Merujuk kpd tajuk entri diatas aku bkal mati. Ya, aku bakal mati. Maksud aku yg lebih tepat lg aku sedang nazak. Kau mungkin pelik, sudah nazak masih mahu menaip entri lg. Kau mungkin xpaham. Aku sdg mau mati secara fizikalnya. Eh, apa aku merepek pn aku xtau. Okelah, to be clear aku bakal hilang nyawa aku. [sila rujuk entri berckp dgn monyet utk mengetahui siapa yg aku mksudkn dgn nyawa2 aku itu]. Mungkin apa yg aku tajukkan diatas terlalu hiperbola. Mcm pulak aku x boleh hidup tanpa mereka. Tapi itu lah hakikatnya. Kalau kata aku ni kekuatan mereka, mana kekuatan mereka jika mereka pergi nanti? Adakah mereka akan lemah? Kalau mereka kata aku ni ketenangan mereka, apa mungkin mereka akan keluh kesah sentiasa kalau mereka pergi nanti? Kalau kata aku ini tawa riang mereka adakah mereka akan sentiasa sedu sedan kalau mereka pergi nanti? Yang pasti, kalau aku kata mereka nyawa aku adakah mereka akan sanggup melihat aku mati nanti? Just one word. Entah? Ya entah. Aku pn xtau. Kurang pasti.
Eh, jgn salah faham. Bukan aku menhalang bukan aku mendesak. Tidak sama sekali. Kalau kamu mahu pergi, kamu pergi. Lgpun aku tidak punya kuasa mahu menghalang. Yang pasti kamu gembira. Itu yg mahu aku lihat. Aku bukan mahu jd batu penghalang. Bukan juga mahu menyekat impian kalian. Aku cuma mahu suarakan isi hati aku. Lgpun aku hanya mendengar khabr angin. Belum pasti kalian pergi atau tidak. Tapi yg pasti aku sedih. Sedih, yg ayat lebih tepat. Aku sedih mau melihat ikatan persahabatan yg terbina sudah mahu terungkai sebelum sampai ke destinasi.
Mungkin kalian akan kata "ikut lah kami ketempat baru" atau mungkin "eh jom lah kita pergi ke sana beramai2". Aku mungkin tidak akan dpt merealisasikan apa yg kamu hajatkan itu. Aku tidak mahu menyusahkan semua orang andai kata aku turut serta mengikut jejak langkah kalian. Byk perkara yg mahu difikirkan jika mahu turut serta dlm 'rombongan tersebut'. Hurm.. entah lah. Four words. Aku pn tak tahu.
P.s.. Kalau kalian tetap dgn pendirian kalian. Aku tidak kisah. Aku tidak mahu menghalang. Cuma aku minta, sebelum kalian pergi meninggalkan aku, tolong ajar aku cara mengucap. Sbgai persediaan untuk aku 'mati'.
Org lain menuai padi,
sy saja menuai angin,
org lain punya hati,
hati sy dibawa angin.
Tinggi2 kelapa tuan,
kelapa tuan kelapa bali,
harap2 budi tuan,
budi tuan dibawa mati.
Niat dihati menumbuk padi,
dari padi jadi lah beras,
puas sudah dipujuk hati,
hati dipujuk menjadi keras.
Dari kemudi ke kapal muatan,
dari muatan turun ke kali,
mahu pergi jgn tangguhkan,
takut hamba memakan hati.
1 comment:
i know u are sad...
n i also sad when heard that mybeloved fwend want to change the campus'
but we cannot halang what they want
just pray for them
hopefully the new place can better......
i'm still here with u
suhana,zuren and zati also here...
don be sad2....
fae said...
Post a Comment