perihal satu : industrial training
inilah kerjaya terbaru i seperti yang i nyatakan di atas sebentar tadi. i sekarang ni dah setat menjalankan latihan praktikal. i buat praktikal kat kelantan je. tapi sebelum tu i buat kat KL. tetapi disebabkan taraf hidup di KL terlalu tinggi sehingga menyebabkan poket i semakin menipis i pun apa lagi, nekad nak tukar balik tempat praktikal. tambahan pula, selepas pulang dari taman negara dan melihat keadaan orang asli disana i semakin menghargai nilai duit tu. ah, i tau i dah setat nak berfalsafah ni. ni yang i tak suka ni. sejak bekerja dengan tuan haji zahari, i mula terikut ikut cara falsafah beliau.
perihal kedua : keputusan peperiksaan
i baru lepas dapat result exam semalam. ah, seperti biasalah kan, yang result i ni bukan seperti yang diharapkan. tapi i nak buat macam mana kan? i bersyukur kehadrat illahi. i bersyukur sebab i lulus semua. walaupun i nak sangat merasa pegang dean award tu. tapi nak buat macam mana. rezeki masing masing. cuma kadang kadang i musykil la kenapa eh orang yang study ala kadar je boleh score lagi tinggi berbanding orang yang study macam nak mati seperti i ni. yang lagi pelik orang yang tak sembahyang ke kadang kadang result diorang lagi cemerlang. i bukan nak cakap i ni baik atau alim. tapi solat wajib yang lima tu i sentiasa la buat. tapi tulah result orang yang solat tunggang terbalik ni, berdoa siang malam ni, tak pulak tinggi. hmmm... i bukan nak cakpa tuhan tu tak adil cuma i musykil. ah, mungkin sebab diorang memang dilahirkan pandai barangkali. ah, i dah mula berfalsafah buat kali kedua.
perihal tiga : kahwin
sekarang ni i makin banyak dapat kad undangan kawen dari kawan kawan i. wah best kan mereka. dah boleh berkawen. kadang kadang i terpikir bila lah pulak turn i nak kawen. ah i mungkin takkan berkahwin sebab i ni jenis cerewet dalam memilih pasangan. ceh, padahal sebab tak de orang yang nak kat i yang kacak dan bergaya ni. ah, tak pelah jodoh tukan ketentuan Allah. kalau ada jodoh kawen la i nanti. tak pon kalau i dah gatal sangat nak kawen, i suruh je mak i carikkan isteri untuk i. malah pernah orang bijak pandai berkata, sesungguhnya keberkatan Allah itu datangnya dari keberkatan ibibapa. damn, i dah berfalsafah buat kali ketiga.
ni je yang berlaku pada i buat masa ni. ah, i tau kamu semua mesti sedang mengumpat pasal i. memang hidup i typical dan cliche. ah, i dah mula malas mahu menaip.
1 comment:
pikiranku cerah bila mampir kesini..senyum deh
Post a Comment