Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Monday, December 13, 2010

Ezren Zakaria ajak aku pergi jom heboh. Tapi aku tak ada duit maka aku bohong beliau cakap aku bangun tidur lambat, sedangkan masa tu aku tengah enak makan nasik minyak kat kenduri rumah jiran aku yang anak dia kawen dengan orang cina. Atau tajuk yang lebih ringkas berbunyi begini “aku dah lama nak cerita pasal kenduri kawen sebenarnya”.

Sila jangan hirau kan tabiat aku yang suka bagi tajuk entry panjang-panjang lately. Aku pun tak tahu kenapa aku dah tak reti bagi tajuk yang pendek-pendek dan tak reti merumuskan tajuk yang yang terlampau panjang tu. By the way, aku rasa aku dah tau kenapa aku dapat B4 dalam Bahasa Malaysia SPM, sebab dalam Bahasa Malaysia SPM ada satu part yang dipanggil rumusan. Oh, aku baru sedar yang aku tak reti buat rumusan rupanya. Patutlah aku dapat B4 masa tu.


Cis, aku lupa bagi salam rupanya. 
Assalamualaikum, dam salam satu Malaysia semua warga blogger sekalian. Tak kira blogger yang berbangsa melayu, cina, india mahupun lain-lain bangsa, yang penting kita kan rakyat Malaysia. Satu Malaysia boleh!!! *tetiba jek*

Ok, secara ringkasnya begini. Ezren ajak aku pergi Jom Heboh semalam. Sehari sebelumnya which mean hari sabtu tu, dia text aku nak ajak pergi jom heboh tu. aku on je la. Tapi baru aku sedar aku tak da duit. Dia ni pun satu ingat aku ni buat part time jadi gabenor bank Negara ke semedang je nak ajak aku keluar tetiap hari? Maka aku bohong sunat kat dia cakap aku okay je kalau nak ke jom heboh tu. Tapi itu lah telajak Titanic langgar iceberg, terlajak hantar sms maka buruk padahnya. Yang boleh diharapkan agar mesej itu pending sahaja. Tapi ternyata ianya terdilivered pulak. Dan keesokkan harinya aku dapat bermacam sms dan miscalls dari beliau sebab nak ke jom heboh punya pasal, tapi aku tak reply. Sehinggalah pukul 12 baru aku reply.

sori lah, aku baru bgun ni. x perasaan ko text n call aku

Dan dia reply.

tak pe lah. Aku pun dah malas nak pergi ni

Dan aku rasa aku sedikit selamat di situ sebab dia sendiri yang malas nak pergi. Maka aku bersiap hendak ke kenduri rumah jiran aku. Aku malas nak pergi tapi Asyraf ajak aku pergi pulak. Maka aku ikut aja lah. Lagipun makan free kan. oh, masa aku sampai tu terlalu sangat ramai orang. Sampaikan kena tunggu orang lain habis makan baru kami dapat tempat duduk. Dan rasanya kami sangat bertuah sebab Asyraf amek port betul-betul depan pengantin punya meja untuk makan suap beradab itu. Dan semasa kami makan tu pengantin pun sampai untuk makan beradab. Maka kami kira terjoin sekali lah makan beradab tu. agak pelik sebenarnya mula-mula tu kerana ada satu family kaum cina ni pun join makan beradab tu? rupa-rupanya si pengantin lelaki tu merupakan seorang cina. Oh aku tak sangka jiran aku berkahwin dengan orang cina. Now it remind me to sepet. Ni barulah namanya satu Malaysia. Mesti cina tu romantic gila kan that why perempuan anak jiran aku tu terpikat. Oh indahnya. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang soleh berbahagia ke anak cucu dan sabar menghadapi ranjau sebagai suami isteri. *eceh*


Oh ya, speaking bout kenduri kawen, Kenapa ek time cuti-cuti semua orang nak kawen? Aku agak pelik disitu sebenarnya. Ya lah kalau nak di fikirkan logic akal, cuti sekolah ni hujung-hujung tahun, then hujung-hujung tahun ni jugak biasanya musim tengkujuh. Motifnya nak buat kenduri kawen masa cuti sekolah dimusim tengkujuh tu apa kes? Kan dah menyusahkan orang nak pergi. Kat area rumah aku ni, sepanjang aku balik bercuti dah 5 buah kenduri aku pergi. 3 daripadanya berturut-turut dari selasa sampai khamis. Dan ada banyak kenduri kawen yang aku tak pergi. Bukan tak nak memenuhi jemputan orang tapi rasa cam malas lah. Ye lah, buat kenduri time hujan-hujan pastu, jalan jadi lecak sana lecak sini, susah nak berjalan. So, baik duduk kat rumah. Tak da lah membasahkan baju. Kan? Kan? Kan?

Aku sebenarnya dah bosan dah asyik makan lauk kenduri je. Asyik-asyik makan lauk and nasik kawah. Lauk pulak tu sepesen je dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Ye lah, lauk kat rumah kenduri mesti sama, ayam masak merah, kari ayam, daging masak kurma, acar, dan sudah semestinya nasik minyak yang boleh menaikkan berat badan aku yang tengah bertungkus lumus berdiet ni. Tak boleh tukar menu lain ke? Udang masak merah ke? Siakap tiga rasa ke? Ikan bakar ke? Nasik padang ke? Tak pun kalau nak mudah buat aje nasik kerabu. At least orang tak jemu. Ni tak hari-hari kenduri, hari-hari lah makan kari ayam dan kurma daging. Oh, boring… *rolling eyes*

Oh ya. Cakap pasal kari ayam. Hari tu aku pergi lah satu kenduri ni. Aku tergerak lah nak makan kari ayam ni ha. Well, lagipun memang tak da lauk lain. Nak amek daging masak kurma nampak cam liat je daging tu maka aku ambil lah lauk kari ayam ni. Dan rupanya kari ayam tu macam dimasak oleh seseorang yang tak punya deria rasa. Aku tak tahu nak gambarkan rasa kari ayam tu macam mana. Tapi kalau kau nak memahami situasi aku ni, kau pergi ambil surat khabar kau pergi makan surat khabar tu. Macam tu lah rasa dia. Tawar yang teramat tawar lah sangat. Entah siapa lah yang masak aku pun tak tahu. Aku agak mak ayam mak cik  yang masak ni mesti lidah dia tak ada deria rasa. Aku ni memang tak suka sangat makan kari sebenarnya. Dia sedap cuma kalau lepas makan tu mesti bau dia melekat kat tangan. Tu yang aku tak suka tu. Aku ingat lagi masa makan kari kepala ikan kat Bawal Power kat Shah Alam tu. Pergh… bau kari dia tak hilang walau lepas dua hari. Ok fine. Aku terlampau hiperbola. Takkan lah dah dua hari tak hilang bau kan? Aku Cuma nak bagitau yang bau kari dia kuat sangat walau lepas cuci dengan sabun pun masih ada bau lagi wa cakap sama lu.

Aku perhatikan kan, kalau kenduri kawen ni mesti ada salam keruk tu. Kau tau tak salam keruk tu apa? Ala… kau ni salam keruk pun tak tau. Salam sambil bagi duit tu lah. Biasanya kalau kita pergi kenduri kawen kita akan salam keluarga pengantin then sambil salam tu kita bagi duit kat dia. Paling sikit pun dalam 5 ringgit la kita bagi. Tu kira paling koman lah tu. aku pelik sebenarnya. Kita datang nak makan tapi bila dah masuk kena salam sambil bagi duit tu dah tak kira free dah tu. apa kes entah nak kena bagi-bagi duit pulak entah? Tu lah orang melayu. Adat entah apa-apa. Dah la makan tak tentu sedap pastu siap kena bagi duit segala bagai. Sangat hampeh disitu sebenarnya.

Oh ya. Aku jugak agak pelik sebenarnya, why mesti ada kugiran ek masa ada kenduri kahwen ek. Ada satu hari tu kan jiran aku buat kenduri, ciss, aku rasa macam nak pergi rumah jiran aku tu dan sound dekat telinga dia, “dey, kalau pasang lagu kahwen tu siang-siang aje tak boleh ke? Waktu orang nak tido jugak lah dia nak melalak segala bagai,”. Kacau orang nak tido je. So sapa sapa yang nak kawen tu aku nak ingatkan disini, jangan lah nak pasang lagu-lagu kawen tu malam-malam time orang nak tido. Tak pasal-pasal kena makan kenduri lauk penumbuk masak merah atau penampar masak kurma. Oh ya, juga kalau boleh tukar lah menu tu. dah bosan dengan menu kenduri yang sama.

selamat pengantin baru

p/s: sorry kepada Ezren Zakaria. Sesungguhnya tiada lah niat diri ini mahu menipu mu.
Nanti kita pergi jom heboh kat Kelantan tahun depan ek? *Eceh…

2 comments:

natasya said...

wah3~rindukan skolah menengah ke?hehehehehehe~~

pink guava said...

hahahaha... agak la.. rindu giler