Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Monday, September 27, 2010

tacing itu bukan hanya pada perempuan. lelaki pun tau merajuk jugak.

Aku tak tahu macam mana aku boleh ada perasaan touching itu. Damn suck. Aku tak suka sangat nak touching2 ni sebab orang akan rasa menyampah kat aku. Tapi entah lah, aku sangat terasa dengan seorang kawan aku ni. Aku bukan suka sangat nak merajuk-touching-and what so ever yang kau rasa sangat macam perempuan. Tapi, entah lah, mungkin sebab aku ni dilahirkan dengan fitrah yang mudah tersentuh dan mudah untuk rasa sedih bila dipinggirkan.

Maka berlaku lah drama tacing bodoh aku itu apabila aku ditinggalkan semasa berlangsungnya kelas edagang petang itu. Aku sangat gelabah apabila sang sahabat ini menalifon aku mengajak aku melakukan jenayah ponteng petang itu. Lantas aku bersetuju untuk join the club. Maka, apabila aku bersiap siap ingin keluar dari kelas yang mengantuk itu, satu insiden yang mendebarkan, yang mana mungkin sengaja insiden itu berlaku kerana ingin menambah unsur suspen dalam drama itu. Insiden yang mana, apabila aku bersiap2 ingin keluar, maka sang pensyarah pun melangkah masuk ke kelas.

Aku mula lah gelabah. Maka aku pun membatalkan niat murni aku ingin ponteng kelas petang itu. Maka sang sahabat pulang kerumah, aku terkontang kanting mengharungi kelas edagang yg mana pensyarahnya agak cerewet itu. Maka disini aku sudah mula terasa akan perasaan toucing tersebut. Aku mula memikirkan, aku nak balik naik apa nanti?

Tamat kelas edagang, aku ambil inisiatif untuk menaiki teksi. Tunggu punya tunggu, maka nenjelmalah sebuah teksi yang agak antik. Mungkin pak cik teksi ini terlibat sama dalam komplot ingin menjadikan drama ini lebih suspen, maka pak cik ini tanpa segan silu nya mengeluarkan skrip ini “pak cik tak lalu pasir pekan nak,” dengan longhat Kelantan pekatnya. Maka, frekuensi tacing aku menigkat lagi. Maka aku malas nak tunggu lagi, kaki aku pun melangkah ke pusat beli belah tersohor itu dengan harapan mendapat lebih banyak teksi.

Sampai di kb mall, maka banyak lah teksi yang berkeliaran bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Aku pun memilih sebuah teksi yang agak usang, dengan harapan tambang yang dikenakan lebih murah. Tapi, mungkin kerana tersalah percaturan, sampai di teksi pak cik tersebut maka nampak lah wajah sebenar pak cik ini. Aku agak mata pak cik ini memang bercontact lenskan dollar America kot. Aku belum naik lagi teksi beliau, dia dah tanya berapa aku boleh bayar. Aku pun dengan bodoh alang nya tanya balik kat pak cik ini berapa pak cik ambik selalu. Pak cik mata dollar America pun cakap 15 ringgit. Aku pun cakap ok lah. Ye lah, aku nak naik apa lagi kan. Maka frekuensi tacing aku dengan sang sahabat pun naik lah lagi satu bar. Mana taknya, kalau lah beliau boleh tidak ponteng kelas mesti aku balik dengan beliau dan tidak melayang lah duit aku 15ringgit. Sudah lah memang tak ada duit. Terbang pulak 15ringgit kat pak cik mata duitan.


maka aku pun smpai kerumah ku dengan penuh perasaan tacing dan panas hati. sampai itu aku terus tido. sedar sedar, sudah pukul 730 malam. maka aku pun terlepas lah solat asar.

aku bangun magrib itu aku rasa sangat tenang. dan aku mula terfikir. kenapa perlu aku tacing macam perempuan ni? aku hanya menumpang.

Saturday, September 18, 2010

sepi: apabila lelaki menangis


tadi petang aku menonton filem sepi. Walau pernah menontonnya 2 tahun yg lalu, tp aku masih mahu menontonnya. Aku akui, khabir bartia tidak pernah mengecewakan aku dgn karyanya. Sepi. Jalan ceritanya mudah. Latarnya cuma sekitar lembah klang. Skripnya menggunakan ayat yg tidak berbelit2. Tapi kesan nya sgt berbekas dihati. Terasa mahu menangis pula. Sungguh. Sgt sedih. Memang benar kata orang, filem sepi merupakan air mata lelaki. Ia kisah cinta khas mengenai lelaki.

Tiga watak yg ditemukan didalam titik peristiwa yg sgt tragedik. Ia mengenai 3 kisah cinta berbeza tp kisah mereka ditemukan didalam satu insiden kemalangan jalan raya. Satu garapan yg menarik apabila mereka bertiga iaitu adam, sufi dan imaan yg tiada kena mengena antara satu sama lain tetapi ditemukan didalam satu kemalangan jalan raya, yg mana membawa kpd permulaan kisah mereka.

Bermula kisah adam, seorang pembuat kek utk majlis perkahwinan yg mendpt sehelai flyer di wiper keretanya, yg mana flyer itu telah menyebabkan satu kemalangan apabila ia terbang dan telah terkena kpd kereta sufi yg sdg memandu ketika itu. Flyer itu yg menghalang pandangan sufi dr pemanduannya telah melanggar imaan yg pada ketika itu sedang mengejar sesuatu. Maka disitu bermula lah kisah mereka satu persatu.

"Mengapa kita bertemu disaat kita perlu berpisah"

adam yg bertemu ilyana didlm majlis resepsi telah mula jatuh hati padanya. Tapi tatkala dia mula ingin luahkan perasaannya, kad jemputan kahwin pula di berikan oleh ilyana. Dlm sedih dia menerima cinta suzi yg sudah sekian lama cintakannya. Setelah sekian lama, adam bertemu ilyana sekali lg di satu majlis perkahwinan. Adam menyatakan yg dia sibuk ketika disoal ilyana mengenai ketidakhadiran adam di majlis perkahwinannya.

"kalau awk dtg majlis perkawinan sy, mesti awak tahu yg majlis tu x jadi pn"

tp ketika itu, adam sudah pn bertunang dgn suzi. Maka, ilyana pergi membawa diri ke melbourne.

"awak lari dari sesuatu atau awak lari kepada sesuatu?"

maria bertanya kpd sufi apabila dia sentiasa melihat sufi berjoging di tasik. Sufi yg 'lari' dr pengalaman silam akibat kematian isterinya yg disebabkan oleh kecuaiannya mula jatuh cinta pada maria.

"sekarang sy tak perlu lari lagi. Sy dah jumpa apa sy nak"

Tapi siapa sangka org yg dicintainya merupakan isteri org. Maria terpaksa menolak cintanya dia sudah bersuami walau jauh didlm hatinya dia turut cintakan sufi. Namun sufi terus menunggu sehingga sampai kepenghujung hayatnya.

"kekasihku, sygku, syurgaku"

imaan, seorang aktivis teater sentiasa berdelusi tentang teman lelakinya, raden. Siapa sangka raden rupanya sudah lama mati. Kerana sentiasa berdelusi yg raden masih hidup, dia menolak cinta suci khalif.

"terima lah cintanya, sy telah tiada lagi"

tapi dlm dia sdg cuba menerima khalif. Dia terlibat dlm kemalangan jalan raya yg menyebabkan dia koma.


Tiga kisah cinta yg sgt mengusik jiwa. Kisah yg sangat menyentuh hati. Siapa sangka, dlm kisah sedih itu rupanya membawa kepada sebuah pengakhiran yg membahagiakan.

"cinta tak datang hanya sekali"

Wednesday, September 15, 2010

bila si jutawan mati rentung, maka anuarul faiz dapat kereta baru kaler silver

hari raya dah masuk hari yg ke enam. Kaum kerabat aku yg ada kt umah ni sume dh balik umah masing2. Tinggal aku bertiga bersama mak ayah aku. Hari raya ni macam cerita yg aku dpt. Berita gembira dan berita kurang gembira. Antaranya pembunuhan kejam kat pengusaha kosmetik tu. aku kenal siapa sosilo bambang yudiyono itu. Tapi yg sosilawati tu aku kurang kenal. Tp bila org ckp dia ni bekas isteri nash [pada syurga diwajah mu] baru la aku tau. Ouh.. Dia rupanya. Aku tak tau sgt ujung pangkal cerita. Tapi katanya tuan tanah yg dia nak beli tu yg bunuh. Yelah, dia boleh dgn kurang cerdiknya beli tanah dgn cash. Pelik. Entah lah. Aku bkn mahu jadi penganalisis jenayah disini. Cuma aku mahu ingin nyatakan rasa kesal aku pada dunia sekarang. Betul gak kata orang, kaya susah tak kaya pun susah. Jadi kau pilih lah, kau nak kaya ke nak tak kaya? Dunia sekarang ni dah tak selamat lagi aku rasa. Sana sini ada org membunuh, merompak, menculik. Rasa takut sgt nak kemana mana. Ish, susah la. Sekarang ni bkn semua org kita bole percaya.

Tapi anuarul faiz ni kau bole percaya kat dia. Dgr cerita dia dh dpt kereta baru sempena hari lahir dia. Wah, ni lah berita gembira yg aku gembar gembur kan tu. Drpd sumber yg boleh dipercayai dia dpt kereta viva kaler silver. Wah, melaram la ngn kereta baru kau nanti ek. Hahaha. Boleh la naik kereta baru kau pasni.

Eh, lupa aku nak bgtau. Anuarul faiz ni tak terlibat pun dgn pembunuhan tu. Dia orang baik2 ok. Tajuk entri ni sengaja aku buat mcm tu. Hehe.