Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Thursday, February 23, 2012

perihal mengenai banyak perkara

i tau i dah lama tak update belog. ah, i tau kamu bukan baca pun belog i. jadi buat apa i nak update tetiap hari kan? i update hari ni pon sebab i boring. i memang tak pernah boring. tapi entah kenapa hari ni i boring pulak. mungkin disebabkan kerjaya baru i ni buat i mempunyai masa yang terlalu banyak untuk dibazirkan. jadi apa lagi. i pun mula menulis balik. eh, maksud i, menaip. i pun mula menaip balik.

perihal satu : industrial training

inilah kerjaya terbaru i seperti yang i nyatakan di atas sebentar tadi. i sekarang ni dah setat menjalankan latihan praktikal. i buat praktikal kat kelantan je. tapi sebelum tu i buat kat KL. tetapi disebabkan taraf hidup di KL terlalu tinggi sehingga menyebabkan poket i semakin menipis i pun apa lagi, nekad nak tukar balik tempat praktikal. tambahan pula, selepas pulang dari taman negara dan melihat keadaan orang asli disana i semakin menghargai nilai duit tu. ah, i tau i dah setat nak berfalsafah ni. ni yang i tak suka ni. sejak bekerja dengan tuan haji zahari, i mula terikut ikut cara falsafah beliau.


perihal kedua : keputusan peperiksaan

i baru lepas dapat result exam semalam. ah, seperti biasalah kan, yang result i ni bukan seperti yang diharapkan. tapi i nak buat macam mana kan? i bersyukur kehadrat illahi. i bersyukur sebab i lulus semua. walaupun i nak sangat merasa pegang dean award tu. tapi nak buat macam mana. rezeki masing masing. cuma kadang kadang i musykil la kenapa eh orang yang study ala kadar je boleh score lagi tinggi berbanding orang yang study macam nak mati seperti i ni. yang lagi pelik orang yang tak sembahyang ke kadang kadang result diorang lagi cemerlang. i bukan nak cakap i ni baik atau alim. tapi solat wajib yang lima tu i sentiasa la buat. tapi tulah result orang yang solat tunggang terbalik ni, berdoa siang malam ni, tak pulak tinggi. hmmm... i bukan nak cakpa tuhan tu tak adil cuma i musykil. ah, mungkin sebab diorang memang dilahirkan pandai barangkali. ah, i dah mula berfalsafah buat kali kedua.


perihal tiga : kahwin

sekarang ni i makin banyak dapat kad undangan kawen dari kawan kawan i. wah best kan mereka. dah boleh berkawen. kadang kadang i terpikir bila lah pulak turn i nak kawen. ah i mungkin takkan berkahwin sebab i ni jenis cerewet dalam memilih pasangan. ceh, padahal sebab tak de orang yang nak kat i yang kacak dan bergaya ni. ah, tak pelah jodoh tukan ketentuan Allah. kalau ada jodoh kawen la i nanti. tak pon kalau i dah gatal sangat nak kawen, i suruh je mak i carikkan isteri untuk i. malah pernah orang bijak pandai berkata, sesungguhnya keberkatan Allah itu datangnya dari keberkatan ibibapa. damn, i dah berfalsafah buat kali ketiga.



ni je yang berlaku pada i buat masa ni. ah, i tau kamu semua mesti sedang mengumpat pasal i. memang hidup i typical dan cliche. ah, i dah mula malas mahu menaip.