Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com
Showing posts with label serigala jadian vs pontianak kacak. Show all posts
Showing posts with label serigala jadian vs pontianak kacak. Show all posts

Friday, November 19, 2010

Tv dan filem di Malaysia


1)      Hak Ciplak Terpelihara ©
twilight melayu
Banyak dah aku tengok sekarang ni artis ni ciplak lagu artis tu. Pengarah tu tiru filem pengarah ni. Filem ni curik idea filem tu. Hurm, agaknye sekarang ni memang trend tiru, spoof, ciplak, curik and what-so-ever cheating tu kot. Hurm. Tu la pasal. Ye lah kan, industry hiburan ni kan kecik je. So, bila jalan cerita atau lagu dia lebih kurang sama je maka mula lah nak cakap dia tiru orang tu lah. Maka, aktiviti saman menyaman pun berlaku. Susah kan? Susah jadi orang seni ni. Kalau dah tak ada idea sangat tu tak payah lah sampai nak ciplak idea orang lain. Ye dak? Ini tak. Tak pasal-pasal kena turun naik mahkamah pasal ada lirik lagu yang sama kat dalam lagu dia. Hurm, menyusahkan. Oh ya, aku TERtengok cerita ‘ponti anak remaja’ hari tu. Bila aku tengok lama-lama baru aku realize yang cerita dia macam tiru cerita Twilight. I mean bukan lah tiru bulat-bulat tapi cerita dia macam Twilight versi melayu pulak. Well, dengan ada pontianak lelaki yang kacak lah, dah tu Pontianak dia tak pakai dah jubah putih yang mengerbang tu. Pontianak dia dah pandai dressing baju comel-comel.  Pandai pergi kolej. Tak mengganggu orang kampung dah. Dah hilang identity melayu dalam diri Pontianak tu. Pontianak murtad barangkali. Ye lah, Pontianak ni kalau orang melayu faham ialah hantu PEREMPUAN yang mati semasa mengandung. Dah tu mana pulak boleh wujudnya Pontianak lelaki tu? Nampak sangat dia nak tiru cerita Twitlight tu. Kan?

p/s: Oh ya, cerita Magika tu macam tiru Alice In Wonderlands kan? Badang tu boleh jadi macam the MadHatter. Nenek Kebayan tu pulak macam the Red Queen. Dan Bawang Putih Bawang Merah tu  macam Tweedledee and Tweedledum. Erk… boleh ke? 
 
tweedledee and tweedledum


2)      Cerita hantu yang tak seram langsung 


      Memang dah jadi trend zaman sekarang ni pengarah berlumba-lumba nak pesongkan akidah orang melayu dengan membuat cerita hantu yang tahyul dan ntah pape ntah ni kot. Berlambak-lambak cerita hantu aku tengok. Eh, pembetulan, yang aku tak tengok. Tak sempat nak tengok dan malas dah nak tengok. Cerita diorang lebih kurang sama. Tu yang malas nak tengok tu. Plot satu jumpa hantu, plot dua kena rasuk, klimaks jumpa ustaz, orang alim atau what-so-ever ulama’, dan ending dia hantu tu kena tangkap and masuk dalam botol. Its cliché kan? Tak ada pembaharuan langsung kan? Buat lah cerita yang lain dari yang lain. Ini tak. Tak abis-abis kena rasuk. Paling power pun buat-buat ada lazer masa tok imam tu baca apa jadah jampi tu. Kira power la tu? Huh!! 
 
p/s: sejak M. Rajoli meninggal ni, mesti panggil pak cik Hafidzuddin tu pulak yang jadi imam untuk halau hantu-hantu ni kan?  

3)      Kisah dari seberang

Bukan sahaja kisah, malah lagu, sinetron dan orang-orangnye sekali berkampung kat Malaysia ni ha. Aku pun tak paham lah. Kenapa lah orang Malaysia ni suka sangat layan sinetron dari sana tu. Pulak dan cerita dia panjang berjela dengan konfik yang ntah pape ntah. Pastu jalan cerita dia pulak lebih kurang sama je. Balik balik cerita pasal taraf hidup yang tak sekufu lah, pipit sama pipit, enggang sama enggang lah. Lepas tu baru tau yang anak orang miskin tu rupanya pemilik harta yang berjuta-juta sebab rupanya miskin ni terpisah masa kecik. Ntah pape kan? Cerita dia pulak sampai beratus ratus episode. Aku ni malas betul nak tengok cerita yang plot berjela-jela ni. Memeningkan kepala. Layan geng bas sekolah lagi baik dari tengok sinetron yang ntah pape tu. Tu belum cerita bab lagu diorang. Diorang punya lagu sampai aku dah tak kenal dah sape penyanyi Malaysia, siapa penyanyi Indonesia. Diorang punya lagu dah melambak-lambak kat sini. Lagu artis kita? Nasib baik aje diorang kenal Siti Nurhaliza tu.

p/s: teringat pula kenangan berkerja dengan seorang minah indon di sebuah kafe. Waduh, kayaknya cewek itu ngak punya paspor. Patutlah baru berapa hari saja kerjaan udah kabur.



