Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Saturday, January 8, 2011

template baru. yang penting pink okay. oh ya, ada juga mengenai sesuatu yang agak panas. diingatkan, 18 tahun keatas sahaja. harap maklum.

oh, sesudah berhempas pulas dari petang tadi maka saya telah berjaya menyiapkan template baru saya. penat. betul betul penat. fuhh!!!

biasalah, saya ni merupakan orang yang mudah bosan dengan sesuatu benda. so bila saya dah boring saya tukar lah. pedulik apa saya kalau orang nak cakap saya tidak tetap pendirian mahupun kecelaruan identiti, yang penting saya suka template baru saya. yang penting, haruslah pink u'olss. hik hik hik... nak buat macam mana kan? dah saya suka kaler pink. yang tak suka tu, diam-diam dah la. tak payah nak prejudis sangat dengan kaler pink tu.

saya tak da apa nak cerita, cuma saya ada satu benda nak share. kejap eh, saya nak cari gambar dia kat google jap.

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
jeng jeng jeng

adam levine

saya bukan nak cerita benda tak elok tau. tapi saya dengar cerita mamat ni telah bertindak berani mati. saya tak percaya pada mulanya. sehinggalah saya baca blog kawan saya ni. betul rupanya. saya ingat khabar angin je. tak sangka la, sebab saya memang minat semua lagu maroon five ni. maka saya pun terus lah jumpa encik google, encik google pun membenarkannya dengan menunjukkan afidavit ini

pada mulanya saya agak terkejut. tapi biasalah tu kan, nama pun orang puteh.

Thursday, January 6, 2011

anak ikan [TIGA]






Kampung Chendering, Kota Tinggi, Johor
Bosannya… dia bermonolog sendirian. Duduk kat kampung ni tak da apa nak buat lah. sekejap dia bergolek ke kiri sekejap kemudian dia bergolek kekanan pulak. Cadar katilnya sampai sudah tertanggal kesan daripada tabiatnya yang suka bergolek-golek itu. Budak yang langgar aku tadi nampak cantiklah. Suri… sedap nama dia. Tapi anak siapa eh? Tak pernah nampak pulak sebelum ni. Pakai tudung pulak tu. Sejuk hati. Ish aku ni dah angau lah. Macam lah budak tu nak dengan aku. Aku ni kotor, penuh dosa. Maksiat sini sana. Tak padan langsung. Lupakan aje lah. bosannya… apa khabar Nancy agaknya ya?
*****
Imbas kembali
Rocky Restaurant, Jalan Telawi, Lembah Pantai
Hujan. Dia sukakan suasana hujan. Bau aspal semasa hujan terasa sangat menyenangkan. Seorang lelaki melayu bersama seorang wanita cina berskirt paras lutut dilihatnya terkejar-kejar masuk kedalam restoran. Mungkin ingin mencicip secawan kopi sambil menanti hujan reda. Dia mampir menghampiri keduanya seraya membawakan menu.
“Coffee,” pesan si lelaki melayu.
“Make it two,” si wanita cina itu memesan minuman yang sama.danish melangkah pergi. Membawa pesanan menu ke dapur. Selepas lim aminit dia mampir kembali besama dua cawan kopi.
“Awak, nanti kejap,” wanita cina itu tiba-tiba memanggilnya tika dia mahu berpaling ke dapur.
“Ya saya?”
“Nama siapa?” wanita cina itu bertanya pula.
“Danish. Danish Othman. Kenapa?” dia kembali bertanya kepadanya. Wanita cina itu dilihat diam. Memandangnya keatas dan kebawah. Seketika kemudian dia berbisik pada lelaki melayu disebelahnya.
“Saya Nancy. Ni Rayyan. Awak minat tak nak pegang duit banyak?” wanita bernama Nancy itu turut memperkenalkan temannya.
“Minat cik Nancy. Siapa tak minat pegang duit banyak,” dia pantas tersenyum.
“Ni kad saya. Kalau awak berminat datang lah esok,” Nancy menghulurkan kad namanya. Danish membaca nya sekilas. Model? Dia berbisik didalam hati.
“Layak ke saya jadi model cik Nancy?” dia bertanya.
“Awak datang dulu. Nanti awak tau lah,” Nancy menjelaskan sambil tersenyum.
*****
Kampung Chendering, Kota Tinggi, Johor
Dia sedar. Sejak dia mengenali Nancy dia sudah berubah 360 darjah. Dia mula kenal pakaian berjenama, dia mula pandai memakai perfume, dia mula tahu mewarnakan rambut, sudah tahu feyen terkini, sudah mula tahu pereka fesyen ternama, malah dia sudah mula digilai gadis-gadis. Tapi seingatnya itu sahaja, siapa sangka Nancy juga membuatkan dia kenal kelab malam, arak dan rokok, dia juga mula kenal nikmat seks. Siapa sangka Nancy menjalankan ‘perniagaan’ lain selain menjadi agency model. Dia masih ingat pengalaman pertama dengan seorang pelanggan yang usianya lebih tua dari ibunya sendiri. Mulanya agak sukar untuk melayan kerenah seks wanita-wanita yang layak kemasjid ini, tapi selepas mendapat habuan yang berlibat kali ganda dia semakin ghairah. Dia semakin suka mencari mangsa. Dan dia suka lihat wanita-wanita tua ini mendambakannya. Tapi, bagaimana kalau mak dapat menghidu cara hidupnya ini? Sememangnya ibunya tidak pernah tahu kerjanya. Yang ibunya tahu dia merupakan model yang sering muncul di muka-muka majalah.
“Oh mak… ayah…,” dia meraup mukanya dengan telapak tangannya. Lampu dipadamkan. Telefon bimbit dimatikan. Malas melayan kerenah manusia-manusia yang dahagakan seks sewaktu tidurnya. Kadang-kadang dia terasa juga yang dirinya penuh noda dan dosa, tapi wang ringgit mengatasi segalanya. Duit, siapa yang tidak kalah dengannya?
Mata ditutup rapat. Cuba untuk tidur. Sudah malam sangat. segenap sebelum tidur dia berbisik perlahan. Sekadar dengar ditelinganya sahaja,
“Bila aku nak berubah?”
*****
Ibunya memintanya menemaninya kepasar. Digagahkannya juga walau tidurnya masih belum puas. Danish hanya menunggu didalam kereta sementara ibunya memilih sayur dan ikan di pasar. Radio dihidupkan sementara menghilangkan bosan. Seketika dia perhatikan sekitar pasar. Ternampak Wahid anak pak lebai tengah memunggah ikan dari bekas ais itu. Dulu dia dan Wahid rakan sekelas, tapi kini mereka tidak rapat lagi. Kerja dipasar sahaja kau wahid? Dia tersenyum sinis. Tapi rezeki kau halal Wahid. Senyum sinisnya hilang bila teringat akan rezeki. Hajatnya mahu menegur Wahid penjual ikan itu tapi ibunya sudah membuka pintu kereta. Tak pelah esok-esok aku jumpalah kau wahid.
“Anak siapa tu mak?” dia menunjukkan seorang gadis bertudung yang dilanggarnya tempoh hari. Tiba-tiba gadis bertudung itu melintasi keretanya.
“Mana?”
“Tu, yang pakai tudung tu,” dia menunjukkan ke suatu arah.
“La… Suri ke? Anak pak imam surau tu,”
“Orang kampung ni jugak ke mak? Tak pernah nampak pun,”
“Mana nya kamu nak kenal. Dari kecik bapak dia dah hantar sekolah pondok. Tu baru balik dari Mesir tu,”
“Ooo…” panjang dia tarik vocal o.
“Berkenan ke?” emaknya tiba-tiba bertanya.
“Ish, tak de lah mak,” Danish pantas mengelak.
“Bagus lah tu. Kamu pun bukannya padan dengan dia. Dia tu lulusan agama kamu tu sembahyang subuh pun mak tak pernah nampak. Jangan mimpi lah nak jadi menantu pak imam tu,” selamba siibu mengondem anak sendiri.
“Ish mak ni. Ke situ pulak. Dia pun tak nak dekat Danish ni mak,”
“Kalau dah tau tak pe. Dah, apa lagi yag kamu tercegat tu. Jom lah balik,” si ibu memerintah.
Enjin dihidupkan. Berderum bunyi Nissan Fair Ladynya. Seisi pasar memandang kearah keretanya reflek dari bunyi deruman tadi. Dia tersenyum bangga melihat orang ramai terpegun dengan keretanya. Klac ditekan. Selepas memasuki gear dia terus meninggalkan kawasan pasar tersebut.
*****
Gadis itu dilihatnya menunggu dihadapan kedai runcit berkenaan. Mungkin menunggu hujan berhenti untuk dia segera pulang kerumah. Danish mendekati gadis tersebut.
“Suri?”
“Ya saya?”
“Hujan ni, jom saya tumpangkan,” dia mempelawa gadis itu.
“Eh, tak pelah menyusahkan encik Danish je,” gadis itu cuba menolak.
“Awak tahu nama saya?” Danish bertanya kehairanan.
“Siapa tak kenal kalau muka awak hari-hari masuk surat khabar,” Suri berterus terang.
“Oh… ingatkan ustazah baca al-Quran je. baca surat khabar jugak rupanya ya?” Danish cuba bergurau. Cuba untuk menyuntik suasana ceria agar tidak terasa kekok.
“Ada-ada aje lah awak ni,” gadis bertudung itu tersipu malu.
“Apa yang tak da nya. Betul lah awak ustazah. Baru balik dari Mesir kan?”
“Mana awak tahu?”
“Awak ingat awak sorang je baca surat khabar?”
“Eh, saya mana ada masuk surat khabar lah,” dia tergelak kecil.
“Memang lah awak tak da masuk surat khabar, tapi kalau awak nak tau mak saya tu macam internet bergerak. Semua dia tahu. So, mak saya lah yang bagitahu saya,” Danish cuba bergurau lagi bila melihat Suri seperti sudah selesa dengannya.
“Oh… awak ni pandai bergurau,”
“Eh, jom lah saya hantar kan awak. Hujan ni macam tak nak berhenti je,” Danish mempelwa sekali lagi.
“Tak pe lah menyusah kan awak je lah,”
“Tak susah lah. lagi pun ni tanda saya minta maaf sebab saya langgar awak kat kedai nasik lemak hari tu,”
“Eh, yang tu saya yang salah lah. sampai jatuh nasik lemak awak,”
“Kalau awak rasa awak yang salah, lagi lah awak kena naik kereta saya. Kalau tak saya tak maafkan awak,” Danish sudah main ugut-ugut pula.
“Awak ni…” Suri melepaskan keluhan kecil.
“Jom,” Danish dah siap buka kan pintu kereta. Dan Suri masuk kedalam keretanya.
***** 
...to be continue

lelaki juga pandai bershopping okay

oh penat. penat sangat. baru balik bershopping lah katakan.
anyway, bukan baru lah, yang betul betul shoppingnya adalah semalam. tak pe it still baru pada aku.

back then, sebelum kau nak membebel kat aku sebab bershoping sampai lima ratus ringgit tu aku nak menegaskan bahawa barang-barang yang aku shoppingkan itu merupakan barang keperluan okay. so, tiada istilah membazir di situ.

first and for most, aku telah berjaya menyambar sebijik printer canon di kb mall. wah, dah lama aku mengidam nak membeli printer ni. sem ni baru dapat. maka lepas ni makin rajin lah aku nak membuat segala bagai assigment tu. no more excuse. printer ni bukan mahal sangat pon sebenarnya. dua ratus sahaja. lagi pun ia benda yang berguna kan. so, aku tak nampak pon membazir di situ. maka lepas ni sape-sape yang nak print tu sila lah suruh aku eh. ala, kalau kawan-kawan aku kira murah je. hitam putih lima posen yang nak kaler kaler tu kira singgit la.



tidak hanya printer. aku juga telah berjaya membeli sepasang kasut camel active yang bernilai satu ratus tujuh puluh selepas dipujuk dengan penuh ghairahnya oleh akak promoter yang cun tu. ciss, ni yang aku lemah ni. patut lah semua promoter adalah perempuan. by the way, kasut tu aku beli ada sebab juga. hal ini demikian kerana kasut lama aku tu kalau masuk tandas mesti stokin aku basah. pelik kan? pakai kasut tapi stokin yang basah. sebab tu lah aku beli kasut baru tu. maka tak nampak pembaziran disitu sebenarnya. tapi sebenarnya agak membazir sebab aku boleh je nak beli kasut yang lebih murah, tapi nak buat cane der, akak tu cun syial. dia panggil aku abang pulak tu. cis, sape tanak beli derr.



bukan itu sahaja. aku juga telah berjaya melaburkan duit aku dengan membeli baju koporat yang baru. almaklumlah baju kameja aku yang lama kalau pakai kompem butang yang tang perut tu nak tertanggal. aku tajk tahu lah kenapa, bukannya aku ada six pack pun. tapi tak pe. since baju kameja tu ada potongan tujuh puluh peratus maka aku sambar lah dua baju tu. ha, lepas ni tak da la butang asyik nak tercabut je. pueh hati den.



selain itu aku juga telah membeli sehelai khakis untuk dipadankan dengan baju kameja aku tu. wah, harganya juga berpatutan maka tak salahlah aku beli seluar tu. lagi pun aku tak pernah ada khakis, semua jeans je. kau pun paham paham la kan pak guard kat tempat aku ni. grrr... berasap je diorang kalau nampak bebudak pakai jeans. semua nak disamannya. koyak rabak lah, lusuh lah, tak basuh lah. ish pak guard ni buta seni sungguh. dia tak tahu ke koyak rabak dan lusuh tu namanya fesyen. used and washed effect tau. pak guard ni kena amek course fesyen lah gamaknye.

eh, tidak hanya disitu ya. aku juga telah berjaya mendorong diri aku ke jefferson selepas ternampak sign board 50% kat depan pintu masuk dia tu. maka apa lagi aku beli lah tali pinggang juga tali leher disitu. hihihi. kelas sangat okay...



banyak lagi aku bershopping sebenarnya. ada lagi etc etc yang tidak seberapa sempat dinyatakan disini. antaranya aku telah membeli barang barang grooming aku macam cleanser, shever foam, toothpaste, razor, shampoo, berus gigi, gel rambut dan macam macam lagi. oh ya, tidak ketinggalan juga buku dan alat tulis. nama pun siswazah kan. ahakss...







p/s: tak sabar nak tunggu hari isnin. teehee....  ;)