Pergi minum abc dengan Khairul Hazwan tadi. Aku tak tahu kejadah apa dia ajak aku pergi minum abc diwaktu musim tengkujuh ini. Tapi takpa lah, disebabkan aku bukan lah seorang peserta mentor musim ke lima yang perlu menjaga suara, maka aku ikut je dia minum abc. Tiba-tiba dia ajak aku main teka teki pulak.
KH : aku ada satu teka teki untuk kau.
Aku : apa aku dapat kalau aku dapat jawab?
KH : biar aku bayar kau punya abc. Kalau kau tak dapat jawab kau bayar aku punya.
Aku : okay. Shoot.
KH : dalam banyak-banyak duit syiling, duit syiling apa yang hitam giler?
Aku : ceh, kau ni teka teki tak mencabar minda langsung. Tak mempunyai anjakan paradigma langsung, malah tak ada semangat satu Malaysia langsung. Teka teki ni budak sekolah tadika yang tak cukup umur pun boleh jawab.
KH : kalau kau rasa kau lebih terror dari budak sekolah tadika tu jawab lah.
Aku : mestilah duit syiling yang direndam didalam dakwat yang berwarna hitam (penuh confident aku jawab, siap ada aura bongkak lagi)
KH : salah. Walaupun agak logic tapi tu bukan jawapan yang aku nak. Aku bagi kau lagi 2 kali peluang. Kau pikir la dulu kawapannya.
Aku pun pikir. Sambil aku dok pikir tu Khairul Hazwan ni pergi order lagi 5 lagi abc. Bungkus nak bawak tuk adik-adik dia lah tu.
Aku : duit syiling yang diwarna kan dengan marker permanent warna hitam. Betul tak? (kali ini jawapan aku lebih yakin dari tadi. Kompem takde jawapan yang lebih tepat dari ni)
KH : salah. Pikir lagi.
La… salah lagi.. Apa ek? Walau pun masa mula-mula aku malas nak main teka-teki ni tapi kalau dah asik salah je, aku curious jugak nak tahu. Sambil tu aku dengar dia order keropok lekor pulak dua ringgit. Nak bungkus bagi adik-adik kat rumah lah tu kot
Aku : hurm… mencabar jugak teka teki kau ni. Duit syiling yang dah berkarat kot.
KH : salah. Sekarang dah cukup tiga kali cubaan.
Aku : jawapanya apa?
KH : 50 cent (muka selamba beruk beliau menjawab sambil menadah tangan minta duit nak bayar abc beliau)
Aku : ha…..?
Hasilnya. Aku kena bayar ringgit Malaysia enam belas sahaja untuk kesemua abc dan keropok lekor beliau.
Hampeh je.
Rasa macam nak vasectomy je beliau ni.
No comments:
Post a Comment