tadi petang aku menonton filem sepi. Walau pernah menontonnya 2 tahun yg lalu, tp aku masih mahu menontonnya. Aku akui, khabir bartia tidak pernah mengecewakan aku dgn karyanya. Sepi. Jalan ceritanya mudah. Latarnya cuma sekitar lembah klang. Skripnya menggunakan ayat yg tidak berbelit2. Tapi kesan nya sgt berbekas dihati. Terasa mahu menangis pula. Sungguh. Sgt sedih. Memang benar kata orang, filem sepi merupakan air mata lelaki. Ia kisah cinta khas mengenai lelaki.
Tiga watak yg ditemukan didalam titik peristiwa yg sgt tragedik. Ia mengenai 3 kisah cinta berbeza tp kisah mereka ditemukan didalam satu insiden kemalangan jalan raya. Satu garapan yg menarik apabila mereka bertiga iaitu adam, sufi dan imaan yg tiada kena mengena antara satu sama lain tetapi ditemukan didalam satu kemalangan jalan raya, yg mana membawa kpd permulaan kisah mereka.
Bermula kisah adam, seorang pembuat kek utk majlis perkahwinan yg mendpt sehelai flyer di wiper keretanya, yg mana flyer itu telah menyebabkan satu kemalangan apabila ia terbang dan telah terkena kpd kereta sufi yg sdg memandu ketika itu. Flyer itu yg menghalang pandangan sufi dr pemanduannya telah melanggar imaan yg pada ketika itu sedang mengejar sesuatu. Maka disitu bermula lah kisah mereka satu persatu.
"Mengapa kita bertemu disaat kita perlu berpisah"
adam yg bertemu ilyana didlm majlis resepsi telah mula jatuh hati padanya. Tapi tatkala dia mula ingin luahkan perasaannya, kad jemputan kahwin pula di berikan oleh ilyana. Dlm sedih dia menerima cinta suzi yg sudah sekian lama cintakannya. Setelah sekian lama, adam bertemu ilyana sekali lg di satu majlis perkahwinan. Adam menyatakan yg dia sibuk ketika disoal ilyana mengenai ketidakhadiran adam di majlis perkahwinannya.
"kalau awk dtg majlis perkawinan sy, mesti awak tahu yg majlis tu x jadi pn"
tp ketika itu, adam sudah pn bertunang dgn suzi. Maka, ilyana pergi membawa diri ke melbourne.
"awak lari dari sesuatu atau awak lari kepada sesuatu?"
maria bertanya kpd sufi apabila dia sentiasa melihat sufi berjoging di tasik. Sufi yg 'lari' dr pengalaman silam akibat kematian isterinya yg disebabkan oleh kecuaiannya mula jatuh cinta pada maria.
"sekarang sy tak perlu lari lagi. Sy dah jumpa apa sy nak"
Tapi siapa sangka org yg dicintainya merupakan isteri org. Maria terpaksa menolak cintanya dia sudah bersuami walau jauh didlm hatinya dia turut cintakan sufi. Namun sufi terus menunggu sehingga sampai kepenghujung hayatnya.
"kekasihku, sygku, syurgaku"
imaan, seorang aktivis teater sentiasa berdelusi tentang teman lelakinya, raden. Siapa sangka raden rupanya sudah lama mati. Kerana sentiasa berdelusi yg raden masih hidup, dia menolak cinta suci khalif.
"terima lah cintanya, sy telah tiada lagi"
tapi dlm dia sdg cuba menerima khalif. Dia terlibat dlm kemalangan jalan raya yg menyebabkan dia koma.
Tiga kisah cinta yg sgt mengusik jiwa. Kisah yg sangat menyentuh hati. Siapa sangka, dlm kisah sedih itu rupanya membawa kepada sebuah pengakhiran yg membahagiakan.
"cinta tak datang hanya sekali"
1 comment:
aku pun ska cerita sepi nih...xpuas tgk..pndai kau ulas ali...hehe
Post a Comment