Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Saturday, April 30, 2011

ahli politik pun dah jadi macam budak budak yang main aci kejar

dulu time kecik kecik saya selalu main aci kejar. kamu pernah main aci kejar? ala yang main lari lari tu pastu sapa yang kejar tu kena cuit mana mana orang yang dikejar dan orang yang kena cuit tu kena kejar pulak orang lain. pernah main tak? mesti pernah kan? melainkan kamu merupakan kanak kanak yang lahir dizaman facebook dan Playstation, maka saya percaya kamu tak pernah main aci kejar.

saya teringat pengalaman saya bermain aci kejar masa kecik kecik dulu. saya selalu main kejar kejar dengan kawan saya. biar kita namakan nama kawan saya tu sebangai anwar dan eskay. oh, sudah semestinya nama kawan saya tu bukan nama sebenarnya. 

masa main aci kejar tu eskay kena jadi tukang kejar. saya dan anwar pun berlari lah bila kena kejar dengan eskay. dan kami pun berkejaran lah dengan riang ria nya. dan tiba tiba...

"weiyh, anwar jadi weyh. aku dah cuit dia tadi," tiba tiba eskay menjerit. saya terus berhenti berlari.

"mana ada. aku tak rasa pun kau cuit aku," anwar menafikannya.

"betul. aku dah cuit kau lah,"

"aku tak rasa pun," dan anwar masih menafikannya. keadaan jadi semakin tegang. mereka macam dah nak bergaduh. 

"sumpah aku dah cuit kau tadi," dan eskay mula bersumpah.

-TAMAT-


sumpah cerita diatas bukan cerita betul. tapi saya berani bersumpah saya pernah main aci kejar time kecik kecik dulu. 

Friday, April 29, 2011

maaf

terlalu lama rasanya tidak menulis disini. maaf saya kurang sihat akhir akhir ini.


doakan kesihatan saya
:)

Monday, April 11, 2011

quote hari isnin yang malang

"susahnya terlalu bergantung harap pada orang lain. mak, tolong belikan saya kereta"

Wednesday, April 6, 2011

terima kasih lah reena yusof sebab bagi saya mencicipi rasa coklat yang enak dari pulau langkawi itu. saya sungguh terharu.

terima kasih. 

walaupun cekelat yang i dapat tu tak seberapa kan tapi terima kasih la ye. i bukan tak bersyukur dengan apa yang diberikan tapi memang tak cukup pun kekdahnye. i nak buat macam mana. lain kali sape sape pergi langkawi tu bawak balik cekelat banyak banyak sikit ya. i ni memang suka makan cekelat. lagi lagi cekelat yang free, memang i suka lah. 

oh ya, i buat entri ni bukan ikhlas sangat pun saje je nak bodek supaya dapat lagi banyak cekelat. padahal cekelat dah abis pun. ye dak? i tak kisah la. lagi pun hakak reena ni yang suruh i buat entri pasal cekelat ni khas untuk dia. haa... uolss tengok. nampak sangat tak ikhlasnye cekelat yang diberi kat teman ni ha. dia ingat cekelat 3 butir yang dia bagi tu cukup untuk menampung kos dalam pembentukan entri ini? kekdahnye dia tu nak glamor glamor lah. padahal cekelat dia bagi kat i tu tak ikhlas pun kan. kalau dia ikhlas bukan 3 butir dia bagi, tiga puluh ratus butir dia bagi.

tapi tak pelah dek non oii... i tak kisah. yang penting i dapat jugak makan cekelat langkawi tu. bukan senang nak dapat tu. nak kena bodek bodek dulu. nak kena kipas kipas dulu, baru dapat dek non oi. kau hado? nan hado lah... i je yang dapat cekelat yang hakak reena bagi tu. 

dah la. i malas nak tulis panjang panjang. kang banyak pulak yang i melalut puji hakak ni lebih lebih. padahal bukan dapat pun lagi cekelat tu.

by the way, terima kasih la dek non reena oii... i suka sangat cekelat yang you bagi tu. ikhlas puji ni.

