Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Tuesday, September 7, 2010

saint nicholas versi hari raya

Mungkin ramai yg masih belum sempat menonton iklah hari raya tv3. Aku pun hanya sempat menontonnya sekali. Dan aku pasti apa yg aku tonton itu merupakan kali pertama dan kali terakhir ia ditayangkan. Bagi engkau engkau yg belum sempat menontonnya youtube aja lah. Bersepah kat sana.

Mungkin tv3 rasa bersalah selepas mendapat berjuta juta tohmahan kejam dr masyarakat sekeliling maka iklan itu tidak disiarkan lagi. Aku rasa sgt bertuah krn menjadi salah seorang manusia yg menontonnya buat kali pertama dan terakhir ia disiarkan. Dan ayat pertama yg keluar dr mulut aku selepas menontonnya ialah "alemak, tak tau pulak aku melayu pn ada santa claus,".

Ya, dan kalau kau pn tgk iklan tersebut kau pn akan ckp ayat yg lebih kurang mcm aku. Mungkin tv3 dlm proses memelayukan pakcik santa itu dgn mengantikan rusa terbang beliau dgn beca terbang. Dan juga menjadikan pakcik santa itu sbg seorang islam dgn memakaikannya baju melayu siap dgn kopiah. Maka tak pasal pasal pakcik saint nicholas yg tidak bersalah itu turut dicaci maki disbbkan tindakan bodoh tv3 itu.

Mungkin bkn salah tv3 sebenarnya. Mungkin tv3 sedang mengaplikasikan gagasan satu malaysia seperti yg perdana menteri kau uar uarkan tu. Maka, tv3 mencari inisiatif dgn meletakkan semua perayaan yg disambut dimalaysia dlm satu iklan. Kononnya tv3 begitu patriotik setelah berjaya menyatukan malaysia didalam iklan rayanya tetapi malangnya tv3 tersilap percaturan maka iklannya telah dikecam kuat oleh semua masyarakat islam khasnya. Maka aku percaya tv3 telah mendapat rugi besar kerana iklan yg berkos tinggi itu hanya ditayangkan sekali shj.

Aku sebenarnya nak tergelak pun ada selepas menonton iklan tersebut. Mana taknya orang putih pun tak percaya dgn kewujudan pakcik santa itu kini melayu pulak nak mencipta santa claus versi melayu islam. Kau tak rasa kelakar ke? Bodoh pun ada aku rasa.

Dan kalau betul pn tv3 sebenarnya ingin mengaitkan iklan itu dgn 1malaysia, apa kejadahnya santa claus dgn sambutan hari raya yg hanya disambut oleh org islam. Maka aku rasa tv3 sgt bodoh dlm membuat iklan sebegini.

Dan aku rasa tindakan tv3 dgn mengharam siarkan iklan tersebut adalah satu tindakan berani. Ya, berani menanggung risiko kerugian besar.

Haish. Macam macam lah.

Nota kaki: mungkin perlu letak nama santa claus tu haji santa kot. Baru nampak islam sikit. Idiot!

No comments: