Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Wednesday, March 30, 2011

hijau ke, biru ke, pink ke, kuning ke. yang penting kita kan orang malaysia.

it just my opinion. kalau ada apa apa nak bangkang atau tak puas hati mahupun caci maki. sila lemparkan ke tempat lain. aku tadak masa nak layan. HAHAHAHAHAHA

***** 
so, the story was going like this. 

pagi nyaman. angin bertiup sepoi sepoi bahasa. burung pun bernyayi riang. pepohon melambai lambai ditiup udara pagi.

can you stop that? it sound sangat menggelikan hati. straight to the point je boleh tak?

okay okay =.=" 

so pagi tadi. class mate aku buat keputusan nak pakai baju korporat (we call it baju F1) yang ada lambang university kami tu. nak dijadikan cerita that baju tu kaler dia dijodohkan berwarna hijau. so, dipendekkan ceritanya the university for sure la belong tu kerajaan pusat sebab nama pun ipta. i dont know why, tapi dah jadi macam isu sensitif pulak bila baju berwarna hijau tu dipakai dikawasan universiti yang berstatuskan kerajaan punya. well, lagi pun baju tu pulak ada lambang universiti and for sure the varsity doesnt want the outsider thinks negative bout it. well, maybe orang lain akan cakap:

"pasai apa pakai baju kala ijau ni. pa cita ni. bila plak universiti dot dot dot jadi parti dot dot dot punya ni. bukan depa ni pro kerajaan ke?" (well, it just a contoh) kenapa aku mesti sound like IniAnwarHadi? *sigh

dan maybe.

"ish bebudok ni mesti anti kerajaan ni pakai baju kaler ijau cenggitu. time belajor pun nak politik. apa kes? ce citer ce citer....

again, it's contoh.

so, back then. class mate aku yang pakai baju yang kaler hijau tu pun need to face the hep lah. and the hep told them to do not wear that kind of shirt yang have the same color with it. well, for sure hep tegur dengan cara elok. and diorang pun tau yang my friends tu tak da niat pun nak politik at the campus. diorang just takut orang lain punya perception je. tetapi cuma, my question is,

it is boleh dideskriminasikan the color? well, according to my friend punya status kat fesbuk, they  never have ittention to create the politic issues in campus but then, when the varsity cakap supaya tak payah pakai baju tu lagi, nampak sangat macam the varsity yang timbulkan isu politik tu. 

okay fine. they just takut orang punya perception.

tapi tu lah. bila balik je hampir all my classmate buat status pasal tak puas hati dengan law yang tak boleh pakai baju hijau tu. well, of course they feel tak puas hati sebab mahal dowh buat baju tu. 60 hengget tu. takkan pakai sekali je pastu nak buat kain buruk pulak. tapi aku rasa tak perlulah kot semua orang nak buat status bagai macam tu kot. well, almost my classmate ada friends dengan our pengarah kampus dekat facebook. so, what you thinks the pengarah rasa when he baca all that status tu? 

pengarah tu will gonna ajar subject green marketing to us kot. well, since the subject name sound sangat pembangkang. maybe we should tukar the name kot. blue marketing sound macam sangat boleh diterima. oh, just giving an opinion je. no offence. 

psst: tapi kalau tukar ke subject pink marketing lagilah i suke. auwww...


Monday, March 28, 2011

kenapa semua orang seperti buat buat lupa yang aku berada dinegeri yang tak ada panggung wayang?

8.30 malam

tit tit tit 

tiba tiba dapat mesej. okay bunyik tu bukan bunyik henfon aku bila dapat mesej sebab hanfon aku sentiasa berada dalam mode senyap. itu hanyalah gambaran yang menunjukkan aku dapat mesej. oh, anyhow that text is from Steve. oh, lelaki homosexual ni boleh mesej aku pulak. apahal?

"dude, just finish watch dalam botol. and i feel like macam nak berubah. you dah tengok ke?"

dan aku tak tahu nak reply apa. maka jari aku reflek menaip ini

"kalau lima tahun from now kelantan got panggung and the dalam botol still on showing, i let you know"



=,="

Saturday, March 26, 2011

eh, kenapa tiba tiba panas?

26 march 2011

*****
saya bangun awal hari ini. terus capai remote controller tv.

dari tv1 saya tekan pulak punat tv3. ceh cerita sama. asyik asyik cerita datuk tu rogol orang gaji lah, datuk ni sewa pelacur la, datin ni buat video lucah lah, datuk ni liwat datuk tu lah, datuk t, u, v, w lah. semua cerita sama. ciss. saya bermonolog didalam hati. saya blah dari tempat kejadian. masuk bilik dan on laptop. buka facebook. ala... cerita lama lagi. asyik asyik pasal budak nak bunuh diri kat kbmall tu. bosan. saya tutup laptop. baring. nak tidur semula. kipas saya pasang nombor tiga. comforter saya tarik sampai dada. wah, nyaman. nikmatnya hari sabtu. saya bisik dalam hati.

***** 
saya tak tahu kenapa. tiba tiba saya terjaga. eh, silap. saya tak tahu kenapa, tiba tiba saya rasa panas, yang menyebabkan saya terjaga. eh, kenapa ni? saya celikkan bijik mata. eh, kenapa kipas tu tertutup. saya musykil.  kepala saya mula memikirkan mengenai cerita 'hantu jamu gendong' yang saya tonton beberapa hari lepas. cis, siang siang pun nak takut kenapa? be a man ali. saya beri kata kata peransang dalam hati. ya, dalam hati sahaja. 

akhirnya saya beranikan diri. pergi kearah kipas. suisnya on, tapi kenapa kipas tidak berfungsi. saya mula terbayang babak babak dalam filem 'hantu jamu gendong' yang saya tonton hari itu. saya ketuk ketuk kipas tersebut. masih tidak berfungsi. aduh, kenapa? ha!!! tiba tiba otak geliga saya keluar idea. saya pantas keluar dari bilik dan terus ke suis utama. ciss, patutlah. suis utama ditutup. tapi siapa yang tutup? hantu jamu gendong kah?

"eh, jangan buka. tak sampai pukul 930 lagi lah," tiba tiba satu suara kedengaran dibelakang saya. saya toleh. mintak mintak bukan hantu jamu gendong. saya beristigfar. ya, bukan hantu jamu gendong rupanya. rakan serumah saya rupanya. saya besyukur kerana jodoh saya dengan hantu jamu gendong tidak kesampaian.

"kenapa tak boleh bukak? kenapa kena tunggu pukul 930?" saya tanya rakan serumah saya balik.

"lah... kan earth hour dari 830 sampai 930. kau ni tu pun tak tahu ke?" rakan serumah saya mula berlagak yang dia encik serba-tahu. dia mula eksyen yang dia memang sayangkan bumi seperti Kan Ros yang menguar uarkan teknologi hijau itu.

"memang aku tak tahu. tapi yang aku tahu earth hour dari pukul 830 malam sampai 930 malam. bukan pagi," saya hampir maki hamun dalam hati.

dan rakan saya beredar dari tempat kejadian tanpa muka bersalah. malu dia dibuatnya.

***** 
"...mari lah kita sama sama menutup lampu malam ini dari pukul 830 sehingga 930 agar kita dapat mengelakkan climate change dan menyokong green teknologi...." Kak Rose the first lady.