perempuan tengah sedih ke, datang lah mendengar masalah dia. Perempuan suka tau kalau ada lelaki yang sudi dengar masalah dia. Dan kalau dia tengah menangis hulurkan sapu tangan korang kat dia. Dan ya, lelaki nampak sangat romantic jika dia menghulurkan sapu tangan kat perempuan. Sweet kan? Untung-untung dapat contact number dia lepas tu, “if you tak keberatan boleh I mintak no phone you, well nanti senang la I nak pulangkan your sapu tangan…”. See, senang tak formula aku?
Empat: matured
kristen kreuk
Oh ya, sila jangan jadi macam budak-budak di depan wanita. Perempuan ni tak boleh tengok laki yang macam kebudak-budakan ni. diorang fikir lelaki perlulah matang dan pandai menyelesaikan masalah. Dan juga, lelaki perlulah baik hati, bijak memimpin, penyayang dan menaghoramati orang lain (chewah). Ye lah, mana ada perempuan yang suka lelaki yang macam budak budak. Ye lah, kau tau kan budak-budak. Merajuk lah menangis lah, mintak itu lah, mintak ini lah. Ya, lelaki tak macam tu. Perempuan je yang suka merajuk dan mintak macam-macam ni. well, biasa lah, girlsss… tapi kadang-kadang boleh lah macam budak-budak sikit. I mean bukan lah merajuk dan menangis tu. Aku tak suka tengok lelaki merajuk, nampak giler buruk dan menyampah jugak. Maksud aku kat sini, nakal-nakal macam budak-budak. Contohnya, “semalam I tengok hagemaru tau dia suka buat muka macam ni kan?” (sambil menjelirkan lidah ala hagemaru).
hagemaru
Ha, walau nampak macam budak-budak tapi perempuan suka. I tell you, perempuan mana yang tak suka tengok hagemaru? Oh ya, aku ada kisah menarik. Ada lah seorang kawan aku ni suka tengok smallvile. Entah macam mana awek dia ni nak ajak dating pulak malam dia nak tengok cerita tu. Dia pun tak nak dating sebab nak tengok cerita ni punya pasal. Tak pasal-pasal awek dia marah dia. “you ni macam budak-budak la tengok superman ni…” well, jangan lah macam budak-budak sangat kay. Apa kelas tengok superman, baik kau pegi jumpa awek kau tu. Boleh jugak raba-raba. Keh-keh-keh. Kalau kau tengok Kristen Kreuk, kau ingat dia nak bagi kau raba dia? malam sikit... Aku tak pernah suka superman, what the hell, bukak spec than ubah gaya rambut sikit dah orang tak cam. Heh?
girls...
Well, itu je lah empat tips yang aku boleh bagi kat korang kalau nak bagi perempuan berkenan kat kau. Amacam ada gaya doctor cinta tak aku? Ini lah padahnya kalau selalu baca novel jiwang. I mean terbaca dan terhabis baca. dan kalau kau guna tips ni mesti kau boleh berjaya menjadi plaboy sejati macam aku.
Oh tak sangka aku bagi salam. Jarang aku bagi salam di setiap entri aku. Jarang ke? Seingat aku tak pernah, never mind lah, yang penting aku dah bagi salam. Itu pun selepas di sound oleh, seorang yang tak di kenali di emel aku. Oh, gila terharu, ada orang tegur aku sebab tak pernah bagi salam setiap kali start entri baru. Kau tau apa maksud dia? Maksudnya dia baca blog aku. Back then, aku tak kenal pun dia pun. Kau tau apa maksud dia? Kau akan rasa gila bangga bila a stranger can tegur kau. Dan dia seorang perempuan. Oh, kudos to you Mrs. Sound Direct.
Oh, lari topic pulak. Yada, yada, yada. Sila tolong ingatkan aku bila aku cuba lari dari topic. Tengok, kan aku dah lupa nak cakap pasal apa. Oh ya, perempuan.
Betul, perempuan ni kadang-kadang complicated sikit. Oh, pembetulan, perempuan ni selalunya complicated banyak. Well, biasalah girlsss… *rolling eyes*.
