Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Saturday, October 2, 2010

bangau oh bangau..

Mak saya selalu berpesan kepada saya, don’t ever try to point to others people, try to admit you fault. Yes, that is what my mom said. Ok, maybe ada sedikit penyelewengan disitu, mak saya tidak pandai pun berbahasa orang putih. But, that is what my mom actually wants to say. Ya, hidup ini jangan suka cari salah orang lain, stop tunding jari dekat orang lain. Cuba mengaku yang itu merupakan salah diri kita sendiri. Betul, mak saya selalu berpesan yang baik baik pada saya walaupun beliau tidak pernah pun belajar bahasa orang putih. Dan mak saya tidak salahkan orang lain pun apabila beliau tidak tahu berbahasa inggeris. But then, bila kita selalu tunding jari dekat orang lain, maka jadi lah kita macam sang bangau ini. Mak, saya selalu nyanyi lagu bangau oh bangau ini semasa saya kecil untuk dodoikan saya. Maaflah, sekali lagi saya cuba glamerkan mak saya. Mungkin ada sedikit perasaan rindu pada beliau. Entah lah. Ok, drop the subject. Kita tumpukan pada apa yang saya cuba katakan ini.

Ya, bangau oh bagau adalah salah satu lagu rakyat yang menunjukkan kita sebenarnya suka menunding jari pada orang lain. Suka menyelesaikan masalah dengan menyalahkan orang lain pula. Try to sing this lullaby and think. And you will absolutely agree with me and my mom of course. Oh, my mom again.

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus,
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul,
Ikan oh ikan kenapa engkau tak mahu timbul,
Macam mana aku nak timbul,
Rumput panjang sangat,
Rumput oh rumput kenapa engkau panjang sangat,
Macam mana aku tak panjang,
Kerbau tak makan aku,
Kerbau oh kerbau kenapa engkau tak makan rumput,
Macam mana aku nak makan,
Perut aku sakit,
Perut oh perut kenapa engkau sakit,
Macam mana aku tak sakit,
Makan nasik mentah,
Nasik oh nasik kenapa engkau mentah,
Macam mana aku tak mentah,
Kayu api basah,
Kayu oh kayu kenapa engkau basah,
Macam mana aku tak basah,
Hujan timpa aku,
Hujan oh hujan kenapa kenapa timpa kayu,
Macam mana aku tak timpa,
Katak panggil aku,
Katak oh katak kenapa panggil hujan,
Macam mana aku tak panggil,
Ular nak makan aku….

Kamu dah fikir apa yang saya cuba sampaikan? Ya, apabila kita selalu menyalahkan orang lain kita sebenarnya melakukan benda yang bodoh. Kamu tak rasa bodoh ke bila kerap kali kita salah kan orang lain, tapi masalah tak selesai pun. Apabila kita tunding jari pada orang lain maka tidak satu pun masalah akan selesai. Kau tunding aku. Aku tunding kau. Akhirnya pada siapa yang kita nak tunding? Pada bangau? Bangau pun sekarang sudah pandai tunding jari pada ikan. Jadi, yang salah sebenarnya diri kita sendiri. Takkan lah akhirnya menjadi salah si ular hanya kerana sibangau yang bangang itu kurus? Tidak logik sangat.

Betul tak apa yang saya cuba sampai kan ini. Sesuatu masalah itu tidak akan selesai pun when we keep point to other people. Kita salahkan bangau, lepas tu bangau salahkan ikan, ikan pulak salah kan rumput. Kerbau tanpa ada kena mengena pun tiba tiba dipersalahkah. Sudahlah perut beliau sakit, perut yang sakit itu pun tergamak dipersalahkan hanya kerana ia menjadi penyebab tidak boleh makan rumput. Tau pun yang beliau itu kerbau, yang beliau pergi makan nasik tu buat apa? Tak pasal pasal si ular pulak yang bersalah hanya kerana si bangau yang obses kurus ini. Maka persoalan persoalan bodoh akan terus muncul bila kita kerap menyalahkan orang lain.
Jadi, jangan lah nak salah kan orang lain pulak bila kamu tahu yang itu salah kamu. Saya sudah penat nak melayan jari jari yang asyik berlegar legar menunding kearah saya. Please lah. Jangan jadi BANGANG boleh tak?

Opss, maksud saya jangan jadi macam BANGAU boleh tak?? Thank you.

No comments: