gadeskoo |
Assalamualaikum,
Oh tak sangka aku bagi salam. Jarang aku bagi salam di setiap entri aku. Jarang ke? Seingat aku tak pernah, never mind lah, yang penting aku dah bagi salam. Itu pun selepas di sound oleh, seorang yang tak di kenali di emel aku. Oh, gila terharu, ada orang tegur aku sebab tak pernah bagi salam setiap kali start entri baru. Kau tau apa maksud dia? Maksudnya dia baca blog aku. Back then, aku tak kenal pun dia pun. Kau tau apa maksud dia? Kau akan rasa gila bangga bila a stranger can tegur kau. Dan dia seorang perempuan. Oh, kudos to you Mrs. Sound Direct.
Oh, lari topic pulak. Yada, yada, yada. Sila tolong ingatkan aku bila aku cuba lari dari topic. Tengok, kan aku dah lupa nak cakap pasal apa. Oh ya, perempuan.
Betul, perempuan ni kadang-kadang complicated sikit. Oh, pembetulan, perempuan ni selalunya complicated banyak. Well, biasalah girlsss… *rolling eyes*.
Chop, chop. Jangan cepat melatah. Aku bukan nak diskriminasi gender kat sini. Tengok la tu, perempuan mesti macam tu. Baru aku introduce pasal tajuk dah nak melenting. Kenapa ek. Girls, you read first and then baru you alls tau apa yang aku cakap ni ada benarnya tau. Ni tak, aku baru cakap yang perempuan ni complicated dah nak marah-marah. Chill lah. Pastu mula la cakap “hey, your mum pun perempuan jugak…..”, “asyik kondem perempuan je…” ,”awek you pun complicated dan gediks jugak…..” and bla bla bla. Relax-relax. Jangan la cepat marah. Ni la yang complicated nya pasal perempuan. Cakap sikit nak marah. Tapi, perempuan ni cute juga time marah. So, marah la selalu. Kalau kau tengok aku senyum time kau marah-marah tu jangan terasa hati, itu maksudnya aku rasa yang kau tu cute. Wah, blushing la tu.
Tengok tu. Kan aku dah cakap tolong ingatkan aku kalau aku lari topic.
Firs of all, tenangkan diri kau dan baca elok-elok. Tak da niat pun aku nak diskriminasi gender kat sini. Cuma aku nyatakan apa yang aku rasa je. So, no heart feeling ok.
Satu: shopping.
i nak beli kasut baru lah. teman i shopping jom. |
Guys. Rule no one, jangan ikut perempuan pergi shopping. Seriously, perempuan ni giler complicated kalau bab shopping. Aku pernah ikut girlfriend(s) aku pergi shopping untuk cari baju koporat apa entah. Time tu part 2, lec finance aku suruh pakai blazer and semua yang korporat time hari isnin. Then, aku pun ikut lah diorang meronggeng sama seluruh bandaraya islam si Kota Bahru tu untuk cari apa jadah punya blazer and such thing yang koporat and keparat tu. Imagine it, aku pergi menjelajah all store kat seluruh KB tu untuk cari blazer yang sesuai untuk diorang. From one outlet to another, dari pagi sampai magrib dan satu pun tak da yang berkenan kat hati diorang. Oh, dia punya penat tak payah cakap lah. Tu aku tak cakap lagi yang akhirnya diorang pilih blazer di kedai pertama kitorang masuk. Pfft. Dia punya sakit di hati yang membara ni tok sah cakap lah. Nasib baik time tu ada orang belanja pizza hut. Oh, guys lagi satu. Jangan percaya kalau perempuan cakap “teman la I kejap, I nak beli Jimmy Choo (sekadar contoh) je”. Itu maksudnya bukan dia sekadar nak beli kasut, malah dia nak beli benda lain juga. Biasalah, perempuan, one is ten to them. Tak percaya, aku pernah kena kelentong mati-mati dengan kawan aku (girl semestinya), dia cakap suruh aku teman pergi shopping sebab nak beli hadiah burfday untuk dia punya forever-and-ever friend. Ya betul, dia memang beli hadiah. Tapi disebalik dia beli hadiah tu, dia akan beli dia punya barang dapur la, pergi beli lampin pakai buang anak dia la, ajak tengok wayang lah, ajak main bowling, karaoke, piknik, main skate-board, pegi cc, ambil gambar, suruh belanja makan, mekdi, kepsi yada yada yada and lastly baru lah “eh, you rasa hadiah apa yang I nak bagi kat Linda for her birthday”. Oh, come on.
Dua: hygiene
zara |
Ok. Perempuan ni agak complicated sikit kalau bab-bab kebersihan. Memang di akui perempuan lebih pembersih daripada lelaki. Lelaki memang macam tu. Lelaki ni boleh hidup dengan baju yang tak dibasuh selama sebulan. Frankly speaking, aku akan nembasuh baju aku hanya selepas seminggu ianya di dalam baldi. Itu baru baju belum jeans lagi. Lelaki boleh tak basuh jeans dia selama dua bulan lamanya (aku basuh seminggu sekali ok). Kawan aku cakap, bila aku tanya kenapa lama giler tak basuh jeans? Dia cakap, nak bagi nampak macam lumut-lumut sikit kat jeans dia, so that baru nampak cam season sikit. Duh. Ala… lelaki biasalah. Aku tak kisah sangat. Tu belum bab boxer lagi. Oh, aku tak nak citer pasal tu nanti kau tak lalu nak makan pulak. Well, aku just nak bagitau, guys especially, kalau kau tak basuh jeans kau tu berbulan-bulan lamanya, better kau jangan cerita kat perempuan. Perempuan ni hygiene dia lain macam sikit. Bila dia dapat tau yang kau tak basuh jean kau lama giler, dan bila dia tersentuh je jeans kau tu dia akan mula lah keluar fatwa “kena samak dengan air tanah la…”, “kebersihan separuh dari iman la…” bla bla bla and what-so-ever fatwa lagi yang tak masuk akal. Yes, kebersihan is apart of iman but tak ada pun orang suruh kau susah payah pergi samak kalau tersentuh jeans yang dua bulan tak basuh tu. Oh, aku ada kisah yang sedikit mencuit hati. Perempuan ni walau pun diorang ni agak pembersih, tapi selalu jugak pakai baju yang sama. Aku pernah nampak kawan aku pakai baju kurung yang sama untuk dua hari. Ya, semalam dia pakai baju kurung bunga kuning, esoknya dia pakai baju kurung bunga kuning tu juga. Well, bila ditanya, “baju ni bersih lagi lah...”, “pakai sekejap je semalam…”, “bukan baju semalam lah. Semalam bunga dia besar. Hari ni kecik sikit…”, “I ada dua lah baju yang macam ni…” bla bla bla… well, biasa lah perempuan. Beralasan 24 jam.
Tiga: makan
donut yang lazat |
Bab makan ni perempuan memang complicated giler. Tak boleh makan tu lah. Tak boleh makan ni lah. Pantang lah. Nanti tumbuh jerawat lah. Perempuan memang cerewet giler bab makan. Itu tak boleh makan, ini tak boleh makan. Nanti gemuk lah. On diet lah. Oh, I am sick of it. Aku kalau masuk kedai makan selalu perhatikan perempuan ambil lauk. Perempuan kalau ambik nasi, mula-mula ambik pastu diaorang luakkan sikit. Pastu cam rasa tak cukup pulak, tambah lagi sikit. Kalau ambik lauk pun macam tu, pusing dua tiga kali. Rasa macam nak makan ayam. Tengok ayam masak merah lah, ayam masak kari lah ayam masak kurma lah. Bila nak ambil ayam kari banyak sangat lemak lah pulak. Pastu tak jadi. Letak balik ayam kari tu. Pastu niat nak ambik ikan. Tapi nampak macam tak selera pulak makan ikan. Huh, dia punya cerewet tok sah habaq lah. Tu kira ok lah, nak jugak dia makan nasik. Ni aku nak cerita pasal pengalaman aku pulak. Bila keluar ngan perempuan mesti diorang nak makan yang mewah-mewah. Paling koman pun mesti wajib kepsi. Kalau aku tak boleh lah makan yang fast food ni. mesti nak makan nasik jugak. Kau kenyang ke makan kepsi and mekdi tu semua? Pulak dah dia keluar ayat macam ni, “belanja lah, kfc je pon. Kedekut lah you ni…” oh, come on. Kau yang nak makan bayar sendiri lah. Oh ya, aku ada kawan yang obsess giler dengan Big Apple. Dia punya obsess lah sampai dia boleh ingat semua jenis donut dekat Big Apple tu. Dia boleh order that kind of donut tanpa berpandukan menu pun. Duh. Tabik spring lah aku.
Empat: making decision
bestfriend or boyfriend? which one eh? |
Ni lagi satu yang perempuan giler cerewet. Ya, perempuan ni cerewet giler time buat keputusan. Dia punya cerewet sampai semua kesan dan akibat dia nak amek kira. Oh, aku dengar radio hari tu. Ada seorang caller ni cakap kat dj tu sama ada dia nak putuskan hubungan dengan boyfiee dia atai tak. so, awek ni citer lah yang boyfiee dia dah tak amek kisah kat dia. Selalu bz lah. Tak da masa bersama lah. Pastu dia syak boyfiee dia ada awek baru. So, dia mintak pendapat aband dj tu. Abang dj tu pun buat lawak dengan cakap “kau tinggal kana je balak kau tu and kapel dengan abang,” . awek tu boleh pulak cakap yang dia masih syangkan balak dia. Tapi di hujung tu awek tu bergurau “abang jadi no 2 lah. Jadi saya punya kekasih gelap”. Sambil tergelak gedik di hujung suaranya. Pulak dah si dj ni memang gelap dari segi paras. So, the point here is, kalau kau mintak pendapat orang tu just terima je la pendapat orang tu. Kalau dah laki tu macam tu kau tinggal kan aje. Ni tak, masih sayang kat dia lah, masih ada perasaan kat dia lah, tak boleh hidup tanpa dialah. Hey, kalau kau tak boleh terima pendapat orang jangan tanya pendapat orang. Punya pasal kau lah nak uruskan masalah kau sendiri. Pastu boleh pulak gedik-gedik nak suruh abang dj tu jadi kekasih gelap kau. Tengok, betul kan apa aku cakap, perempuan ni susah betul nak buat keputusan. Well, lagi satu time tengok wayang. Pernah suatu ketika, aku punyalah kempunan tak dapat tengok wayang hanya sebab si perempuan ni tak tau nak tengok cerita seram ke romantic. Seram ke romantic? Macam pernah dengar je. Lagi satu time beli baju. Boleh kau tanya pendapat aku macam mana mak mix and match kan kau punya baju and jeans? Pulak tu 3, 4 kali kau keluar masuk fitting room just nak cuba baju yang akhirnya kau tak beli langsung. Oh… perempuan… perempuan.
Lima: pasangan hidup
your girlfriend is a backstabber |
Aku anti betol kalau perempuan yang asyik nak boyfiee dia ikut telunjuk dia je. Contohnya, “I tak suka you makan bawang sebab I tak suka bawang…”, “I nak you buat gaya rambut cam tomok tu, nampak kiut what…”, “I nak teddy bear yang besar tu, tanak yang kecik…” dan apa-apa saje lah arahan yang dia suruh balak dia buat. Aku tau lah, that your boyfriend tapi kadang kala kau punya perangai tu bukan sahaja menyusahkan balak kau tapi orang lain jugak. Yes, contohnya bila balak kau dah janji nak keluar dengan orang lain tapi terpaksa membatalkan janji nya disebabkan kau. Yes, ini bukan contohnya, tapi the real life yang sering terjadi kat aku. Bila kau dah janji nak keluar dengan aku tapi kau kenselkan last minit sebab awek kau. “sorilah bro, awek aku demam lah. Dia ajak aku teman pegi klinik. Lain kali la kita gather…” oh, kau tak rasa giler shit ke bila kena macam tu. Come on la cewek-cewek sekalian, kalau kau demam pun takkan tak boleh pegi klinik sendiri. I mean, ajak orang lain tak boleh ke? Tak pun beli panadol di kedai berhampiran ke. Ni tak asyik nak berkepit ngan balak kau je. Balak kau pun nak ada boy life jugak. Bukan asyik nak teman kau pegi shopping, buat mani and padi and semua girly things tu. Dia nak jugak keluar dengan kawan-kawan lelaki dia. Huh!!
So, perempuan-perempuan yang diluar sana jangan lah nak cerewet sangat. ia bukan sahaja menyusahkan diri anda malah mereka dan keluarga mereka juga. Aku tak cakap lelaki ni tak cerewet tapi tak lah macam kaum yang ada 9 nafsu ni. lagi pun aku kan lelaki, so aku mestilah menyebelahi kaum aku ni. so, sape yang tak puas hati tu, aku cabar dia tulis pasal lelaki yang cerewet pulak. Ada ke laki yang cerewet? Tak da aku rasa. Ada ke???
Nota kaki: suka dengar lagu Bruno Mars-just the way you are. (ada maksud tersirat lagu dia tu)
4 comments:
ali...wanita ngan shopping xleh dipisahkan...jadi sebelum bergelar kekasih @ suami..ali kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal...hahhahha
hahahaa.. memang pon perempuan tak boleh pisahkan dgn shopping.. laki pon shopping jugak ok, tapi tak la cerewet sangat.. heheheh
uitt..cm aku tau je 1st story 2..adushh..tacinknyaa..
eh,, terasa ke?? hahaha...
Post a Comment