*tangan kedada, mata kelangit*

Monday, April 4, 2011

kau ingat kau sorang je boleh update pasal anugerah bintang popular? aku pun boleh la. aku siap tengok abp dengan astro byond tau. kau hado?

errr... tadi tengok abp. tapi sebelum nak tengok tu memang kena berhempas pulas nak betulkan arial lah... hampeh tol. aku tak tau lah tv kat umah ni memang anti dengan tv3 kot. tv3 ni tak pernah elok. aku pun tak paham. ni yang rasa nak pasang astro byond ni.



tapi setelah bertungkus lumus letak arial tu sana sini maka siaran untuk tv3 tu pun elok lah. nak tau rahsianya? kami buat astro sendirilah. LOL


klik untuk ereksi yang lebih sempurna

sila abaikan perabot ikea yang kami gunakan itu. biasalah rumah bujang kan.... tapi memang betul lepas je letak kotak rokok jenama astro (asal la ada jenama rokok ni. aku pun tak paham) tu kat celah celah arial tv tu maka elok pulak tv3. memang agak clear lah. kalah astro byond tau. 

oh ya... by the way. abp kali ni memang best. dengan zizan yang lawak. oh ya, suke persembahan siti tu. i lioke... dan tak lupa tahniah kepada pemenang. buat shaheizy sam. tahniah. aku selalu undi kau tapi aku tau aku takkan dapat kereta yang kau menang tu. nak buat macam mano. penat tau undi tu. habis duit beli paper. ingatkan kau nak kasi lah reflesia tu kat aku ke? tapi hampeh je. kalau aku tau baik aku undi rabbani. kalau diorang menang dapat jugak la aku pakej umrah ke haji ke. ye dak? 


pssstt... gelak guling guling masa usop wilcha datang tu. memang lawok la kome ni. awok suke.

tertekan

"arggghhhh!!!"

tetiba kawan aku yang tengah buat latihan apa-entah-tu menjerit. apasal?

"apasal?" aku tanya dia.

"aku tertekan lah. stress. aduhh..."

memang. memang semua orang tertekan sekarang ni. biasalah dah nak dekat exam ni semua orang tertekan. semua orang stress. nak study for final. dengan kuiz dan test yang menimbum. dengan presentation yang masih belum selesai. aduh. aku turut tertekan sekali.

betul aku pun turut tertekan sekali. tapi ada suatu perkara yang membuatkan aku bertambah tertekan.

****

tiba tiba telefon aku bergetar. ya, aku lebih suka guna perkataan bergetar sebab hanfon aku memang sentiasa berada dalam silent mode yang vibrate. ada orang call. oh seorang teman yang berada di selatan tanah air. nama dia Adibah. ya, semestinya nama sebenar. dia call aku. dan tiba saat aku nak pick up fon tu dia letak balik. eh, kenapa? hati nurani ku tertanya tanya. maka aku text dia.

"asal?"

lepas 30 saat dia reply

"aku tertekan..."

oh. aku kesian. dia memang selalu tertekan. ya lah. mana taknya. dia memang selalu ada masalah. dengan parentsnya, dengan kekasih hati, dengan kekasih hati ke2, dengan kekasih hati ke3, dengan tugasan, dengan assignment, dengan kuiz, dengan test lagi, dengan masalah kewangan. aduh. macam macam lagi lah masalah dia. kalau aku, aku pun tertekan. stress tau tak? aku kesian. pasti saat ini dia perlukan seseorang disisinya lalu cuba menghubungi aku untuk meminta pendapat atau dorongan. aku pasti tidak mahu membiarkan sahabatku keseorangan tatkala dilanda masalah. aku mahu dikenali sebagai rakan yang sentiasa mengambil berat kebajikan sahabatnya. haaaa... baikkan aku? lalu aku pun cuba menghubunginya semula. naluri ambil tahu sebagai seorang rakan itu melonjakkan lonjak dalam diriku. dan tidak sampai seminit aku menunggu, maka panggilan ku disambut.

"babe, kenapa ni?" suara beriak risau seorang rakan aku suarakan padanya.

"sorilah kacau kau. aku tertekan la," 

"aku tak kisah lah. tak kacau pun. kenapa ni. cuba cerita kat aku," masih risau.

dia diam. adalah dalam 15saat. mungkin mahu memikirkan samada dia patut atau tidak menceritakkan masalahnya.

"cerita je. maybe aku boleh tolong. semua orang tak lari dari masalah," aku cuba memujuk. mahu dikenali sebagai seorang yang caring. ya, itu matlamat aku.

"errr... aku tak da masalah la. aku tertekan je tadi. terdail nombor kau la,"

aku pulak terdiam. dan sekarang aku pulak yang tertekan.

***** 

fakta:
1) tertekan = stress
2) tertekan = terdail nombor dengan tidak sengaja.

Saturday, April 2, 2011

kalau kau boleh text pakwe kau hari hari, tak perlu lah kau hantar wall kat pakwe kau sedangkan kau tau dia tak online pun masa tu.

menyampah tau tak. menyampah!!!!


rasa macam kewl jew buat entry pendek pendek. eleh... nak tiru lewteww...

i am not that mr nice guy. aku cuma tak tahu macam mana nak nyatakan apa kata hati aku je.

aku tertarik dengan status kawan aku kat facebook. bunyiknya macam ni

"unless your name is GOOGLE, so stop doing like you fucking know everything" 


yes. kau tak boleh budget yang kau tau segala hal. for those yang tak tau tu ni aku nak habaq mai ni, ada certain perkara yang ada pada diri aku yang aku sendiri macam tak selesa dan buat aku serba salah.

first things first, aku tak tahu kenapa aku tak boleh meluahkan kebenaran didepan mata orang. yes, aku susah nak luahkan apa yang aku rasa. aku selalu fikir, apa orang tu akan rasa kalau aku bagitau those and that things kat dia. aku selalu terlalu mahu jaga hati dan perasaan orang. maka untuk itu aku selalu terpaksa menipu untuk jaga hati certain people. pernah satu hari aku jumpa my bestfriend punya boyfriend keluar dengan pompuan lain. and sampai sekarang aku tak bagitau pun kawan aku tu pasal boyfriend dia. entah, aku tak kuat nak nyatakan kebenaran. aku takut orang berfikir yang tidak tidak. dan maybe apa yang aku lihat tu just pelanduk dua serupa. 



aku jugak kadang kadang tak kuat nak nyatakan ketidak puasan hati aku. kadang kadang kalau aku tak puas hati dengan sesuatu benda tu kan, aku rasa aku lebih suka diam dari nyatakan yang aku tak puas hati. well, again aku nak jaga hati orang tu. so, that aku selalu ambil langkah drastik dengan meluahkan di facebook mahu pun blog. tapi tu lah, kalau aku luahkan kat blog or facebook orang mesti cakap,

"tak puas hati cakap depan depan lah"

no. bukan aku tak nak cakap depan depan. tapi aku tak kuat. kau maybe cakap macam tu, but then bila aku cakap depan depan kau pun melenting sama. so? takda beza pun. you are not in my situation so kau tak kan paham. err... kau patut ulang baca balik status kawan aku yang aku tulis kat atas tadi. 

dan pernah aku rasa macam nak kongsikan segala masalah aku ni pada semua orang. tapi tu lah, aku still tak kuat. lagipun aku malas nak susahkan semua orang. see, baikkan aku? aku akan cuba berlagak sehappy mungkin supaya oarang tak tahu pun yang aku ada problem. yes, aku memang sentiasa happy go lucky tapi aku juga manusia biasa yang tak lari dari masalah. mungkin ada sesetengah orang yang tau what my problem is, tapi apa yang kau buat? buat muka kesian then silent for a while after that cakap "bersabarlah". aku taknak susahkan semua orang dengan semua masalah aku ni. yes, semua orang ada masalah. i do have some. tapi aku takkan cerita pada orang. sebab orang lain pun ada masalah yang they need to face. lagi pun kalau aku bagitau pun for sure kau takkan boleh tolong aku. paling serius pun kau akn boleh cakap, "bersabarlah". the word "bersabarlah" tu aku pun boleh remind pada diri aku sendiri. so, tak ada effect apa pun. 


kadang kadang aku macam dah penat jadi MR nice guy. bukan nak cakap aku ni baik. tapi certain part tu aku pandai jaga hati orang. tapi kau pernah nak jaga hati aku? never! not even once! not even at all!




Friday, April 1, 2011

bila sakit kepala semua benda rasa cam sial

ya sakit kepala datang lagi... dah makan ubat tapi still not okay. nak tidur tak boleh. maka mari kita online sambil ketuk kepala kat dinding.

T.T