Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Sunday, December 5, 2010

Teman wanita


Assalamualaikum.
lonely

Sejak akhir-akhir ni aku selalu terfikir pasal teman hidup. Kenapa ek aku tak da awek? Hurm, aku tak da jawapan untuk itu. Betul kadang-kadang terbit rasa cemburu bila tengok semua kawan-kawan aku text diorang punya awek, call cakap manje-manje. Rasa macam cemburu sangat. aku ni bukanlah cerewet sangat. aku boleh terima sape-sape je nak jadi awek aku. Pergh… gila desperate ayat. HAHAHAHAHA. Mungkin aku tak berusaha kot. Aku ni bukan apa, malas lah nak lelepak tepi jalan main pewit-pewit perempuan ni. cam buang masa je. Lagi pun kalau difikir-fikir balik, malas lah nak berawek ni kan? Susah. Nak kena jaga kebajikan diorang lagi. Nak dating, nak kena belanja makan, nak beli hadiah, nak kena ingat tarik besdey lah, tarikh anniversary lah, tarikh hari kanser payudara sedunia lah, pastu pulak nak kena pujuk segala bagai lah, then nak kena mesej hari-hari lah. So that why aku cam malas nak berkapel. Ceh… baik punya ayat cover line. Padahal tade orang nak. KAHKAHKAHKAH.
kanser payudara

Ok lah. Aku nak jugak berawek ni. tapi sape nak jadi awek aku ni kena ikut rule aku lah kan? HAHAHAHAHA. Giler bajet aku. Gaya macam ada je orang nak berkapel dengan aku. Ada ke?
Ok, firstly awek aku tu mestilah tergolong dalam golongan orang yang menutup aurat. Mesti bertudung ok. No dedah sana, dedah sini, no ketat-ketat, no belah-belah, no nampak sanggul depan. Dan kalau boleh berjubah pun. Ha… amacam cerewet tak aku? Ada berani nak jadi awek aku? HAHAHAHA. Well, aku bukan ape. Nak jaga kebajikan korang jugak. So that, nanti takda la korang mengadu kat aku, “you tengok lah orang tu, usha I semacam je”… kan? So kalau korang menutup aurat dengan sempurnanya maka takda aku kena kejar mamat yang usha kau separuh nak mati tu kan? So, ini juga telah membawa kepada keharmonian alam. Ye lah, tak da maknanya aku nak pergi menumbuk orang yang mengusha kau tu. Tak da lah menyusahkan hidup aku kan? Dan ini secara tidak langsug membawa kepada kesenangan dan keharmonian manusia segajat. Lagipun cuba kau bayangkan, tak ke sejuk hati mak aku nanti kalau aku kenalkan kau kat mak aku, “cantiknya bakal menantu aku ni. berjubah siap. Belajar kat mesir ke dulu?”
dilarang jadi awek aku

Yang keduanya. Kalau boleh aku tak nak la asyik nak mesej-mesej ni. bukan apa, aku ni malas la nak menaip mesej. Ye lah, tiap-tiap hari nak kena mesej. Padahal mesej benda yang sama je. Tanya hari ni makan ape, dah mandi kebelum, tengok tv cerita apa, pakai baju kaler apa, dah korek idung ke belum, tido malam tadi mimpi apa, dan macam macam lagi lah yang tak penting langsung. Kalau boleh aku tak nak lah mesej yang macam ni tipa-tiap hari ek. Boleh tapi jangan lah tiap-tiap hari eh. Dan kalau nak mesej macam, “you hari ni I pegi rumah nizam sebab ada buat beday party. Boleh you?”, dan lagi “you, mak I tanya bila you nak datang meminang?”… ha, kalau mesej nak tanya soalan yang sedemikian rupa sangat dialu-alukan lah. Dan satu lagi kalau nak mesej tu jangan lah guna bahasa gedik gedik eh. Ala bahasa yang cam budak pelat baru nak belajar cakap tu lah. Aku tak suka lah. Menyampah. Ish, tak dapat bayangkan bila ada orang anta mesej macam ni, “dah mamam kew belum?”tak pun macam ni “cayunk, I cakit peot lah,”… oh, aku tak dapat bayangkan kalau kau hantar mesej macam ni. ada gaya aku tukar henfon baru sebab asyik hempas kat lantai punya pasal. 
hiasan semata

Apa lagi ek? Ha… pelis lah jangan mengarah aku. Aku ni jenis orang yang tak suka diarah. Well, rasa macam sikit punya sakit hati bila ada orang mengarah aku itu ini. Rasa macam, “what the hell? Kau sape nak arah-arah aku? We are not married yet ok”. So, siapa-siapa yang nak kapel dengan aku tu maka diingatkan tak payah lah nak arah aku macam ni, “by hook or by crook I nak jugak tengok wayang hari ni,” tak pun “I tak kira you kena dapatkan jugak tiket belakang pentas Paramore tu,” tak pun nak lagi dashat, “I don’t care, you kena belikan jugak tuala wanita tu untuk I, I malu nak beli sendiri”. Hey, kalau macam ni punya perempuan memang aku takkan pilih lah. Belum kawin dah nak arah macam-macam, kalau dah kawin alamat kau jadi janda lepas dua hari kawin lah.
Dan apa lagi ek? Oh ya, kalau nak jadi awek aku jugak aku taknak orang yang suka merajuk. Susah lah nak pujuk orang merajuk ni. itu pun kena berhabis duit beli teddy bear dan bunga ros segala bagai. Kalau tak takda makna nya kau nak hilang merajuk tu. Kalau setiap kali merajuk nak kena beli hadiah alamat kalau dah kawen nanti kau sembelih aje teddy bear tu buat lauk. Banyak pulak duit aku nak beli segala macam hadiah sebab nak pujuk kau punya pasal. Nampak sangat perempuan ni materialistic kan? oh ya, siapa nak jadi awek aku perlulah tidak materialistic orangnya ya. Maka senang lah aku tak payah hari-hari nak kena cucuk duit kat atm.
merajuk lah tu

Ha… aku rasa tu je lah syarat aku. Well, sebenarnya banyak lagi. Tapi aku malas lah nak letak semua tu takut nanti jadi anak teruna tua pulak sebab tak da orang nak. Hurm, memang dah ditakdirkan kot yang aku ni memang tak boleh buat serious relationship. Well, aku rasa aku akan ada aku punya my own crush, cuma aku tak pernah fikir yang benda ni serious pun. Lagipun aku rasa benda ni normal tu happen now and then. Dan bukan infinite. Aku ni just dont do relationship but I do value friendship.
Pada siapa-siapa yang terasa dengan apa yang aku tulis ni aku mintak maaf lah. I just want the best for me. Well, ada sape-sape nak jadi awek aku?
Sorry for caring :)

No comments: