Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Saturday, July 10, 2010

ALI ZAINAL SUDAH JATUH CINTA

Ya. Betul. Ali zainal tidak menipu. Ali zainal berkata benar. Ali zainal sudah jatuh cinta. Err..., mungkin sekadar bertepuk sebelah tangan agaknya... Kali pertama ali zainal melihatnya, jantung ali zainal sudah berdebar debar.. Sungguh, dia sgt cantik dan baik hati, kulitnya putih melepak, sgt cantik. Ali zainal sudah jatuh cinta padanya. Ali zainal mengenalinya pn melalui seorg sahabt ali zainal 2 tahun yg lalu.. Ali zainal juga sering melihat wajahnya di dada2 akhbar.. Tidak sangka dia sgt popular orgnya. Tp syg, dia sudah pn berpunya.. Teman lelakinya juga boleh tahan juga. Kacak dan ternama.. Ali zainal sgt mahu bertemu dgn nya, dan harapan ali zainal menjadi kenyataan apabila ali zainal bertentang mata dgn nya di mid valley megamall.. Ali zainal mahu menegur tp dia bersama dgn kekasihnya. Terpaksalah ali zainal memendam rasa dan melihatnya dr jauh. Kasihan ali zainal.. Ali zainal sgt kecewa.. Ali zainal sudah tidak bertemu dgn nya lagi selepas itu.

Sehinggalah penghujung tahun 2009. Dia muncul lg didada dada akhbar dan di kaca2 tv. Tidak disangka dia semakin dikenali dan digilai.. Tp kali ini dia bersama kekasih hati yg lain. Atau mungkin kekasih hati itu skadar bertepuk sblah tgn shj seperti ali zainal krn nmpknya seperti dia masih menyayangi kekasih lamanya dahulu. Ya, ali zainal juga lebih suka dia bersama kekasih lamanya dhulu, krn yg dahulu lebih romantik. Berbanding yg baru, krn yg baru lebih ganas. Tp yg baru ini juga tidak kurang kacaknya.. Ali zainal senang sekali krn sekali lg dia berjumpa dgn nya, kali ini di berjaya times square. Ali zainal mahu menegurnya, tp lg skali ali zainal terbntut krn dia bersama kedua2 kekasih hatinya. Yg lama dh yg baharu.. Sekali lg ali zainal kecewa. Nampknya, ali zainal dpt melihatnya dr jauh shj.. Selepas itu ali zainal tidak berjumpa dgn nya lg melainkan di alam mimpi.

Tp kini dia muncul lg.. Ali zainal dgr cerita dia sudah kembali sejak 8hb yg lepas. Ali zainal sudah pening kepala, krn ali zainal kini berada di kelantan, bgaimana ali zainal dpt bertemu dgn nya lg, mustahil dpt bertemu dgn nya di kb mall krn di kb mall tiada panggung wayang gmbr. Ya, ali zainal sudah jatuh cinta sama bella swan watak utama filem twilight. Ali zainal tidak tahu mcm mana mahu berjumpa dgn bella swan di kelantan ini.. Cuma ali zainal berharap bella swan masih setia dgn edward cullen. Biar pn ali zainal tidak dpt memilikinya tp ali zainal berharap dy masih bersama edward cullen berbanding jacob yg ganas itu.. Hurm.. :(

*sgt mahu menonton the twilight saga: eclipse.. Bila la dpt berjumpa sama cik bella swan, encik edward cullen dan encik jacob. Rindu sama mereka*

No comments: