Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Sunday, July 31, 2011

review filem Captain America : The First Avenger




tadi aku tengok cerita Captain America. ouh, aku tak mahu tengok pun sebenarnya. tapi sebab ada orang mahu belanja aku ikutkan aje. aku memang tak boleh tolak benda benda percuma ni. rasa macam menolak rezeki yang telah dikurniakan oleh yang maha Esa. aku menonton ketika waktu habis waktu pejabat. sekitar pukul 2 aku dah dijemput oleh Steve.

"you tak kerja ke?" tanya aku selepas masuk dalam kereta beliau.

"it's sunday okay," kata beliau ringkas sambil menyedut asap rokok sebelum dicampakkan puntungnya keluar tingkap.

kereta beliau menderu ke arah Bandar Kajang. sampai di Metro Kajang, orang ramai dah berpusu pusu masuk kedalam panggung yang tidak seberapa itu. panggung kat Metro ni memang tidak sebesar mana. hanya ada dua hall je. tapi cukuplah untuk budak budak sekolah di Kajang ni masuk untuk membuat maksiat kali terakhir sementelah esok telah mula berpuasa. tiket pukul 2.20 maka sebelum itu aku dan Steve telah sempat ke Mekdi dan membawa masuk Bigmac secara haram kedalam panggung.

masuk panggung dalam pukul 2.30 tapi tidak mengapa, iklan masih berleluasa semasa masuk. cuma sedikit berkecil hati dengan terpaksa bertegang urat dengan segerombolan budak sekolah yang mengambil seat kami. Steve dah start nak marah, tapi aku sabarkan beliau. kami terpaksa mengambil tempat lain. tapi hati masih sedikit panas dengan budak budak tadi.

suasana panggung agak gelap. sudah semestinya, panggung mana yang terang? nak buat dosa pun terasa bersalah nanti. panggung memang agak lenggang. mungkin ramai yang mahu menonton di panggung yang lebih selesa seperti di Mid Valley sementelah hari ini cuti. kalau tak cuti mesti panggung ni lah yang ramai dengan budak sekolah berpakaian seragam.

eh, ni review movie atau review panggung? baiklah disini aku senaraikan 10 pandangan aku mengenai filem ini.

1) kamu akan tertanya tanya macam mana badan Chris Evan dimekapkan. i mean sebelum dia jadi kapten amerika tu badan dia kurus kering, lepas tu badan dia berketul ketul kau.



2) aku kerap kali terbayangkan Chris Evan tu human torch dalam fantastic 4. aku tak tahu lah kamu macam mana.

3) aku kira captain america merupakan superhero paling patriotik pernah aku jumpa. mana kau nak jumpa Cicak Man pakai baju jalur gemilang?

4) filem yang bersih tanpa sex scene. maka kau boleh suka suka tengok dengan anak beranak kau tanpa malu tanpa segan. mungkin kamu akan lebih segan pada pasangan yang membuat onar di couple seat.

5) boleh tengok secara 3d. tapi aku tak mampu. kau mampu kau tengok la.

6) Bigmac memang sedap dimakan dalam suasana gelap. err... cuma sejuk dek aircon la.

7) aku masih terbayangkan Hugo Weaving dalam V for Vendetta walaupun muka dia dicat merah.

8) aku baru tau yang Howard Stark ialah ayah Tony Stark (Ironman). dan ada sedikit scene dimana ada Tony masa dia kecik.

9) it is all about nazi... sangat 40's okay

10) keluar panggung memang akan terus berlari ke tandas. 

mungkin review ini agak bias sebab movie movie superhero ni memang aku minat. call me freak, i don't care! 

p/s: sedikit menyampah denga Steve, sepanjang tengok cerita ni, dia asyik la cakap, "orang nama Steve ni memang sesuai jadi superhero." tak boleh blah kan statement dia? ciss...



"you just don't know when to give up!" -Steve Rogers/C.A






1 comment:

syazwan tahir said...

nice review...dan suke blog awk..nice. :)

btw klu rajin singgah la kt enciksyazwanpunyablok.blogspot.com