Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Sunday, July 31, 2011

review filem Closer



Closer merupakan sebuah filem adaptasi dari sebuah theater dengan tajuk yang sama. sebuah filem romantik yang menyentuh perasaan yang bertemakan kisah cinta empat segi. filem ini diterbitkan pada tahun 2004 dengan dilakonkan oleh Julia Robert, Jude Law, Natalie Portman dan Clive Owen. filem ini digarap dengan sempurna, sehingga kita dapat merasa seperti yang dilalui oleh watak tersebut.

"Love is an accident... that waiting to happen"



cerita dimulakan dengan Dn (Jude Law) yang sedang berjalan kaki di sebuah jalan di kota London. waktu puncak pada masa itu menyebabkan orang ramai berpusu pusu mahu ketempat kerja. dan dalam masa yang sama Dan yang sedang berjalan ternampak Alice (Natalie Portman) sedang berjalan bertentangan dengannya. mata mereka bertentang dan mereka tersenyum sesama sendiri. tanpa sedar Alice menyeberangi jalan dan tanpa sedar dia dilanggar sebuah kereta yang bergerak laju. Dan pantas menghampirinya. dan ketika Dan sampai, Alice membuka mata dan berkata padanya, "Hello Stranger" dan mereka tersenyum sesama sendiri. ternyata kecederaan Alice tidak seberapa. Dan membawanya kehospital dan disitu mereka memperkenalkan diri masing masing. Alice seorang penari bogel disebuah kelab dan Dan seorang penulis. dalam perjalan mahu menunggu bas, mereka singgah disebuah kawasan, iaitu tempat memperingati pejuang England seperti polis dan askar. dan ketika itu Dan sedar yang dia pernah kesitu semasa dia kecil (scene ini sangat penting).



"Desire is a stranger... that you think you know"

Kita dibawa ke satu tahun kehadapan. Dan dan Alice sudah saling berkasihan. Dan ketika itu sedang membuat sesi fotografi untuk muka hadapan buku hasil tulisannya. ketika itu Anna (Julia Robert) menjadi fotografernya. Dan cuba menggoda Anna. Anna tergoda dan mereka berkucupan. mereka terhenti seketika kerana Alice datang. Dan memperkenalkan Alice pada Anna. Dan juga menyatakan bahawa buku yang ditulisnya merupakan kisah hidup Alice. ketika itu Anna sedar yang Dan milik Alice. Alice menyuruh Anna mengambil gambarnya juga, dan menyuruh Dan meninggalkan mereka. ketika itu alice memberitahu yang terdengar perbualan Dan dan Anna sebentar tadi. alice sedih dan mula menangis. Alice menyuruh Anna mengambil gambarnya ketika dia menangis.



Seterusnya kita dibawa ke babak Dan diapartmentnya berhadapan dengan komputer ribanya. Dan sedang bersembang dengan Larry (Clive Owen) di ruang borak London Sex Anon. Dan menyamar sebagai Anna dan menggoda Larry. Larry merupakan seorang doktor mula terpikat dengan karakter Anna yang dijelaskan oleh Dan. dan yang menyamar sebagai Anna mengajak Larry berjumpa di London Aquarium dimana tempat Anna selalu datang untuk mengambil gambar. Larry bersetuju. dan keesokkan harinya Larry ke London Aquarium dan secara kebetulan Anna memang telah berada disitu. Larry mengenali Anna melalui keterangan yang diberikan oleh Dan. ketika itu baru dia sedar yang dia telah dimainkan oleh Dan setelah dijelaskan oleh Larry. dan dari situ Anna mula berkenalan dengan Larry.



"Intimacy is a lie... that we tell ourselves"

kita dibawa ke beberapa tahun kehadapan lagi. Anna sudah berkahwin dengan Larry. dan mereka kerap menggelar Dan sebagai cupid kerana telah menyatukan mereka. Hari itu Anna mengadakan pameran untuk koleksi foto yang ditangkapnya. Alice dan Dan turut hadir. ketika itu Larry mula berkenan dengan Alice selepas dia ternampak foto Alice yang sedang menangis turut dipamerkan di pameran tersebut. Larry menggoda Alice tapi ternyata Alice tidak melayannya. Dan pula mula jatuh cinta semula pada Anna. tanpa sedar Anna juga mula cintakkan Dan. mereka meyulam cinta tanpa pengetahuan Alice dan Larry.

Satu hari Alice mula sedar yang dia diduakan oleh Dan. Alice melarikan diri dan mula bekerja sebagai penari bogel semula. ketika itu Larry juga sudah tahu mengenai hal tersebut. untuk tidak mengeruhkan keadaan Anna meminta cerai dari Larry. Larry bersetuju tetapi dengan syarat Anna mahu melakukan sex dengannya buat kali teakhir. Anna bersetuju tetapi tanpa pengatahuan Dan.



"Truth is a game... that you play to win"

Larry bertemu dengan Alice disebuah kelab tarian bogel. ketika itu Alice menggunakan nama sebagai Jane Jones. Larry tetap yakin yang Jane itu ialah Alice. dia menyewa Alice/Jane secara peribadi. dan ketika itu dia kerap bertanya nama sebenar Alice dan Alice tetap menyatakan bahawa namanya Jane. Larry kerap bertanya, "Tell me the truth," Alice tetap menjawab, "That is the truth,"

kisah ini diakhiri dengan Dan yang kembali ketaman tempat dia dan Alice mula mula bertemu (taman memperingati pejuang negara). ketika berjalan disitu dia terperasan sesuatu, salah satu nama disitu tertera nana Alice Ayres (nama Alice). seketika kita dibawa kepada Alice yang berada di lapangan terbang mahu pulang ke U.S.A. dan ketika itu tertera nama pada passportnya Jane Jones. ketika pihak Kastam menyatakan "welcome back Miss Jones," Alice/Jane sedar yang dia telah terlalu lama menjadi stranger (orang asing)

***** 

Filem ini walaupun tampak ringkas tapi jalan ceritanya ternyata menyentuh hati. filem ini tidak memaparkan sebarang babak seks tapi ternyata berjaya menarik ramai penonton memenangi dua anugerah Oscar pada tahun tersebut. soundtrack yang mengiringi perjalanan cerita ini juga ternyata membawa kita terbuai sama. 



"Hello stranger," -Alice

"I've never kiss stranger men before," -Anna





"if you believe in love at first sight, you never stop looking."



.

No comments: