Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Friday, December 10, 2010

Muka yang kacak dan gaya yang macho bukanlah pengukur kesempurnaan seseorang. Kalau tak percaya cuba suruh dia bercakap. WOW!!!



Assalamualaikum
cantik tak semestinya sempurna

Orang semua beranggapan kalau muka giler hensem dan cun nak mati mesti orang tu dah dianggap sesempurna umat. Itulah kau tak tau. Kau ingat muka hensem dan cun melecun tu sempurna sangat ke? Kau nak kena tengok juga sikap dan sifat dia macam mana. Jangan tengok luaran je. Dalam mesti mau kira kawan. Mungkin kau agak kurang paham agaknya. Okay lah, let me make it easy. Ceritanya macam ni.

Semalam, aku telah diarah kan oleh ayah aku untuk ke farmasi untuk membeli ubat beliau. Maka aku ajak lah seorang kawan aku ni ha, iaitu seorang gadis yang agak cantik juga. Nak dijadikan cerita kawan aku ni pun nak ke bank untuk mem’bank-in’kan duit untuk abang dia. So, kami pun menapak lah kebandar berdekatan dengan menaiki kenderaan awam yang diberi nama bas. Aku agak tak suka naik bas ni, ye lah kalau naik bas je kan, bila turun je abis lah bau perfume Escada kau dah bertukar bau jadi macam bau bangla-bangla dan indon-indon. Mana tak nya, dah lah bas tu dah macam sardine ayam brand sendatnya. Pulak tu kalau naik bas je kompem 90% dari penumpangnya terdiri daripada foreigner dari seberang tu. Dah rasa macam aku melancong kat Jakarta dah kalau naik bas tu. Tapi nak buat macam mana kan, aku dan kawan aku ni tak da kereta apatah lagi sekeping kad yang bernama lesen itu. Maka, kami berfikir menaiki bas adalah satu cadangan yang sangat baik. 
bis dari seberang ya pak

Maka, setelah penat mengharungi suasana sardine dan kesesakan didalam bas yang penuh dengan dengan pelancong asing tu maka kami pun sampai lah ke destinasi kami. Aku terus ke farmasi dan membeli ubat yang dipesan oleh ayahanda ku itu. Lepas tu aku pun terus ke bank yang ada kepala harimau tu tidak jauh dari farmasi tadi untuk teman kawan aku meng’bank-in’kan duit. Sebelum nak bank in kat abang dia ni dia kena lah keluarkan duit dia dulu kan. Ye lah, dia mana ada cash sekarang ni. So, nak mengeluarkan duit ni agak payah sebenarnya sebab kawan aku ni ha tak da kad atm pulak. So that, kena guna cara manual iaitu dengan mengambil nombor dan mengisi borang dan seterusnya menunggu nombor anda dipanggil.
Masalah kawan aku ni tiba bila dia tak tau nak isi borang yang mana satu. Aku pun pelik juga dia ni tak pernah keluar duit ke apa? Rupanya beliau baru sahaja membuka akaun ASNB dan borang-borang untuk akaun ASNB punya semua tulis tulisan yang memeningkan kepala. Satu borang tulis ‘pembayaran balik’ satu lagi tulis ‘jualan unit’. Aku pun agak konfius jugak. Maka kawan aku ni pun bagi lah cadangan kat aku. “kau cuba tanya orang,” eh dia ni. Suruh aku pulak tanya. Macam lah ni masalah aku. “nak tanya sape?” Dalam ingin membantah tu aku bersetuju jugak. “tu kau tanya brader yang tengah isi borang kat hujung tu,” aku pun pandang lah orang yang hujung tu. Dan aku agak terkejut. WOW, kacaknya beliau. Seriously brader tu memang ada iras Aaron Aziz la aku cakap. Badan brader tu pun memang tegap dan sasa macam Aaron Aziz jugak. WOW.
macam ni la rupa beliau
iras-iras je la

tak la sebijik macam ni

Kawan aku ni pun satu, nak suruh tanya kat orang yang hensem-hensem je. Biasa lah, girls… Pulak tu brader ni memang sangat stylo la. Pakaian dia semua branded from top to toe. WOW, dia pakai t-shirt warna kuning cair dari Ted Baker. WOW, dipadankan pulak dengan sweater berhud tanpa lengan warna hijau lumut dari French Connection. WOW, dengan bermuda warna coklat gelap dari Dockers. WOW, pulak tu tali pinggang warna putih gading berjenama Philosophy Men. WOW, dihiasi pulak jam tangan warna keperakan berjenama Tag Hueger, dengan dihiasi shades Aviator dari Ray Ban yang sengaja diletakkan kat atas kepala beliau. WOW, dengan kaki yang bersarung stoking Adidas serta sneakers potongan high-cut dari Timberland yang melengkapkan gaya macho beliau. WOW.
“kau tunggu apa lagi. Pergi la tanya cepat. Kalau boleh mintak nombor telefon sekali,” cis… kawan aku ni pun. Tak boleh sabar ke? Aku nak jadi tatarias gaya sekejap pun tak boleh. Siap suruh mintak nombor phone pulak tu. Well, biasa lah, girls… So, aku pun berjalan lah kearah abang Aaron Aziz punya klon ni. WOW, bau perfume 212 CK menyegarkan hidung aku bila mendekatkan diri dengan beliau. “excuse me,” pergh… aku siap speaking tu. Kau ada? Then, klon Aaron Aziz yang tengah leka mengisi borang tu pun berpaling kearah aku dan tersenyum. WOW, senyuman yang manis dihiasi barisan gigi putih melepak menghiasi mulutnya. WOW, ini memang the sesempurna umat ni. “ada apa?” Brader ni tanya aku. WOW. Kali ni dengan a very big WOW. A very big WOW, bila dengar dia bersuara. Mana tak nya abang tu boleh tanya “ada apa?” kat aku dengan tone, “hahe haphe?”.
Dalam erti kata lain brader tu sengau rupanya.
Dan aku hanya mampu berkata “nothing,” sebab tak tahan nak gelak punya pasal. Nasib baik lah tak gelak kat depan dia. Kalau tak memang kena makan penumbuk Aaron Aziz lah aku lunch semalam. Memang tak baik pun gelakkan orang. Jahat aku kan? Walau pun dia sengau tapi dia berduit. Pulak tu berwajah kacak dan bergaya pulak tu. Kau ada? JmJ

No body perfect

P/s: mungkin brader tu memang Aaron Aziz kot. Tapi sengaja menyengaukan suara beliau sebab takut peminat serbu. Menyesal tak mintak autograph beliau.

sorry ye abang aaron aziz

Hoghi he habhang haaron hahiz. HOWW… eh, I mean WOW ;)

1 comment: