Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Monday, April 4, 2011

kau ingat kau sorang je boleh update pasal anugerah bintang popular? aku pun boleh la. aku siap tengok abp dengan astro byond tau. kau hado?

errr... tadi tengok abp. tapi sebelum nak tengok tu memang kena berhempas pulas nak betulkan arial lah... hampeh tol. aku tak tau lah tv kat umah ni memang anti dengan tv3 kot. tv3 ni tak pernah elok. aku pun tak paham. ni yang rasa nak pasang astro byond ni.



tapi setelah bertungkus lumus letak arial tu sana sini maka siaran untuk tv3 tu pun elok lah. nak tau rahsianya? kami buat astro sendirilah. LOL


klik untuk ereksi yang lebih sempurna

sila abaikan perabot ikea yang kami gunakan itu. biasalah rumah bujang kan.... tapi memang betul lepas je letak kotak rokok jenama astro (asal la ada jenama rokok ni. aku pun tak paham) tu kat celah celah arial tv tu maka elok pulak tv3. memang agak clear lah. kalah astro byond tau. 

oh ya... by the way. abp kali ni memang best. dengan zizan yang lawak. oh ya, suke persembahan siti tu. i lioke... dan tak lupa tahniah kepada pemenang. buat shaheizy sam. tahniah. aku selalu undi kau tapi aku tau aku takkan dapat kereta yang kau menang tu. nak buat macam mano. penat tau undi tu. habis duit beli paper. ingatkan kau nak kasi lah reflesia tu kat aku ke? tapi hampeh je. kalau aku tau baik aku undi rabbani. kalau diorang menang dapat jugak la aku pakej umrah ke haji ke. ye dak? 


pssstt... gelak guling guling masa usop wilcha datang tu. memang lawok la kome ni. awok suke.

No comments: