Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Sunday, February 20, 2011

bila YAB Tan Sri Zainal bersuara

assalamualaikum

wah, sekarang ni semua universiti sibuk nak berkempen kan? well, biasalah dah dekan dengan pilihanraya kampus kan. aku tak bertanding pun untuk mpp ni. malas lah. banyak sangat komitmen. lagi pun aku bukan apa malas nak glamer glamer ni. nanti mula lah semua awek nak ambil gambar aku yang dok tampal merata tempat. maklumlah orang kacak lah katakan. lagipun aku malas nak bizi sekarang ni. nanti tak habis habis meeting la, perjumpaan lah. fuhh, bosan. lagi pun kan aku fikirkan orang yang bertanding ni nak glamer je. no offence okay. tapi peduli apa aku kan? bolayan lah. HAHAHA.

dah dah. kalau lah ditakdirkan aku ni bertanding mpp kan. ni aku nak bagi sikit aku punya manifesto.

1) semua student tak perlu hantar assignment pakai printed paper dah. semua boleh hantar by email atau through fesbuk je. haa... kan senang. printing ni costly lah. banyak duit nak pakai. lagi pun kalau hantar pakai printed paper ni kan kebarangkalian untuk orang mencurik hasil kerja kita yang tinggal kat depan bilik pensyarah tu tinggi. pastu mulalah nak buat baru la, nak print baru la. so why not hantar trough email je kan? semua lecturer dah ada fesbuk takkan email tadak kot. ke cemana? ce citer. ce citer.

2) aku akan mewujudkan satu hari yang diberi nama hari tanpa pak guard. perghh... pasti mendapat sambutan yang menggalakkan. well, maklum saje lah pak guard dan student memang musuh ketat yang tidak langsung boleh dirapatkan kembali. maka kalau satu minggu tu tak da pak guard pasti heaven giler lah. hari tu lah semua nak pakai seluar ketat, baju sendat dan tidak ketinggalan tudung tudung pelik pelbagai jenis. wah, pasti meriah. mari kita cuba.

3) oh ya. aku juga mahu menyarankan kepada VC agar membina lebih banyak lagi tempat parking kereta. dia perlu sedar bahawa student sekarang ni makin kaya. maka semua student ada kereta. jadi buat la tempat parking yang banyak sikit dan lebih kondusif. kalau boleh tempat parking tu ada aircond pun okay gak. lagi pun dah malas lah nak ke pejabat MPKB tu bayar saman tetiap minggu. mana taknya asyik muka sama je kena saman sebab tak bayar parking. well, memang student makin kaya tapi kalau nak bayar parking tu susah sikit la. mintak pertimbangkan ye tuan VC. teehee.

4) dan aku akan memaksa semua staf library untuk mengikuti kursus customer relation. oh, aku punya pengalaman dengan staf library semester lepas masih menyengat dalam sanubari. dan ya, ajar sikit pada mereka cara senyum yang melampau. pasti makin ramai yang akan ke library si gedung ilmu itu.

5) surau. surau merupakan peranan penting bila tiba waktu puncak. maka aku akn mintak VC kita untuk membina lebih banyak surau lagi di uitm kota baru ni agar labih ramai lagi student akan cemerlang dalam pelajaran akibat terlalu banyak menunaikan solat. ya, surau di uitm kota bahru sangat sedikit dan kadang kadang aku mendapat pusingan keempat untuk solat zohor. and the worse is pusingan keempat itu lagi lima minit mahu masuk waktu asar. dan belum cerita lagi pengalaman hampir ponteng kelas sebab nak tunggu solat zohor. maka buat lah surau yang lebih besar atau perbanyakkan ia lagi. atau kau nak dengar cerita aku pasal aku tak solat zohor pulak?

ha... ni la sedikit sebanyak aku punya manifesto. ada banyak lagi tapi yang ni pun memadai lah kan? so, amacam kau nak undi aku tak? 

sila lah undi saya, nescaya kamu akan mendapat mpp yang kacak. sekian terima kasih.

dah la malas nak tulis banyak banyak. penat tau tak.

less thah three
<3

Saturday, February 12, 2011

sentap

semua oarang nak sentap. semua orang nak sentap bila aku post entri semalam. i told you that entry not contribute with anybody. so, apasal nak perasan aku cerita pasal kau? oh... now i know that you guys have feeling too. mungkin selama ni aku tak nampak. well, maybe ada yang terasa when i post that entry. that entry actually dah lama ada kat draft. cuma tak nak post je. 

tapi tu la. bila aku post je entry tu ada seorang kawan aku ni cakap,

"semua benda nak post kat blog"

well. nasib baik aku ada blog. kalau aku tak ada blog, pada siapa aku nak luahkan masalah aku? kau? awal awal dah kirim salam.

Friday, February 11, 2011

friend for sales.

warning: this entry is NOT contribute with anybody. thats mean "kau tak payah nak perasan aku nak cerita pasal kau lah!!!" and of course this entry is what is in my heart all about. and when i am talking about "in my heart" thats mean i am very sincere about it.

currently looking for, friend for sales. yes, it FRIEND not FRIENDS. that mean one is enough for me. aku bukanlah manusia yang percaya pada terma bestfriend forever atau BFF tu. tapi kalau perkataan "kawan baik" itu wujud dalam kamus hidup aku aku sangat mahu meletakkan kriteria yang aku inginkan pada kawan baik yang aku mahukan itu. yes, itu pun kalau ianya ada untuk dijual. and i dont mind if i need to pay more in order to get it, as long as aku berpuas hati.

i am looking for a friend yang ada sentiasa ketika aku senang dan ketika aku sedih. aku tak nak friend yang ada masa aku sedang ketawa sahaja, tapi please la menangis sekali dengan aku. 

aku perlukan seorang kawan yang bukan hanya nak minta aku belanja Mcd, Kepsi, pizzahut etc tu semua bila duit ptptn masuk. tapi if possible apa salahnya kau belanja pulak aku even a nasik bungkus bila duit ptptn aku dah abis.

i am looking for a friend yang boleh belikan aku ubat bila aku sakit. dan bukan hanya boleh gelakkan sama sama dengan aku bila aku buat lawak bodoh.

i need a friend yang bukan hanya datang terkedek kedek bila mahu print assignment, tapi bila dah print kau boleh sakitkan hati aku dengan segala lawak bodoh kau macam budak tak pergi sekolah tu.

kawan yang aku perlukan bukan hanya yang mahu copy assignment aku bila kau tak siap assignment tapi kalau boleh tolonglah tanya samada aku dah makan ubat atau tak bila aku sakit.

seorang kawan yang aku perlukan haruslah sentiasa memahami aku apa jua yang berlaku. and please jangan pentingkan diri sendiri bajet macam kau bagus sangat.

i need a friend who is love me not because of my money but myself indeed.

need a friend who taking care of me bila aku tidak sihat. and if possible hantar aku ke hospital apa salahnya kan? 

need a friend yang boleh ceriakan aku kembali bila aku bersedih dan bukan buat lawak bodoh yang menambahkan aku sakit hati.

i need friend yang boleh menerima kekurangan aku. bukan hanya berbangga diri bila kau dah berjaya.

memerlukan seorang kawan yang tahu meminta maaf bila kau sedar kau salah. bukan buat bodoh je dengan segala macam kau punya lawak bodoh tu. say sorry la. kau ingat dengan lawak bodoh kau tu aku boleh maafkan kau? please. say it. sorry!!! susah sangat ke?

and of course, need a friend who can teach me how to live.

so, friend for sales. anyone? no? it's okay. i am used to it.

:')

Monday, February 7, 2011

perkara perkara yang ada pada diri aku yang kadang kala aku sendiri annoying gila.

pernah tak kau rasa sesuatu yang kau macam tak suka pada diri kau sendiri. well, ini agak pelik sebenarnya sebab kau macam tak bersyukur dengan apa yang kau ada. tapi tu la aku. aku sendiri macam ada banyak benda yang ada pada diri aku yang aku annoying gila. LMAO.  entah la. bukan tak bersyukur dengan apa yang ditakdirkan tapi... ah entah la. contohya...

satu: nama saya ali
well, mungkin tak ramai yang tahu bahawa nama aku ali. ya, that kampung name is my name. so, kau apa kisah? tapi tu la, aku pun kadang kala tak suka nama ali ni. entah la, aku rasa nama aku macam sangat tak komersial. kau bayangkan. Ali? perghh... nama mamat kampung mana ni? dan bila bercakap pasal nama aku ada kawan masa aku kecik dulu nama dia bella. dan kalau kau masa tu darjah satu kau akan bayangkan nama bella tu ala ala nama macam tinker bell. well, time tu kids about love the peterpan. dan yes, pada masa tu aku harap sangat nama aku adalah peterpan. well, bella sangat cute. dan bila digabungkan dngan peterpan akan menjadi sangat bersesuaian. tapi, bila aku dah besar ni aku bersyukur nama aku bukan paterpan. tak pasal pasal aku kena tuduh khalwat dengan luna maya pulak. duhh!

oh ya, back to the topic. ali. apasal nama aku ali? betul aku kadang kadang tak suka dengan nama aku tu. dia macam lebih banyak memberi keburukan daripada kebaikan. contohnya, nama aku pasti akan berada diantara golongan orang yang paling atas dalam name list. dan itu bukan lah sesuatu yana baik. aku sangat tak sanggup bila setiap kali presentation aku akan kena start dulu just kerana nama aku at the first kat dalam name list tu. that is what we call unfair. why all the cikgu tak boleh pick up randomly je? kenapa harus mengikut nama di name list? dan yes nama ali ni membuatkan semua lecturer akan mudah ingat nama aku. dan again, itu bukan sesuatu yang baik. sebab seorang cikgu ni akan panggil student yang dia ingat nama sahaja untuk menjawab soalan dia. oh come on. kadang kadang aku  harap juga nama aku macam nama mark zukernber atau arnold swegeneger. aku tau aku salah eja nama diorang. dan itu lah yang aku harapkan. bila nama aku pelik sikit maka tak dalah cikgu nak ingat nama aku dan semedang je nak suruh aku jawab soalan dia. hishh... sabor je la...

dua: always think negative
aku rasa aku adalah satu satunya makhluk yang selalu berfikiran negatif. aku tak tahu kenapa. kadang kadang aku selalu fikir "if we do like that must be something bad happen to us". tak pon, "kenapa eh dia macam tu, dia tak suka aku kot". ya, i am negative thinking person. terlalu pesimis. aku tak tahu kenapa. dan aku tak boleh ubah. walau sepositif mana pun aku try putar alih alih ianya akan kembali menjadi negatif. in fact, benda negatif yang aku fikir tu tak terjadi pun. contohnya macam one night masa aku sekolah asrama dulu. aku pernah plan nak fly beramai ramai tapi sebab aku punya negative thinking yang selalu fikir yang akan selalu ada warden yang buat roll-call maka aku tak jadi ikut serta kawan aku yang lain mem-fly-kan diri. sedangkan cikgu tu tak pernah buat spot-check pun. dan kawan kawan aku sedap gila makan roti canai tapi aku kelaparan sendirian. ciss...

tiga: need to have the script first.
aku tak tahu kenapa aku memang seorang yang tak boleh buat keputusan secara mengejut. kadang kadang aku kena sediakan script dulu sebelom buat keputusan. aku rasa macam kalau aku tak buat the skrip tu aku akan mula menggelabah. oh ya, skrip disini bukan lah bermaksud aku kena tulis dulu apa yang aku nak cakap. maknanya aku macam kena fikir dulu dialog yang perlu aku katakan. contohnya macam semasa nak makan. aku mesti fikir dulu apa yang aku nak makan dan minum sebelum waiter tu tanya. the worse is aku siap ada plan b just in case apa yang aku nak tu dak ada dalam menu list. contohnya aku dah siap fikir nak makan nasik goreng kampung kalau mee tomyam tak ada. aku tak tahu la kenapa. aku tau memang tu sikap aku tapi aku tak suka macam tu. aku macam nak jadi just spontant je kalau time nak order makan. just name it bila ditanya. kan senang macam tu. annoying kan sikap aku ni?

empat: aku rasa aku dah nyanyuk
ya, aku rasa aku sekarang ni dah nyanyuk. semua benda aku macam tak ingat. betul tu. kadang kadang aku pernah lupa yang aku ada adik. well, that quite horrible tapi tu lah. aku macam sentiasa fikir yang aku ni macam anak bongsu. mungkin sebab aku ni terlalu manja dengan parents aku kot. dan kadang kadang kalau pergi kedai membeli something aku selalu terlupa nak ambil duit balance. entah la. aku ni memnag dah nyanyuk kot. itu okay lagi, dan kalau aku duduk makan kat kedai aku suka letak semua stuff aku atas meja. dan selalunya aku akan tertinggal je aku punya wallet dan phone dan etc tu atas meja. aku memang terlupa sangat. betul, dan kalau tak da orang ingtakan aku memang sebolehnya aku mengtertinggalkan semua barang aku. entah lah.

well, thats is semua benda yang aku tak suka pada diri aku. kalau korang pulak cammane? ce citer ce citer.

Friday, February 4, 2011

sedang berada di kelantan dan sedang sangat boring

hello peeps.

whats happening guys? feeling good? well, i am not very good now. sooo penat cause just sampai here in kelantan. for that, a million thanks to anuarul faiz cause tumpang me heading to kelantan just now. fuh, tanpanya maka tak sampai kelantan la aku.

well, a long the journey there is no problem. but i wanna tell you guys a secret. well, even i know when i telling you this it not a secret anymore. "psstt... i am not perform the jumaat prayer." jangan bagitau orang lain tau. well, sometime its quite pelik sebab i am went here with anuarul faiz. dan sesuatu yang pelik when he never stop for the solat jumaat. the key word is, anuarul faiz seorang yang alim sedikit. dia seorang yang like menepati waktu solat dan bila dia never stop by untuk solat jumaat i feel, you know... weird. oh ya, we are musafir. maybe he just use the kemudahan yang islam gariskan. kan?

and ya... sedikit adegan suap menyuap berlaku semasa perjalanan tu. dont think negative. please. i swear i never do bad things to him. and he either. I SWEAR. it just because dia tak nak stop by to take a lunch. so, we just eat the meal box that his mother prepare for him inside the car while he driving. that all. and because of the spoon that provided by his mother only one and at that time he drive the car, so that i need to feed him. that all. nothing more. dont think negative.

oh ya. did i mention above yang anuarul faiz ni seorang yang alim? oh please ignore that word. i just make a mistake. well, you know seperti biasa kalau dah sampai kelantan ni dia mesti nak stop by kat rumah awek dia. so, itu tak menunjukkan yang dia alim sangat. dan ya, need to facing all his awek habit tu. oh, so irritating. well, no offence anuar. i am not condemn your girlfriend. but honestly, she is a good girl. but maybe not my type. nayyy...

and ya, selamat sampai ke kelantan about 5.30 p.m. but suppose to sampai pukul 4.30 p.m yang lalu. but because of "the technical error" tu, maka terlewat la sedikit. ya, sedikit. i mean a lot of sedikit.

so, thats all. wanna sleep cause so penat.

nite peeps.


oh ya. i just get my haircut. wanna see my new hairdo?


sorry. gambar di capture semasa earth hour.


kidding la guys. teehee :D


nite peeps. again!

Thursday, February 3, 2011

rasa macam banyak benda nak cerita. tapi tak pun.

salam guys.

what happening forums?

so, it's quite boring rite now. oh ya, now i am feeling like so lonely. lebih lebih lagi bila dengar lagu talking to the moon ni by bruno mars. actually the first time i am listening to this song is when i click on kamal asyraf's blog. and when i listen to it, out of blue terus falling in love to this song. so, kudos to kamal asyraf cause introduce this song to me. actually lot of peeps ask me, what kudos actually is? so, here is. i pon never no what kudos all about, but people usually use it when give credit to someone. so again, kudos to kamal asyraf cause had make me fall in love with this song. and actually i would like to letak that song to my page jugak but nanti orang tu cakap i tiru dia la cause letak the same lagu. copycat la, plagiat la, and what so ever. so then, i just... ah forget it.

so, apa lagi. oh ya. tomorrow i am going back to kelantan. no wonder la i feel like macam so lonely. oh, tak suka la balik awal awal ni. dah la assignment semua tak siap lagi. adehh... why kalau setiap kali nak go back to kelantan je i feel like cam tak best je eh? oh, go away la that feeling. menci la cam ni. grrr...

okay, i just subscribe one channel ni. omaigod. the channel is so fun. why there is nobody mention me about Ray William Johnson? he is so funny. hilarious. LOL.

what else? ouh. dah tak da apa nak cerita sebenarnya. entah lah. malas nak menaip sebenarnya.

anyway. see you next time.

anak ikan [ENAM]



“datin maimun… hey, what a surprise… macam mana boleh ada sini?” Danish tidak tahu mahu barkata apa. 

