Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Monday, January 3, 2011

Aku tau memang duit bukanlah segalanya


Assalamualaikum



Oh, kenapalah aku bukan dilahirkan sebagai orang kaya ya? Tak pun keturunan diraja ke? Oh, sori terlalau lama tak diupdate sampai aku lupa nak bagi kata alu-aluan. Tak pe aku mula balik semula kay?
Okay.
Hai. Oh, kenapalah aku bukan dilahirkan sebagai orang kaya ya? Tak pun keturunan diraja ke?
Sori, aku rasa ‘hai’ itu bertepatan dengan kata alu-aluan aku kot. Aku memang terlalu kekok nak menaip sekarang. Terlalu lama tak update. Dah satu hari tak update. Betul, aku rasa satu hari itu adalah sangat lama. Kalau lah satu hari tu aku boleh gunakan untuk mencari duit. Oh ya, duit sebenarnya sangat penting, tapi aku tak tahu kenapa setiap kali aku mempunyai masalah berkenanan duit semua orang memberi pendapat yang sama.
Aku      : aduh… susah lah mana nak carik duit ni?
Kawan : sabar lah duit bukan segala-galanya.
*****
Aku      : susah kan tak da duit ni? mana nak makan lagi, bayar itu ini lagi.
Jiran    : rilex lah. Duit bukan segala-galanya ok.
*****
Aku      : susah lah sekarang ni cikgu. Duit tak da. Nak-nak sekarang kena duduk kat rumah sewa. (ni masa aku terserempak dengan cikgu aku kat sekolah lama tahun lepas)
Cikgu   : sabarlah. Money is not everything. (ok, ni je jawapan dia lain sikit sebab dia cikgu English)
*****
Aku                  : aiseymen… duit duit duit… susah lah…
Housemate      : Kau ni jangan mengeluh boleh tak? duit ni bukan segala-galanya tau. Chill je lah. Nik mati hidup ini.

*****
Aku tak paham kenapa semuanya memberi jawapan yang sama. Kenapa mereka memberi pendapat seperti mereka boleh mendapatkan barang secara percuma di tesco, dan seperti boleh makan free di kfc setiap hari? Adakah mereka yang memberi response ni merupakan manusia yang hidup tanpa memerlukan duit? Kenapa?
Oh, aku rasa nak gila sekarang. I need money okay!!!
Dan tolonglah jangan cakap kat aku perkataan duit-bukan-segala-galanya tu. I know yang duit tu bukan segalanya. But segalanya need money. Can you see that?
Siapa yang cakap duit bukan segalanya tu aku cabar kau pergi Tesco dan amek barang banyak banyak, dan bila sampai kat kaunter pembayaran tu kau cakap kat orang yang jaga counter tu “duit bukan segalanya”.
Kompem, orang yang jaga counter tu mintak kad kredit kat kau.
Oh ya, kad kredit juga memerlukan duit. Kau still tak nampak lagi ke? Maka jangan cakap kat aku macam gaya Karam Singh Walia “duit bukan segalanya” bila aku sedang meminta simpati berkenaan duit.
Paham?
Oh, kenapalah aku bukan dilahirkan sebagai orang kaya ya? Tak pun keturunan diraja ke?

Dan kenapa kepala aku sekarang ni sedang memanipulasi akan perkataan
“duit bukan segalanya” tu?
Shut up!!!

I need Steve right now.

oh ya, selamat tahun baru


Sunday, January 2, 2011

cerpen blog: kota cinta




Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
Sebuah kereta Toyota Camry dilihat diparkir dihadapan pintu pagar utama masjid berkenaan. Seorang wanita dilihat duduk ditempat pemandu bersama seorang lelaki bersongkok ditempat duduk penumpang bersebelahan dengan wanita tersebut. Wanita tersebut dilihat berwajah tenang dengan memakai kaca mata hitam juga sedondon hitam dengan persalinan yang dikenakan. Sejenak kedengaran batuk-batuk kecil dari wanita berkenaan. Bibirnya nampak pucat tapi dia jelas kelihatan tenang.
“Sakit awak makin teruk. Awak dah ambil ubat?” si lelaki bertanya akan perihal kesihatannya. Wanita tersebut hanya mengangguk sambil tersenyum.
“So… kita dah kat sini. Awak yakin dengan keputusan awak?” lelaki tersebut bertanya lagi. Wanita tersebut hanya tersenyum terdiam seketika. Memandang segenap sekitar masjid.
“Saya tak pernah buat keputusan seyakin ini Ferhad. Saya dah fikir semasak-masaknya,” wanita berkenaan kelihatan yakin. Dia tersenyum lagi menampakkan ulas bibirnya yang pucat.
“Family awak macam mana?”lelaki bernama Ferhad itu bertanya lagi.
“Saya akan jelaskan selepas semuanya selesai. Lagipun benda baik tak elok dilambatkan. Kan?” wanita berkenaan tersenyum lagi.
“Kalau macam tu marilah,” lelaki bernama Ferhad itu sudah siap membuka pintu kereta. Ditangannya dikepit bersama kertas-kertas yang mungkin merupakan borang-borang yang diperlukan nanti. Ferhad sudah bersedia untuk keluar.
“Awak pergi dulu. Lagi lima minit saya datang. Saya nak rehat sekejap,” wanita berkenaan meminta kebenaran. Lelaki bernama Ferhad itu hanya tersenyum. Segenap tubuh Ferhad hilang dibawa masuk kedalam masjid. Wanita berkenaan memerhatikan segenap kawasan masjid. Dia tersenyum lagi. Hatinya jadi semakin tenang. Tidak pernah dia setenang ini. Tanpa sedar hatinya terbawa ke Kuala Lumpur, mengenang peristiwa lama.
*****
Marketplace, Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur
Lampu neon berwarna warni kadang-kadang agak memeningkan kepala. Bunyi bising berirama tango itu juga membingitkan telinga. Apatah lagi dengan jerit pekik suara manusia yang ligat berdansa di lantai tari. Dicampur pula dengan asap-asap rokok yang memenuhi ruang udara yang sempit. Sungguh menyesakkan. Kelihatan seorang wanita cina sedang duduk dikerusi bar yang agak tinggi itu. Wanita keturunan Tiong Hua itu kelihatan selesa disitu. Biar telinganya bingit, biar kepalanya pening asalkan dia selesa. Dihadapannya seorang bartender sedang ligat melambung tinggi botol-botol wiski dan champagne.
“More champagne?” bartender itu bertanya apabila melihat gelasnya sudah kosong.
Dia hanya mengangguk. Tanda menginginkannya lagi. Segenap gelasnya yang kosong kembali terisi penuh dengan minuman keras tersebut. Dia meneguknya rakus. Tiba-tiba seorang lelaki datang dan memeluknya dari belakang. Dia tersenyum.
“Honey… why just sitting here? Wanna dance?” si lelaki mempelawanya menari sambil mencium nakal pipinya dari arah belakang.
“I don’t think so dear,” dia membalas selamba. Dia kembali meneguk champagne.
“Come on Katherine. It’s New Year. New Year without dancing? Sama macam you tak celebrate,” si lelaki kembali memujuk.
“Who say I am not celebrate? Don’t you see I am drinking the champagne? Plus, I don’t think I want to dance tonight. I want you Johan,” suara Katherine sudah berubah rentak. Dia semacam menggoda.
“You are totally drunk Kate,”
“Yes I do… I drank your love Johan. Don’t you feel the same way with me? I adore you. Come, go home with me?” Katherine mula menabur kasih. Dia semakin menggoda Johan.
“Honey… your husband?”
“Oh… he’s not around. Siang malam outstation. Boring… Come darling. Go home with me?” Katherine menggoda lagi.
“Okay. Macam lah I can say no,” Johan akhirnya bersetuju. Dia tersenyum nakal.
Selepas membayar bil, mereka keluar dari tempat yang bising dan membingitkan itu. Menaiki BMW milik Johan dan terus memecut laju ke Bukit Antarabangsa.
*****
Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
KNOCK! KNOCK! KNOCK!
Bunyi ketukan di cermin tingkapnya mematikan lamunannya. Dia menurunkan cermin tingkapnya. Kelihatan Ferhad berada diluar sana.
“Awak kata lima minit. Cepatlah pak imam dengan ustaz dah tunggu tu,” Ferhad bersuara sambil menunjukkan jam tangannya.
“Sekejap lah. Awak pulak yang tak sabar-sabar,” dia bercanda sambil tersenyum memandang Ferhad.
Ferhad hanya tersenyum. Dia kemudian turun dari kereta Toyota Camrynya. Cermin mata hitamnya ditanggalkan. Dilempar ke dashboard kereta. Kemudian dia membetulkan sedikit duduk tudungnya. Selepas itu dia terus berjalan seiringan Ferhad memasuki kawasan masjid dan terus ke ruang solat muslimat. Di dalam masjid kelihatan dua orang lelaki yang memakai serban juga tiga lelaki yang memakai songkok hitam seperti Ferhad. Juga terdapat beberapa orang wanita yang mungkin isteri kepada lelaki-lelaki tersebut.
“Katherine…,” tiba tiba Ferhad menegurnya dari belakang. Dia lantas berpaling.
“Ni saya kenalkan ustaz yang saya ceritakan dulu. Ustaz Rahmat,” Ferhad memperkenalkan seorang ustaz kepada Katherine. Katherine terkejut. Sangat terkejut.
“Katherine?” lelaki yang digelar ustaz Rahmat tadi juga kelihatan terkejut memandangnya.
“Raymond?” dan dia juga masih kaget.
*****
Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur
“I told you Raymond. I did it without purpose. I drank last night,” Katherine memberi alasan apabila tiba-tiba suaminya pulang pagi itu dan terlihat dia sedang nyenyak tidur bersama Johan. Teman baik suaminya sendiri.
“Are out of your mine? You are my wife, how could you bring another guy which is my best friend to our room. And sleep on our bed… how could you?” Raymond sudah mula naik angin. Johan sudah lama melarikan diri sejurus ternampak Raymond masuk sebentar tadi.
“Raymond… I told you… I…,”
“Too many reason Kate. You make me feel disgusting,” suara marah Raymond sudah tidak kedengaran lagi. Tapi ternyata dia masih kecewa.
“Raymond… I am sorry… I really mean it,” Katherine masih cuba memujuk. Tangan Raymond cuba dipegangnya. Tapi ternyata ditepis kuat.
“Enough Kate. Enough. I am off. I am off…” Raymond bersuara perlahan. Dia kembali ke pintu. Bagasinya yang sharusnya di unpack kembali diseret keluar. Dia pergi meninggalkan Katherine keseorangan. Meninggalkannya mungkin buat masa yang terlalu lama.
Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
Mereka duduk berdua di penjuru masjid. Ferhad pada mulanya agak terkejut bila mereka memberitahu bahawa mereka sebenarnya pernah menjadi suami isteri. Namun Ferhad sedikit lega kerana tugasnya hampir selesai. Katherine meminta sedikit masa lagi sebelum majlis bermula kerana ingin meluangkan masa bersama Raymond sebentar. Dan Ferhad hanya mengiyakan sahaja.
“You are here rupanya. I find you everywhere,” Katherine memulakan bicaranya.
“I mintak maaf sebab menyusahkan you. When I left you that morning, I feel very uneasy. No peace and I need to find that peace. So, tiba-tiba I am here,” Raymond menerangkan situasinya.
“Since when you masuk Islam?” Katherine bertanya.
“Almost five years. And bila Ferhad told me that ada orang yang nak masuk Islam sama macam I jugak, I nak tau sangat siapa. Ye lah cause dia cakap orang tu Chinese juga. And I don’t aspect that she is you,”
“I pun macam you as well. Rasa uneasy and no peace. Bila my boss told me that I need to move on to Kelantan, I just agreed. I think I can find peace here. So, I told Ferhad that I decide to masuk Islam. Who knows, bukan sahaja ketenangan malah I found you here,” Katherine tersenyum lagi. Masih tampak lemah walau dia cuba menceriakan suasana.
“How you kenal Ferhad?”
*****
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan.
Pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur baru sahaja tiba. Lapangan terbang itu tampak sibuk. Orang ramai pelbagai bangsa berpusu-pusu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Katherine keluar dari balai ketibaan dengan mengheret sebuah bagasi besar. Di penjuru balai berkenaan dia tercari-cari seseorang. Mungkin kenalannya atau seseorang yang seharusnya menjemputnya.
“Cik Katherine? Katherine Chan?” satu suara menegurnya dari belakang. Dia pantas berpaling.
“Ya saya?”
“Saya Ferhad. Saya ditugaskan menjemput cik,”
“Dari Warisan Holdings?” dia bertanya.
“Ya saya. Boleh kita kekereta cik Katherine?” Ferhad menunjukkan tangannya ke arah keretanya di parkir.
“Ferhad, stop call me cik. Formal sangat. Panggil nama saya saja okay?” pinta Katherine tiba-tiba. Dia tersenyum sambil menampakkan sebarisan giginya yang memutih.
“Oh, sure. No problem… Katherine,” Ferhad tersenyum.
Ferhad akhirnya membawanya ke keretanya. Dia hanya mengikutnya sahaja. Dan Ferhad mengambil alih menarik bagasinya.
*****
Pantai Cahaya Bulan, Kelantan
“Sedar tak sedar dah tiga tahun saya kat sini Ferhad. Saya suka duduk sini. Nyaman. Tenang,”
“Awak dah jatuh cinta kat Kelantan lah nampak gayannya ni?” Ferhad tersenyum sambil memandang sekitar pantai.
“Totally yes. Kat sini saya tengok tak banyak masalah social. Best jugak kan kat Kelantan ni. Kalau boleh saya nak duduk kat sini selamanya. Kalau mati pun saya nak mati kat negeri ni Ferhad,”
Dia memandang sekitar pantai. Hatinya tenang memandang pantai yang bersih. Dia menarik nafas sedalamnya. Kemudian dia terpandang seorang kanak-kanak perempuan yang sedang bermain air di gigi pantai. Dia tersenyum sendiri.
“Saya teringin nak ada anak Ferhad,” tiba-tiba dia bersuara.
“Awak… Err… Awak… Tak nak cari suami awak ke?” sememangnya Ferhad sudah lama tahu bahawa Katherine pernah berkahwin.
“Saya dah penat carik dia Ferhad. Awak pun tau saya bukannya sihat sangat. Lagipun kalau dia jumpa saya mustahil dia nak balik kat saya Ferhad. Saya bukan perempuan yang baik. Saya curang dekat dia Ferhad. Mungkin sakit saya tu merupakan balasan untuk saya,”
“Don’t say that Kate. Semua nya telah ditakdirkan. Jangan merungut dengan apa yang ditetapkan-Nya,” Ferhad memujuk.
“Saya bangga dengan awak Ferhad. Awak lelaki yang baik malah kuat agama. Saya tak pernah nampak awak tinggalkan solat. You half angel Ferhad,” Katherine memujinya. Kedengaran sangat ikhlas sekali.
“Tak ada manusia yang sempurna kat dunia ni Katherine. Saya buat semua tu atas tuntutan agama. Mungkin cara hidup kita berbeza sebab tu awak terlalu nampak kebaikan saya. Hakikatnya saya manusia biasa Katherine,” Ferhad merendah diri. Dia tidak mahu terlalu taksub dengan pujian yang diberikan manusia. Tidak mahu dituduh riak.
“Ferhad, kalau saya nak mintak tolong dengan awak boleh?” Katherine bertanya meminta kebenaran.
“Boleh. Apa dia?”
“Awak tau kan saya ni hidup pun tak lama. Kalau saya mati nanti, awak tolong cari suami saya. Cakap kat dia saya sayang dia sangat-sangat. Dan cakap pada dia yang saya mintak maaf sangat-sangat,” Katherine bersungguh dalam kata-katanya.
“Awak tak boleh cakap macam tu Katherine. Hidup mati ni bukan kerja kita. Awak perlulah berusaha,” kembut suara Ferhad menasihatinya.
“Awak cakap senang Ferhad. You are not in my shoes… Boleh kan Ferhad? Janji pada saya? Cari suami saya?” air matanya tanpa sedar mengalir. Disekanya perlahan menggunakan hujung jari telunjuk.
“Baiklah,” dia akhirnya bersetuju biar pun dia tahu yang tugas ini maha berat baginya.
“Dan satu lagi Ferhad,”
“Apa dia?”
“Saya dah lama fikirkannya. Dan saya rasa saya dah buat keputusan yang tebaik. Saya nak awak tunjukkan saya Islam,” dia memandang Ferhad dengan mata yang sangat berharap.
“Maksud awak?” Ferhad memandangnya serius. Keliru mungkin.
“Saya nak memeluk Islam Ferhad. Saya nak mati dalam Islam,”
“Alhamdulillah,” Ferhad reflek menyatakan kata syukur sambil menadah tangan.
“Boleh Ferhad?”
“Boleh. Tiada apa yang dapat menghalang bila hidayah-Nya dah sampai. Saya akan bantu awak Katherine. Saya ada kenal dengan seorang ustaz ni. Dia cina muallaf juga. Nanti saya kenalkan dia pada awak. Mungkin dia dapat membantu sedikit sebanyak,”
“Thanks a lot Ferhad. Awak dah banyak tolong saya,”
Dan Ferhad hanya tersenyum. Ikhlas. Sangat ikhlas.
*****
Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
“Are you married again Ray?” Katherine tiba-tiba bertanya.
“No. well, you know I macam serik dengan perempuan,”
“Oh. I am so sorry. Must be sebab I, you still tak percaya pada perempuan kan?” Katherine tiba-tiba teringatkan dosa silamnya. Dosa pada suaminya sendiri.
“No… it’s not like that. It just… I… I still thinking of you Kate,”
“Ya right…” Katherine tergelak kecil. Mungkin dia beranggap Raymond sedang bergurau.
“No it’s true. I still love you Kate. And if possible, after settle all of this I want you back. I nak kita kahwin semula. I nak kita bina keluarga kita balik. Dalam suasana penuh Islamik Kate. I want family kita hidup dalam Islam. I am serious Kate. I still need you,” Raymond seperti bersungguh dalam suaranya.
“I pun still sayang kan you Ray. Kalau boleh I pun hidup dengan you balik Ray. I nak lahirkan anak-anak you. Tapi, I tak sure Ray,” Katherine pula kedengaran seperti berat hati.
“Why? Why you not sure? I dah maafkan you, Kate. Tak da apa yang boleh halang kita lagi,”
“I takut tak sempat Ray,” kata Katherine sambil terbatuk-batuk kecil.
“Tiada apa yang tak sempat Kate. I still love you and so do you. Dan lepas kita kahwin kita pindah KL balik. Kita still ada rumah kat sana kan?” Raymond masih kelihatan berharap. Sangat berharap yang Katherine akan kembali kepadanya.
“No Raymond. I kenal Islam kat sini. Kalau boleh I nak tinggal kat sini sahaja Ray. Kalau boleh I want die here too Ray,”
“I ikut je apa you mahu Kate. Yang penting I still have you,” Raymond tersenyum.
Katherine tidak menjawab. Dia masih menahan batuknya. Bibirnya bertambah pucat. Tangan kanannya menekup mulut dan hidungnya.
“Kate, are you okay? You look sick,” Raymond bersimpati.
“Kate, boleh kita mulakan sekarang? Pak imam dah tunggu tu,” tiba-tiba Ferhad datang menghampiri mereka untuk mengingatkan mengenai majlis mereka. Katherine hanya mengangguk. Mereka bangun dan akhirnya menghilang ke hadapan masjid.
*****
Segalanya sudah selesai. Katherine melafazkan shahadah dengan lancar sekali. Dengan sekali lafaz dia sudah bergelar Islam. Dan Raymond lah dilihat orang yang paling gembira sekali. Semua orang yang berada disitu melafazkan kata syukur. Semuanya bergembira dengan kehadiran saudara baru.
“Kalau dah siap semua jom kita ke pejabat agama. Kita nak comfirmkan awak punya agama baru kat sana,” Ferhad tersenyum sambil mengajak Katherine yang dilihat mahu bangun ke ruang solat muslimat.
“Ferhad, awak tunggu sekejap boleh? Saya ingat nak buat solat sunat dulu,” Katherine meminta kebenaran. Ferhad hanya mengangguk. Dia tersenyum lagi. Sentiasa tersenyum walau apa jua keadaan.
“Baik lah Katherine. Saya tunggu kat luar dengan ustaz Rahmat,”
“Oh ya Ferhad. Saya nak terima kasih banyak-banyak sangat kat awak. Awak dah banyak tolong saya. Dan saya nak mintak maaf sebab selalu susahkan awak,”
“Tak da apa-apalah Katherine. Ni tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Saya ikhlas,”
“Terima kasih. Dan satu lagi, tolong cakap pada Raymond… err.. Rahmat, yang saya mintak maaf sangat kat dia. Tolong ya Ferhad,” Ferhad hanya mengangguk. Segenap Katherine berjalan ke ruang solat muslimat. Dan Ferhad dilihat hilang ke pintu utama masjid.
*****
“Dah lama sangat ni. Dekat setengah jam dah. Lamanya dia solat sunat,” Ferhad bersuara. Dia dan Raymond berada diluar masjid sedang menunggu Katherine.
“Ye lah. I going in to check for her,”
Raymond berjalan kearah masjid. Dia memasuki ruang solat. Dia berdiri diantara tirai yang memisahkan antara ruang solat lelaki dan wanita.
“Kate, are you in? Why taking so long. We all waiting outside,” Raymond bertanya kepada Katherine yang berada didalam ruang solat wanita. Tapi suasana masih sunyi. Tiada responds dari orang disebalik tirai.
“Kate… are you there?” Raymond bertanya lagi. Tapi masih tiada sebarang jawapan. Dia akhirnya mengambil langkah drastik. Tirai pemisah ditariknya. Dan sekujur tubuh yang lengkap bertelekung terbaring lesu di lantai masjid yang dihampar sejadah itu.
“Kate?”
“KATE!!!!”
*****
Tanah Perkuburan Islam, Kota Bharu
“Katherine Chan binti Lisa Chan. Maka dengan ini kamu berada di antara alam akhirat dan alam dunia. Alam yang kamu sedang berada ini digelar alam barzakh. Alam kamu ini merupakan tempat persinggahan sebelum kamu ke akhirat, sebelum kamu ditentukan syurga atau neraka, sebelum kamu dihisab di padang mahsyar. Kamu akan berada di alam ini buat masa yang lama sehingga tiba hari akhirat. Dan selepas ini tiada lagi yang akan bersama denganmu di alam ini. Kamu akan berseorangan ditemani makhluk tanah. Dan ingin diingatkan di sini wahai Katherine Chan binti Lisa Chan, apabila tujuh langkah kami meninggalkan kamu disini, maka akan datang kepada mu dua makhluk yang digelar Mungkar dan Nangkir. Segala amalan mu akan di soal oleh mereka. Maka apabila mereka bertanya kepada mu, siapakah tuhan mu, maka kamu jawablah Allah Subhanallahitaala, dan bila ditanya siapa nabi mu, Maka kamu jawablah Muhammad Rasulullah, dan bila ditanya apa agamamu, maka kamu jawablah Islam, dan bila ditanya apa kitabmu, maka kamu jawab lah Al-quran Nur-Qarim kitab mu dan apabila kamu ditanya apa kiblatmu, maka kamu jawab lah Kaabah. Dan jika kamu berjaya menjawab semua persoalan ini maka kamu telah berjaya menempuhi salah satu ujian di alam barzakh. Al-fatihah,”
Bacaan talkin bergema disegenap tanah perkuburan tersebut. Tanah perkuburan dihinggap suasana pilu. Pilu kerana baru kehilangan seorang saudara baru yang tidak sampai sehari mengenal Islam. Isak tangis didengari serata tempat. Disuatu sudut kelihatan Raymond sedang membaca sesuatu. Ya, Raymond sedang membaca diari milik Katherine yang dijumpainya disebelah jenazah Katherine di masjid berkenaan. Diselak perlahan diari berkenaan. Dan matanya tiba-tiba terhenti pada halaman terakhir diari berkenaan.

Kota Bharu sang kota cinta,
Di sini ku temui cinta illahi,
Di sini kutemui cinta sang suami,
Di sini ada segalanya yang ukhrawi,
Ya, Kota Bharu sang kota cinta,
Kota cinta yang tenang lagi menyamankan,
Kota cinta yang penuh dengan kemurnian Islam,
Kota cinta yang tiada tandingannya.

TAMAT

cerpen blog: marshmallow dalam hot chocolate






-Kasih sayang kita takkan pudar. Macam marshmallow ni. Sentiasa beku walau dalam minuman coklat yang panas-
*****
Tangannya menggigil. Bukan kerana kesejukan pendingin hawa atau hujan lebat. Tetapi kerana emosinya yang dia sendiri tidak tahu apa yang dirasakannya. Mahu menangiskah? Mahu marah kah? Tapi ternyata matanya mengalirkan cairan jernih. Telefon bimbit yang tadinya berada digenggaman pantas dilempar ke tempat duduk sebelah. Matanya yang berkaca ditumpukan sepenuhnya ke jalan raya yang basah akibat hujan lebat. Matanya sahaja di jalan raya tapi hati dan fikirannya masih terbuai dengan pesanan ringkas tetapi panjang yang baru diterimanya tadi.

“Kita tau kita tak padan dengan awak. Awak putih pink macam marshmallow. Kita hitam pekat macam hot chocolate”

Kenapa awak tak pernah cakap kat kita yang awak suka kat kita? Dia bermonolog sendirian. Tangannya menggengam stereng kereta. Kejap dan kemas. Sesekali tangan kirinya menyeka air mata yang mengalir deras.

“Awak dipuja semua orang. Kita dikeji serata alam. Awak cantik bak bidadari. Kita sedar kita hanya beast dalam kisah dongeng”

Kita tak pernah anggap macam tu pun. Kita dah lama nak dengar awak cakap cinta kat kita. Tapi kenapa awak tak pernah luahkan? Kita suka kat awak. Kita tak suka kat Megat tu. Walau Megat kacak macam mana pun, kita nak awak jugak. Walau awak gelap macam hot chocolate sekalipun tapi awak manis. Awak tau kan kita suka yang manis-manis.

“Awak memang padan dengan Megat tu. Macam pinang di belah dua. Sama cantik sama padan. Baru lah nanti anak-anak awak comel macam awak”

Awak faham tak? Kita nak awak lah. Kita tak nak Megat. Kita tak nak siapa-siapa. Kita nak awak. Kita nak awak sorang je. Awak faham tak?
“KITA NAK AWAK LAH!!!” dia menjerit akhirnya. Menjerit sekuat hatinya. Tanpa dia sedar lampu merah dilepasinya selamba. Dan…

PONNN!!!!!
*****
Orang penuh sesak. Hujan lebat turun mencurah-curah membasahkan bumi Kajang. Bandar Kajang padat tiba-tiba. Semua kenderaan berhenti mengejut. Kebanyakan pemandu sudah keluar dari kenderaan masing-masing. Warga kota yang asyik membeli-belah di pusat beli belah berdekatan hilang nafsu mahu membeli. Semua mata secara tiba-tiba tertumpu ke arah kereta Proton Saganya. Ya, Proton  Saga yang kini remuk ditabrak sebuah lori Alam Flora dari arah kanan. Bunyi siren ambulans yang diselang-selikan dengan bunyi hon-hon kenderaan membingitkan telinganya. Darah pekat menggantikan tempat air mata yang mengalir. Bau aspal yang dicampur bau basah hujan dan bau hangit akibat dari kemalangan itu menusuk ke rongga hidungnya. Matanya memandang tepat kearah pusat membeli-belah Metro Point dihadapannya. Ya, di situ lah segalanya bermula. Di Metro Point lah kisah kita bermula. Kisah coklat panas dan marshmallow. Metro Point yang tersergam indah kini semakin kabur. Matanya semakin kelam. Dan akhirnya gelap. Dia pengsan!
*****
Starbuck Coffee, Plaza Metro Point, Kajang
“Marshmallow in hot chocolate ready to serve. Here it is miss,” Ikmal meletakkan secawan coklat panas yang mengandungi marshmallow itu dihadapan Nisa.
“Thank you,” Nisa mengucapkan kata terima kasih. Matanya yang tadi berkaca diseka perlahan menggunakan jari telunjuknya.
“Awak menangis?” Ikmal bertanya. Dia yang tadi ingin terus ke dapur terhenti seketika. Nisa masih membisu. Diseka air matanya sekali lagi.
“Saya tau saya orang asing. Tapi saya tak kisah kalau awak nak luahkan pada saya,” Ikmal bersuara lagi. Kali ini dia sudah siap melabuhkan punggungnya dihadapan Nisa  yang memang ternyata kerusinya kosong. Dia memang tidak boleh melihat perempuan menangis. Hatinya mudah tersentuh.
“Look. Saya sebenarnya dah lama perhatikan awak. Awak kalau masuk dalam kafe ni mesti order benda yang sama. Tapi sebelum ni kalau awak dapat awak punya hot chocolate with marshmallow tu awak suka. Tapi sekarang awak menangis pulak. Kenapa?” Ikmal menyambung lagi. Hairan melihatkan gadis yang sentiasa ceria kini terisak menahan tangis.
“Okay lah. Maybe awak nak bersendirian. Saya masuk dapur dulu. Tapi kalau awak perlukan apa-apa, saya sentiasa ada. So, enjoy your drink,” Ikmal meminta diri. Segarit senyum dilemparkan buat gadis itu.
“Saudara… err… awak… encik… err… nanti dulu,” Nisa  akhirnya bersuara.
“Nama saya Ikmal. Ready to share anything with me?” Ikmal memperkenalkan diri. Senyumannya tidak lekang dari bibir. Harapannya moga senyumannya dapat mengubat lara dihati gadis itu. Dia terduduk kembali dihadapan gadis itu. Bersedia mendengar segalanya.
“Kita Nisa. Nisa Nabila. Kita baru balik dari hospital. Dan kita… kita baru dapat tahu yang kita ada… ada ketumbuhan dalam hati tahap dua,” tergagap gagap dia menerangkan situasi sedihnya, dan air matanya mengalir lagi.
*****
Hospital Kajang
Dia digegaskan ke wad kecemasan sejurus dikeluarkan dari ambulans. Pasukan  Paramedik bertungkus lumus menyelamatkannya. Dia masih tidak sedarkan diri. Darah pekat yang deras mengalir dari tadi sudah dikeringkan. Kini cairan kuning antiseptic pula yang mengambil alih di sebahagian besar mukanya. Seorang tua pertengahan umur dilihat terisak di luar wad kecemasan. Seorang pemuda pula dilihat asyik menenangkan wanita separuh abad itu. Seorang lelaki yang lengkap berpakaian seragam seorang petugas perubatan dilihat keluar dari wad kecemasan tesebut. Si tua pantas mendekati sang doktor.
“Macam mana dengan anak saya doktor?” wanita tua itu lekas bertanya akan perkembangan gadis didalam wad tersebut.
“Keadaannya masih kurang stabil. Dia masih tidak sedarkan diri. Sebahagian besar mukanya luka teruk akibat tertusuk kaca dari cermin keretanya. Tangannya juga patah. Kami akan hantar dia ke unit rawatan rapi. Dan kami sedang berusaha untuk mendapatkan bekalan darah untuknya. Dia telah hilang banyak darah disebabkan kemalangan tersebut. Kami akan cuba sedaya mungkin. Diharapkan puan sekeluarga dapat bersabar,” si doktor menepuk sedikit bahu wanita tua tersebut. Dia akhirnya berlalu meninggalkan wanita tua tersebut bersama lelaki muda itu.
“Mak cik… Kita balik dulu ya. Esok kita datang lagi. Dah malam sangat ni mak cik,” pemuda itu bersuara. Memujuk si tua agar meninggalkan tempat tragik ini.
“Kenapa boleh jadi macam ni Megat? Macam mana dia sampai boleh kemalangan macam ni? Kamu bergaduh dengan dia ke Megat?” Wanita separuh abad itu bertanyakan soalan yang bertubi-tubi. Lelaki bernama Megat itu tersendak. Termendak. Tidak tahu apa yang mahu dijelaskan.
*****
Hospital Pantai, Kuala Lumpur
“Boleh saya tengok dia doktor?” Ikmal bertanya kepada seorang doktor disitu.
“Boleh. Tapi dia masih lemah. Kalau boleh jangan bagi dia banyak bercakap,”si doktor memberi kebenaran. Ikmal pantas masuk ke dalam bilik wad tersebut. Tangannya yang terisi dengan sejambak lili disorokkan kebelakang. Nisa tersenyum lemah di atas katil wad.
“Ni untuk awak,” jambakan bunga lili dihulurkan kepada Nisa .  Gadis itu meyambutnya dengan gembira, dia masih cuba tersenyum biarpun tampak lemah.
“Awak ni susah-susah je. Thanks. Kita suka lah. Ni je? Hot chocolate and marshmallow takde ke?”
“Awak… doktor pesan kat kita kan. Awak tak boleh ambil minuman yang berkafein dan makanan yang sukar dihadam. So, buat masa ni awak puasa dulu dari minum minuman kesukaan awak tu ye,” Ikmal memujuk si gadis sambil tersenyum mesra. Nisa tersenyum lagi. Tampak terlalu lemah.
“Kalau macam tu tak pe lah. Kita nak terima kasih sangat kat awak sebab lawat kita hari ni. Pastu selalu pulak tu bawak kita pergi hospital buat medical checkup. Pastu tolong uruskan pembedahan untuk buang tumor tu juga. Kita tak tahu nak cakap apa lagi. Kita terima kasih banyak-banyak sangat kat awak,”
“Dah la awak ni. Kita kan kawan. Kawan mesti lah kena tolong kawan. Awak mesti penat kan? Awak tidur dulu ya. Kita nak pergi solat zohor dulu. Nanti kita datang jenguk awak lagi. Awak rehat ya,” Ikmal memujuk lembut menyuruh si gadis beristirehat. Ikmal bangun dan menuju ke arah pintu. Nisa kembali berbaring. Matanya cuba dilelapkan.
“Kawan?” Nisa bersuara perlahan. Sangat perlahan. Sekadar dengar pada telinganya. Dan air mata mengiringi lenanya.
*****
Taman Botani, Putrajaya
Taman yang menghijau itu memang menjadi tempat kebanyakan orang untuk melepaskan lelah setelah seharian bekerja. Taman itu memang akan sentiasa didatangi pengunjung, lebih-lebih lagi hujung minggu. Mereka dilihat duduk di kerusi panjang yang berada di taman bunga raya.
“Dia dah melamar kita. Dan mak dah terima,”
“Awak terima dia tak?” Mata Ikmal meneroka segenap taman yang menghijau dihadapannya. Bunyi kicauan burung menambahkan kesegaran di taman tersebut.
“Kita tak boleh cakap tak pada mak. Apa yang dia nak itu lah yang kita kena ikut,” Nisa meneguk sedikit minuman coklat panas bersama marshmallow yang dibungkus dalam cawan kertas itu. Dia memandang kearah Ikmal. Mengharapkan Ikmal akan cuba menghalang niat ibunya. Mengharap akan lelaki itu yang seharusnya melamarnya. Mengharapkan lelaki itu yang menjadi teman hidupnya.
“Bagus la kalau macam tu. Megat tu pun berkerjaya. Banyak duit. Terjamin la hidup awak nanti, lagipun dia ada rupa. Takkan lah mak awak nak orang macam kita kot. Dah lah buruk. Tak da rupa. Kerja pun jadi pelayan restoran je,” Ikmal bergurau tetapi ternyata ada nada sendu di hujung suaranya. Matanya masih memandang sekitar taman. Sengaja tidak mahu menatap mata sang gadis. Ya, gadis yang terlalu berharap kepadanya. Biar si gadis tidak memberitahunya sekalipun, dia sudah dapat mengagak.
“Awak ni… Tak baik cakap macam tu. Kita tak pernah anggap awak macam tu. Awak ni merendah diri sangat. Walau awak gelap tapi awak manis. Macam hot chocolate ni,” kata Nisa sambil mengangkat cawan kertas tersebut. Dia cuba untuk bergurau juga. Walau masing-masing tau yang hati mereka seharusnya disatukan. Cuma mungkin kerana sikap malu dan keegoan maka kata cinta itu tidak berani diluahkan oleh sesiapa.
“Awak ni ada-ada aje lah,” Ikmal terenyum sendirian.
“Awak rasa kita patut terima atau tak?” Nisa menginginkan kepastian. Tidak mahu perasaan masing-masing dibiarkan. Tidak mahu hati sesiapa diluka.
“Awak terima aje lah. Dia lelaki terbaik untuk awak,” Ikmal memandang Nisa.  Dia tersenyum kelat. Nampak kecewa.
“Awak macam mana?”
“Kita macam ni aje lah. Tunggu orang yang setaraf dengan kita lah. Lagi pun kita masih boleh berkawan,” Ikmal tidak habis habis dengan gurauannya. Nisa dilihatnya berwajah kecewa. Tampak sekali wajahnya tak selesa dengan kata-kata Ikmal tadi.
“Eh, nak hujan lah. Jom lah kita balik,”
*****
Hospital Kajang
Dia masih lena di atas katil di wad itu. Separuh dari mukanya berbalut dengan kain kanvas putih. Tangan kanannya turut bersimen dan berbalut. Seorang lelaki dilihat berteleku disebelahnya. Mata lelaki itu merah. Mungkin kesan daripada airmatanya. Namun kini pasti air matanya sudah kering sehingga tidak mampu untuk mengalir lagi.
“Kita mintak maaf. Bukan niat kita nak buat awak sampai jadi macam ni. Tapi kita terpaksa,” lelaki itu bercakap seperti gadis itu bisa menangkap suaranya. Dia tidak peduli, yang pasti dia mahu menjelaskan segalanya kepada gadis itu.
“Bukan kita tak cintakan awak. Kita memang cintakan awak. Malah awak lah satu-satunya perempuan pertama yang kita cinta. Kita tak pernah ada perasaan yang macam ni pada perempuan lain. Tapi…” dia terhenti disitu. Segenap jarinya dibawa kemuka si gadis. Menyentuh lembut muka yang berbalut itu.
“Tapi Megat lebih layak sayang…,”
*****
Starbuck Coffee, Plaza Metro Point, Kajang
“Mal, ada orang nak jumpa kau,” suara rakan sekerjanya itu mematikan tugasnya yang sedang mengelap cawan dan gelas di dapur.
“Siapa? Nisa ke?”
“Entah. Tak kenal. Dia tunggu kat meja 12. Pergilah,” sekali lagi rakan kerjanya menyuruhnya.
Ikmal berjalan kearah meja bernombor 12. Kelihatan seorang lelaki kemas berbaju kameja warna merah jambu muda siap bertali leher. Ikmal menghampiri lelaki itu. Tangannya dihulur. Lelaki itu menyambutnya. Silau sedikit mata Ikmal dengan jam tangan exclusive yang bersinar ditangan kiri lelaki itu.
“Jadi kau lah Ikmal?” lelaki itu bertanya.
“Ya saya. Boleh saya bantu,”
“Oh… Ikmal. Tak lah hensem mana, tapi macam mana Nisa boleh terpikat dengan kau pun aku tak tahu lah. Anyway, nama aku Megat. Megat Iskandar. Eh, duduk lah,”
“Oh… tunang Nisa?” Ikmal menarik kerusi dihadapan lelaki bernama Megat itu. Dia melabuhkan punggungnya.
“Baguslah kalau kau dah tau,” seperti ada nada perli dihujung suaranya.
“Ada apa datang jumpa saya?”
“Aku nak bagitahu kau, jangan jumpa Nisa lagi. Dia tak ada apa-apa dengan kau kan? So, stay away from her. Listen, kau tak layak dengan dia,” Megat memberi amaran.
“Tapi saya dengan dia memang tak ada apa-apa. Kami just kawan biasa,”
“Memang lah kawan biasa. But look, kau tu nak berkawan dengan dia pun tak layak sebenarnya. Dah la. Kau dengar lah cakap aku. Aku dengan dia dah nak kahwin. Aku boleh jaga dia sendiri. So, kau tak payah nak berlagak take care sangat dekat dia. Cermin sikit muka kau tu,”
*****
Hospital Kajang
Pintu wad tiba-tiba dibuka. Seorang wanita tua yang berwajah sugul kelihatan melangkah masuk kedalam bilik wad tersebut. Si tua nampak kaget bila terlihat seorang lelaki sedang lena berbantalkan lengan disisi kiri katil wad yang menempatkan gadis malang itu. Pantas wanita separa abad itu mendekati lelaki yang sedang lena itu. Dia mengejutkan lelaki itu. Lelaki itu segera bangun. Matanya kelihatan merah dan sembab.
“Eh, mak cik, maaflah saya tertidur. Mak cik dah lama sampai?” tangan lelaki itu cuba dihulur untuk menyalami wanita tua itu.
“Dah lah Ikmal. Kau jangan nak berlakon lagi dengan aku. Kau yang buat sampai anak aku jadi macam ni kan?” tegas suara si tua itu.
“Apa ni mak cik? Saya tak pernah terlintas pun nak buat macam ni kat orang. Apatah lagi dekat orang yang saya sayang,”
“Kau tak layak sayangkan dia. Sebab kau lah anak aku jadi macam ni. Kau lah yang telah menyebabkan anak aku menderita macam ni. Kau kejam kau tau tak? Walau dia tak dapat terima kau sekali pun, takkan sampai kau buat dia menderita? Dia hampir mati kau tau tak?” Wanita tua itu sudah hampir menjerit. Marah benar dia pada lelaki bernama Ikmal itu.
“Mak cik… apa mak cik cakap ni? Saya tak pernah terniat pun nak buat macam tu pada Nisa. Saya…”
“Dah la… Kau keluar sekarang. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau balik lah,”
“Mak… apa ni?” suara itu tiba-tiba menghentikankan jeritan wanita tua separuh usia itu. Yang pasti semua tahu suara lemah itu milik siapa. Ya, itu suara Nisa.
*****
Maybank Kajang
“Nak balik dah Nisa?” seorang rakan kerjanya bertanya apabila melihatnya berkemas.
“Haah… nak balik dah,”
“Okay… Drive carefully kay. Nampak macam nak hujan je ni,” pesan si rakan padanya.
“I will,” Nisa mencapai tas tangannya yang diletakkan pada penjuru meja. Fail-failnya diatas meja turut dicapai. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia menyeluk tas tangannya mengeluarkan telefon bimbit Nokia tersebut. Ada satu pesannan ringkas daripada Ikmal rupanya. Dia membaca pesanan tersebut. Sejenak wajahnya berubah.
Kita harap awak boleh terima Megat. Kita rasa kita sudah tidak boleh jumpa awak macam selalu dah. Awak pun dah nak jadi isteri orang. Lagipun kita sedar siapa diri kita. Kita tau kita tak padan dengan awak. Awak putih pink macam marshmallow. Kita hitam pekat macam hot chocolate. Awak dipuja semua orang. Kita dikeji serata alam. Awak cantik bak bidadari. Kita sedar kita hanya beast dalam kisah dongeng. Awak memang padan dengan Megat tu. Macam pinang di belah dua. Sama cantik sama padan. Baru lah nanti anak-anak awak comel macam awak. Kita harap awak jangan cari kita lagi lepas ni. salam,”
Secepatnya dia meluru ketempat letak kereta. Enjin dihidupkan. Pantas kereta Proton Saganya meluncur laju meninggalkan tempat letak kereta. Destinasinya hanya satu, Plaza Metro Point.
*****
Plaza Metro Point, Kajang
“Sure ke kau tak nak naik dengan aku ni Mal? Hujan lebat ni,” seorang rakan kerjanya mempelawanya apabila melihat Ikmal sedang membuka payung untuk ketempat menunggu bas. Sementelah, hujan lebat pula pada petang itu.
“Tak pelah Pian. Aku dah biasa naik bas. Menyusahkan kau pulak,” Ikmal pantas menolak. Bukan jenisnya menyusahkan orang lain.
“Kalau macam tu tak pe lah. Eh, apa yang kecoh-kecoh kat depan tu eh?” Rakan kerjanya yang bernama Pian itu tiba-tiba bertanya.
“Mana?”
“Tu kat depan High School tu. Siap ada ambulans lagi. Ada accident ke?” Pian serkap jarang.
“Haah la… Siapa yang kena langgar tu?”
“Entah lah. Nampak macam proton saga. Kena langgar dengan lori Alam Flora lah. Eh, Mal… kereta tu…” Pian terhenti tiba-tiba pada dialognya.
“Kenapa?” Ikmal pantas bertanya.
“Kereta tu nombor platenya macam kereta Nisa lah. Kan?”
“Ha? Nisa?” Ikmal terkejut sekali. Sangat terperanjat. Dia reflek berlari ketempat tragedi. Badannya basah disirami hujan.
*****
Hospital Kajang
“Nisa tak pernah mintak pun nak kahwin dengan Megat mak. Mak tak pernah tanya Nisa. Siapa Nisa nak? Siapa Nisa tak suka? Mak pernah tanya? Tak pernah mak,” air mata gadis itu mengalir lagi.
“Nisa tak suka pun Megat tu mak. Tapi mak terima juga pinangan dia. Nisa nak dekat Ikmal mak. Memang Ikmal tak pernah luahkan pada Nisa. Tapi Nisa tau dia pun ada perasaan yang sama pada Nisa. Nisa tak nak kahwin denga Megat mak. Lagipun mustahil Megat nak dekat Nisa sekarang ni. Muka Nisa dah buruk mak. Nisa dah cacat,” gadis itu menyambung lagi bicaranya. Badannya terhenjut-henjut menahan isak tangis. Si ibu yang duduk disisinya turut mengalirkan cairan jernih. Mengapa si ibu begitu khilaf dalam menentu jodoh anaknya? Si ibu menyalahkan dirinya. Sedar dirinya yang bersalah dalam hal ini. Bukan siapa-siapa. Bukan Ikmal mahupun Nisa.
“Mak mintak maaf Nisa. Sekarang ni Nisa buat lah keputusan Nisa sendiri. Mak dah tak menghalang,” si ibu bangun dari kerusi. Pantas menuju kepintu. Dia keluar. Diluar dia menangis semahu-mahunya. Menyesal dengan tindakannya selama ini.
Ikmal mendekati Nisa. Dia dududk dikerusi yang ditinggalkan wanita tua itu tadi. Tangannya pantas menggenggam tangan Nisa. Parasnya mempamerkan riak duka.
“Kita minta maaf,” hanya itu yang terkeluar dari mulut Ikmal.
“Awak tak salah. Kita yang tak reti bawak kereta,”
“Tapi masa tu mesti awak dalam perjalanan nak jumpa kita kan? Kalau tak mesti semua ni tak terjadi,” Ikmal sudah terisak.
“Dah lah. Kita lupakan. Kita nak tanya awak boleh tak?” Nisa meminta kebenaran.
“Nak tanya apa?”
“Awak nak kat kita tak? Sebab kita rasa kita dah sepadan dengan awak. Muka kita pun dah buruk. Dah tak cantik lagi,”
“Nisa…”
“Awak… Awak kahwin dengan kita ya. Kita nak kat awak sorang je,” air matanya deras mengalir.
“Kita akan jaga awak sampai bila-bila. Kita dah lama cintakan awak. Nanti lepas awak dah sembuh kita kahwin ya?” Ikmal memujuk si gadis. Sudah menjadi kelemahannya, tidak boleh melihat wanita menagis.
“Kita sayangkan awak. Sayang sangat,”
“Kita pun. Dah jangan nangis lagi. Tengok apa kita bawak untuk awak,” Ikmal menunjukkan dua bungkus cawan kertas yang di letakkan dia atas meja disisi katil tersebut.
“Awak ni… Tau je apa yang kita suka,” Nisa sudah kembali tersenyum. Dia menyeka sisa air mata nya.
“Kita mesti lah tau. Sebab tu lah kita sayangkan awak,” Ikmal membalas senyuman Nisa.
“Awak ni… Sweet lah. Awak nak tau sebab apa kita sayang kan awak?” Nisa bertanya pada Ikmal pula.
“Sebab apa?” Ikmal bertanya
“Sebab awak sweet sangat. Macam hot chocolate ni,”
“Dan awak pulak macam marshmallow,” pantas ikmal menjawab. Bibirnya dibawa ke dahi Nisa. Mencium sedikit dahi si gadis. Menghangatkan dahi wanita yang dicintainya itu.
“Kita akan sayangkan awak sampai bila-bila. Kasih sayang kita tak akan pudar, sentiasa ada untuk awak. Macam marshmallow ni. Sentiasa beku walau dalam minuman coklat yang panas,” Ikmal menambah lagi. Segenap dia turut mencapai cawan kertas disisi katil. Menghirupnya sekali sambil tersenyum memandang Nisa.

TAMAT
p/s: sorry sebab lama tak update