Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Friday, July 30, 2010

i love you, sayang!

"L is for the way you look at me"

Aku pernah terfikir bagaimana rasanya bercinta? Bagaimana rasanya cinta pandang pertama itu. Aku x tahu aku pernah bercinta atau tidak. Yang pasti, aku pernah sukakan seorang perempuan ini. Sikap dia yg manja membuatkan hati aku tertarik untuk mendekatinya. Saat aku hulurkan salam cinta, dia tanpa ragu menerima ku. Tapi, aku pun tak tahu kenapa. Sejak aku dgn nya, aku seperti tidak boleh menyintainya. Entah lah, aku pn xtahu kenapa. Tapi yg pasti aku tidak pernah rasa cemburu bila dia dgn lelaki2 lain. Memang dia seorang yg sgt sosial. Boleh kata, setiap malam mahu berparti, mahu ke kelab malam. Mungkin sbb itu aku tidak selesa dgn nya. Bukan aku nak kata aku baik sgt tidak pernah ketempat sebegitu. Tp kalau hari hidung aku bau asap rokok dan alkohol, aku pn boleh migrain juga.

"O is for the only one i see"

Dia juga sering ckp aku tidak romantik. Mungkin aku tidak tahu apa itu romantik. Mungkin juga aku memang tidak romantik. Aku tidak pandai mahu bagi bunga mahupun coklat. Aku bukan jenis yg suka bergayut twenty four seven dgn dia. Buang masa. Aku bukan jenis pandai memujuk kalau dia merajuk. Aku bukan lelaki yg acap kali kena ungkapkan kata cinta. Aku lelaki biasa. Ouh, mungkin aku bukan lelaki biasa. Aku tidak jantan. Itu kata dia. Ya, selepas kata2 itu aku mula menjauhkan diri dari dia. Dan aku tidak menangis sdikit pn bila aku luah kan kata perpisahan. Saat itu aku sedar. Dia dan aku tidak boleh bersama. Aku memang tidak boleh cintakan dia. Tapi kami tetap menjadi kawan rapat. Smpai skrg. Mungkin kami hanya boleh jd kawan rapat shaja. "i kan x jantan.mana la ada org nk kat i lagi," aku sering ucap begitu padanya bila dia tanya aku "tidak ada pegantikah?". Kami hanya bergelak shj selepas itu. Dia tahu aku bergurau.

"V is very, very extraordinary"

Aku pernah terfikir mahu cari pengganti jugak. Tapi siapa lah yg mahu org mcm aku ni. Aku tidak romantik. Aku tidak pandai memujuk. Dan yg pasti aku tidak jantan. Saat aku cuba cari cinta sejati, ada perigi yg mencari timbaku. Aku terima sahaja 'orang yg betul2 lain' ini. Sekadar mahu buat teman sms waktu mahu tidur shj. Tp lama kelamaan aku semakin bosan dgn dia. Mahu itulah, mahu inilah. Akhirnya aku tinggalkan shj dia tanpa sbrang jawapan. Kini aku sendiri lagi. Menunggu orang masuk meminang barangkali.

"E is even more than anyone you adore can"

Dan ya, setiap kali lagu Nat 'king' Cole ni aku dgr, satu perasaan dlm hati aku berkata, "memang xda orang nak kat aku agaknya". Hurm., nampaknya aku xkawen la sampai bila2. Eh, kenapa aku jiwang gila malam ni. Xpe lah. Jiwang sekali sekala apa salahnya. Layan lagu Love lah.

"L is for the way you look at me,
O is for the only one i see,
V is very, very extraordinary,
E is even more than onyone you adore can.."

tit, tit, tit..

Ish.. Sape pulak anta msg time aku tgh layan jiwang ni..

1 message from.....

Eh, dia lah. Apa dia nak ek?

"hey you! You kat mane ni? Dating ek? Hahaha. Rindu you lah. Nak ajak you gather, tapi you jauh lah"

pantas tgn aku menaip mahu membalas msg itu.

"i kat umah lah. Well, i kan x jantan. Sape lah yg nk dating ngn i ni..."

1 comment:

mylife said...

oittttttttt,....teringat awek lame kew.?....udah2 lah...just forget it k....life must go on....