Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Monday, March 21, 2011

commonly facebook status used.

i am start used facebook since 2009. wah, still new lah aku ni dalam arena facebook ni. bak kata Siti Nurhaliza masih hijau lagi lah. tapi since that aku realize something dan telah lama membuat kajian mengenai tabiat tabiat manusia dalam membuat status di wall mereka. ayuh kita saksikan apa kata survey.

satu: status putus cinta
status begini memang sering dibuat oleh gadis gadis. tidak ketinggalan jejaka jejaka juga sering membuat status sebegini. mereka sebenarnya kecewa dengan pasangan masing masing yang mungkin telah meninggalkan mereka sebab mereka tak cantik/kacak, mereka selalu pentingkan diri sendiri ataupun sikap mereka yang suka bershopping itu. maka tidak hairanlah mereka ditinggalkan oleh pasangan mereka. dan selepas ditinggalkan pasangan mereka maka keluarlah status status seperti ini di wall facebook mereka,

"lahabau punya jantan. kau tinggalkan aku sebab betina tak guna tu. siap lah kau, aku santau kau sampai muntah darah,"

atau

"aku nak buat macam mana. dia pilih klcc dowh,"

ataupun

"mengapa dirimu tiada tika aku sedih begini? mengapa aku ditinggalkan sendirian?"

juga mungkin boleh dibuat ala ala bentuk peribahasa. contohnya begini,

"sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi,"

atau,

"bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. tapi tidak semua bunga dihinggap kumbang" 

dan lepas tu mula lah ramai yang komen. "kenapa babe? Roy dump you ke? take care sayang..."

dan maka arakian berlaku lah adegan umpat mengumpat kepada lelaki bernama Roy diantara dua sahabat didalam facebook itu.

dua: status makanan sedap sedap
status macam ni biasanya aku nampak semasa akhir akhir bulan. well, biasalah akhir akhir bulan kan gaji semua dah abis dok buat berjoli. maka masa ni lah nak makan sedap sedap tapi tak kesampaian. maka alkisahnya keluarlah status yang ditaip sambil menitis ayaq liur. contohnya,

"wah, chocolate fudge kat secret recepi tu nampak cam sedap. do want!"

atau

"lepak kat mcD just nak guna free wi-fi. nak makan tak da duit," 
sambil diakhirnya ada ikon ini  T,T

malah bukan itu sahaja. status makanan sedap sedap ini juga sering dikaitkan dengan status resepi. contohnya,

"rasa macam nak masak spegeti bolognese lah petang ni. sape tau cemana nak buat?"

ataupun

"hubby i teringgin pulak nak makan masak lemak pucuk paku. alemak cemana ni? pucuk paku tu pun i tatau apadia," 

aku pon selalu jugak letak status macam ni. tapi status aku sama je. tak ada perkataan secret recepi atau mcD. status aku hanya begini,

"megi tomyam memang sedap. sampai rasa macam nak menangis,"

sedihkan status akhir bulan aku? sedih giler!

tiga: status wishing besday dan selamat malam
status sebegini biasanya diletakkan khas untuk mengucapkan selamat ulang tahun. mereka biasanya akan letak status ucap selamat hari jadi, kemudian diorang akan tag lah semua rakan mereka yang jadik masa tarikh hari tu. contohnya macam ni,

"hapi besday kepada, dato' k, salma mentor 5, makcik nasik lemak, puteri ilyana maisara qistina kamaruzamman assadiqi, dan lain lain,"

dan lepas tu diorang pun akan dapat banyak notification sebab rakan rakan yang diorang tag tu ucap thanks for that wishing. maka arakian , berlaku lah sesi mengomen diantara dato' k, salma mentor 5, makcik nasik lemak dant tidak lupa puteri ilyana maisara qistina kamaruzamman assadiqi untuk mintak hadiah besday dan kek hari jadi.

bukan itu sahaja, status wish selamat malam juga sering diletakkan untuk menggambarkan yang mereka sudah mahu tidur. tapi itu lah, mereka ni sebenarnya bukan mahu tidur sangat pun, tapi saje je letak supaya lepas tu orang akan like that status and comment on it to wish "sleep tight," dan juga "sweet dream,"

tapi bila mereka letak status macam tu sebenarnya bila mereka mahu tidur? diorang ni sebenarnya macam nak tunggu orang komen status diorang tu, so what the hell kau letak status wish good nite tu?

eh, aku rasa aku pun selalu juga letak status wish selamat malam ni. TEEHEE.

"ngantuknya. selamat malam semua. jumpa lagi pada hari esok,"


oh ya. juga sering dikaitkan dengan status wishing good morning dan lain lain.

empat: status assignment
status assignment biasanya digunakan oleh para siswazah atau pun pelajar sekolah yang sedang dalam mood malas buat kerja sekolah. well, apabila mereka sebenarnya memang berada didalam mood malas buat assignment, maka setelah dipostnya status mereka yang menyatakan mengenai assignment yang banyak gila tu, mka lagi lah mereka tak buat assignment tersebut. ye lah, dah bila diorang post tu maka akan banyak lah notification mereka. dan bila masa nak kau nak buat assignmennya kalau kau sibuk nak reply semua komen tu?

apakah?

lima: status ingat mengingati
status sebegini biasanya diletakkan oleh golongan yang mahu berdakwah kononnya. well, status macam ni bagus sebenarnya tapi orang mula naik menyampah pulak dah sebab semua benda nak dia cakapkan. itu tak bolehlah, ini tak bolah lah. well, bila tiba jepun kena tsunami ni pun banyak status ingat mengingati yang keluar kat facebook aku.

ada satu status ingat mengingati yang aku ingat sampai sekarang. ia berbunyi begini,

"...sebarang pembangunan yang mereka ingin lakukan seharusnya mengkaji dahulu keadaan sekeliling dan mengaitkan dengan climate change dan green technology..."

eh tu status kat facebook sape eh? oh bukan di facebook tapi tak mengapalah as long as dia mengingatkan kita pasal CLIMATE CHANGE dan GREEN TECHNOLOGY.

hurmm... rasanya tu je lah yang aku dapat kongsikan. tapi ada banyak lagi status yang biasa orang buat. aku senarai pendekkan aje lah ye.
-status forsuare
-status jumpa artis
-status update blog
-status datang bulan
-status pergi tengok muvi apa hari ini
-status marah kat jiran
-status yang lain lain juga...

okay lah. sampai disini sahaja penemuan kita pada hari ini. jumpa lagi dimasa akan datang pada hari dan waktu yang sama dalam rancangan "kau ingat kau sorang je ada facebook?"

daaa.....

pssst...: when we call it natural disaster, it about the power of the One above. bukan sebab climate change ke hape tu.   malu saya dibuatnya (mirnawan nawawi, Polident 2008)

No comments: