tempat: halaman rumah
masa: 0830
penat. Ya, perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan aku tika ini. Aku baru selesai membersihkan halaman rumah. Maklumlah, raya lagi dua hari nak menjelma. Penat jugak la mencangkul rumput, menyapu sampah, mencuci longkang, membakar sampah, mencuci tingkap. Huh, penat. Sangat penat. Maklumlah, aku satu satunya anak yg pulang beraya awal tahun ini. Maka, aku kena la buat segala mcm kejadah tu. Kalau dpt pekena sirap limau pun best jugak tgh penat2 ni.
Babak 2
tempat: dapur
masa: 1100
lepas penat bertungkus lumus kat halaman rumah. Aku bergegas pulak ke dapur. Nampak puan emak sedang menakik ayam untuk dibuat rendang. Dan encik ayah sedang menganyam ketupat. Tergerak pulak ingin menyibuk. Maka, daun kelapa yg tidak bersalah itu pn menjadi mangsa anyaman aku. Setelah beberapa ketika menganyam ketupat yg tak nampak mcm ketupat itu maka aku pn fedup. Gila payah nak menganyam. Nyampah pulak dgn daun kelapa itu. Ditambah pula dgn bebelan annoying encik ayah yg asik membebel kerana menjahanamkan daun kelapa beliau. Maka niat dihati mahu menyibuk pula dkt puan emak. Puan emak dah bg signal nak membebel. Maka aku pun meninggal tmpt kejadian tanpa rasa bersalah. Tetiba, puan emak memanggil. Katanya suruh aku menggantung langsir. Aku pun apa lagi, bagai pucuk dicita ulam mendatang.
Babak 3
tempat: ruang tamu
masa: 1200
langsir yang tanpa belas kasihan itu telah menyakitkan jari aku. Apa taknya, punyalah payah nak pasang besi yg mencangkuk tu. Huh, berpeluh jugak lah. Tapi tak pa, aku tetap maintain menyelitkan besi besi itu pada langsir durjana itu. Apatah lagi diiringi lagu lagu raya yang mengusik jiwa. Sgt syahdu. Bersemangat pulak rasa nak beraya. Maka, sesudah berapa ketika, siaplah langsir kuning itu aku kerjakan. HAHAHAHA. tapi lebam lebam jugak la jari aku ni.
Penat nyer hari ni. Esok mesti lagi penat. Huh. Tapi takpe, nak raya punya pasal kan. HEHEHE. Oke lah. Aku nak mandi ni. Lepas tu nak tidor.
No comments:
Post a Comment