Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Monday, September 27, 2010

tacing itu bukan hanya pada perempuan. lelaki pun tau merajuk jugak.

Aku tak tahu macam mana aku boleh ada perasaan touching itu. Damn suck. Aku tak suka sangat nak touching2 ni sebab orang akan rasa menyampah kat aku. Tapi entah lah, aku sangat terasa dengan seorang kawan aku ni. Aku bukan suka sangat nak merajuk-touching-and what so ever yang kau rasa sangat macam perempuan. Tapi, entah lah, mungkin sebab aku ni dilahirkan dengan fitrah yang mudah tersentuh dan mudah untuk rasa sedih bila dipinggirkan.

Maka berlaku lah drama tacing bodoh aku itu apabila aku ditinggalkan semasa berlangsungnya kelas edagang petang itu. Aku sangat gelabah apabila sang sahabat ini menalifon aku mengajak aku melakukan jenayah ponteng petang itu. Lantas aku bersetuju untuk join the club. Maka, apabila aku bersiap siap ingin keluar dari kelas yang mengantuk itu, satu insiden yang mendebarkan, yang mana mungkin sengaja insiden itu berlaku kerana ingin menambah unsur suspen dalam drama itu. Insiden yang mana, apabila aku bersiap2 ingin keluar, maka sang pensyarah pun melangkah masuk ke kelas.

Aku mula lah gelabah. Maka aku pun membatalkan niat murni aku ingin ponteng kelas petang itu. Maka sang sahabat pulang kerumah, aku terkontang kanting mengharungi kelas edagang yg mana pensyarahnya agak cerewet itu. Maka disini aku sudah mula terasa akan perasaan toucing tersebut. Aku mula memikirkan, aku nak balik naik apa nanti?

Tamat kelas edagang, aku ambil inisiatif untuk menaiki teksi. Tunggu punya tunggu, maka nenjelmalah sebuah teksi yang agak antik. Mungkin pak cik teksi ini terlibat sama dalam komplot ingin menjadikan drama ini lebih suspen, maka pak cik ini tanpa segan silu nya mengeluarkan skrip ini “pak cik tak lalu pasir pekan nak,” dengan longhat Kelantan pekatnya. Maka, frekuensi tacing aku menigkat lagi. Maka aku malas nak tunggu lagi, kaki aku pun melangkah ke pusat beli belah tersohor itu dengan harapan mendapat lebih banyak teksi.

Sampai di kb mall, maka banyak lah teksi yang berkeliaran bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Aku pun memilih sebuah teksi yang agak usang, dengan harapan tambang yang dikenakan lebih murah. Tapi, mungkin kerana tersalah percaturan, sampai di teksi pak cik tersebut maka nampak lah wajah sebenar pak cik ini. Aku agak mata pak cik ini memang bercontact lenskan dollar America kot. Aku belum naik lagi teksi beliau, dia dah tanya berapa aku boleh bayar. Aku pun dengan bodoh alang nya tanya balik kat pak cik ini berapa pak cik ambik selalu. Pak cik mata dollar America pun cakap 15 ringgit. Aku pun cakap ok lah. Ye lah, aku nak naik apa lagi kan. Maka frekuensi tacing aku dengan sang sahabat pun naik lah lagi satu bar. Mana taknya, kalau lah beliau boleh tidak ponteng kelas mesti aku balik dengan beliau dan tidak melayang lah duit aku 15ringgit. Sudah lah memang tak ada duit. Terbang pulak 15ringgit kat pak cik mata duitan.


maka aku pun smpai kerumah ku dengan penuh perasaan tacing dan panas hati. sampai itu aku terus tido. sedar sedar, sudah pukul 730 malam. maka aku pun terlepas lah solat asar.

aku bangun magrib itu aku rasa sangat tenang. dan aku mula terfikir. kenapa perlu aku tacing macam perempuan ni? aku hanya menumpang.

No comments: