Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Saturday, July 31, 2010

terima kasih.thank you

hari ni hari ucapan terima kasih sedunia ke ape? aku rasa mcm mahu berterima kasih kpd semua orang hari ini. motif?

[i] modul yg best
aku rase modul kali ini paling best.aku pn xtau kenape.maybe sebab aku group skali dgn orang2 yg rapat dgn aku.aku pn xsgka dpt satu group dgn kwn2 baik aku.so, boleh la nk ber'gege' sdkit.sila jgn ngade2 tanya aku gege itu ape.aku pn kurang pasti.tp jika ia ditranslate kpd bhasa melayu yg lebih formal ia berbunyi gegan atau dlm bahasa melayu rojak lebih dikenali sebagai gedix.atau boleh jadi jugak GEdix GEdix.that why bunyinya jadi GEGE.entah lah.aku pun pening kepala jugak.eh, aku dh jauh merepek ni.ok lah, kita tinggalkan dulu perihal gege/gegan/gedix2 tu.yg pasti modul td sgt best.best gila dpt gege/gegan/gedix2 time modul tadi.yg pasti dpt lecturer yg sgt suporting.siap bg 'london swiss roll'.apa lagi kami pun chì hao hao (new word) la kek yg enak itu.memang terbaik lah.terima kasih cik mursyidah diatas modul yg best td.double tumb ups.

[ii] satu malaysia
motif aku sgt patriotik malam ini?itu la kau xtau.esok kan sudah masuk bulan 8.bulan kemerdekaan negara kita lah.wah, teringat pulak zaman2 sekolah dulu.kalau dh masuk bulan 8 je mesti kena bwk bendera pegi sekolah setiap hari.then kena nyanyi2 segala bagai.HA HA.lawak pulak bila igt zaman hingusan tu.apa2 pun aku tetap syg kan malaysia.tanah tumpah darahku.chewah.even malaysia ni masih byk kekurangannya tp aku tetap bangga dgn malaysia.terima kasih malaysia.

[iii] kasihmu sampai ke syurga
mak aku baru call aku td.seperti biasalah rutin beliau setiap kali call aku.mengingatkan itulah, inilah.sampai aku pn dh x INGAT ape yg patut aku ingat seperti yg diigatkan beliau tadi.ish, ape aku ni merepek lagi.yada yada.yg pasti mak aku membawa khabar gembira pada beliau tapi tidak gembira pada aku.kau nak tau ape dia?mak aku telah berjaya menyambar set perabot jati semalam.ciss, dgn bangganya mak aku bagitahu aku.aku dh tau dh motif mak aku inform kat aku pasal perihal perabot jati tersebut.kisah perabot jati itu membawa seiring khabar kurang baik kpd aku "......kau pndai2 la jimat duit kau tu ali.mak nak bayar bulan2 perabot ni pun belum tentu cukup".kan aku dh ckp.tapi xpe mak.orang dh kerja nanti mak ckp je nk perabot ape.jati?cengal?rengas?just name it.orang beli untuk mak.HE HE HE..tapi yg pasti aku syg sgt2 mak aku.terima kasih mak untuk segalanya.double kudos for you mum.mmuahhh!!

[iv] kamu
ya kamu.siapa lagi?terima kasih diatas pesanan ringkas yg sgt ringkas itu tadi."KALAU ORG DAH XSUDI TU JGN NK BODOHKAN DIRI YOU".terima kasih.you dh ajar i sesuatu yg i tak pernah tahu pun hari ini.you know what, i sdikit pun x kecil hati dgn text you tu tadi.i dah jangka you akan bagi jawapan itu tadi.and for your info, i believe in kata peribahasa orang kampung i, org kampung i ckp "kalau orang xsudi, kita seribu kali x ingin tau".by the way, thanks a lot for the lesson.ouh ya, i pun ada assigment nk bg kat you.tajuk dia "stop giving fake hope to other people".TQVM.

[v] the momment
subtopic ini ada related kpd subtopic diatas.maybe ianya subtopic kpd subtopic.atau boleh jadi anak kpd subtopic.ish, aku crapping lagi.damn it! thanks for the 'momment'.even i know its totally fake.kalau you nak balik mafla yg you belikan untuk i kt jepun tu, you dtg ambik kat rumah i k. i dh pesan kat mak i already.arigato gozaimas!

[vi] teman lama
terima kasih gila2 kat kawan2 lama aku sbb buat gathering time aku ada kat kelantan yg jauh ini.dalam erti kata lain atau dalam kata makan dalam nya, terima kasih sebab ajak even kau tau aku xkan dapat pergi.nampaknya kau orang memperaktikan peribahasa 'ajak2 ayam' itu dgn sebaiknya.dan kpd kau muhsin abd manan, nanti aku balik raye kite gather dua je, xpayah ajak mereka2 yang lain tu. KEH KEH KEH.ouh ya, juga jgn lupa hadiah yg kamu janjikan itu.terima kasih buddy!


Ouh dude.i am desperate in love.what should i do.somebody help me.

p/s: i am available. SERIOUSLY!!

Friday, July 30, 2010

i love you, sayang!

"L is for the way you look at me"

Aku pernah terfikir bagaimana rasanya bercinta? Bagaimana rasanya cinta pandang pertama itu. Aku x tahu aku pernah bercinta atau tidak. Yang pasti, aku pernah sukakan seorang perempuan ini. Sikap dia yg manja membuatkan hati aku tertarik untuk mendekatinya. Saat aku hulurkan salam cinta, dia tanpa ragu menerima ku. Tapi, aku pun tak tahu kenapa. Sejak aku dgn nya, aku seperti tidak boleh menyintainya. Entah lah, aku pn xtahu kenapa. Tapi yg pasti aku tidak pernah rasa cemburu bila dia dgn lelaki2 lain. Memang dia seorang yg sgt sosial. Boleh kata, setiap malam mahu berparti, mahu ke kelab malam. Mungkin sbb itu aku tidak selesa dgn nya. Bukan aku nak kata aku baik sgt tidak pernah ketempat sebegitu. Tp kalau hari hidung aku bau asap rokok dan alkohol, aku pn boleh migrain juga.

"O is for the only one i see"

Dia juga sering ckp aku tidak romantik. Mungkin aku tidak tahu apa itu romantik. Mungkin juga aku memang tidak romantik. Aku tidak pandai mahu bagi bunga mahupun coklat. Aku bukan jenis yg suka bergayut twenty four seven dgn dia. Buang masa. Aku bukan jenis pandai memujuk kalau dia merajuk. Aku bukan lelaki yg acap kali kena ungkapkan kata cinta. Aku lelaki biasa. Ouh, mungkin aku bukan lelaki biasa. Aku tidak jantan. Itu kata dia. Ya, selepas kata2 itu aku mula menjauhkan diri dari dia. Dan aku tidak menangis sdikit pn bila aku luah kan kata perpisahan. Saat itu aku sedar. Dia dan aku tidak boleh bersama. Aku memang tidak boleh cintakan dia. Tapi kami tetap menjadi kawan rapat. Smpai skrg. Mungkin kami hanya boleh jd kawan rapat shaja. "i kan x jantan.mana la ada org nk kat i lagi," aku sering ucap begitu padanya bila dia tanya aku "tidak ada pegantikah?". Kami hanya bergelak shj selepas itu. Dia tahu aku bergurau.

"V is very, very extraordinary"

Aku pernah terfikir mahu cari pengganti jugak. Tapi siapa lah yg mahu org mcm aku ni. Aku tidak romantik. Aku tidak pandai memujuk. Dan yg pasti aku tidak jantan. Saat aku cuba cari cinta sejati, ada perigi yg mencari timbaku. Aku terima sahaja 'orang yg betul2 lain' ini. Sekadar mahu buat teman sms waktu mahu tidur shj. Tp lama kelamaan aku semakin bosan dgn dia. Mahu itulah, mahu inilah. Akhirnya aku tinggalkan shj dia tanpa sbrang jawapan. Kini aku sendiri lagi. Menunggu orang masuk meminang barangkali.

"E is even more than anyone you adore can"

Dan ya, setiap kali lagu Nat 'king' Cole ni aku dgr, satu perasaan dlm hati aku berkata, "memang xda orang nak kat aku agaknya". Hurm., nampaknya aku xkawen la sampai bila2. Eh, kenapa aku jiwang gila malam ni. Xpe lah. Jiwang sekali sekala apa salahnya. Layan lagu Love lah.

"L is for the way you look at me,
O is for the only one i see,
V is very, very extraordinary,
E is even more than onyone you adore can.."

tit, tit, tit..

Ish.. Sape pulak anta msg time aku tgh layan jiwang ni..

1 message from.....

Eh, dia lah. Apa dia nak ek?

"hey you! You kat mane ni? Dating ek? Hahaha. Rindu you lah. Nak ajak you gather, tapi you jauh lah"

pantas tgn aku menaip mahu membalas msg itu.

"i kat umah lah. Well, i kan x jantan. Sape lah yg nk dating ngn i ni..."

Wednesday, July 28, 2010

ditegur penunggu perpustakaan

Akhirnya aku update jugak blog aku ni.sudah lama tidak update, terasa kekok mahu menaip.aku malas sbnarnya mau mengupdate nya, tp bila sudah ditanya oleh rakan aku yg suka meneroka blog aku ini tp x pnah jd follower, lantas tergerak lah hati aku nk menaip.tp sblum tu, aku mintak maaf la blog aku ni xmenarik sgt.ya lah, aku bukan ada kisah cinta yg menarik mcm kau smpai bergaduh sikit pn nk tulis dlm blog, aku bukan ada kisah jiwang mcm kau smpaikan balak kau x text sehari pn nk catat dlm blog, aku jugak tidak punya kisah kasih syg mcm kau smpaikan pakwe kau add prempuan lain dlm fesbuk pn kau nk kutuk dia dlm blog kau, yg aku ada cuma kisah yg merepek2 je, smpaikan aku terpaksa berdialog dgn beruk untuk mendapat idea menulis.ok lah, kita tinggalkan la mukadimah aku yg merepek tu.aku ada cerita bagus.tajuknya, ditegur penunggu perpustakaan.

Eh, jgn takut.ini bukan kisah seram.ini untuk tontonan umum.jd pada ibu2 mengandung dan pesakit jantung [sama ada jantung berlubang atau jantung berair], kalau kau nk baca pn bole juga.tidak akan mendatangkan mudarat langsung.aku janji.kisahnya begini;

pagi selasa yg nyaman, angin sepoi2 bhasa, aku ke kampus seawal jam 8 pagi walaupn kelas bermula pukul 10 pagi itu hari.kau pelikkan?aku terlebih rajin sgt ke?aku sbnarnya tumpang kawan aku ke kelas, jadi disbbkan kelas beliau pukul 8 pg, aku terpaksalah ikut jadual beliau.lantas, disebabkan itu, aku mengambil keputusan mau lepak2 di perpustakaan, tambahan pula aku mau menyiapkan tugasan HRM yg terbengkalai itu.disebabkan perpustakaan itu dibuka pada jam 830 pg maka aku pn memaksa diriku menunggu diluar perpustakaan yg sekakang babun itu.

Arakian, smbil mendengar mp3 diluar perpustakaan itu maka aku sudah tidak perasan yg jam tgn aku sudah menunjukan tepat jam 835 pagi.lantas aku pun membuka langkah mahu masuk kedlm perpustakaan itu.tgn memegang tombol pntu, lantas disaat ini lah kisah 'seram' itu bermula.saat kaki melangkah masuk, aku ditegur pagi itu.oleh sang penunggu perpustakaan.tanpa salam 1malaysia mahupn salam muhibah, beliau menegur aku.,

penunggu kata: awak budak part brape?

aku kata: errm,.. part 3 encik.

penunggu kata: awk tau pukul brapa skrang?

aku kata: 835 encik. [sambil tgk kt tgn aku, tp mata aku meliar gak kt tgn dia.dia pkai jugak jam tgn.konpius sdikit ?_?]

penunggu kata: awk xboleh ikut jam awk.library xbukak lagi ni.lg 2 minit lg.

aku kata:??????

penunggu kata: awk x boleh ikut suke awk je.rajin pulak awk msuk library awal2.kalau nk tgk tv je baik xpayah lah.

aku kata: ????? [eh, pak cik tua kutuk ni dh lebih ni.kau xnampk ke buku HRM aku ni ckit punya tebal.skali aku hempuk kat kepala kau yg bruban tu, almarhum kau nnt]

maka disbbkan malas mau bertekak dgn penunggu perpustakaan yg sudah beruban itu, juga tidak mahu dicop budak kurang ajar, aku diamkan aje diri aku, lantas terus mencari tmpat duduk dn terus mau menyiapkan tugasan HRM yg terbengkalai itu.

tp hati aku tidak berapa tenang mau menyiapkan tugasan itu.terasa sdikit menyampah dgn penunggu library yg agak kurang ajar itu.xkn la masuk awal dua minit pn mau marah2.paling aku xsuka, kau tuduh aku nk tgk tv masuk library tu awal2.kau ni dh mencurahkan petrol yg dh naek harga pd api yg marak ni.dah la aku xsiap lg HRM yg encik pensyarah yg sgt ceria itu bg, kau mau menambh rasa bengang aku pulak.memang semua staff uitm ni annoying agaknya.dgn encik guard yg gila kad matrik dan sahsiah rupa diri, dgn mak cik cleaner yg x reti senyum, ini ditambh pulak dgn staff library yg menepati masa dan xpernah tgk tv.sgt berjaya lah uitm.baru la 1malaysia.ish, aku memang xpaham lah.btw, aku masih xpuas hati sbb kau tuduh aku mau tgk tv.kau igt aku kebulur sgt ke tv kau yg xdpt saluran HBO tu?



Lately aku busy sgt.so, aku xdpt slalu la nk update ini blog.harap kau paham la ye.lg pn aku byk quiz dan test akhir2 ini.encik pensyarah yg tidak punya emosi itu juga sudah warning dgn test MR beliau.dgn test E-DAGANG lg dua minggu.ouh ya, hampir terlupa, encik pensyarah yg suka tgk iklan telur dadar sheila rusly itu juga sudah mau bg kuiz esok pg.hurm, mau study lah.