Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Monday, December 13, 2010

Ezren Zakaria ajak aku pergi jom heboh. Tapi aku tak ada duit maka aku bohong beliau cakap aku bangun tidur lambat, sedangkan masa tu aku tengah enak makan nasik minyak kat kenduri rumah jiran aku yang anak dia kawen dengan orang cina. Atau tajuk yang lebih ringkas berbunyi begini “aku dah lama nak cerita pasal kenduri kawen sebenarnya”.

Sila jangan hirau kan tabiat aku yang suka bagi tajuk entry panjang-panjang lately. Aku pun tak tahu kenapa aku dah tak reti bagi tajuk yang pendek-pendek dan tak reti merumuskan tajuk yang yang terlampau panjang tu. By the way, aku rasa aku dah tau kenapa aku dapat B4 dalam Bahasa Malaysia SPM, sebab dalam Bahasa Malaysia SPM ada satu part yang dipanggil rumusan. Oh, aku baru sedar yang aku tak reti buat rumusan rupanya. Patutlah aku dapat B4 masa tu.


Cis, aku lupa bagi salam rupanya. 
Assalamualaikum, dam salam satu Malaysia semua warga blogger sekalian. Tak kira blogger yang berbangsa melayu, cina, india mahupun lain-lain bangsa, yang penting kita kan rakyat Malaysia. Satu Malaysia boleh!!! *tetiba jek*

Ok, secara ringkasnya begini. Ezren ajak aku pergi Jom Heboh semalam. Sehari sebelumnya which mean hari sabtu tu, dia text aku nak ajak pergi jom heboh tu. aku on je la. Tapi baru aku sedar aku tak da duit. Dia ni pun satu ingat aku ni buat part time jadi gabenor bank Negara ke semedang je nak ajak aku keluar tetiap hari? Maka aku bohong sunat kat dia cakap aku okay je kalau nak ke jom heboh tu. Tapi itu lah telajak Titanic langgar iceberg, terlajak hantar sms maka buruk padahnya. Yang boleh diharapkan agar mesej itu pending sahaja. Tapi ternyata ianya terdilivered pulak. Dan keesokkan harinya aku dapat bermacam sms dan miscalls dari beliau sebab nak ke jom heboh punya pasal, tapi aku tak reply. Sehinggalah pukul 12 baru aku reply.

sori lah, aku baru bgun ni. x perasaan ko text n call aku

Dan dia reply.

tak pe lah. Aku pun dah malas nak pergi ni

Dan aku rasa aku sedikit selamat di situ sebab dia sendiri yang malas nak pergi. Maka aku bersiap hendak ke kenduri rumah jiran aku. Aku malas nak pergi tapi Asyraf ajak aku pergi pulak. Maka aku ikut aja lah. Lagipun makan free kan. oh, masa aku sampai tu terlalu sangat ramai orang. Sampaikan kena tunggu orang lain habis makan baru kami dapat tempat duduk. Dan rasanya kami sangat bertuah sebab Asyraf amek port betul-betul depan pengantin punya meja untuk makan suap beradab itu. Dan semasa kami makan tu pengantin pun sampai untuk makan beradab. Maka kami kira terjoin sekali lah makan beradab tu. agak pelik sebenarnya mula-mula tu kerana ada satu family kaum cina ni pun join makan beradab tu? rupa-rupanya si pengantin lelaki tu merupakan seorang cina. Oh aku tak sangka jiran aku berkahwin dengan orang cina. Now it remind me to sepet. Ni barulah namanya satu Malaysia. Mesti cina tu romantic gila kan that why perempuan anak jiran aku tu terpikat. Oh indahnya. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang soleh berbahagia ke anak cucu dan sabar menghadapi ranjau sebagai suami isteri. *eceh*


Oh ya, speaking bout kenduri kawen, Kenapa ek time cuti-cuti semua orang nak kawen? Aku agak pelik disitu sebenarnya. Ya lah kalau nak di fikirkan logic akal, cuti sekolah ni hujung-hujung tahun, then hujung-hujung tahun ni jugak biasanya musim tengkujuh. Motifnya nak buat kenduri kawen masa cuti sekolah dimusim tengkujuh tu apa kes? Kan dah menyusahkan orang nak pergi. Kat area rumah aku ni, sepanjang aku balik bercuti dah 5 buah kenduri aku pergi. 3 daripadanya berturut-turut dari selasa sampai khamis. Dan ada banyak kenduri kawen yang aku tak pergi. Bukan tak nak memenuhi jemputan orang tapi rasa cam malas lah. Ye lah, buat kenduri time hujan-hujan pastu, jalan jadi lecak sana lecak sini, susah nak berjalan. So, baik duduk kat rumah. Tak da lah membasahkan baju. Kan? Kan? Kan?

Aku sebenarnya dah bosan dah asyik makan lauk kenduri je. Asyik-asyik makan lauk and nasik kawah. Lauk pulak tu sepesen je dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Ye lah, lauk kat rumah kenduri mesti sama, ayam masak merah, kari ayam, daging masak kurma, acar, dan sudah semestinya nasik minyak yang boleh menaikkan berat badan aku yang tengah bertungkus lumus berdiet ni. Tak boleh tukar menu lain ke? Udang masak merah ke? Siakap tiga rasa ke? Ikan bakar ke? Nasik padang ke? Tak pun kalau nak mudah buat aje nasik kerabu. At least orang tak jemu. Ni tak hari-hari kenduri, hari-hari lah makan kari ayam dan kurma daging. Oh, boring… *rolling eyes*

Oh ya. Cakap pasal kari ayam. Hari tu aku pergi lah satu kenduri ni. Aku tergerak lah nak makan kari ayam ni ha. Well, lagipun memang tak da lauk lain. Nak amek daging masak kurma nampak cam liat je daging tu maka aku ambil lah lauk kari ayam ni. Dan rupanya kari ayam tu macam dimasak oleh seseorang yang tak punya deria rasa. Aku tak tahu nak gambarkan rasa kari ayam tu macam mana. Tapi kalau kau nak memahami situasi aku ni, kau pergi ambil surat khabar kau pergi makan surat khabar tu. Macam tu lah rasa dia. Tawar yang teramat tawar lah sangat. Entah siapa lah yang masak aku pun tak tahu. Aku agak mak ayam mak cik  yang masak ni mesti lidah dia tak ada deria rasa. Aku ni memang tak suka sangat makan kari sebenarnya. Dia sedap cuma kalau lepas makan tu mesti bau dia melekat kat tangan. Tu yang aku tak suka tu. Aku ingat lagi masa makan kari kepala ikan kat Bawal Power kat Shah Alam tu. Pergh… bau kari dia tak hilang walau lepas dua hari. Ok fine. Aku terlampau hiperbola. Takkan lah dah dua hari tak hilang bau kan? Aku Cuma nak bagitau yang bau kari dia kuat sangat walau lepas cuci dengan sabun pun masih ada bau lagi wa cakap sama lu.

Aku perhatikan kan, kalau kenduri kawen ni mesti ada salam keruk tu. Kau tau tak salam keruk tu apa? Ala… kau ni salam keruk pun tak tau. Salam sambil bagi duit tu lah. Biasanya kalau kita pergi kenduri kawen kita akan salam keluarga pengantin then sambil salam tu kita bagi duit kat dia. Paling sikit pun dalam 5 ringgit la kita bagi. Tu kira paling koman lah tu. aku pelik sebenarnya. Kita datang nak makan tapi bila dah masuk kena salam sambil bagi duit tu dah tak kira free dah tu. apa kes entah nak kena bagi-bagi duit pulak entah? Tu lah orang melayu. Adat entah apa-apa. Dah la makan tak tentu sedap pastu siap kena bagi duit segala bagai. Sangat hampeh disitu sebenarnya.

Oh ya. Aku jugak agak pelik sebenarnya, why mesti ada kugiran ek masa ada kenduri kahwen ek. Ada satu hari tu kan jiran aku buat kenduri, ciss, aku rasa macam nak pergi rumah jiran aku tu dan sound dekat telinga dia, “dey, kalau pasang lagu kahwen tu siang-siang aje tak boleh ke? Waktu orang nak tido jugak lah dia nak melalak segala bagai,”. Kacau orang nak tido je. So sapa sapa yang nak kawen tu aku nak ingatkan disini, jangan lah nak pasang lagu-lagu kawen tu malam-malam time orang nak tido. Tak pasal-pasal kena makan kenduri lauk penumbuk masak merah atau penampar masak kurma. Oh ya, juga kalau boleh tukar lah menu tu. dah bosan dengan menu kenduri yang sama.

selamat pengantin baru

p/s: sorry kepada Ezren Zakaria. Sesungguhnya tiada lah niat diri ini mahu menipu mu.
Nanti kita pergi jom heboh kat Kelantan tahun depan ek? *Eceh…

Sunday, December 12, 2010

Budak sekolah zaman sekarang semakin advance. Ciss, aku pun tak macam ni dulu.


Assalamualaikum
Good morning upper east side.
Dah lama aku nak cakap good morning ni sebenarnya. Tapi al-maklumlah aku bangun tidur pun dah ala-ala macam dah tengahari kan. so, hari ni je lah aku berpeluang nak wish good morning kat korang. 

Oh ya, aku tadi bukak fesbuk. Sudah semestinya lah kan, fesbuk adalah laman yang wajib di jelajahi oleh semua orang. Then, aku pun terbukak la profile adik kepada kawan aku ni. adik dia ni lelaki. aku belek la kan profile dia then aku bukak la kat album dia. Dan aku jumpa satu album yang diberi nama, ‘Sarah Besday’. Aku pun bukak lah album tu kan. OHEMMJIIEE… gambar tu rupanya merupakan himpunan gambar-gambar sambutan hari jadi disebuah kelab pencinta alam malam. Well, bukan terkejut sebab apa. Abang dia pun memang kaki clubbing dan biasa lah kalau sambut besday kat kelab kan. yang buat aku terkejut beruk ni ialah adik dia ni budak form 5. Which mean dia ni masih bersekolah and how come dia boleh suka-suka hati je masuk kelab  sedangkan umur dia pun tak cukup lagi. Dan terang-terangan kat dalam gambar tu bersepah tin dan botol ‘tiger beer’ kat atas meja. Oh, aku tepuk dahi tengok gambar tu. dan aku tepuk dahi kali kedua bila gambar dia bercomolot dengan seorang budak ni pun dia tayang kat fesbuk ni. mesti budak tu yang namanya sarah tu. dan aku berani cakap mesti sarah tu awek dia. Kalau tak takkan dia berani mati comolot dengan budak tu kan? tak pun sarah tu seorang gro, atau pun pelacur atau pun, oh aku tak sanggup nak cakap.
Dan, aku mula terfikir, budak-budak sekolah zaman sekarang ni sememangnya semakin advance. I tell you, mana kau nak jumpa budak yang belum cukup umur dah boleh keluar masuk kelab dan sedap-sedap je tonggang air setan tu? kat Malaysia je ada. Tu belum cakap lagi pasal budak sekolah mengandung lagi, buang anak, gay, dadah… oh tidak! *tepuk dahi*
Malaysia boleh kan?

Ngangkung is not a stupid movie at all pun, but ‘Aku Masih Dara’ punya trailer pun dah nampak macam very bodoh punya story lah. But hey, can’t wait lah wanna watch ‘the Chronicles of Merong Mahawangsa’.

