Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Friday, July 15, 2011

SOULMATE (part 6)



Restoran Rebung, Bangsar

“Jangan tengok I macam tu boleh tak? It’s freaking me out,” Haikal bertanya apabila dilihatnya Fakhrul menjelingnya.

“You yang freaking me out. You boleh tak bagitahu I yang you dah kahwin? Kawan apa you ni?” Fakhrul sudah seperti menjauh hati. Makanan mereka telah lama habis. Dan mereka sekarang masing masing hanya mencicipi secawan kopi sementara menunggu waktu rehat tamat.

“Sebab nanti I tahu you mesti gelakkan I,” Haikal buat muka. Fakhrul sudah tergelak besar.

“See… told you,” haikal menyambung lagi.

“Sorry dude. You bukan tak tahu, I tak sangka playboy macam you akhirnya boleh sangkut dengan kawan baik sendiri,” Fahkrul masih bersisa gelaknya.

“It was a mistake okay. My mom dengan her mom tought we are dating each other. Sebab tu mak I pandai pandai je masuk meminang Lily tu. In fact I tak pernah ada perasaan pun kat dia sebelum ni,” Haikal menerangkan lagi.

“Sebelum ni you memang la tak da apa-apa dengan dia? Tapi sekarang ni macam mana?” Fahkrul bertanya lagi. Haikal diam seribu bicara.

“Entah la. I tak tahu macam mana nak cakap. Dulu masa kitorang bergaduh sampai seminggu tak bercakap, I rasa macam hilang sesuatu je. I miss her. Entah la, you rasa macam mana?”

“Macam mana apa?”

“Ye la you rasa, normal ke kalau I ada hati kat dia?”

“You ni cakap maca dia tu lelaki pulak. Dah perempuan dengan lelaki kalau jatuh cinta tu normal la,” Fakhrul menghirup sekali kopi yang masih bersisa.

“Tapi… I macam tak sure la,” Haikal bersuara perlahan. Matanya dibawa keluar restoran. Sekadar melihat orang ramai yang berlalu pergi sementelah waktu rehat sudah hampir tamat.

“You tak sure apa?” Fakhrul bertanya lagi.

“Entah la. Ah, forget it la. You ni banyak pula tanya i. You bila nak kahwin?” Haikal sengaja mengubah topic bicara. Malas nak layan Fakrul ni.

“I tak pe. I muda lagi. Eh, since you dah kahwin kan, apa kata you bawak wife you tu masa majlis untuk kompeni kita hujung minggu ni?”

“I tak tahu la. Kalau dia nak ikut I okay je,”

“Dia mesti nak ikut la. Bawak tau, boleh you kenalkan kat semua staff. lagipun majlis tu untuk you kan. mesti la nak rai dengan isteri” Fakhrul bercanda mengingatkan Haikal sambil bangkit dari kerusi. Haikal turut bangun. Dan, Restoran Rebung mereka tinggalkan.

*****

Kondominium Seri Hartamas

Pintu utama dibuka dari luar. Lily yang dari tadi tertumpu pada kaca televisyen berpaling ke pintu utama.

“Awal you balik,” Haikal menyapa selepas meletakkan kasutnya didalam rak kasut.

“I ada meeting kat Damansara tadi. Terus balik. Malas nak patah balik ofis,” Lily menjawab selamba.

“Apa tu?” Lily bertanya lagi apabila dilihatnta Haikal membawa beg kertas. Mungkin baru pulang bershopping.

“I beli dress,” Haikal menjawab sepatah. Beg kertas diletakkan disofa bersebelahan Lily. Dia pula kedapur. Mahu meneguk air buat hilang dahaga. Pantas Lily mengambil beg kertas tersebut.

“Cantiknya. You beli untuk siapa. Intan?” Lily meneka sambil membelek belek dress tersebut.

“Untuk you lah,” Haikal melaung dari arah dapur.

“Untuk apa? Birthday I lambat lagi lah,” Lily bertanya lagi. Untuk aku? biar betul? Haikal sudah kembali dari dapur. Lalu dia melabuhkan duduk disebelah Lily.

“I… have a favor,” Haikal menjawab sepatah sepatah.

“Dah agak dah. Kalau tak, takdenya you nak belikan I hadiah kan?” dress berwarna keemasan itu dibeleknya lagi. Cantik.

“Boleh tak?” Haikal bertanya lagi.

“Okay. Tolong apa ni?”

“You teman I pegi majlis untuk firm I nanti,”

*****

Mariott, Putrajaya

“So, here we are again. Mintak mintak I tak kena simbah air dah,” Lily memerlinya.

“You jangan merepek lah. jom,” tangan Lily dicapainya. Dibawa masuk kedalam lif mahu menuju ke dewan dimana majlis akan berlangsung. Lily agak tergamam. Dia pegang tangan aku?

*****

Dewan penuh bercahaya. Pentas dihias cantik. Samar samar Lily membaca apa yang ditulis dihadapan pentas, “Majlis perpisahan”. Ada orang nak berhenti kerja ke? Dia berbisik didalam hati. Tangannya juga masih melekat bersama Haikal.

“So, kat sini rupanya orang yang dirai,” satu suara tiba tiba menegur dari belakang. Lily dan Haikal serentak menoleh.

“hey…,” Haikal bersalam dengan sang punya suara. Kenalan rapat dia barangkali.

“Ken… long time no see. Lepas kalah dengan I untuk projek Alam Flora tu terus tak tegur i. ingat dah merajuk,” Haikal berjenaka.

“so, siapa ni?” lelaki yang bernama Ken itu bertanya perihal gadis disebelahnya.

“Ouh. Have you met my wife? Here she is, Lily. Lily this is Ken, kawan lama I masa kat kolej dulu,” Lily bersalam dengan Ken. Macam tak percaya pula. Dia kenalkan aku sebagai isteri dia?

“Oh god. Kahwin tak jemput i? apa ni bro?” Ken seperti sudah jauh hati.

“Dah, I ingat you masih marahkan I,” Haikal sengaja memprovok.

“Apa la you ni. Majlis malam ni pun Fakhrul yang jemput i. Orang yang dirai tak pulak jemput,”

“Wait, apa maksud you orang yang dirai ni?” Lily mencelah tiba-tiba. kurang pasti dengan situasi sebenar.

“You, tak tahu ke? Majlis malam ni kan sebab nak rai Haikal,” Ken memberitahu. Lily tampak tergamam. What? Majlis perpisahan ni untuk Haikal. Dia nak berhenti kerja ke?

“You tak bagitau wife you ke?” Ken kembali kepada Haikal.

“Well, you ruin my surprise,” Haikal bersuara perlahan seakan berbisik pada Ken.

****

“Surprise huh?”Lily bersuara memerli sambil mengisi pasta yang dihidangkan secara buffet kedalam pinggan.

“I… memang nak bagitahu you,”

“Bila? Lepas Ken bagitau baru you nak bagitahu i?” matanya menjeling sedikit tanda protes. Tapi nada suaranya masih perlahan.

“Look, masa tu I masih belum buat keputusan lagi. Then, Fahkrul pujuk I. dia pun bagi kebenaran kat I nak sambung belajar. So, I rasa tak salah,” Haikal cuba memujuk sambil berjalan mahu mencari tempat duduk.

“That’s it. you dengar cakap Fakhrul la? You kahwin dengan I ke dengan Fakhrul? You memang tak pernah nak jujur dengan I kan?” Lily bertambah sakit hati. Ada ke nak sambung belajar kat London tak bagi tahu aku. habis aku ni dia nak tinggal je kat sini?

“You… i…”

“Sekarang kita akan akan mempersilakan saudara Haikal untuk memberikan sedikit ucapan,” suara dari pembesar suara itu mematikan kata kata Haikal. Aduh, dah nak kena bagi ucapan pulak.

“saudara Haikal akan meninggalkan kita untuk menyambung pelajaran didalam bidang undang undang di London dalam masa terdekat ini. Jadi majlis malam ini sebenarnya untuk meraikannya. Malah, majlis malam ini juga sebenarnya untuk meraikan perkahwinannya yang selama ini beliau rahsiakan,” suara pengacara majlis kedengaran lagi. Lily sedikit tergamam. Dia bagitahu semua orang ke?

“I ikut cakap you. I dah bagitahu semua orang kat ofis I about our marriage. Terpulang lah you nak judge I tak jujur ke apa,” Haikal berbisik ketelinga Lily sebelum dia naik ke pentas.

“mempersilakan, saudara Haikal,”

****
...bersambung

3 comments:

hamizah adam said...

ingatkan dah takmo nak sambung. tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu. AKHIRNYA ada pun. ngeee. ;p

pinkguava said...

hahahaha... dah nak abis dah pon.. rugi plak kalau tak sambung. keh3....

hamizah adam said...

jangan habis mengejut tauu. sayang la... cerita ni sangat best.. macam jadi betul2 pulak. :)