Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Monday, December 6, 2010

Sugar daddy

ni bukan sugar daddy. candyman cristina aguilera
Aku tengok tv tadi. Dan masa tengok tadi aku noticed yang selalu sangat keluar iklan Jalaluddin Hassan pasal kurangkan gula tu. Aku tak tahu lah kenapa kan. Tapi kan sebab iklan tu selalu sangat muncul maka aku realize bahawa iklan tu rupanya ada kena mengena dengan situasi gula kat Malaysia ni. well, aku rasa kau pun tahu yang gula kat Malaysia dah naik harga lagi. Aku pun tak tahu sebab apa. Mungkin sebab kenaikan harga minyak ron97 yang naik 15sen haru tu kot. Aku pelik sebenarnya, kenapa harga minyak naik 15sen tapi harga gula naik sampai 20sen? Dan apa kena mengenanya diorang nak naikkan harga gula? Aku berani kerat jari lah yang para perniaga tu hantar gula tu tak guna ron97 pun. Dan kalau diorang guna minyak ron95 tu, apa motif nak naikkan harga gula?
Kembali kepada iklan Jalaluddin Hassan tadi. Aku dah tahu, patut lah selalu sangat keluar iklan tu kat tv kan? Aku realize setiap kali iklan pasal kurangkan-gula-and-what-so-ever tu kuar kat tv setiap kali iklan, mesti dua tiga hari lepas tu harga gula naik. Macam ada petanda je kan? So, lepas ni para pengguna kena lah alert dengan iklan.
Mungkin lepas ni boleh buat iklan macam ni;
Kurangkan gula. Gula itu emas.
Atau,
Jangan makan gula langsung. Gula membahayakan kesihatan.
Atau,
Gula itu ibarat sugar daddy. Makin banyak dimakan, makin botak. Dan makin buncit.
Atau,
Ibarat menanam tebu di piggir bibir. Dari tebu jadilah gula.
Atau,
Semanis-manis gula, manis lagi kalau tak payah makan gula langsung.
Atau…
Ah, kau fikir lah sendiri. Aku pun tak tahu dah nak cakap camne. Dah nak naik nak buat camne kan? 
gula gula
P/S: Iklan membahayakan kesihatan tu dah tak relevan dah. Cakap aje kau nak naikkan harga gula. Tak payah nak kias-kias lah.

No comments: