Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Wednesday, June 15, 2011

SOULMATE (part 4)



Kondominium Seri Hartamas

“Dan kau boleh tak jemput aku?”

“Sorry la. Aku memang tak boleh nak buat apa. Benda ni tiba-tiba je tau. Semua ni rancangan mak aku dengan mak Haikal,”

“Oh My God! Kau pregnant?” Shima pantas meneka yang bukan bukan. Perut Lily diraba sedikit.

“Gila ke apa kau ni?” Pantas Lily menepis tangan Shima.

“Dan Haikal terpaksa jadi pak sanggup?” Shima bertanya lagi.

“Shima… bukan la,” aduh… apa kau fikir bukan bukan ni…

“Oh My God. Siapa punya kerja ni? Shafik?”

“Shima lets me finish first. Aku…”

“Kurang ajar punya Shafik. Dasar lelaki tak bertanggungjawab!”

“Shima. Dengar sini betul betul. I am not pregnant and Shafik tak salah apa apa. In fact aku yang dah salah dengan Shafik,” Lily sudah separuh menjerit menerangkan pada Shima.

“Oh. Tak eh? Sorry aku overreact tadi.” Shima tersipu malu.

“Ni semua idea mama aku. Aku terpaksa ikut je. Lagi pun mama aku dengan mak haikal tu kawan baik,”

“Yelah, aku tau tu. Tapi kau macam mana? Kau tak terseksa ke hidup macam ni? Haikal takpe dia lelaki, dia boleh kahwin lagi dengan oaring lain yang dia lebih sayang. Tapi kau? Takkan kau nak hidup dengan orang yang kau tak sayang sampai mati,” Shima menunjukkan rasa kasihan.

“Siapa kata aku tak sayang dia? Aku sayang dialah aku ikut idea mak dia tu,”

“So, kau cintakan dia?” Shima menduga.

“Tak. Maksud aku aku sayangkan dia sebagai kawan baik aku. Kau tau kan dia dengan aku berkawan dari kacik lagi. Dia bestfriend aku. Mak dia pun dah macam mak aku. Aku tak boleh kata tak,” sedikit keluhan kadengaran dari hujung kata-kata Lily.

“Habis tu. Macam mana sekarang?”

“Aku tak boleh kata apa sekarang. Biar lah masa yang menentukan,”

“Kau sure kau tak cintakan dia?” Shima sudah main teka-teki dengan Lily. Senyumnya ditaril menampakkan ulas lesung pipitnya. Sengaja mahu menyakat Lily.

“Entah lah. Aku just sayangkan dia sebagai kawan baik aku,” apa Shima ni tanya aku macam ni? Ke memang aku dah tangkp cinta dengan mamat playboy tu? Eh, simpang malaikat 44.

“Kalau macam tu kau mintak cerai je lah,” Shima memberi idea.

“Ha? Kau gila? Mengamuklah mak aku nanti,”

*****

Marriot, Putrajaya

Kerusi Lily ditarik kebelakang. Kemudian kerusi itu disorong masuk selepas Lily duduk diatasnya. Lily sedikit hairan sebenarnya. Tapi dibiarkan sahaja. Apasal romantic gila dia malam ni? siap nak belanja aku makan kat hotel lagi. Musykil ni. kemudian Haikal duduk dikerusi yang bertentangan dengan Lily. Dia tersenyum seperti biasa. Ulas bibirnya yang berlesung pipit itu menampakkan kekacakkannya. Lantas seorang pelayan datang membawakan menu. Si pelayan beredar sementara menunggu mereka berfikir tentang apa yang mahu dimakan.

“So, you nak makan apa. You jangan risau I yang belanja,” Haikal bertanya sementara Lily membuka menu.

“Look, Carl kalau you nak buat adegan playboy you tu tak payah la dekat I,” Lily sudah mula rimas. Dengan aku tak payah la nak bajet romantic. Tak jalan la.

“Eh, you tak tahu ke? I layan perempuan semua macam ni,” jawab Haikal sambil membelek menu.

“Okay now just drops the subject. So, sekarang you nak I tolong apa?” Lily sudah dapat menangkap apa yang Haikal mahu. Nak mintak aku tolong lah tu. kalau tak takdenya baik macam ni punya gaya.

“You ni ada-ada pulak. Dah la you nak makan apa?” adeh… dia tau la pulak aku nak mintak tolong.

“Since you nak belanja I, hurm… let me thinks, meatball Bolognese sound good. Ouh ya, lamb chop ni pun macam sedap. Nak makan apa ya? I nak dua-dua lah,” sengaja Lily mahu menduga Haikal. Kau nak belanja aku kan? aku order la banyak banyak.

“You ni makan ke melantak?” Haikal bertanya sambil mengangkat tangan memanggil si pelayan.

“Suka hati I la. Perut I kan,” Lily menjawab. Si pelayan pergi selepas mengambil pesanan.

“So, you nak mintak I tolong apa?” Lily bertanya sambil mencicip air kosong yang memang tersedia diatas meja.

“I just kenal perempuan ni. Nama dia Intan…,” Haikal memulakan bicara.

“So, nama perempuan yang you bawak Mid Valley hari tu Intan?”

“You jumpa dia?” Haikal kehairanan.

“Naa… proceed,” Lily malas mahu bercerita.

“So, the thing is, dia nak jumpa ibu I,”

“So, bawak je lah dia pergi jumpa ibu. Apa masalahnya?”

“Lily… nanti apa kata ibu I? Kan I dah kahwin,”

“Oh… sekarang baru you sedar yang you dah kahwin,” sengaja Lily memerli Haikal.

“You jangan la nak peril I. I memang nak bawak jumpa ibu. Sebab I rasa she’s the one,” Haikal tersenyum yakin. Lily hanya tersengih.

“She the one? So, macam mana dengan she’s the one Sara dulu? Oh ya, she’s the one Mira? Dan macam mana dengan she’s the one Amanda? Atau you dah lupa dengan she’s the one Nora? Now you nak cakap she’s the one Intan pulak? Carl, please la stop mainkan perasaan perempuan,” Lily memerli Haikal lagi. Dia sudah letih sebenarnya melayan sikap playboy Haikal.

“Lily… you nak tolong I ke tak ni?”

“I nak kena buat apa?”

“You pujuk ibu I. You kan baik dengan dia,” Haikal mengharap. Tangan Lily digenggamnya tanda memujuk.

“No big deal. Lagipun boleh la I dapat payung emas kat syurga nanti kan?” sengaja Lily mahu memerli Haikal lagi sambil cuba menraik tangannya dari genggaman Haikal. Dah tu apa lagi? Lepas la tangan aku ni.

“You ni…,”

“You ni apa?” belum sempat Haikal bersuara, tiba tiba satu susuk tubuh muncul disebelah mereka.

“Hey Intan… what are you doing here?” tangan Lily pantas dilepaskannya. Pantas tangan sigadis itu pula yang sambut.

“And what are you doing here?” gadis bernama Intan itu pula yang bertanya. Muka nya merah. Menahan marah sudah pasti.

“I have dinner dengan kawan I. kenalkan ni kawan I, Lily. Lily, ni Intan,” Haikal memperkenalkan mereka berdua. Lily menghulurkan tangannya tanda mahu bersalam. Tapi ternyata salamnya tidak disambut.

“You memang selalu pegang tangan kawan you macam tu ke?” Intan memerli.

“Saya rasa cik dah salah faham ni,” Lily bersuara bila dilihat suasan makin tegang.

“Kau diam lah perempuan. Kau tau tak Haikal dah janji nak kahwin dengan aku. yang kau menggatal dengan dia buat apa?” Intan menghamburkan kemarahannya. Lily cuba bertenang. Sabar Lily. Dia tengan marah tu. Api tak boleh lawan dengan api.

“Look cik Intan. Saya rasa…”

SPLASHHH!!!

Belum sempat Lily menghabiskan kata-katanya, mukanya disimbah dengan air masak dihadapannya. Haikal tampak tergamam. Lily masih berdiam. Nampaknya si api pulak yang dah mula menyimbah air pada air. Orang ramai yang berada disitu mula menjengah. Perempuan ni dah melampau. Apa dia ingat muka aku tandas awam ke dia nak main simbah-simbah?

“So awak nak kahwin dengan dia?” Lily bertanya. Intan diam menahan marah.

“Kalau saya cakap saya ni isteri di macam mana? Awak masih nak kahwin dengan dia ke?” Lily bertanya lagi. Intan menampakkan wajah kehairanan. Lily sudah marah benar nampaknya. Perempuan ni memang patut diajar.

“To be clear, saya ni isteri kepada lelaki yang bakal awak kahwin. So, awak rasa air tu patut ke muka saya ke muka awak?” kau kurang ajar dengan aku kan? memang siap lah.

“Sayang… apa ni?” Intan mula mengadu pada Haikal sambil meminta kepastian.

“I can explain this,” hanya itu yang mampu diucapkan Haikal. Dia masih tergamam dengan tidakan Intan menyimbah air kemuka Lily sebentar tadi.

“Dah la… I pening la,” lantas Intan meninggalkan mereka. Kecewa dan marah bercampur aduk. Sehingga dia terlanggar sipelayan yang datang mahu menghantar pesanan ke meja Lily dan Haikal. Makanan berterabur dilantai. Tanpa kata maaf dia meninggalkan kawasan restoran mewah itu.

“Lily, I am so sorry,” Haikal memohon maaf sambil menghulurkan sapu tangannya. Dia sudah tidak tahu mehu buat apa.

“She’s the one huh?” Lily memerlinya sambil meninggalkan Haikal keseorangan. 

...bersambung

4 comments:

hamizah adam said...

i love the SPLASSHHHH! ahaha. nice... :)
so dramatic. i likee.

pinkguava said...

hahahaha... actually aku tak tau bunyi org simbah air cemana.. keh3

shida.arh said...

baik punyer....pandai ali karang cerita nih...boleh jadi penulis novel yg terbaik satu hari nanti..:))

pinkguava said...

thanks shida.. doa doakan la eh.. hihi. aminnnn