4)      Gambar producer kat poster filem
Oh. aku rasa kau pasti tau sape yang aku maksud kan ini. Ye la sape lagi kalau bukan producer yang bajet movie dia dapat 40 juta tu. Memang dah jadi trend agaknya letak gambar producer kat poster filem. Maksud aku, tidak menjadi trend lagi tapi si dr ni bakal menjadikannya trend. Oh, kau tak rasa gila berlagak ke letak muka dia kat poster filem tu. I mean with his hair?? Oh, aku paling tak berkenan betul dengan orang yang syok sendiri ni. Pulak dah bajet cerita dia best maka dia boleh target tinggi-tinggi ke? Apa yang aku pasti ramai jugak yang tak suka kat beliau ni. Gila bajet poyo sampai nak letak gambar dia kat poster. Tak cukup dengan tu siap ada kolum khas kat surat khabar pasal nak promotr filem dia. Pulak dah dia ingat orang nak tengok sangat ke filem dia tu sampai buat filem tu tertangguh. Kononnya nak buat orang ternantikan lah filem tu. Hampeh je, yang aku tau filem tu aku tak pernah amek kisah pun.

p/s: SINI untuk tau lebih lanjut pasal movie yang bakal buat 7 keturunan makan tak habis ni.

Saturday, July 10, 2010

ALI ZAINAL SUDAH JATUH CINTA

Ya. Betul. Ali zainal tidak menipu. Ali zainal berkata benar. Ali zainal sudah jatuh cinta. Err..., mungkin sekadar bertepuk sebelah tangan agaknya... Kali pertama ali zainal melihatnya, jantung ali zainal sudah berdebar debar.. Sungguh, dia sgt cantik dan baik hati, kulitnya putih melepak, sgt cantik. Ali zainal sudah jatuh cinta padanya. Ali zainal mengenalinya pn melalui seorg sahabt ali zainal 2 tahun yg lalu.. Ali zainal juga sering melihat wajahnya di dada2 akhbar.. Tidak sangka dia sgt popular orgnya. Tp syg, dia sudah pn berpunya.. Teman lelakinya juga boleh tahan juga. Kacak dan ternama.. Ali zainal sgt mahu bertemu dgn nya, dan harapan ali zainal menjadi kenyataan apabila ali zainal bertentang mata dgn nya di mid valley megamall.. Ali zainal mahu menegur tp dia bersama dgn kekasihnya. Terpaksalah ali zainal memendam rasa dan melihatnya dr jauh. Kasihan ali zainal.. Ali zainal sgt kecewa.. Ali zainal sudah tidak bertemu dgn nya lagi selepas itu.

Sehinggalah penghujung tahun 2009. Dia muncul lg didada dada akhbar dan di kaca2 tv. Tidak disangka dia semakin dikenali dan digilai.. Tp kali ini dia bersama kekasih hati yg lain. Atau mungkin kekasih hati itu skadar bertepuk sblah tgn shj seperti ali zainal krn nmpknya seperti dia masih menyayangi kekasih lamanya dahulu. Ya, ali zainal juga lebih suka dia bersama kekasih lamanya dhulu, krn yg dahulu lebih romantik. Berbanding yg baru, krn yg baru lebih ganas. Tp yg baru ini juga tidak kurang kacaknya.. Ali zainal senang sekali krn sekali lg dia berjumpa dgn nya, kali ini di berjaya times square. Ali zainal mahu menegurnya, tp lg skali ali zainal terbntut krn dia bersama kedua2 kekasih hatinya. Yg lama dh yg baharu.. Sekali lg ali zainal kecewa. Nampknya, ali zainal dpt melihatnya dr jauh shj.. Selepas itu ali zainal tidak berjumpa dgn nya lg melainkan di alam mimpi.

Tp kini dia muncul lg.. Ali zainal dgr cerita dia sudah kembali sejak 8hb yg lepas. Ali zainal sudah pening kepala, krn ali zainal kini berada di kelantan, bgaimana ali zainal dpt bertemu dgn nya lg, mustahil dpt bertemu dgn nya di kb mall krn di kb mall tiada panggung wayang gmbr. Ya, ali zainal sudah jatuh cinta sama bella swan watak utama filem twilight. Ali zainal tidak tahu mcm mana mahu berjumpa dgn bella swan di kelantan ini.. Cuma ali zainal berharap bella swan masih setia dgn edward cullen. Biar pn ali zainal tidak dpt memilikinya tp ali zainal berharap dy masih bersama edward cullen berbanding jacob yg ganas itu.. Hurm.. :(

*sgt mahu menonton the twilight saga: eclipse.. Bila la dpt berjumpa sama cik bella swan, encik edward cullen dan encik jacob. Rindu sama mereka*