Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Wednesday, June 22, 2011

Selamat Hari Keputeraan Yang Ke-21 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ali Zainal Abidin Shah Ibni Sultan Abdul Jalil Shah.

Amaran : entri ini teramat panjang.

Hari ini entri hari jadi. Atau hari lahir bagi yang menggelarnya sebegitu. Atau mungkin juga entri ulangtahun kelahiran.

Oh, bagaimana mahu mula?

Terima kasih bagi yang ingat hari jadi aku. terima kasih pada yang mengucapkannya melalui facebook, phone call, text message, twitter mahupun belog. ya, aku betul betul menghargainya walaupun hanya beberapa orang yang ingat hari jadi aku. sengaja aku buang reminder birthday aku yang kat facebook tu sekadar mahu menguji berapa ramai yang ingat hari lahir aku. ternyata ujian itu berjaya. Ya, berjaya meletakkan notification yang sedikit pada wall aku. sebab kalau aku letakkan reminder untuk birthday aku itu aku khuatir aku tidak berupaya membalas terima kasih pada kalian yang diingatkan oleh reminder facebook itu  sementelah aku sedikit malas mahu menaip di facebook dua tiga hari ini. Terima kasih sekali lagi bagi siapa yang betul betul ingat. Ya, ini ikhlas.

22 jun bukan lah hari yang aku nantikan saban tahun sebenarnya. Sebab aku tahu tidak akan pernah wujud surprise party atau sesi membaling telur di hari berkenaan. Jadi tidak ada momen yang aku perlu ceritakan pada kamu sementelah aku tidak ada pengalaman menyambut majlis ulangtahun kelahiran. Oh ya, hari lahir yang paling aku ingat pun pada tahun 2007 sebab masa tu pertama kalinya aku dapat hadiah hari jadi dari Bob. Ya, megi kari yang dibalut dengan kertas surat khabar itu walau pun aku boleh dapat sendiri dari kedai kedai berhampiran, itu sudah dikira sebagai hadiah sementelah aku tahu Bob ikhlas menghadiahkannya. Dan selepas itu aku tidak pernah mendapat sebarang hadiah sempena hari lahir aku selepas itu. Aku kira itu mungkin yang pertama atau yang terakhir barangkali.

Dan hari ini 22 jun itu datang lagi. Kata orang alim ulama, hayat kita itu sebenarnya sudah tercatat di loh mahfuz, maka setiap kali tiap hari lahir kita maka sedarlah sebenarnya kita semakin hampir dengan mati. Aku ingat itu, tapi aku tidak tahu siapa yang menuturkannya. Aku akui apa yang dikatakan oleh alim ulama itu benar tapi aku tidak pernah bersedia menghadapi mati itu. Itu kelemahan aku. tidak pernah insaf barangkali. Dan tatkala umur aku menganjak ke21 tahun ini sekali lagi kata kata itu terngiang ngiang ditelingaku, tapi sekali lagi tidak timbul rasa insaf itu.

ah. kita persetankan kisah kisah hari jadi aku tu. sekarang aku mahu berkongsi satu pengetahuan am dengan kamu. tahukah kamu bahawa 22 jun merupakan hari jadi Lee Minho? ya, actor korea itu rupanya lahir pada hari ini juga. tahukan kamu bahawa musim panas setiap tahun bermula pada 22 jun? juga tahukan kalian pada 22 jun juga hari guru telah disambuat di El Salvador? untuk pengetahuan kamu juga 22 jun merupakan tarikh kematian Pope Innocent ke-5. dan sebenarnya 22 jun merupakan hari dimana King George ke-5 ditabalkan menjadi raja di Great Britain? lihatlah betapa pentingnya 22 jun itu. maka kita seharusnya meraikan 22 jun itu dengan meriannya. itu hanya sedikit yang aku senaraikan. kalau kamu mahu tahu lebih lanjut lagu sila ke sini. disini kamu akan tahu betapa pentingnya 22 jun itu.

eh, beday awak same dengan beday kitewww la... ^^

King George the fifth 


Oh ya, dibawah ini aku senarai pendekkan beberapa barang yang aku  inginkan. Manalah tau kalau ada orang yang sudi nak bagi hadiah pada aku. ini bolehlah dijadikan rujukan kalau kamu blur tak tahu nak bagi hadiah apa pada aku. senarai dibawah ini sekadar random sahaja, tidak mengikut keutamaan, ini bermakna produk yang di nombor satu itu bukanlah yang paling aku mahu. Kamu boleh pilih mahu bagi apa sebenarnya. ^^ 

1) Wrist watch 
2) Apple product (ipad, iphone, etc) 
3) Brand new hand phone 
4) DVD kompilasi siri How I met your mother (season 1- season 6)
5) DVD kompilasi siri desperate housewives (season 1-season 7)
6) DVD kompilasi siri Glee (season 1- season 2)
7) Walk-in closet
8) 2 pasang suit Ted Baker (Dark blue and dark brown)
9) DVD kompilasi siri Friends (season 1 -season 10)
10) Semua siri novel Hlovet

Nombor satu itu tidak lah sangat diperlukan oleh aku. tapi kadang kadang aku sedikit rimas bila orang tanya aku pukul berapa dan aku kena keluarkan handphone untuk tengok jam. Jadi kalau aku ada jam tangan, maka tak perlulah aku seluk poket untuk keluarkan handphone. Tapi kebarangkalian untuk aku melihat kearah tangan itu belum pasti lagi kerana melihat jam di telefon seperti sudah jadi habit aku. tapi aku tak kisah kalau kamu mahu berikan jam tangan sebagai hadiah hari jadi. Tissot sound good ^^



Aku sebenarnya sangat mahukan semua product apple. Sebab itu lah aku senaraikannya di nombor dua itu. Teringin sebenarnya mahu memakai telefon pintar Iphone tu. aku nak beli sendiri memang tak mampu maka aku tunggu ajelah sape sape yang nak hadiahkan pada aku. kalau nak bagi Ipad pun boleh jugak. Kecil tapak tangan menara KLCC hamba tadahkan…



Nombor tiga itu aku sangat perlukan kerana telefon yang aku pakai ni sudah tidak boleh menaip mesej. Maka siapa siapa yang ada text aku beberapa hari lepas tu aku mintak maaf la. Handphone aku rosak. Maka itu lah aku perlukan handphone baru. Ini juga sebenarnya salah satu pilihan pada mereka yang seperti tidak mampu untuk menghadiahkan aku Iphone, maka boleh lah hadiahkan handphone baru pada aku. lagi lagi pada siapa yang suka sangat nak mesej aku tu. kalau nak aku reply maka bagi lah handphone baru sebijik kat aku. oh ya, kalau boleh aku nak try pakai handphone flip pulak. Teringin nak pakai, lagipun aku nampak orang yang pakai hendphone jenis flip ni nampak macam kool je bila diorang flip out telepon diorang masa nak jawab call. So, belikan satu untuk aku eh? Tak payah bungkus cantik cantik pun tak pe. HIHI

Nombor 4 sampai 6 itu kamu boleh pilih sebenarnya. Sama ada mahu bagi yang nombor empat, atau nombor lima atau pun nombor enam? Pilih lah nak bagi yang nombor berapa. Atau kamu mahu bagi ketiga tiga sekali? Ouh, lagi lah aku menghargainya. Well, aku sebenarnya sudah ketagih dengan semua siri berkenaan sebab tu aku mintak kamu hadiahkan. Walaupun aku sudah menonton hampir semua episode siri-siri berkenaan itu melalui online tapi kebarangkalian aku mahu menonton lagi itu besar. Jadi takkan la aku nak online semata mata mahu menonton siri berkenaan, kan? maka kalau kamu bermurah hati mahu menghadiahkan siri siri kompilasi itu kepada aku, aku memang sangat menghargainya.




Aku mahukan yang nombor tujuh itu bersebab sebenarnya. Baju baju aku sebenarnya terlalu banyak sampaikan aku kena pack didalam beberapa plastic hitam untuk menjimatkan space. Maka pada siapa siapa yang bermurah hati tu boleh lah design satu walk-in closet kat dalam bilik aku. lagipun aku tengok kat dalam cerita orang putih, kalau ada walk-in closet ni baju-baju akan dapat disusun dengan lebih kemas. Maka tidak lah bersepah baju aku kat dalam plastic hitam, sampaikan ada orang tanya samada aku nak derma atau tidak baju aku yang didalam plastic hitam itu. Ia memang dibungkus begitu tapi ia bukan untuk diderma, malah ada sebahagian baju yang didalam palstik hitam itu tidak digunakan lagi. Lagipun pakaian aku kebanyakkan seluar pendek, terasa bersalah pula mahu mendermakan seluar pendek yang menampakkan aurat itu pada orang lain. Tak pasal pasal bertimpa timpa pulak dosa aku.



Aku sebenarnya sukakan produk ted baker, terutama sekali suit yang direkanya. Oh, sebenarnya juga senarai nombor lapan ini ada kena mengana dengan nombor empat. Well, didalam siri How I met your mother, Barney selalu pakai suit, dan aku tengok orang yang pakai suit ni nampak kemas. Maka, aku teringin sekali mencubanya. Kalau kamu mahu tengok aku jadi kacak dan kemas dan segak, maka jangan takut untuk menghadiahkan suit ted barker ini kepada aku. nanti kalau ada orang puji aku segak dengan mengenakan suit boleh lah aku jual nama kamu, aku akan cakap begini, “Saya tidak akan nampak segak tanpa suit yang dihadiahkan oleh sipolan ini,”… dan oh ya, sengaja aku letakkan warna yang aku inginkan, aku tidak mahu kamu pilih warna yang aku tidak berkenan takut nanti orang ingat aku ini dR Romzey pulak kalau mengenakan suit yang berwarna ceria seperti pink dan hijau terang. Nanti bolehlah aku pakai suit ni masa hari isnin, mesti orang fikir aku mahu join MPP. Aduh, malu pula.



Senarai yang kesembilan ini aku memang sangat mahukan kerana aku memang peminat setia siri friends. aku start tengok siri ni masa aku darjah 6. tapi masa tu siri ni dah masuk musim kelapan. aku cuba nak tengok siri ni secara online tapi tak ada pula. maka aku sangat menghargai kalau ada sapa sapa yang sudi bagi aku kompilasi siri ini. ouh, aku suka Chandler dalam siri ni. dia sangat funny. ^^





Aku senaraikan yang nombor sepuluh tu sebab aku ni gemar membaca. Dah aku sengaja letakan novel Hlovet supaya senang kalian beli. Lagipun harga novel melayu lebih murah dari novel antarabangsa. Dan novel melayu satu satunya yang aku layan ialah Hlovet. Maka tak salah kalau kamu hadiahkannya pada aku. ish… malu pulak asyik meminta minta ni.



Dan sebenarnya, banyak yang aku nak senaraikan tapi takut kamu kata aku ni terlalu demand pula. Maka senang cerita kamu bagilah hadiah yang kamu rasa ikhlas kamu mahu beri. Tapi jangan lah bagi megi kari pula sebab aku dah pernah dapat hadiah sebegitu. Kalau kamu rasa mahu buat parti terkejut untuk aku jangan bagitahu aku ya, nanti tak terkejut pula. HEHE. Oh, hampir terlupa, kalau ada siapa siapa yang boleh bagi produk yang boleh menjadikan badan aku seperti Billy Jeffry lagi aku hargai. HIHI

Ada orang tanya aku, “apa yang kamu wish semasa kamu tiup kek hari jadi kamu?” aku tiada jawapan untuk itu. Sebab aku tidak pernah rasa pengalaman sebegitu. Tapi kalau ada orang tanya aku, “apa hajat kamu semasa hari lahir kamu?” aku akan jawab

“I hope I can blow out the candle on the top of the birthday cake that has my name on it,”

-selamat ulang tahun kelahiran yang ke-21 Ali Zainal Abidin-

Yang penting kamu doakan aku panjang umur, itu lebih baik ^^

.

5 comments:

hamizah adam said...

amboi. suka ek birthday lee min ho sama ngan kau. AHAHA. alert korean jugak ke?

pinkguava said...

haruslah peah oi.. hahahaha... aku mmg minat k-pop pon. hihi

5H1d4 said...

happy birthday ali dan jugak minho...hehhehe...smg sentiasa happy..:))

hamizah adam said...

seriously, kau minat k-pop? i mean like SERIOUSLY? kalau cani, ade geng laa... :D

pinkguava said...

aku memang minat gila gila la. hahahaha. aku pon tak sangka aku boleh minat... hahahaha :D