Chop, chop. Jangan cepat melatah. Aku bukan nak diskriminasi gender kat sini. Tengok la tu, perempuan mesti macam tu. Baru aku introduce pasal tajuk dah nak melenting. Kenapa ek. Girls, you read first and then baru you alls tau apa yang aku cakap ni ada benarnya tau. Ni tak, aku baru cakap yang perempuan ni complicated dah nak marah-marah. Chill lah. Pastu mula la cakap “hey, your mum pun perempuan jugak…..”, “asyik kondem perempuan je…” ,”awek you pun complicated dan gediks jugak…..” and bla bla bla. Relax-relax. Jangan la cepat marah. Ni la yang complicated nya pasal perempuan. Cakap sikit nak marah. Tapi, perempuan ni cute juga time marah. So, marah la selalu. Kalau kau tengok aku senyum time kau marah-marah tu jangan terasa hati, itu maksudnya aku rasa yang kau tu cute. Wah, blushing la tu.
Tengok tu. Kan aku dah cakap tolong ingatkan aku kalau aku lari topic.
Firs of all, tenangkan diri kau dan baca elok-elok. Tak da niat pun aku nak diskriminasi gender kat sini. Cuma aku nyatakan apa yang aku rasa je. So, no heart feeling ok.
Satu: shopping.
i nak beli kasut baru lah. teman i shopping jom.
Guys. Rule no one, jangan ikut perempuan pergi shopping. Seriously, perempuan ni giler complicated kalau bab shopping. Aku pernah ikut girlfriend(s) aku pergi shopping untuk cari baju koporat apa entah. Time tu part 2, lec finance aku suruh pakai blazer and semua yang korporat time hari isnin. Then, aku pun ikut lah diorang meronggeng sama seluruh bandaraya islam si Kota Bahru tu untuk cari apa jadah punya blazer and such thing yang koporat and keparat tu. Imagine it, aku pergi menjelajah all store kat seluruh KB tu untuk cari blazer yang sesuai untuk diorang. From one outlet to another, dari pagi sampai magrib dan satu pun tak da yang berkenan kat hati diorang. Oh, dia punya penat tak payah cakap lah. Tu aku tak cakap lagi yang akhirnya diorang pilih blazer di kedai pertama kitorang masuk. Pfft. Dia punya sakit di hati yang membara ni tok sah cakap lah. Nasib baik time tu ada orang belanja pizza hut. Oh, guys lagi satu. Jangan percaya kalau perempuan cakap “teman la I kejap, I nak beli Jimmy Choo (sekadar contoh) je”. Itu maksudnya bukan dia sekadar nak beli kasut, malah dia nak beli benda lain juga. Biasalah, perempuan, one is ten to them. Tak percaya, aku pernah kena kelentong mati-mati dengan kawan aku (girl semestinya), dia cakap suruh aku teman pergi shopping sebab nak beli hadiah burfday untuk dia punya forever-and-ever friend. Ya betul, dia memang beli hadiah. Tapi disebalik dia beli hadiah tu, dia akan beli dia punya barang dapur la, pergi beli lampin pakai buang anak dia la, ajak tengok wayang lah, ajak main bowling, karaoke, piknik, main skate-board, pegi cc, ambil gambar, suruh belanja makan, mekdi, kepsi yada yada yada and lastly baru lah “eh, you rasa hadiah apa yang I nak bagi kat Linda for her birthday”. Oh, come on.
Dua: hygiene
zara
Ok. Perempuan ni agak complicated sikit kalau bab-bab kebersihan. Memang di akui perempuan lebih pembersih daripada lelaki. Lelaki memang macam tu. Lelaki ni boleh hidup dengan baju yang tak dibasuh selama sebulan. Frankly speaking, aku akan nembasuh baju aku hanya selepas seminggu ianya di dalam baldi. Itu baru baju belum jeans lagi. Lelaki boleh tak basuh jeans dia selama dua bulan lamanya (aku basuh seminggu sekali ok). Kawan aku cakap, bila aku tanya kenapa lama giler tak basuh jeans? Dia cakap, nak bagi nampak macam lumut-lumut sikit kat jeans dia, so that baru nampak cam season sikit. Duh. Ala… lelaki biasalah. Aku tak kisah sangat. Tu belum bab boxer lagi. Oh, aku tak nak citer pasal tu nanti kau tak lalu nak makan pulak. Well, aku just nak bagitau, guys especially, kalau kau tak basuh jeans kau tu berbulan-bulan lamanya, better kau jangan cerita kat perempuan. Perempuan ni hygiene dia lain macam sikit. Bila dia dapat tau yang kau tak basuh jean kau lama giler, dan bila dia tersentuh je jeans kau tu dia akan mula lah keluar fatwa “kena samak dengan air tanah la…”, “kebersihan separuh dari iman la…” bla bla bla and what-so-ever fatwa lagi yang tak masuk akal. Yes, kebersihan is apart of iman but tak ada pun orang suruh kau susah payah pergi samak kalau tersentuh jeans yang dua bulan tak basuh tu. Oh, aku ada kisah yang sedikit mencuit hati. Perempuan ni walau pun diorang ni agak pembersih, tapi selalu jugak pakai baju yang sama. Aku pernah nampak kawan aku pakai baju kurung yang sama untuk dua hari. Ya, semalam dia pakai baju kurung bunga kuning, esoknya dia pakai baju kurung bunga kuning tu juga. Well, bila ditanya, “baju ni bersih lagi lah...”, “pakai sekejap je semalam…”, “bukan baju semalam lah. Semalam bunga dia besar. Hari ni kecik sikit…”, “I ada dua lah baju yang macam ni…” bla bla bla… well, biasa lah perempuan. Beralasan 24 jam.
Tiga: makan
donut yang lazat
Bab makan ni perempuan memang complicated giler. Tak boleh makan tu lah. Tak boleh makan ni lah. Pantang lah. Nanti tumbuh jerawat lah. Perempuan memang cerewet giler bab makan. Itu tak boleh makan, ini tak boleh makan. Nanti gemuk lah. On diet lah. Oh, I am sick of it. Aku kalau masuk kedai makan selalu perhatikan perempuan ambil lauk. Perempuan kalau ambik nasi, mula-mula ambik pastu diaorang luakkan sikit. Pastu cam rasa tak cukup pulak, tambah lagi sikit. Kalau ambik lauk pun macam tu, pusing dua tiga kali. Rasa macam nak makan ayam. Tengok ayam masak merah lah, ayam masak kari lah ayam masak kurma lah. Bila nak ambil ayam kari banyak sangat lemak lah pulak. Pastu tak jadi. Letak balik ayam kari tu. Pastu niat nak ambik ikan. Tapi nampak macam tak selera pulak makan ikan. Huh, dia punya cerewet tok sah habaq lah. Tu kira ok lah, nak jugak dia makan nasik. Ni aku nak cerita pasal pengalaman aku pulak. Bila keluar ngan perempuan mesti diorang nak makan yang mewah-mewah. Paling koman pun mesti wajib kepsi. Kalau aku tak boleh lah makan yang fast food ni. mesti nak makan nasik jugak. Kau kenyang ke makan kepsi and mekdi tu semua? Pulak dah dia keluar ayat macam ni, “belanja lah, kfc je pon. Kedekut lah you ni…” oh, come on. Kau yang nak makan bayar sendiri lah. Oh ya, aku ada kawan yang obsess giler dengan Big Apple. Dia punya obsess lah sampai dia boleh ingat semua jenis donut dekat Big Apple tu. Dia boleh order that kind of donut tanpa berpandukan menu pun. Duh. Tabik spring lah aku.
Empat: making decision
bestfriend or boyfriend? which one eh?
Ni lagi satu yang perempuan giler cerewet. Ya, perempuan ni cerewet giler time buat keputusan. Dia punya cerewet sampai semua kesan dan akibat dia nak amek kira. Oh, aku dengar radio hari tu. Ada seorang caller ni cakap kat dj tu sama ada dia nak putuskan hubungan dengan boyfiee dia atai tak. so, awek ni citer lah yang boyfiee dia dah tak amek kisah kat dia. Selalu bz lah. Tak da masa bersama lah. Pastu dia syak boyfiee dia ada awek baru. So, dia mintak pendapat aband dj tu. Abang dj tu pun buat lawak dengan cakap “kau tinggal kana je balak kau tu and kapel dengan abang,” . awek tu boleh pulak cakap yang dia masih syangkan balak dia. Tapi di hujung tu awek tu bergurau “abang jadi no 2 lah. Jadi saya punya kekasih gelap”. Sambil tergelak gedik di hujung suaranya. Pulak dah si dj ni memang gelap dari segi paras. So, the point here is, kalau kau mintak pendapat orang tu just terima je la pendapat orang tu. Kalau dah laki tu macam tu kau tinggal kan aje. Ni tak, masih sayang kat dia lah, masih ada perasaan kat dia lah, tak boleh hidup tanpa dialah. Hey, kalau kau tak boleh terima pendapat orang jangan tanya pendapat orang. Punya pasal kau lah nak uruskan masalah kau sendiri. Pastu boleh pulak gedik-gedik nak suruh abang dj tu jadi kekasih gelap kau. Tengok, betul kan apa aku cakap, perempuan ni susah betul nak buat keputusan. Well, lagi satu time tengok wayang. Pernah suatu ketika, aku punyalah kempunan tak dapat tengok wayang hanya sebab si perempuan ni tak tau nak tengok cerita seram ke romantic. Seram ke romantic? Macam pernah dengar je. Lagi satu time beli baju. Boleh kau tanya pendapat aku macam mana mak mix and match kan kau punya baju and jeans? Pulak tu 3, 4 kali kau keluar masuk fitting room just nak cuba baju yang akhirnya kau tak beli langsung. Oh… perempuan… perempuan.
Lima: pasangan hidup
your girlfriend is a backstabber
Aku anti betol kalau perempuan yang asyik nak boyfiee dia ikut telunjuk dia je. Contohnya, “I tak suka you makan bawang sebab I tak suka bawang…”, “I nak you buat gaya rambut cam tomok tu, nampak kiut what…”, “I nak teddy bear yang besar tu, tanak yang kecik…” dan apa-apa saje lah arahan yang dia suruh balak dia buat. Aku tau lah, that your boyfriend tapi kadang kala kau punya perangai tu bukan sahaja menyusahkan balak kau tapi orang lain jugak. Yes, contohnya bila balak kau dah janji nak keluar dengan orang lain tapi terpaksa membatalkan janji nya disebabkan kau. Yes, ini bukan contohnya, tapi the real life yang sering terjadi kat aku. Bila kau dah janji nak keluar dengan aku tapi kau kenselkan last minit sebab awek kau. “sorilah bro, awek aku demam lah. Dia ajak aku teman pegi klinik. Lain kali la kita gather…” oh, kau tak rasa giler shit ke bila kena macam tu. Come on la cewek-cewek sekalian, kalau kau demam pun takkan tak boleh pegi klinik sendiri. I mean, ajak orang lain tak boleh ke? Tak pun beli panadol di kedai berhampiran ke. Ni tak asyik nak berkepit ngan balak kau je. Balak kau pun nak ada boy life jugak. Bukan asyik nak teman kau pegi shopping, buat mani and padi and semua girly things tu. Dia nak jugak keluar dengan kawan-kawan lelaki dia. Huh!!
So, perempuan-perempuan yang diluar sana jangan lah nak cerewet sangat. ia bukan sahaja menyusahkan diri anda malah mereka dan keluarga mereka juga. Aku tak cakap lelaki ni tak cerewet tapi tak lah macam kaum yang ada 9 nafsu ni. lagi pun aku kan lelaki, so aku mestilah menyebelahi kaum aku ni. so, sape yang tak puas hati tu, aku cabar dia tulis pasal lelaki yang cerewet pulak. Ada ke laki yang cerewet? Tak da aku rasa. Ada ke???
Nota kaki: suka dengar lagu Bruno Mars-just the way you are. (ada maksud tersirat lagu dia tu)