Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Sunday, February 20, 2011

bila YAB Tan Sri Zainal bersuara

assalamualaikum

wah, sekarang ni semua universiti sibuk nak berkempen kan? well, biasalah dah dekan dengan pilihanraya kampus kan. aku tak bertanding pun untuk mpp ni. malas lah. banyak sangat komitmen. lagi pun aku bukan apa malas nak glamer glamer ni. nanti mula lah semua awek nak ambil gambar aku yang dok tampal merata tempat. maklumlah orang kacak lah katakan. lagipun aku malas nak bizi sekarang ni. nanti tak habis habis meeting la, perjumpaan lah. fuhh, bosan. lagi pun kan aku fikirkan orang yang bertanding ni nak glamer je. no offence okay. tapi peduli apa aku kan? bolayan lah. HAHAHA.

dah dah. kalau lah ditakdirkan aku ni bertanding mpp kan. ni aku nak bagi sikit aku punya manifesto.

1) semua student tak perlu hantar assignment pakai printed paper dah. semua boleh hantar by email atau through fesbuk je. haa... kan senang. printing ni costly lah. banyak duit nak pakai. lagi pun kalau hantar pakai printed paper ni kan kebarangkalian untuk orang mencurik hasil kerja kita yang tinggal kat depan bilik pensyarah tu tinggi. pastu mulalah nak buat baru la, nak print baru la. so why not hantar trough email je kan? semua lecturer dah ada fesbuk takkan email tadak kot. ke cemana? ce citer. ce citer.

2) aku akan mewujudkan satu hari yang diberi nama hari tanpa pak guard. perghh... pasti mendapat sambutan yang menggalakkan. well, maklum saje lah pak guard dan student memang musuh ketat yang tidak langsung boleh dirapatkan kembali. maka kalau satu minggu tu tak da pak guard pasti heaven giler lah. hari tu lah semua nak pakai seluar ketat, baju sendat dan tidak ketinggalan tudung tudung pelik pelbagai jenis. wah, pasti meriah. mari kita cuba.

3) oh ya. aku juga mahu menyarankan kepada VC agar membina lebih banyak lagi tempat parking kereta. dia perlu sedar bahawa student sekarang ni makin kaya. maka semua student ada kereta. jadi buat la tempat parking yang banyak sikit dan lebih kondusif. kalau boleh tempat parking tu ada aircond pun okay gak. lagi pun dah malas lah nak ke pejabat MPKB tu bayar saman tetiap minggu. mana taknya asyik muka sama je kena saman sebab tak bayar parking. well, memang student makin kaya tapi kalau nak bayar parking tu susah sikit la. mintak pertimbangkan ye tuan VC. teehee.

4) dan aku akan memaksa semua staf library untuk mengikuti kursus customer relation. oh, aku punya pengalaman dengan staf library semester lepas masih menyengat dalam sanubari. dan ya, ajar sikit pada mereka cara senyum yang melampau. pasti makin ramai yang akan ke library si gedung ilmu itu.

5) surau. surau merupakan peranan penting bila tiba waktu puncak. maka aku akn mintak VC kita untuk membina lebih banyak surau lagi di uitm kota baru ni agar labih ramai lagi student akan cemerlang dalam pelajaran akibat terlalu banyak menunaikan solat. ya, surau di uitm kota bahru sangat sedikit dan kadang kadang aku mendapat pusingan keempat untuk solat zohor. and the worse is pusingan keempat itu lagi lima minit mahu masuk waktu asar. dan belum cerita lagi pengalaman hampir ponteng kelas sebab nak tunggu solat zohor. maka buat lah surau yang lebih besar atau perbanyakkan ia lagi. atau kau nak dengar cerita aku pasal aku tak solat zohor pulak?

ha... ni la sedikit sebanyak aku punya manifesto. ada banyak lagi tapi yang ni pun memadai lah kan? so, amacam kau nak undi aku tak? 

sila lah undi saya, nescaya kamu akan mendapat mpp yang kacak. sekian terima kasih.

dah la malas nak tulis banyak banyak. penat tau tak.

less thah three
<3

Saturday, February 12, 2011

sentap

semua oarang nak sentap. semua orang nak sentap bila aku post entri semalam. i told you that entry not contribute with anybody. so, apasal nak perasan aku cerita pasal kau? oh... now i know that you guys have feeling too. mungkin selama ni aku tak nampak. well, maybe ada yang terasa when i post that entry. that entry actually dah lama ada kat draft. cuma tak nak post je. 

tapi tu la. bila aku post je entry tu ada seorang kawan aku ni cakap,

"semua benda nak post kat blog"

well. nasib baik aku ada blog. kalau aku tak ada blog, pada siapa aku nak luahkan masalah aku? kau? awal awal dah kirim salam.

Friday, February 11, 2011

friend for sales.

warning: this entry is NOT contribute with anybody. thats mean "kau tak payah nak perasan aku nak cerita pasal kau lah!!!" and of course this entry is what is in my heart all about. and when i am talking about "in my heart" thats mean i am very sincere about it.

currently looking for, friend for sales. yes, it FRIEND not FRIENDS. that mean one is enough for me. aku bukanlah manusia yang percaya pada terma bestfriend forever atau BFF tu. tapi kalau perkataan "kawan baik" itu wujud dalam kamus hidup aku aku sangat mahu meletakkan kriteria yang aku inginkan pada kawan baik yang aku mahukan itu. yes, itu pun kalau ianya ada untuk dijual. and i dont mind if i need to pay more in order to get it, as long as aku berpuas hati.

i am looking for a friend yang ada sentiasa ketika aku senang dan ketika aku sedih. aku tak nak friend yang ada masa aku sedang ketawa sahaja, tapi please la menangis sekali dengan aku. 

aku perlukan seorang kawan yang bukan hanya nak minta aku belanja Mcd, Kepsi, pizzahut etc tu semua bila duit ptptn masuk. tapi if possible apa salahnya kau belanja pulak aku even a nasik bungkus bila duit ptptn aku dah abis.

i am looking for a friend yang boleh belikan aku ubat bila aku sakit. dan bukan hanya boleh gelakkan sama sama dengan aku bila aku buat lawak bodoh.

i need a friend yang bukan hanya datang terkedek kedek bila mahu print assignment, tapi bila dah print kau boleh sakitkan hati aku dengan segala lawak bodoh kau macam budak tak pergi sekolah tu.

kawan yang aku perlukan bukan hanya yang mahu copy assignment aku bila kau tak siap assignment tapi kalau boleh tolonglah tanya samada aku dah makan ubat atau tak bila aku sakit.

seorang kawan yang aku perlukan haruslah sentiasa memahami aku apa jua yang berlaku. and please jangan pentingkan diri sendiri bajet macam kau bagus sangat.

i need a friend who is love me not because of my money but myself indeed.

need a friend who taking care of me bila aku tidak sihat. and if possible hantar aku ke hospital apa salahnya kan? 

need a friend yang boleh ceriakan aku kembali bila aku bersedih dan bukan buat lawak bodoh yang menambahkan aku sakit hati.

i need friend yang boleh menerima kekurangan aku. bukan hanya berbangga diri bila kau dah berjaya.

memerlukan seorang kawan yang tahu meminta maaf bila kau sedar kau salah. bukan buat bodoh je dengan segala macam kau punya lawak bodoh tu. say sorry la. kau ingat dengan lawak bodoh kau tu aku boleh maafkan kau? please. say it. sorry!!! susah sangat ke?

and of course, need a friend who can teach me how to live.

so, friend for sales. anyone? no? it's okay. i am used to it.

:')