Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com
Showing posts with label cinta gilak. Show all posts
Showing posts with label cinta gilak. Show all posts

Monday, March 28, 2011

kenapa semua orang seperti buat buat lupa yang aku berada dinegeri yang tak ada panggung wayang?

8.30 malam

tit tit tit 

tiba tiba dapat mesej. okay bunyik tu bukan bunyik henfon aku bila dapat mesej sebab hanfon aku sentiasa berada dalam mode senyap. itu hanyalah gambaran yang menunjukkan aku dapat mesej. oh, anyhow that text is from Steve. oh, lelaki homosexual ni boleh mesej aku pulak. apahal?

"dude, just finish watch dalam botol. and i feel like macam nak berubah. you dah tengok ke?"

dan aku tak tahu nak reply apa. maka jari aku reflek menaip ini

"kalau lima tahun from now kelantan got panggung and the dalam botol still on showing, i let you know"



=,="

Sunday, December 5, 2010

Teman wanita


Assalamualaikum.
lonely

Sejak akhir-akhir ni aku selalu terfikir pasal teman hidup. Kenapa ek aku tak da awek? Hurm, aku tak da jawapan untuk itu. Betul kadang-kadang terbit rasa cemburu bila tengok semua kawan-kawan aku text diorang punya awek, call cakap manje-manje. Rasa macam cemburu sangat. aku ni bukanlah cerewet sangat. aku boleh terima sape-sape je nak jadi awek aku. Pergh… gila desperate ayat. HAHAHAHAHA. Mungkin aku tak berusaha kot. Aku ni bukan apa, malas lah nak lelepak tepi jalan main pewit-pewit perempuan ni. cam buang masa je. Lagi pun kalau difikir-fikir balik, malas lah nak berawek ni kan? Susah. Nak kena jaga kebajikan diorang lagi. Nak dating, nak kena belanja makan, nak beli hadiah, nak kena ingat tarik besdey lah, tarikh anniversary lah, tarikh hari kanser payudara sedunia lah, pastu pulak nak kena pujuk segala bagai lah, then nak kena mesej hari-hari lah. So that why aku cam malas nak berkapel. Ceh… baik punya ayat cover line. Padahal tade orang nak. KAHKAHKAHKAH.
kanser payudara

Ok lah. Aku nak jugak berawek ni. tapi sape nak jadi awek aku ni kena ikut rule aku lah kan? HAHAHAHAHA. Giler bajet aku. Gaya macam ada je orang nak berkapel dengan aku. Ada ke?
Ok, firstly awek aku tu mestilah tergolong dalam golongan orang yang menutup aurat. Mesti bertudung ok. No dedah sana, dedah sini, no ketat-ketat, no belah-belah, no nampak sanggul depan. Dan kalau boleh berjubah pun. Ha… amacam cerewet tak aku? Ada berani nak jadi awek aku? HAHAHAHA. Well, aku bukan ape. Nak jaga kebajikan korang jugak. So that, nanti takda la korang mengadu kat aku, “you tengok lah orang tu, usha I semacam je”… kan? So kalau korang menutup aurat dengan sempurnanya maka takda aku kena kejar mamat yang usha kau separuh nak mati tu kan? So, ini juga telah membawa kepada keharmonian alam. Ye lah, tak da maknanya aku nak pergi menumbuk orang yang mengusha kau tu. Tak da lah menyusahkan hidup aku kan? Dan ini secara tidak langsug membawa kepada kesenangan dan keharmonian manusia segajat. Lagipun cuba kau bayangkan, tak ke sejuk hati mak aku nanti kalau aku kenalkan kau kat mak aku, “cantiknya bakal menantu aku ni. berjubah siap. Belajar kat mesir ke dulu?”
dilarang jadi awek aku

Yang keduanya. Kalau boleh aku tak nak la asyik nak mesej-mesej ni. bukan apa, aku ni malas la nak menaip mesej. Ye lah, tiap-tiap hari nak kena mesej. Padahal mesej benda yang sama je. Tanya hari ni makan ape, dah mandi kebelum, tengok tv cerita apa, pakai baju kaler apa, dah korek idung ke belum, tido malam tadi mimpi apa, dan macam macam lagi lah yang tak penting langsung. Kalau boleh aku tak nak lah mesej yang macam ni tipa-tiap hari ek. Boleh tapi jangan lah tiap-tiap hari eh. Dan kalau nak mesej macam, “you hari ni I pegi rumah nizam sebab ada buat beday party. Boleh you?”, dan lagi “you, mak I tanya bila you nak datang meminang?”… ha, kalau mesej nak tanya soalan yang sedemikian rupa sangat dialu-alukan lah. Dan satu lagi kalau nak mesej tu jangan lah guna bahasa gedik gedik eh. Ala bahasa yang cam budak pelat baru nak belajar cakap tu lah. Aku tak suka lah. Menyampah. Ish, tak dapat bayangkan bila ada orang anta mesej macam ni, “dah mamam kew belum?”tak pun macam ni “cayunk, I cakit peot lah,”… oh, aku tak dapat bayangkan kalau kau hantar mesej macam ni. ada gaya aku tukar henfon baru sebab asyik hempas kat lantai punya pasal. 
hiasan semata

Apa lagi ek? Ha… pelis lah jangan mengarah aku. Aku ni jenis orang yang tak suka diarah. Well, rasa macam sikit punya sakit hati bila ada orang mengarah aku itu ini. Rasa macam, “what the hell? Kau sape nak arah-arah aku? We are not married yet ok”. So, siapa-siapa yang nak kapel dengan aku tu maka diingatkan tak payah lah nak arah aku macam ni, “by hook or by crook I nak jugak tengok wayang hari ni,” tak pun “I tak kira you kena dapatkan jugak tiket belakang pentas Paramore tu,” tak pun nak lagi dashat, “I don’t care, you kena belikan jugak tuala wanita tu untuk I, I malu nak beli sendiri”. Hey, kalau macam ni punya perempuan memang aku takkan pilih lah. Belum kawin dah nak arah macam-macam, kalau dah kawin alamat kau jadi janda lepas dua hari kawin lah.
Dan apa lagi ek? Oh ya, kalau nak jadi awek aku jugak aku taknak orang yang suka merajuk. Susah lah nak pujuk orang merajuk ni. itu pun kena berhabis duit beli teddy bear dan bunga ros segala bagai. Kalau tak takda makna nya kau nak hilang merajuk tu. Kalau setiap kali merajuk nak kena beli hadiah alamat kalau dah kawen nanti kau sembelih aje teddy bear tu buat lauk. Banyak pulak duit aku nak beli segala macam hadiah sebab nak pujuk kau punya pasal. Nampak sangat perempuan ni materialistic kan? oh ya, siapa nak jadi awek aku perlulah tidak materialistic orangnya ya. Maka senang lah aku tak payah hari-hari nak kena cucuk duit kat atm.
merajuk lah tu

Ha… aku rasa tu je lah syarat aku. Well, sebenarnya banyak lagi. Tapi aku malas lah nak letak semua tu takut nanti jadi anak teruna tua pulak sebab tak da orang nak. Hurm, memang dah ditakdirkan kot yang aku ni memang tak boleh buat serious relationship. Well, aku rasa aku akan ada aku punya my own crush, cuma aku tak pernah fikir yang benda ni serious pun. Lagipun aku rasa benda ni normal tu happen now and then. Dan bukan infinite. Aku ni just dont do relationship but I do value friendship.
Pada siapa-siapa yang terasa dengan apa yang aku tulis ni aku mintak maaf lah. I just want the best for me. Well, ada sape-sape nak jadi awek aku?
Sorry for caring :)

Friday, December 3, 2010

Telling you: lima perkara yang perempuan perlu tahu pasal lelaki


there is something fishie

Assalamualaikum.
Perempuan selalu cakap, “I know my boyfie in and out.” Oh, sebenarnya tidak. Kau sebenarnya masih tak tahu banyak tentang balak kau tu. Well, lelaki kind off perahsia jugak orangnya. Dia takkan bagitahu segalanya kat kau in fact kau ialah what-so-ever-that-you-called-soul-mate. So, now aku akan bagitahu lima perkara yang kau patut tahu pasal lelaki. Ya, mungkin ada di kalangan korang dah tahu. Tapi, aku tetap nak bagitahu jugak. So, lets cekidaut.
#1: soccer or you? I choose soccer.

Lelaki akan selalu nya mementingkan bola sepak berbanding teman wanitanya. Dan dia sanggup buat apa saje asalkan dia dapat menonton perlawanan atau bermain bola sepak. Kau merajuk lah macam mana pun, kau tacing la apa cara sekalipun, kau nak bunuh diri sekalipun, kalau dia cakap dia nak tengok bola malam tu, maknanya kau dah diibaratkan tidak wujud malam tu. Lelaki ni, bila ada je kaitan dengan bola, maka perempuan akan jatuh no 2. Girl, remember this, guys boleh hidup tanpa perempuan tapi willing to die for soccer. I tell you what, aku ni bukan lah suka sangat tengok bola, kalau nak main pun kirim salam aje lah. Tapi kalau diberi peluang antara menonton bola dan keluar poya-poya dengan perempuan, aku sanggup menonton bola. Kalau tengok bola we no need to pay any charge, unless lah kau tengok kat mamak. Itu pun kalau kau order air. Yes, nak tengok bola ni free je, nak keluar ngan awek? Oh, sori lah, minyak kereta lagi, belanja makan lagi. Tak kan nak keluar bodoh je kan? Paling koman pun mesti nak tengok wayang. Itu belum lagi dia mintak “oh sayang, teddy bear itu nampak sangat kacak”. Semua yang berkait dengan perempuan ni mesti melibatkan kos. So kau jangan nak kecik hati lah kalau balak kau tak nak layan kau sebab dia nak tengok bola. Tak payah nak tacing-tacing la, sepatutnya kau bagi la jugak sokongan kat team yang balak kau sokong tu. Tak pun teman dia tengok bola kat mamak. Bernas tak idea aku? Bernas kan? Kan? Kan?
#2: do not nagging on me.

Oh. Lelaki memang pantang sepantang pantangnya kalau perempuan yang kuat  membebel. Kajian menyatakan purata perempuan bercakap ialah 3000 pata perkataan sehari. Wow, can you imagine? Setiap patah yang kau cakap tu boleh jadi manuskrip cerpen tau. Tak pun dah boleh lengkap untuk skrip carekarama. Perempuan patutnya less talk than action. Aku tak paham kenapa perempuan ni suka membebel. Membebel benda kecik-keci pulak tu. Dia nak cakap pasal katil tak kemas je tapi entah macam mana boleh melalut sampai ada perempuan lain atau tak? tolong lah. Lelaki ni memang tak suka kalau perempuan membebel. Bayangkan kalau dah kawen, laki punya lah penat balik dari kerja. Balik-balik dah kena hambur dengan sumpah seranah dari wife hanya kerana lupa beli lampin anak. Tu belum lagi dia membebel pasal “nafkah batin” yang jarang dapat sebab suami selalu outstation. Hey, kalau pasal nafkah ni kau tak payah nak bebel-bebel nak ingatkan lah. Lelaki ni tau tanggungjawab dia. Lagi-lagi nafkah batin. Petik jari je. So girls, remember… less talk than action.
#3: stop asking. I do love you.

Perempuan selalu nak tanya, “do you love me?” tak pun,”you sayang I tak?” ni yang perempuan tak tahu sebenarnya. Lelaki ni sebenarnya rimas kalau perempuan asyik tanya macam ni. Dia macam mempersoalkan cinta dia pulak. So, jangan lah selalu tanya. Yes, I do love you. Tak cukup ke? Masa dating nak tanya, masa kat telefon nak tanya, masa sms pun nak tanya, kat fesbuk nak tanya, kat ym nak tanya. Siapa tak rimas? Dan kau tak perlu tanya lah, lelaki ni tau masa-masa yang sesuai untuk ucapkan kata cinta tu. So, kau tak perlulah nak menggedikkan diri nak tanya “sayang, you cintakan I tak?” bajet manja lah tu. Tolong lah. Gedik ada lah. Oh, aku tak tahu definisi gedik tu apa sebenarnya. Tapi kalau kau pernah tengok iklan rejoice yang “nanti rambut kita ada kesan helmet…” ha… tu lah gedik. Aku tak tau la tu gedik atau tak. Tapi mak aku cakap perempuan dalam iklan tu cukup gedik. So, cakap mak aku aku percaya lah. Kau tak rasa menyampah ke dengan perempuan tu? Rasa macam nak hempok je kepala dia dengan helmet sampai mengucap. Oh, perempuan gedik tu dah dapat skrip baru, “nanti kepala kita ada kesan hempokan helmet”. Aku tau aku dah melalut ni. So, the point is jangan nak jadi gedik tanya “kau cinta sama aku atau tidak” tu. Got it?
#4: I cry too.

Lelaki walau semacho atau seganas mana pun dia pasti akan menagis juga. Betul, lelaki pun ada perasaan jugak. Dan biasanya kalau dia menangis dia tak nak orang tau. Well, biasa lah guys, mestilah sentiasa nampak macho, ganas dan berketerampilan. Bukan itu sahaja malah perlu lah baik hati, penyayang dan elegant. Aku suka perkatan elegant tu. dan aku tak tahu apa maksudnya. So, back to the topic. Ya, lelaki menangis jugak. Lagi-lagi kalau melibatkan diri dan keluarga dia. Lelaki akan cepat tersentuh kalau ada kena-mengena dengan diri dia. Aku bagi contoh, aku pernah menangis  sebab aku pernah buat silap yang mengaitakan orang lain. Rasa bersalah gila sampai aku rasa betul-betul sedih dan tanpa sedar tiba-tiba air mata dah menitis. Tanya suhana, dia tahu sebab apa aku menangis. Entah kuasa telepati apa entah dia pakai, dia macam tau-tau je aku tengah nangis and dia call aku tanya aku ok atau tak. Aku pun tak ingat sebab apa aku nangis. Oh, suhana kalau kau ingat sebab apa aku nangis tu jangan bagi tau orang lain. Nanti aku belanja mekdi. Girls, tahu aje lah, dengar mekdi je senyap lah dia. Keh-keh-keh.
#5: don’t try to judge me. I am always right.

And the last part yang patut kau tahu pasal lelaki ni ialah, lelaki ni selalu nya betul. Tak pernah salah. Walau salah macam mana pun dia, dia mesti akan sebolehnya memutar belitkan fakta untuk menjadikan nya betul. Well, lelaki biasalah… kind off ego sikit. Memang lelaki mesti nak betul dalam semua perkara. Hitam kata dia maka hitam lah. Kau jangan nak mengada-ngada nak memutihkannya. Kelabu pun tak kan mungkin. Sudah memang menjadi lumrah yang lelaki tak boleh di persalahkan. So, kalau dalam perhubungan kalau your boyfie tu salah macam mana sekalipun kau jangan lah nak marah-marah kat dia. Sia-sia kau makan pelempang free je kang. Dan satu lagi please avoid this bila kau keluar dating dengan balak kau, iaitu jangan bandingkan  balak kau dengan orang lain. Dia tak suka malah benci. Oh, cemburu sebenarnya. Hey, siapa tak cemburu bila awek pandang jantan lain lepas tu buat suara gedik menggoda macam ni, “you, muka dia comel giler you. Macam Hydir Idris…” tak pasal-pasal kau balik dating jalan kaki lepas tu. Oh ya, aku tak kenal siapa Hydir Idris tu. Tapi Zuren suka giler kat budak tu. Dia cakap boleh buat anak ikan. Apa comel sangat entah budak tu. Comel lagi kucing kat rumah aku ni. eh, baru aku ingat rumah aku tak da kucing. Oh, what ever.

p/s: suka dengar peribahasa Karam Singh Walia, “bagaikan kucing menyalak bukit. Bukit tak bergerak, kucing tak reti menyalak”

Saturday, November 27, 2010

Bagaimana ingin buat wanita jatuh cinta tanpa sedar?


assalamualaikum
under my umberella. ela, ela, eh. eh
Aku rasa sikit punya macam doctor love sampai boleh bagi tips untuk memenangi hati wanita pulak. In fact aku sendiri tidak punya teman wanita. Well, don’t take it serious lah. It just my opinion about how to make the girl fall in love with you. Mana lah lau kau boleh guna untuk pikat perempuan ke. Oh, mana lah tau yang aku pun boleh guna jugak kan? Oh ya, suka cita diingatkan bahawa, bimbingan ibubapa perlu bagi mereka yang di bawah 13 tahun untuk membaca entry ini. Dan ya, pembacaan ini adalah sesuai untuk bacaan golongan lelaki sahaja. Tapi kalau perempuan dah gatal sangat nak baca, baca aje lah. Kesah pulak aku? Keh-keh-keh
seduce me...

So, sebenarnya kita (golongan lelaki) boleh buat wanita jatuh cinta tanpa sedar. I mean bukan lah kita pukau diorang ni. tapi kita boleh buat diorang ni tiba-tiba je boleh tersuka kat kita. Contohnya, kalau dia duduk sorang-sorang tu tiba-tiba je dia teringat kat kau. Dan dia tiba-tiba boleh terfikir “aku rasa aku suka lah kat Ali yang kiut mamat tu”. So, bagaimana nak buat keadaan ini berlaku? Ini ada beberapa tips yang aku boleh bagi kat kau.
Satu: good pick up line
sweet
Ya, golongan lelaki sebetulnya kena ada teknik mengorat yang baik. Teknik “err… sekarang dah pukul berapa ye?” tu dah ketinggalan zaman. Lelaki kena ada teknik mengorat atau pick up line yang baru. Perempuan dah bosan dan dengan “tumpang tanya… bla-bla-bla” tu semua. Cuba create idea yang baru. Contohnya, “eh, erm… boleh mintak autograph? Anak sedara saya minat sangat kat awak…” dan kalau dia masih terpinga-pinga cakap macam ni, “sombongnya siti nurhaliza ni,” dan kalau dia cakap macam ni “awak panggil saya siti nurhaliza? Saya bukan siti nurhaliza la...”.Ha apa lagi “eh, muka awak macam siti la. Seriously saya tak perasan. Sebijik macam siti…”.Perempuan mana yang tak suka bila muka nya disamakan dengan siti nurhaliza kan? So, cuba lah teknik ini. Insha Allah berjaya. Pasti perempuan tu teringat-ingat kau kat dalam mimpinya. Seriously. Tapi jangan lah samakan dia dengan Pamela Anderson hanya kerana boobs dia ok. Sebab perempuan akan fikir kau adalah seorang yang berfikiran kotor. Oh ya, sila jangan buat macam ini, “eh, saya macam pernah nampak lah awak. Tapi kat mana eh?”. Ha… kalau guna ayat ni memang silap besar lah. Perempuan macam dah biasa sangat dengan ayat yang macam ni. diorang akan fikir “ala mamat ni, nak mengorat aku lah tu,”. Dan ya, anda akan lebih bernasib baik kalau punya paras yang kacak macam aku.
Dua: sense of humor
peace
Memang tidak dapat dinafikan yang wanita sukakan lelaki yang kelakar dan lawak. Tapi perlu diingat bukan lawak bodoh. Tapi memang kebanyakan lawak akan kedengaran bodoh pun. Ye lah, mana ada lawak yang pandai kan? Semua lawak mesti ada unsure bodoh, barulah namanya lawak. Maksud aku kat sini ialah jangan buat lawak slapstick. Kau tahu lawak slapstick tu apa? Ala… lawak yang macam senario tu lah. Seriously, aku tak pernah gelak setiap kali senario buat persembahan. Lawak diorang mesti ada berusur lucah. Tak paham la. Tak perlu nak kaitkan dengan seks kalau nak bagi orang ketawa. Oh ya, lari pulak dari topik. So, kalau nak perempuan mudah jatuh hati kat kita cuba lah buat lawak dengan diorang. Dan ingat jangan lawak lucah. Ia akan bagi tanggapan negative kat kau. Ceritakan dekat diorang pengalaman-pengalam yang mencuit hati yang pernah terjadi kat korang. Tapi perlu di ingat jangan cerita kan pengalaman yang menjatuhkan anda. Contohnya, “I tak tau macam mana I boleh terjatuh pulak dalam longkang masa tu…”. Ia akan memberi gambaran bahawa kau seorang yang tidak berhati-hati. Boleh kalau nak bergurau dengan cara macam tu tapi cuba twist sikit ayat tu, contohnya, “I asyik tengok you je, tak perasan ada longkang kat depan. Nasib baik jatuh longkang, kalau jatuh hati you nak sambut ke?”. Ha… sound funny kan tapi ada aura romantic.
Tiga: romantic
romantic
Memang perempuan giler admire dekat lelaki yang romantic. Romantic bukan hanya dengan kata-kata ok. Tak perlu selalu puji dia hari-hari. Tak perlu lah “wow, you nampak cantik hari ni…” , tak pun “you lain dari yang lain lah hari ni…”. yes, pujian itu peting tapi tak perlu lah hari-hari. Nanti perempuan pun naik muak. Lagi-lagi kalau hari tu dia datang bulan atau hormon tak stabil, tak pasal-pasal je kena maki hamun. Nak nampak romantic bukan hanya dengan pujian dan kata-kata aje ok. So, cubalah romantic dalam perbuatan. Contohnya, bila nampak seorang perempuan tu bawak buku banyak ke, hulur-hulur lah tangan nak membantu. Ha… tak pun kalau time nampak dia tengah berdiri dalam bas or lrt or what ever etc, bagilah tempat duduk. Kan nampak sangat sweet. Dan ya, kalau perempuan tengah sedih ke, datang lah mendengar masalah dia. Perempuan suka tau kalau ada lelaki yang sudi dengar masalah dia. Dan kalau dia tengah menangis hulurkan sapu tangan korang kat dia. Dan ya, lelaki nampak sangat romantic jika dia menghulurkan sapu tangan kat perempuan. Sweet kan? Untung-untung dapat contact number dia lepas tu, “if you tak keberatan boleh I mintak no phone you, well nanti senang la I nak pulangkan your sapu tangan…”. See, senang tak formula aku?
Empat: matured
kristen kreuk
Oh ya, sila jangan jadi macam budak-budak di depan wanita. Perempuan ni tak boleh tengok laki yang macam kebudak-budakan ni. diorang fikir lelaki perlulah matang dan pandai menyelesaikan masalah. Dan juga, lelaki perlulah baik hati, bijak memimpin, penyayang dan menaghoramati orang lain (chewah). Ye lah, mana ada perempuan yang suka lelaki yang macam budak budak. Ye lah, kau tau kan budak-budak. Merajuk lah menangis lah, mintak itu lah, mintak ini lah. Ya, lelaki tak macam tu. Perempuan je yang suka merajuk dan mintak macam-macam ni. well, biasa lah, girlsss… tapi kadang-kadang boleh lah macam budak-budak sikit. I mean bukan lah merajuk dan menangis tu. Aku tak suka tengok lelaki merajuk, nampak giler buruk dan menyampah jugak. Maksud aku kat sini, nakal-nakal macam budak-budak. Contohnya, “semalam I tengok hagemaru tau dia suka buat muka macam ni kan?” (sambil menjelirkan lidah ala hagemaru). 
hagemaru
Ha, walau nampak macam budak-budak tapi perempuan suka. I tell you, perempuan mana yang tak suka tengok hagemaru? Oh ya, aku ada kisah menarik. Ada lah seorang kawan aku ni suka tengok smallvile. Entah macam mana awek dia ni nak ajak dating pulak malam dia nak tengok cerita tu. Dia pun tak nak dating sebab nak tengok cerita ni punya pasal. Tak pasal-pasal awek dia marah dia. “you ni macam budak-budak la tengok superman ni…” well, jangan lah macam budak-budak sangat kay. Apa kelas tengok superman, baik kau pegi jumpa awek kau tu. Boleh jugak raba-raba. Keh-keh-keh. Kalau kau tengok Kristen Kreuk, kau ingat dia nak bagi kau raba dia? malam sikit... Aku tak pernah suka superman, what the hell, bukak spec than ubah gaya rambut sikit dah orang tak cam. Heh? 
girls...
Well, itu je lah empat tips yang aku boleh bagi kat korang kalau nak bagi perempuan berkenan kat kau. Amacam ada gaya doctor cinta tak aku? Ini lah padahnya kalau selalu baca novel jiwang. I mean terbaca dan terhabis baca. dan kalau kau guna tips ni mesti kau boleh berjaya menjadi plaboy sejati macam aku.

Friday, July 30, 2010

i love you, sayang!

"L is for the way you look at me"

Aku pernah terfikir bagaimana rasanya bercinta? Bagaimana rasanya cinta pandang pertama itu. Aku x tahu aku pernah bercinta atau tidak. Yang pasti, aku pernah sukakan seorang perempuan ini. Sikap dia yg manja membuatkan hati aku tertarik untuk mendekatinya. Saat aku hulurkan salam cinta, dia tanpa ragu menerima ku. Tapi, aku pun tak tahu kenapa. Sejak aku dgn nya, aku seperti tidak boleh menyintainya. Entah lah, aku pn xtahu kenapa. Tapi yg pasti aku tidak pernah rasa cemburu bila dia dgn lelaki2 lain. Memang dia seorang yg sgt sosial. Boleh kata, setiap malam mahu berparti, mahu ke kelab malam. Mungkin sbb itu aku tidak selesa dgn nya. Bukan aku nak kata aku baik sgt tidak pernah ketempat sebegitu. Tp kalau hari hidung aku bau asap rokok dan alkohol, aku pn boleh migrain juga.

"O is for the only one i see"

Dia juga sering ckp aku tidak romantik. Mungkin aku tidak tahu apa itu romantik. Mungkin juga aku memang tidak romantik. Aku tidak pandai mahu bagi bunga mahupun coklat. Aku bukan jenis yg suka bergayut twenty four seven dgn dia. Buang masa. Aku bukan jenis pandai memujuk kalau dia merajuk. Aku bukan lelaki yg acap kali kena ungkapkan kata cinta. Aku lelaki biasa. Ouh, mungkin aku bukan lelaki biasa. Aku tidak jantan. Itu kata dia. Ya, selepas kata2 itu aku mula menjauhkan diri dari dia. Dan aku tidak menangis sdikit pn bila aku luah kan kata perpisahan. Saat itu aku sedar. Dia dan aku tidak boleh bersama. Aku memang tidak boleh cintakan dia. Tapi kami tetap menjadi kawan rapat. Smpai skrg. Mungkin kami hanya boleh jd kawan rapat shaja. "i kan x jantan.mana la ada org nk kat i lagi," aku sering ucap begitu padanya bila dia tanya aku "tidak ada pegantikah?". Kami hanya bergelak shj selepas itu. Dia tahu aku bergurau.

"V is very, very extraordinary"

Aku pernah terfikir mahu cari pengganti jugak. Tapi siapa lah yg mahu org mcm aku ni. Aku tidak romantik. Aku tidak pandai memujuk. Dan yg pasti aku tidak jantan. Saat aku cuba cari cinta sejati, ada perigi yg mencari timbaku. Aku terima sahaja 'orang yg betul2 lain' ini. Sekadar mahu buat teman sms waktu mahu tidur shj. Tp lama kelamaan aku semakin bosan dgn dia. Mahu itulah, mahu inilah. Akhirnya aku tinggalkan shj dia tanpa sbrang jawapan. Kini aku sendiri lagi. Menunggu orang masuk meminang barangkali.

"E is even more than anyone you adore can"

Dan ya, setiap kali lagu Nat 'king' Cole ni aku dgr, satu perasaan dlm hati aku berkata, "memang xda orang nak kat aku agaknya". Hurm., nampaknya aku xkawen la sampai bila2. Eh, kenapa aku jiwang gila malam ni. Xpe lah. Jiwang sekali sekala apa salahnya. Layan lagu Love lah.

"L is for the way you look at me,
O is for the only one i see,
V is very, very extraordinary,
E is even more than onyone you adore can.."

tit, tit, tit..

Ish.. Sape pulak anta msg time aku tgh layan jiwang ni..

1 message from.....

Eh, dia lah. Apa dia nak ek?

"hey you! You kat mane ni? Dating ek? Hahaha. Rindu you lah. Nak ajak you gather, tapi you jauh lah"

pantas tgn aku menaip mahu membalas msg itu.

"i kat umah lah. Well, i kan x jantan. Sape lah yg nk dating ngn i ni..."