Assalamualaikum.
Good morning upper east side.
Dah lama feel like to say good morning to all of you. But you know, I wake up everyday pun not morning anymore. Teeheee…
Thank you for those yang keep reading my entry, and also for those yang keep dropping on my blog. And not forget for those yang leave a comment and feedback. Thank you again. Sayang lah you alls… :D
one utama
Semalam was a very tired day for me I guess. I when for watched movie with one of my friend dekat OU. Oh, sooo…. Lama tak keluar feeling like “hey it is what we called KL?” I think KL people was change already lah. Mana taknya, I feel like to humban keluar the two people in the train, when they playing the comolot game plus raba-raba and all that kat depan public. Plus nampak pulak girls yang dress up macam nak buat strip dance ke hape? All their asset nak terjojol keluar. Very sexy girl from Kuala la la la la Lumpur lah tu konon.  Huh, so irritating. But wait, maybe all of you feel like “what damn hell pingguava is doing? It is he buang tebiat to speaking all time?” Hey, don’t get me wrong. I am not buang tebiat ok, but I practice my English.
Teehee…
Ok fine. Let’s make it easy. I just thinking my bahasa is not very good then my English. Oh, please don’t say me poyo or bajet or something like that, cause I think I very bad in bahasa, and I feel stupid when I speaking in Malay. Oh, poyo me heh? HAHAHAHAHA. But actually I am not well in English too, tapi apa yang boleh dibanggakan is my Bahasa in my spm result is B4 compare to my English is A2. And what is more membanggakan is, my BEL got A for the final exam. Can you believe that? so, in other word is, i now tengah giler riak bacause dapat A for  BEL. heeeee... So, I realize now. I need to more and more and more speaking in English rather than bahasa. And yes, I think broken English pun it’s ok lah kan. Yet, still I am speaking kan?
Ok now let back to basic the topic. Oh pasal apa eh? Oh ya, movie!
My friend wanna watch ngangkung and I seboleh-bolehnya try to seduce him to watch The Social Network. Well, you know la, malay movie is something yang macam same story line and the lawak is very bodoh and slapstick and cliché as well. But then, I don’t know how he can pujuk me to watch the Ngangkung. Don’t ever cross in my mind to watch Malay movie at all, plus I am very menyampah dekat apa nama actress tu? Iera Syazira eh? Ha, dia la tu. I don’t know why I very sakit hati when I look at her. But it’s ok I just watch the movie cause my friend promise me to belanja me Paparich if I tengok that movie. So, I just follow. 
Ngangkung is not a stupid movie pun I guess. And I had a lot of laughing at the panggung. It is so funny. Berdekah-dekah and even my tears is going out, gelak punya pasal la. Oh ya, before the story start usually ada trailer from the coming movie kan. So, before the funniest, stupidest and craziest Ngangkung start, there is the ‘Aku Masih Dara’ punya trailer. And I think AMD is tak masuk akal punya movie lah. Boleh ke dia buat movie macam tu. And one of the dialog in the movie is, “pakai tudung lah nak tutup love bite tu, semua orang sekarang ni pakai tudung sebab nak tutup benda tu je (which mean refer to the stupid love bite)” and I feel like, “hey, you are trying to fitnah all the people yang wearing tudung” and I also thinks that the minah yang cakap macam tu is stupid and idiot and bodoh and apa-apa aje lah because she still don’t know the petua to tutup the love bite selain dari pakai tudung. Sia-sia je jadi perempuan rosak akhlak if nak tutup benda sekecil tu pun have no idea. You still can wear mafla, the turtle-neck shirt or you can sapu minyak panas kat area yang ada love bite tu. Tu pun tak tahu ke? Or you need the tutorial? Huh!
But still, I feel like the story macam sangat lucah cause again ada dialog yang sangat irritating when Farid Kamil, if I not mistaken said “aku sangap lubang,” oh, pellisssss lah. What story you trying to show to us ha? Cuba lah buat movie macam yang KRU buat tu. It different rather than the different. KRU I think have a lot of idea to menarik perhatian orang to watch their movie. They no need babak-babak lucah to attract people to watch their movie pun. David teo punya pasal lah ni, “saya punya film ha, lemih manyak mengelinsapkan olang,” ceit. Yang menginsafkan tu the last five minutes punya cerita. Yang lagi 110 minit tu apa celita? Celita pasal sangap lubang ka? Haiyaa…
But then, speaking bout KRU. Semalam also, I bought the Maskulin magazine. Then, inside it had the upcoming movie punya synopsis. Oh, I just know that KRU is produces the new movie that called “the Chronicles of Merong Mahawangsa” that is direct by Yusry Abd Halim. I think the Merong Mahawangsa is a movie yang should all people watch. I know ramai people yang not very interesting to watch movie yang ada sifat sejarah. But, try to watch it. I watch the trailer in you tube and I can feel when I watch it. I tell you what, this story is use the actors and actress from all over the world. Basically the movie is about pertembungan two emperors, east and west. The pelakon pun ramai yang berbangsa asing. Which are terdiri daripada pelakon from Australia, Denmark, China, and also Malaysia.  And what the interesting part is, the movie use 70% English, 20% Malay, and 10% Chinese. Wow, where you can find movie that produce by anak Malaysia yang guna more than half English as bahasa pengantar in a movie. And, dengar cerita this movie also akan dipasarkan ke luar Negara. Cerita yang sangap lubang tu boleh pergi antarabangsa ke? “haiyaa… ini celita ha, mau menalik penonton malaysia saja ma… lagipun ma, ini film ciput punya bajet ma..” Ceit…
Oh ya, Merong Mahawangsa were acted by Stepehen Rahman, also Umie Nazeera, Umie Aida, Dato Rahim Razali, Khir Rahman, Mano Maniam and ramai lagi. Click HERE for more info. And HERE for the trailer.
P/S: macam ini punya cerita baru boleh angan-angan dapat patpulohjuta. $_$
Penat jugak cakap dalam bahasa inggeris ni.
Tapi tak pe. Dah banyak improvement dah. Chill :D