1) Hak Ciplak Terpelihara ©
twilight melayu |
p/s: Oh ya, cerita Magika tu macam tiru Alice In Wonderlands kan? Badang tu boleh jadi macam the MadHatter. Nenek Kebayan tu pulak macam the Red Queen. Dan Bawang Putih Bawang Merah tu macam Tweedledee and Tweedledum. Erk… boleh ke?
tweedledee and tweedledum |
2) Cerita hantu yang tak seram langsung
Memang dah jadi trend zaman sekarang ni pengarah berlumba-lumba nak pesongkan akidah orang melayu dengan membuat cerita hantu yang tahyul dan ntah pape ntah ni kot. Berlambak-lambak cerita hantu aku tengok. Eh, pembetulan, yang aku tak tengok. Tak sempat nak tengok dan malas dah nak tengok. Cerita diorang lebih kurang sama. Tu yang malas nak tengok tu. Plot satu jumpa hantu, plot dua kena rasuk, klimaks jumpa ustaz, orang alim atau what-so-ever ulama’, dan ending dia hantu tu kena tangkap and masuk dalam botol. Its cliché kan? Tak ada pembaharuan langsung kan? Buat lah cerita yang lain dari yang lain. Ini tak. Tak abis-abis kena rasuk. Paling power pun buat-buat ada lazer masa tok imam tu baca apa jadah jampi tu. Kira power la tu? Huh!!
p/s: sejak M. Rajoli meninggal ni, mesti panggil pak cik Hafidzuddin tu pulak yang jadi imam untuk halau hantu-hantu ni kan?
Bukan sahaja kisah, malah lagu, sinetron dan orang-orangnye sekali berkampung kat Malaysia ni ha. Aku pun tak paham lah. Kenapa lah orang Malaysia ni suka sangat layan sinetron dari sana tu. Pulak dan cerita dia panjang berjela dengan konfik yang ntah pape ntah. Pastu jalan cerita dia pulak lebih kurang sama je. Balik balik cerita pasal taraf hidup yang tak sekufu lah, pipit sama pipit, enggang sama enggang lah. Lepas tu baru tau yang anak orang miskin tu rupanya pemilik harta yang berjuta-juta sebab rupanya miskin ni terpisah masa kecik. Ntah pape kan? Cerita dia pulak sampai beratus ratus episode. Aku ni malas betul nak tengok cerita yang plot berjela-jela ni. Memeningkan kepala. Layan geng bas sekolah lagi baik dari tengok sinetron yang ntah pape tu. Tu belum cerita bab lagu diorang. Diorang punya lagu sampai aku dah tak kenal dah sape penyanyi Malaysia, siapa penyanyi Indonesia. Diorang punya lagu dah melambak-lambak kat sini. Lagu artis kita? Nasib baik aje diorang kenal Siti Nurhaliza tu.
p/s: teringat pula kenangan berkerja dengan seorang minah indon di sebuah kafe. Waduh, kayaknya cewek itu ngak punya paspor. Patutlah baru berapa hari saja kerjaan udah kabur.
4) Gambar producer kat poster filem
Oh. aku rasa kau pasti tau sape yang aku maksud kan ini. Ye la sape lagi kalau bukan producer yang bajet movie dia dapat 40 juta tu. Memang dah jadi trend agaknya letak gambar producer kat poster filem. Maksud aku, tidak menjadi trend lagi tapi si dr ni bakal menjadikannya trend. Oh, kau tak rasa gila berlagak ke letak muka dia kat poster filem tu. I mean with his hair?? Oh, aku paling tak berkenan betul dengan orang yang syok sendiri ni. Pulak dah bajet cerita dia best maka dia boleh target tinggi-tinggi ke? Apa yang aku pasti ramai jugak yang tak suka kat beliau ni. Gila bajet poyo sampai nak letak gambar dia kat poster. Tak cukup dengan tu siap ada kolum khas kat surat khabar pasal nak promotr filem dia. Pulak dah dia ingat orang nak tengok sangat ke filem dia tu sampai buat filem tu tertangguh. Kononnya nak buat orang ternantikan lah filem tu. Hampeh je, yang aku tau filem tu aku tak pernah amek kisah pun.
p/s: SINI untuk tau lebih lanjut pasal movie yang bakal buat 7 keturunan makan tak habis ni.
4 comments:
hahaha.jum ali tgk 2 alam.hehe
ceh tak da masa la nak tengok.. hahaha...kalau dapat 40juta tu aku buat puasa nazar 3 hari tau.. keh33
weh,aku pegang kate2 kau..tp mustahil la 40juta.4 tu mybelah.adnan sempit pun box office xsampai 15 juta.hehe.btw,i love adnan sempit!
hahahaha.. betol wehy.. kalo 40juta la.. keh3.. i like mat rempit jugak.. hahaha
Post a Comment