Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Sunday, September 11, 2011

SOULMATE (finale)




Kinnetic Advertising

Mug bewarna merah hati itu dicapainya. Nescafe disebelah kanan diambil beberapa sudu kecil dan diletakkan didalam mug tersebut. Creamer turut diletakkan beberapa sudu. Air panas didalam termos dituangnya separa penuh. Kemudian mug itu dikacaunya beberapa kali. Kemudian dihirupnya Nescafe panas itu sekali. Perfect!

“Lepas tu?” suara Shima dari pintu pantry menyebabkan dia hampir terperanjat.

“Lepas tu apa?” Lily terpinga.

“Ye lah? lepas tu dia buat apa lepas dia ketuk pintu bilik kau pukul dua pagi tu?”

“Ha… tu yang aku pelik tu. Dia cakap dia mintak maaf. Lepas tu dia cakap dia cintakan aku,”

“What?” Shima bertanya separuh menjerit.

“He said, he love me,” yang aku nak kena bagi sari kata ni dah kenapa pulak.

“Dan kau buat apa?” Shima makin excited.

“Aku tak tahu. Pukul dua pagi kot. Entah entah masa tu aku tengah mimpi. Yang aku sedar sedar je aku bangun dia dah ada sebelah aku,”

“You slept with him?” terbeliak mata Shima bila Lily menyatakanya. Terperanjat sangat barangkali.

“Yes I am. Bukan aku tak pernah tidur dengan dia pun,” Lily buat pengakuan jujur.

“So, dia macam mana?” Shima bertanya sambil terseyum sinis.

“Macam mana apa?” soalan Shima dijawab dengan soalan.

“Well… you know. His performance,” senyuman nakal masih tidak lekang dari bibir Shima.

“Kau cakap bahasa yang aku faham boleh tak? Performance apa ni?” dan Lily masih terpinga pinga. Performance apa pula Shima ni? ingat ni Anugerah Juara lagu ke nak perform perform ni?

“Ala kau ni. Buat buat tak tahu pulak. Takkan kau tidur bodoh je dengan dia. Maksud aku sex performance dia lah,” Shima berterus terang. Kalau tak faham lagi tak tahu lah.

“Kau jangan merepek boleh tak,” ish… simpang malaikat 44.

“Ala kau ni benda tu pun nak sorok dari aku. malu konon,” Shima galak mengejek Lily.

“Well, aku tak ready la dengan benda benda macam ni. I mean… sex ni,”

“Kau tak ready? Its sex Lily. Bukannya derma darah yang kau nak kena fikir dua tiga kali.” Shima dah macam orang sastera pula mahu bermetafora.

“Yang kau ni cakap macam kau pernah pula kan?”

“Kau lain. Aku tak kahwin lagi,”

“Siapa yang nak kahwin?” suara garau beriak serius itu tiba tiba kedengaran dari pintu pantry.

“Eh… Encik Taufiq, awal sampai hari ni? Encik Taufiq nak kopi?” pantas Shima mempelawa. Boleh pulak muncul pak cik ni kat sini. Biasa tak pernah nak datang pantry.

“Tak pelik la saya datang awal. Awak yang datang awal ni yang saya pelik,” sindir Encik Taufik.

“Err… Encik nak kopi? Nescafe?” kali ini Lily pula yang bertanya.

“Thanks but, no thanks. Siapa yang nak kahwin ni?” Encik Taufiq bertanya lagi.

“Lily! Eh…” alamak macam mana boleh terlepas ni.

“Tahniah. Bila? Dengan siapa? Tak nak jemput saya ke?” Encik Taufiq bertanya lagi. Dah macam Pop Kuiz la pulak. Lily dah menjeling pada Shima tanda marah.

“Bukan tak nak jemput Encik Taufiq. tapi benda dah lepas la. Saya dah kahwin dekat dua bulan dah,”

“Oh. Kenapa tak bagitahu?”

“Itu permintaan suami saya Encik Taufiq. saya minta maaf,”

“Bukan tu je Encik Taufiq. Suami dia siap ajak dia pindah London lagi,”

“Shima!”

*****

Fakhrul and Co. Peguambela dan Peguamcara

“Yang you lurus sangat tu buat apa? Pukul 2 pagi, mesti la dia tengah tidur,” Fakhrul tergelak besar.

“So, you rasa dia dengar tak I cakap kat dia tu?” Haikal masih serius.

“You rasa? You tell her again,” Fakhrul memberikan kata putus.

“I already told her,”

“I know. That’s why I said, again,” perkataan ‘again’ itu Fahrul tekankan.

Haikal terdiam.

“Maybe masa you cakap malam tadi dia ingat you main main je. You tak serius,” Fakhrul menyambung lagi.

“Ofcourse I am. I love her,”

“Look at that. Kata tak cintakan dia. Now you pulak yang angau. Dah kenapa?” Fahkrul galak mengusik.

“Stop it Fakhrul,”

“So, you dah get ready ke nak pergi next week?”

“Entah la. Lily macam tak nak ikut I je,”

“Kalau dia tak ikut you tak pergi ke?”

“Takkan la sampai macam tu. Dah memang impian I nak sambung belajar tu. Cuma…” Haikal terhenti seketika.

“Cuma?”

“Kalau dia tak da rasa lain la,”

“Rasa lain macam mana?” Fakhrul bertanya lagi.

“Tak best la. You know dia dah banyak serikan hidup i. Kalau dia tak da I nak bergaduh dengan siapa hari hari. She makes my life beautiful. You know…”

“Tu la… dulu you sia siakan dia. Now, what happen?”

“I know… I made so much mistake dulu. Oh, what I gonna do?” Haikal mengeluh.

“Like I said. Told her again,” Fakhrul memberikan kata putus.

*****

Kondominium Seri Hartamas

“Carl!” jeritan Lily kedengaran dari bilik air. Haikal membatu di hadapan televisyen tanpa respons.

“Carl!” Lily menjerit lagi.

“Yup?” baru Haikal menyahut.

“I am doing laundry. You ada baju kotor tak?” Lily menjerit lagi.

“Wait. I am coming,” Haikal turut menjerit.

Peti televisyen dibiarkan terpasang. Kakinya melangkah kekamarnya. Baju baju kotor didalam bakul dibawa ke bilik air.

“Nah,” bakul baju kotor diserahkan pada Lily. Lily menyambutnya. Sabun dituang kemesin basuh. Haikal masih berdiri disebelah Lily.

“You boleh sambung tengok tv. I boleh buat sendiri,” rasa rimas pula bila orang melihatnya membuat kerja.

“err… actually…” Haikal tergagap gagap.

“Actually apa?” Lily bertanya sambil tanganya memasukkan baju kedalam mesin basuh.

“Do tou really hear what I am said malam tadi?”

“About you love me?” Lily bertanya. Haikal tersenyum. Dia dengar lah tu.

“What about be my wife? I mean my real wife?” Haikal bersuara perlahan sambil memandang tepat pada 
wajah Lily.

Kata kata Haikal itu membuatkan dia terpaku. Dan air didalam mesin basuh mencurah keluar.

*****

London, England

Suhu 15 darjah celcius memang boleh dianggap biasa biasa sahaja di kota British ini. Lebih lebih lagi dibulan Disember. Suhu 15 darjah celcius masih belum dianggap sejuk. Emping emping salji turun perlahan menjadikan suasana bertambah nyaman. Sepuluh hari menjelang hari Natal. Penghuni kota London berpusu pusu keluar membuat persedian Hari Natal. Lily dan Haikal duduk dibalkoni apartment mereka sambil memerhatikan kelibat manusia dari atas balkoni mereka. Haikal menghembus nafas kuat. Haba panas disebabkan cuaca yang sejuk keluar dari mulutnya membentuk kepulan asap.

“Here we are,” Haikal bersuara perlahan.

“You know what people call London is?” Lily bertanya pada Haikal.

“Entah,” Haikat menjungkit bahu.

“Orang panggil London ni sebagai Kota Cinta,” Lily menjawab soalannya sendiri.

“Bukan Venice ke kota cinta?” Haikal bertanya Lily pula.

“Tu bagi orang lain. Bagi I London ni lah Kota Cinta I,” Lily menjawab sambil tersipu malu.

“Look like macam you dah jatuh cinta dengan I je,” Haikal mengusik. Lili hanya tersipu malu.

“Well, who does’t?”

“Betul jugak. Intan, Mira, Sara semua cintakan I,” Haikal mengusik. Lily menarik muncung. Pura pura 
 merajuk.

“Tapi still I yang dapat you. You my husband now.”

Haikal membisu sambil memerhatikan kelibat orang ramai.

“We are husband and wife right?” Lily bertanya bila dilihat Haikal hanya membisu.

“Absolutely not!” Haikal menjawab sambil memandang tepat ke muka Lily.
“Then what we are now? Roommate? Bestfriend? Housemate?” Lily turut tepat memandang ke wajah 
Haikal.

“I call it soulmate,” Haikal tersenyum. Tangannya dibawa kebahu Lily. Lily dipeluk erat. Dan emping salji terus turun sengaja menambahkan kedingingan.


TAMAT



2 comments:

hamizah adam said...

aku nak nangis bolleh tak? HAHA. sweet sangat laaa... by the way. aku copy paste semua. kalau aku ada masa, aku nak panjangkan lagi cerita ni. (itu pun kalau aku ada masa laa.) sebab cerita ni BEST GILAK VAVUN doe. sayang laaa. good job JMJ. HAHA. :D

pinkguava said...

bagus2. kau ada idea ko tambah sikit bagi panjang. boleh kita jadi penulis bersama nanti. hahaha. yg typing error tu ko betulkan lah eh? hihi...