Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Tuesday, January 4, 2011

pengalaman di pejabat pos yang rosak pendingin hawanya

now aku nak stori sikit pengalaman aku semasa aku ke pejabat pos 2 minggu lepas masa teman steve untuk withdraw kan duit AS1M dia. Then, pejabat pos tu pun ala-ala macam rosak je aircond dia. Masa nak tunggu dia kuarkan duit tu aku pun pasang telinga la nak mendengar perbualan yg berlaku didalam pejabat pos ni ha. Best jugak dgr orangg besembang ni.

"anak i dpt offer study kat US tp dia tanak pegi. I tak tau la kenapa,"

"semalam akak masak lemak ketam, suami akak tambah sampai tiga pinggan,"

"u ni. I tak da pape la ngn abg posmen tu. Dia saje je jeling i,"

"semalam haku jumpa fizo omar dekat marketplace. Kelas meletop kau. Apa lagi, naik lah semua libido mak ni u'olss,"

"i pun ingat nak tukar lah sport rim kereta i tu. Dato' rasa yg mana sesuai?"

"dengar cerita perempuan yang kena tangkap basah tu dah berlaki. Tak tahu la apa nak jadi dgn dunia sekarang ni,"

tu antara dialog yang aku dgr lah. Tp yg paling menarik perhatian aku adalah perbualan antara dua orang perempuan ni. Ada la gaya macam korporat sikit.

Wanita 1 : panas kan hari ni. Takda aircond pulak tu.

Wanita 2 : ala kat neraka nanti lagi panas. Ni baru panas dunia.

Wanita 1 merupakan seorang wanita yg memakai baju kurung dan bertudung. Memang wajar kalau dia nak rasa sedikit panas sementelah tiada penghawa dingin. Manakala wanita 2 merupakan seorang wanita yang memakai pakaian skirt paras lutut tanpa memakai jilbab dan rambutnya sedikit berkarat. Persoalannya kenapa wanita 2 memberi alasan seperti wanita 1 akan menjadi penghuni neraka?

Fikir fikirkan dan selamat beramal...


Okay, atau adakah wanita 2 ingin berkongsi pengalamannya semasa berada di neraka?*thinking

No comments: