Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Thursday, November 25, 2010

Top 5 golongan yang paling tidak digemari di kolej atau kampus


Assalamualaikum. Again aku bagi salam hari ni. oh, terlupa sesuatu, dan salam satu Malaysia.
tak benci cuma kurang disenangi je
Aku tak tau aku guna tajuk yang betul atau tak kat atas tu. Aku nak letak perkataan ‘tak digemari’ tu dengan perkataan ‘dibenci’ sebenarnya, tapi aku takut banyak pihak yang terasa. Dan aku nak letak ‘tak disukai’ jugak sebenarnya tapi perkataan tu dah macam biasa je. So, aku letak lah perkataan ‘tidak digemari’ tu. Nampak macam kool sikit kan? In fact, aku tak sure maksud perkataan ‘digemari’ tu apa sebenarnya. Tapi lantaklah kan? Aku pedulik ape. Yang penting aku rasa perkataan tu kool. So, who cares?
Aku ni kalau tak terus kepada topic memang tak boleh agaknya. Mesti nak melencong dan bebel-bebel dulu. So, now we move on kepada topic asal. Yes, golongan yang paling kurang digemari di kolej atau kampus. Aku bukan nak suruh kau benci golongan-golongan ni. tapi, biasanya golongan-golongan macam ni la yang paling kurang digemari. In fact, selalu dikutuk-kutuk dan dipersendakan. Oh, aku suka perkataan ‘dipersendakan’ tu. Nampak kool kan? Well, well, well, aku realize banyak sebenarnya golongan atau group yang tidak digemari oleh pelajar. Tak kira lah pelajar sekolah, kolej atau university. Antaranya :

Geng serba biru
the guardian
Atau lebih glamer di panggil pak guard dan mak guard. Aku baru dapat tau yang pakaian seragam bagi pengawal keselamatan di seluruh Negara ialah warna biru. Yes, blue. That why aku gelar diorang ni geng serba biru. Tak kisah lah korang gelar diorang ni apa. Pak guard ke, geng serba biru ke, geng saman-menyaman ke, geng jaga pagar ke or apa-apa aje lah. Oh, aku terlupa, kalau kat uitm Kelantan ni, kitorang tak boleh panggil diorang ni pak guard. Kena panggil pegawai keselamatan. Ntah pape kan? I mean diorang dipanggil pegawai instead of pengawal. Sedangkan kerja diorang ialah mengawal bukan mengawai. Betul ke mengawai? Tak kisah lah. Tapi kau tergamak ke nak panggil seorang pengawal(guard) sebagai pegawai(officer). Memang tak lah. Tak kisah lah. Apa-apa pun diorang ni memang paling dibenci dikalangan pelajar. Aku tak tau kenapa diorang ni paling dibenci student. Ye la kan, diorang ni just menjalankan tugas diorang je. Yes, aku kurang faham kenapa diorang dibenci sangat sampailah suatu hari. Satu hari tu, entah apa punya malang nasib aku, ada seorang pak guard ni boleh suka-suka hati je saman aku. Mungkin pak guard ni mabuk minum todi malam tadi kot, sampaikan dia boleh suka-suka je saman aku. Dengan alasan aku pakai seluar koyak. Yes, jean yang aku pakai tu memang ada koyak-koyak sikit, tapi bukan lah koyak rabak pun, it just carik-carik yang dibuat oleh si tukang jahit tu sebagai hiasan kat seluar jean aku tu. I mean, aku dah pakai jean yang sama tu hampir 2 tahun, takkan dia baru perasaan kot. Jean tu aku pakai hampir setiap hari dan hari-hari la aku lalu lalang kat pos pengawal tu. Tak kan selama ni dia tak perasaan kot. Dia ni memang suka carik salah orang je. Sakit hati je. Nak tau pak guard mana yang saman aku tu? Oh, maaf, maksud aku Safety Officer yang saman aku tu. Nak tau tak? Ala… abang yang gemuk-gemuk yang selalu pakai ray ban tu. Hee… sakit hati bila jumpa Safety Officer tu. So, geng serba biru mendapat tempat pertama sebagai golongan yang paling dibenci oleh pelajar. Tahniah!!

Geng surau
muslimah sejati
Atau pun lebih dikenali sebagai geng ana-anta, atau pun geng jakim wannabe, tak pun geng imam muda, dan juga sering dikenali sebagai geng tarbiah. Kadang kadang sering juga di kenali geng kopiah-serban dan geng tudung labuh. Juga sering dikenali sebagai geng qiamulail atau geng tahajud, atau pun geng bangun malam. Tak kisah lah apa-apa pun yang korang kenali diorang ni, tapi memang mengikut kata survey diorang ni memang sangat kurang disenangi dan kurang digemari oleh kebanyakkan individu bergelar pelajar. Mengikut kata kebanyakkan orang, diorang ni kurang disenangi bukan sebab apa, tapi kadang kala diorang ni macam terlalu taksub dengan diorang punya tarbiah tu. Ye lah, sapa tak marah kalau tengah-tengah malam, time orang nak study suka-suka hati je ketuk pintu bilik ajak orang pergi surau la, mari berqiamullail la, ingat dosa pahala la, tutup aurat la, bla-bla-bla, syurga neraka la, bla-bla-bla and all diorang punya Islamic things tu. Aku tau betapa sakitnya dibenci orang bila berada didalam geng ini. Aku dah pernah rasa dah perasaan dibenci orang tu. Entah la, aku pun tak tau apa punya baik ntah aku ni sampai seorang abang senior kat sekolah aku dulu lantik aku sebagai badan dakwah kat sekolah aku dulu. Yes, pada siapa yang tak tau aku dulu pernah jadi salah seorang badan tarbiah kat sekolah aku. Masa tu form one, aku tak tau macam mana aku boleh dilantik. Mungkin si abang senior tu macam nampak ciri-ciri malaikat tu dalam diri aku. Tapi dia tak tau aku punya jahat sebenarnya. Tapi sekejap je aku join badan tarbiah ni. tak sampai setahun pun. Yelah, aku rasa bersalah sebenarnya. Mana taknya aku ni punya lah setannya, tiba-tiba nak pergi ajak orang qiamulail la, bla-bla-bla, dosa pahala, bla-bla-bla, syurga neraka, bla-bla-bla. So, aku pun ambil kata putus untuk meletakkan jawatan. Aku ingat lagi apa aku jawab masa aku nak letak jawatan tu, “ana belum bersedia lagi nak memikul tanggujawab ni. berat tanggungjawab ni. ana tak nak tanggungjawab ana dipersoalkan diakhirat kelak”. Perghh… skema gila la wa cakap sama lu. Lepas je keluar dari badan tarbiah tu. Apa lagi, tumbuh tanduklah.

Geng sissy lemah gemalai
mak tak suka nyah...
Pondan, bapok dan mak nyah juga sering menjadi gelaran kepada golongan ini. Kadang kala diorang ni juga dikenali sebagai geng lorong haji taib, geng ziana zain wannabe, geng the next top model, geng tarian dan juga geng lelaki make-up tebal. Aku rasa aku dah guna bahasa yang mudah untuk kau faham kan? Kebiasaannya golongan ni terdiri daripada budak-budak tarian la. Well, biasalah kan, diorang punya badan kan liang-lintuk so senanglah nak menari-nari segala bagai ni. diorang ni bukanlah tak digemari sebenarnya, cuma kadang-kadang orang menyampah dengan diorang ni. orang biasanya meluat dengan diorang punya habit yang kadang-kadang jalan melenggang, pastu kalau duduk bersembang mesti tangan diorang gatal nak pegang itu lah, nak raba ini lah, cubit sini lah, tampar sana lah. So, rimas lah kadang-kadang tu. Diorang ni biasanya tak digemari oleh golongan lelaki lah. Lelaki sebenarnya jeles dengan diorang ni, mana taknya, geng ni kalau dengan budak perempuan selamba je nak pegang tangan lah, nak ambil gambar rapat-rapat la. So, golongan lelaki sejati ni jeles lah. Mana taknya, lelaki-lelaki sejati ni boleh ke selamba je buat camtu kat peremouan? Memang tak la. Walau pun lelaki ni tak suka kat golongan ni tapi diorang amat disukai oleh budak perempuan. Diorang ni apa jenis barang perempuan semua diorang tau. That why perempuan suka berkawan dengan diorang ni. Cuma, kadang kala diorang ni mulut celupar sikit la. Suka-suka hati nak mencarut segala macam, tu yang orang kurang berkenan tu. Tapi, diorang ni sebenarnya hati baik. Dan kadang-kadang diorang ni kelakar juga.

Geng the next wakil rakyat
gambar sekadar hiasan
Dalam erti kata lain diorang ni juga dikenali sebagai MPP, pengawas university, geng pancing undi, geng belajar rasuah kecil-kecilan, geng yang dah menang pilihanraya tak reti nak tunai janji, geng selami hati rakyat dan apa-apa aje lah yang ada kaitan dengan mereka yang kononnya menguruskan kebajikan mahasiswa ni. seriously aku cakap aku tak percaya sangat pada orang politik. Mungkin disebabkan ketidakpercayaan aku pada orang-orang politik ni lah menyebabkan geng-geng yang baru nak belajar berpolitik ni menjadi mangsa ketidak gemaran aku. Well, frankly speaking aku ada ramai kawan yang jadi wakil mahasiswa ni. dan biasanya aku cakap terus-terang kat diorang yang aku kurang berkenan kalau diorang jadi MPP ni. ye, nanti masa kitorang akan terhad. Dia mesti sibuk dengan dia punya keja amal la, so dia akan mula menjauhkan diri dengan kawan dia. Tapi aku tak kisah lah. Yang penting diorang ni still anggap aku kawan, and why not aku bagi sokongan kat diorang yang memang minat berpolitik ni. mana tau ada kebaikan kat aku. So now, let put the friendship aside. Aku bukan lah tak suka sangat kat diorang ni, cuma diorang ni just pandai tabur janji je. That why aku panggil diorang ni the next wakil rakyat. Well, kau tau kan wakil rakyat, masa nak dekat pilihanraya baru lah nampak batang hidung. Nak bina jambatan la, bina jalan raya la, kemudahan air bersih lah, kemudahan elektrik la, and bla-bla-bla. Sama lah macam si wakil mahasiswa ni, masa nak pilihanraya baru lah nak kemas system pembelajaran la, nak selesaikan masalah parking la, kolej kediaman lah, masalah pak guard mengorat mahasiswi la, tapi lepas pilihanraya? Tok sah cakap lah. Buat bernanah hati je. Diorang punya manifesto punyalah tinggi melangit tapi akhirnya janji tinggal janji.Tu belum cakap pasal diorang punya rasuah gula-gula dan coklat suruh undi dia. Oh… hati membeku mengingatkan, kata janji manismu…. lalalalala
Geng anak emas lecturer
four flat
Mereka juga dikenali sebagai geng  4 pointer, geng study malam, dan juga geng dekan. Diorang ni bukan lah tak disenangi cuma kadang-kala tu macam menyusahkan sikit lah. Well, banyak kawan-kawan aku yang tergolong dalam golongan cerdik pandai ni. so, again… let put the friendship aside. Aku bukan apa, kurang berkenan sikit lah dengan diorang ni. dan ya, kadang-kadang agak cemburu dengan diorang yang boleh rapat dengan pensyarah. Well, kalau kau rapat dengan pensyarah kau akan boleh suka-suka je dapat markah tinggi dalam all the quizzes and tests. So, ni yang lemah ni. kadang-kadang tu time kau tengah lupa nak study untuk quiz and test dan hanya sempat study last minit je, dan pada masa yang sama si pensyarah ni pun boleh buat tak ingat je nak buat that quiz and test, tapi bila masa nak abis je mula la dengar suara dari golongan ni yang berbunyi, “err… miss, tak jadi quiz ke hari ni?”. oh, giler bengang la. Tu belum lagi dengan diorang punya tabiat yang suka kira carry mark supaya boleh dapat A masa final. Hurm…
Apa-apa pun just be what you are lah kan? Aku ni bukan sape-sape yang boleh ubah tabiat seseorang tu. Well, cuma aku nak bagitau lah, apa yang aku tulis tu just pendapat aku je. Dan aku saja tulis ala-ala sarcastic sikit agar orang tak mudah amek hati. Jangan amek hati lah. J
p/s: rasa macam nak makan lamb chop dekat paparich…

5 comments:

shida.arh said...

hahhahahha...org utan jadi pak guard...well, saya pon benci geng serba biru...huhuhu...kadang2 diorang menjengkelkan..

Anonymous said...

saya xbrape gemar geng dekan yg kerek.mcm diaje pndai.huhuhu

Fara Adila said...

warghh..gler berdendam ko ngan geng serba biru..i like..

pinkguava said...

shida,, tau pon.. dia saman sebab sekuar koyak tu memang tak boleh diterima lah...

aien,, betul tu... i mean, macam dia je yang boleh tarik perhatian lecterur...

dila,, dendam memang dendam la... dah lama angin satu badan nih.. hahaha

cikpuanyuz said...

hahaha...sayang pak guard kerana dah bagi surat saman...syg sgt2..terima kasih pak guard (tgn kat dada,mata pandang atas)