Epal hijau yang hampir dimasukkan didalam bakul kembali ketempat asal. Si epal hijau tidak jadi dibelinya. Dia agak kekok. Bala apakah ini? Orang yang disebelah datin maimun itu seperti membuatnya hilang rentak.

“oh, I datang sini sebab nak beli barang. Well, anak saudara I ni dapat tawaran mengajar kat sini. Then, I datang beli barang dia nilah,” datin maimun bersuara agak kekok juga. mungkin risau rahsianya akan bocor.

Ye lah, anak saudaranya yang berdiri disebelah nya itu tampak jauh beza benar dengan dirinya. Lagi pula, Danish sudah mengenalnya luar dan dalam. Ya, luar dan dalam. Risau rahsianya bersama Danish dapat dihidu oleh sang anak saudara itu.

“so, she is your anak saudara?” dia bertanya seperti kurang percaya. Datin maimun hanya mengangguk kecil.

“wow. What a big surprise,” Danish tiba tiba bersuara agak lantang. Mungkin cuba menyorokkan riak terkejutnya.

“why? Nak cakap I tak layak jadik mak saudara dia sebab dia alim yang amat dan I jahat yang amat,” datin maimun bersuara meyindir. Manusia disebelah datin maimun itu tersenyum sendiri. Agak lucu agaknya dengan pengakuan ibu saudaranya itu.

“aunty jangan cakap macam tu. suri tak pernah terfikir macam tu pun tau,” gadis itu bersuara tiba tiba selepas agak lama menyepi.

“awak apa khabar. Lama tak dengar khabar lepas balik KL?” dia bertanya kepada Danish. Datin maimun agak terkejut.

“suri kenal dia ni?” datin maimun bertanya kepada suri. Suri hanya mengagguk perlahan.

“orang kampung chendering ni aunty,” suri menambah lagi. Senyum sentiasa melekat dibibirnya.

“now, its totally a big supprise Dan,” kali ini datin maimun pula yang bersuara agak kuat. Memang sangat terkejut yang amat.

“I told you datin,” Danish bersuara agak berbisik dan menyindir dengan isyarat mata yang sememangnya kurang difahami oleh suri.

*****

Nancy’s Model Agency, Kuala Lumpur

“that it Danish. Nice pose,” rayyan memberikan pujian tiap kali Danish memberikan pose yang menarik. Lampu lampu kamera yang membidik kearahnya tidak langsung menyilaukan matanya. Danish memang sudah terbiasa dengan suasana tersebut.

“model are sweating. Mana make up artist?” rayyan bersuara lantang bila Danish kelihatan mula berpeluh. Mira si make up artist datang terkocoh kocoh sambil membawa peralatan make up.

“okay. Last shoot before the next wardrobe,” rayyan bersuara lagi. Memang kalau di bilik penggambaran rayyan lah yang latang bersuara. Semua oaring perlu mengikut kata katanya. Danish memberikan pose terakhir sebelum menukar baju lain.

“great Dan. Now change to hoody sweater dengan Bermuda petak petak tu,” rayyan mengarah lagi. Danish hanya menurut sahaja.

T-shirt philosophy man itu ditanggalkan dan diganti dengan hoody sweater berwarna hijau lumut dari top-man. Khakis yang tersarung tadi juga ditanggalkan dan diganti dengan Bermuda petak petak berwarna putih itu. Dia kembali ke set. Rayyan sudah bersiaga dengan kameranya.

“wait,” tiba tiba satu suara menerpa ke segenap set penggambaran itu. Itu suara nancy.

“kenapa ni nancy? I tengah shoot ni kan,” rayyan berpaling.

“tak da kena mengena dengan you rayyan. Ada orang nak jumpa Danish,”

“tak da kena mengena dengan I apa pulak? Dia tengah shoot unuk I ni. untuk agency you jugak kan?”

“tau pun agency i. so, wait for a while sebab ada orang nak jumpa Danish,” nancy mula mengguna kan kuasa vetonya.

“suka hati you lah. okay guys. Kita take five,” rayyan mengalah akhirnya. Tapi jelas tidak puas hati dari riak wajahnya.

“dan. Come. Dia dah lama tunggu you tu,” nancy memanggil Danish.

“I change dulu la,”

“tak payah lah. nanti you sambung balik sini kan? kalau you lambat nanti ada orang marah pulak,” kata nancy sengaja mahu menyindir Rayyan.

*****

“tak pernah datang cari I sampai sini. Tiba tiba muncul. Apahal?” Danish menegur datin Maimun yang sedang membelek majalah di ruang menunggu di meja recepcionist itu.

“ala you ni. tak boleh ke I datang sini?”

“mesti ada sesuatu yang penting. So, tell me, apa yang membawa you kemari,” Danish seperti dapat mengagak bahawa kedatangan datin Maimun pasti ada sesuatu yang penting.

“look. To be honest I memang nak bincang sesuatu dengan you. Maybe kat tempat lain. Kat sini tak privacy lah,”

“I am working datin. Kita cakap kat sini je tak boleh ke?” Danish seperti biasa kurang senang dengan datin maimun.

“I dah cakap dengan nancy. Dia bagi you keluar sekejap. Lagipun ni lunch hour kan?”

“you cakap dengan dia? Oh come on. Atau you bayar apa yang dia nak?” sememangnya Danish sudah tahu dengan perangai datin maimun yang selalu menggunakan wang untuk mendapatkan apa yang dia nak. Nancy ni pun satu lah. suka hati je dia nak suruh aku jumpa datin maimun ni.

“dan… whats wrong with you ni? you mesti keluar dengan I by now. Atau you akan menyesal,” datin maimun sudah mula mengugut.

“I akan seribu kali menyesal kalau I keluar dengan you datin,”

“agaknya you sekarang ni dah lupa kot siapa yang tanggung makan minum you selama ni?”
Danish terdiam tidak terkata.

“i… I am sorry,” Danish menunduk. Mungkin kini dia sedar siapa dirinya. Kau jangan nak berlagak baik Danish. Dia berkata didalam hati.

“I nak jumpa you bukan sebab selalu yang I nak dari you. I bukan nak you layan I kali ni dan,”

Danish masih membisu. Danish, kau ingat dengan kau menolak ajakan datin maimun, kau akan terus berubah? Kau ingat kau dapat suri? Kau ingat suri nak kat kau ke? Datin maimun hanya mahu berjumpa je. bukan dia nak kau layan dia. Danish bermonolong dalam diam. Fikiranya agak bercelaru tika ini.

“It’s suri dan,” datin maimun tiba tiba menyebut nama anak saudaranya itu.

Sejenak nama itu disebut Danish hilang suara. Kelu. Langsung tiada suara.

*****

Restoran Rebung, Bangsar

“kenapa you tak pernah cakap yang you dari kampung chendering?” datin maimun bertanya kepada Danish sesampainya mereka direstoran itu.

“dah you never ask,” danish masih dingin.

“okay. I tak tahu kenapa sekarang you macam bersikap dingin dengan i. I ada buat salah ke?”

“no. you tak salah apa apa. Cuma lately ni I rasa macam uneasy la. I don’t know. I am sorry kalau you terasa dengan I,” Danish cuba merendah diri. Dia sedar walau seburuk mana pun perangai datin maimun tapi datin maimun tetap lebih tua darinya. Dia mesti dihormati. Sementelah datin maimun telah banyak membantunya.

“kenapa?”

“entah la datin. I rasa macam I dah tak nak lah buat kerja macam ni. you tau kan kerja apa yang I buat selama ni. that’s why I sebolehnya nak menjauhkan diri dari you,” Danish menerangkan situasinya.

“sebab berita yang tersebar tu ke?” datin maimun serkap jarang. Berita dia dan ikram sengaja diingatkan kembali.

“no… memang dah lama terfikir nak berubah. Lagipun sampai bila I nak jadi macam ni kan?”

“ya… I know. Tapi mesti ada sebab kan?”

“entah la. Tapi sejak…”

“sejak you kenal suri?” sejenak datin maimun memintas kata katanya.

“datin… i… tak pernah tau pun yang dia anak saudara you. I swear,”

“okay. Here is the deal. I takkan kacau you lagi kalau you silence pasal I dengan you dekat suri. Well you tau kan ayah suri abang i. dan dia imam. So…”

“okay. I faham. So, sebab ni ke you nak jumpa i?”

“bukan. Ada sebab lain,”

“apa dia?”

**** 
.... to be continue

Wednesday, February 2, 2011

bila seorang pengkid panggil aku abang, sedikit sebanyak tercabar jugak kelelakian aku ni.

aku ada ramai kawan pengkid. oh sori. mungkin terlalu kasar. okey aku mula balik. aku ada ramai kawan perempuan yang bersikap kelelakian. aku harap itu lebih manis. kau pun tau kan pengkid ni macam mana. diorang ni perempuan tapi cam jantan sikit. dia punya perangai tu, mak aiii kalah lelaki tau. dah nama pon cam jantan kan cakap pon ada gaya cam jantan gak. contohnya cam kawan aku sorang ni. nama dia yusmida (bukan nama samaran) tapi sesedap je nak suruh orang panggil dia yuz. i mean. apakah? kau ingat macho giler la nama tu?

dah dah dah. aku bukan nak cerita pasal alkisah nama yusmida ni. tapi aku nak cerita pasal dia yang punya lah kasar orangnya. dia kalau nak cakap mesti nak lebih cam jantan. contohnya cam ni,

"bro, jom layan futsal malam ni. bosan sial dok umah malam malam," bila seorang perempuan panggil aku bro dan pulak tu kalau cakap siap nak ada sial bagai, aku dah pikir tak nak buat dia bini dah. pulak tu dia ajak aku main futsal tu. duhh... tu okay lagi pernah satu hari tu dia ajak aku isap shisha. apadehal? derr, kau ingat muka aku ni muka layan shisha ke? tak masuk la der... kataku dalam hati sebab takut nak cakap depan depan dia. mahu makan penumbuk la aku gamaknya. 

apahal aku tetiba citer pasal kau ni yuz? ceh, tak pernah hayat aku nak cerita pasal kau la. simpang malaikat okey. HAHAHAHAHA. aku gurau je. jangan la pulak lepas ni kau panggil semua geng kau belasah aku secara berjemaah pulak. adehh...

aku sebenarnya nak cerita pasal seorang minah pengkid ni. hari tu aku pergi seremban. kat terminal one. kau tau kan? ha... datang situ mahu cuci cuci mata lah kan. well, seperti biasa aku naik bas. kalau kau nak tau la kan, terminal one ni sebelah dia tu ada seremban parade. then bus tu memang park kat situ dan memang hajat aku mahu mahu ke seremban parade tu. dan kau pun tau la kan kalau kat terminal bas mesti ada ramai orang menjerit ntah pape nak promote bas dia.

"KL, KL, KL. penang, penang, JB, JB, JB!!!" jerit seorang ulat tiket mempromosikan tiket basnya. begitu la yang aku dapat gambarkan suasana dekat situ. back then, seturunya aku dari bas tu maka datang la seorang lelaki berpayudara ni. maksud aku disini pengkid ni la. aku tau la dia perempuan walau macam mana lelakinya dia mekap diri dia tu. kau nak sorok mana dua bijik yang terbonjol tu kan? dah dah. dan si pengkid ni pun menghampiri aku. wah, rupanya dia ni ala ala cam ulat tiket jugak. mana tak nya aku turun je dari bas tu terus dia tanya aku,

"bang, nak gi mana bang? KL? penang?"

wow!!! kau bayang kan. seorang pengkid panggil aku abang. aku memang speechless. selamatlah aku speechless, sebab kalau aku bercakap masa tu mahu aku cakap aku nak tiket ke JB in fact aku nak ke seremban parade je. 

dia panggil aku abang tu. giler lah. tak pernah hayat aku yuz panggil aku abang. tetiba seorang pengkid yang aku tak kenal ni panggil aku abang? omaigod. aku nak buat dia bini kalau dia ada nafsu kat laki. siyesli.

p/s: adik pengkid. jom kawen.