Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Friday, December 3, 2010

Telling you: lima perkara yang perempuan perlu tahu pasal lelaki


there is something fishie

Assalamualaikum.
Perempuan selalu cakap, “I know my boyfie in and out.” Oh, sebenarnya tidak. Kau sebenarnya masih tak tahu banyak tentang balak kau tu. Well, lelaki kind off perahsia jugak orangnya. Dia takkan bagitahu segalanya kat kau in fact kau ialah what-so-ever-that-you-called-soul-mate. So, now aku akan bagitahu lima perkara yang kau patut tahu pasal lelaki. Ya, mungkin ada di kalangan korang dah tahu. Tapi, aku tetap nak bagitahu jugak. So, lets cekidaut.
#1: soccer or you? I choose soccer.

Lelaki akan selalu nya mementingkan bola sepak berbanding teman wanitanya. Dan dia sanggup buat apa saje asalkan dia dapat menonton perlawanan atau bermain bola sepak. Kau merajuk lah macam mana pun, kau tacing la apa cara sekalipun, kau nak bunuh diri sekalipun, kalau dia cakap dia nak tengok bola malam tu, maknanya kau dah diibaratkan tidak wujud malam tu. Lelaki ni, bila ada je kaitan dengan bola, maka perempuan akan jatuh no 2. Girl, remember this, guys boleh hidup tanpa perempuan tapi willing to die for soccer. I tell you what, aku ni bukan lah suka sangat tengok bola, kalau nak main pun kirim salam aje lah. Tapi kalau diberi peluang antara menonton bola dan keluar poya-poya dengan perempuan, aku sanggup menonton bola. Kalau tengok bola we no need to pay any charge, unless lah kau tengok kat mamak. Itu pun kalau kau order air. Yes, nak tengok bola ni free je, nak keluar ngan awek? Oh, sori lah, minyak kereta lagi, belanja makan lagi. Tak kan nak keluar bodoh je kan? Paling koman pun mesti nak tengok wayang. Itu belum lagi dia mintak “oh sayang, teddy bear itu nampak sangat kacak”. Semua yang berkait dengan perempuan ni mesti melibatkan kos. So kau jangan nak kecik hati lah kalau balak kau tak nak layan kau sebab dia nak tengok bola. Tak payah nak tacing-tacing la, sepatutnya kau bagi la jugak sokongan kat team yang balak kau sokong tu. Tak pun teman dia tengok bola kat mamak. Bernas tak idea aku? Bernas kan? Kan? Kan?
#2: do not nagging on me.

Oh. Lelaki memang pantang sepantang pantangnya kalau perempuan yang kuat  membebel. Kajian menyatakan purata perempuan bercakap ialah 3000 pata perkataan sehari. Wow, can you imagine? Setiap patah yang kau cakap tu boleh jadi manuskrip cerpen tau. Tak pun dah boleh lengkap untuk skrip carekarama. Perempuan patutnya less talk than action. Aku tak paham kenapa perempuan ni suka membebel. Membebel benda kecik-keci pulak tu. Dia nak cakap pasal katil tak kemas je tapi entah macam mana boleh melalut sampai ada perempuan lain atau tak? tolong lah. Lelaki ni memang tak suka kalau perempuan membebel. Bayangkan kalau dah kawen, laki punya lah penat balik dari kerja. Balik-balik dah kena hambur dengan sumpah seranah dari wife hanya kerana lupa beli lampin anak. Tu belum lagi dia membebel pasal “nafkah batin” yang jarang dapat sebab suami selalu outstation. Hey, kalau pasal nafkah ni kau tak payah nak bebel-bebel nak ingatkan lah. Lelaki ni tau tanggungjawab dia. Lagi-lagi nafkah batin. Petik jari je. So girls, remember… less talk than action.
#3: stop asking. I do love you.

Perempuan selalu nak tanya, “do you love me?” tak pun,”you sayang I tak?” ni yang perempuan tak tahu sebenarnya. Lelaki ni sebenarnya rimas kalau perempuan asyik tanya macam ni. Dia macam mempersoalkan cinta dia pulak. So, jangan lah selalu tanya. Yes, I do love you. Tak cukup ke? Masa dating nak tanya, masa kat telefon nak tanya, masa sms pun nak tanya, kat fesbuk nak tanya, kat ym nak tanya. Siapa tak rimas? Dan kau tak perlu tanya lah, lelaki ni tau masa-masa yang sesuai untuk ucapkan kata cinta tu. So, kau tak perlulah nak menggedikkan diri nak tanya “sayang, you cintakan I tak?” bajet manja lah tu. Tolong lah. Gedik ada lah. Oh, aku tak tahu definisi gedik tu apa sebenarnya. Tapi kalau kau pernah tengok iklan rejoice yang “nanti rambut kita ada kesan helmet…” ha… tu lah gedik. Aku tak tau la tu gedik atau tak. Tapi mak aku cakap perempuan dalam iklan tu cukup gedik. So, cakap mak aku aku percaya lah. Kau tak rasa menyampah ke dengan perempuan tu? Rasa macam nak hempok je kepala dia dengan helmet sampai mengucap. Oh, perempuan gedik tu dah dapat skrip baru, “nanti kepala kita ada kesan hempokan helmet”. Aku tau aku dah melalut ni. So, the point is jangan nak jadi gedik tanya “kau cinta sama aku atau tidak” tu. Got it?
#4: I cry too.

Lelaki walau semacho atau seganas mana pun dia pasti akan menagis juga. Betul, lelaki pun ada perasaan jugak. Dan biasanya kalau dia menangis dia tak nak orang tau. Well, biasa lah guys, mestilah sentiasa nampak macho, ganas dan berketerampilan. Bukan itu sahaja malah perlu lah baik hati, penyayang dan elegant. Aku suka perkatan elegant tu. dan aku tak tahu apa maksudnya. So, back to the topic. Ya, lelaki menangis jugak. Lagi-lagi kalau melibatkan diri dan keluarga dia. Lelaki akan cepat tersentuh kalau ada kena-mengena dengan diri dia. Aku bagi contoh, aku pernah menangis  sebab aku pernah buat silap yang mengaitakan orang lain. Rasa bersalah gila sampai aku rasa betul-betul sedih dan tanpa sedar tiba-tiba air mata dah menitis. Tanya suhana, dia tahu sebab apa aku menangis. Entah kuasa telepati apa entah dia pakai, dia macam tau-tau je aku tengah nangis and dia call aku tanya aku ok atau tak. Aku pun tak ingat sebab apa aku nangis. Oh, suhana kalau kau ingat sebab apa aku nangis tu jangan bagi tau orang lain. Nanti aku belanja mekdi. Girls, tahu aje lah, dengar mekdi je senyap lah dia. Keh-keh-keh.
#5: don’t try to judge me. I am always right.

And the last part yang patut kau tahu pasal lelaki ni ialah, lelaki ni selalu nya betul. Tak pernah salah. Walau salah macam mana pun dia, dia mesti akan sebolehnya memutar belitkan fakta untuk menjadikan nya betul. Well, lelaki biasalah… kind off ego sikit. Memang lelaki mesti nak betul dalam semua perkara. Hitam kata dia maka hitam lah. Kau jangan nak mengada-ngada nak memutihkannya. Kelabu pun tak kan mungkin. Sudah memang menjadi lumrah yang lelaki tak boleh di persalahkan. So, kalau dalam perhubungan kalau your boyfie tu salah macam mana sekalipun kau jangan lah nak marah-marah kat dia. Sia-sia kau makan pelempang free je kang. Dan satu lagi please avoid this bila kau keluar dating dengan balak kau, iaitu jangan bandingkan  balak kau dengan orang lain. Dia tak suka malah benci. Oh, cemburu sebenarnya. Hey, siapa tak cemburu bila awek pandang jantan lain lepas tu buat suara gedik menggoda macam ni, “you, muka dia comel giler you. Macam Hydir Idris…” tak pasal-pasal kau balik dating jalan kaki lepas tu. Oh ya, aku tak kenal siapa Hydir Idris tu. Tapi Zuren suka giler kat budak tu. Dia cakap boleh buat anak ikan. Apa comel sangat entah budak tu. Comel lagi kucing kat rumah aku ni. eh, baru aku ingat rumah aku tak da kucing. Oh, what ever.

p/s: suka dengar peribahasa Karam Singh Walia, “bagaikan kucing menyalak bukit. Bukit tak bergerak, kucing tak reti menyalak”

No comments: