Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Friday, September 10, 2010

Drama raya: episod, baju raya tahun lepas

Aku tidak segan menyatakan yg aku pakai baju raya tahun lepas. Ya, aku org miskin maka aku tidak mampu mempunya baju yang baru. Kau jgn terpengaruh dgn gelaran tan sri depan nama aku itu. Yang sebenarnya aku miskin maka aku berangan shj mahu punya tiltle itu didepan nama aku.

Ya. Tahun ini aku dpt byk soalan yg skripnya lebih kurang sama. Contoh yg aku paling ingat,
"baju raya warna apa tahun ini?"
maka aku jawab,
"warna purple," aku ingat dia dh puas hati maka dia tanya aku lagi,
"eh, bkn tahun lepas pn warna purple?"
"memang la sama kaler sebab aku pakai baju yg sama."

dan lagi..

"brapa pasang baju raya tahun ni?" ceh, soalan dia gaya mcm aku ni byk sgt baju raya.
"sepasang je," jawab aku. Maka dia pn mcm nak jeleskan aku.
"aku punya 5 pasang. Warna ijau satu, warna merah satu, warna itam satu, bla..bla..bla..bla.," maka bermula lah hikayat baju raya dia.

Haish.. Penat betol nak layan kerenah org yg gila baju raya ni. Kau dh dpt baju raya kau sudah la. Jgn nak sibuk aku pakai atau tidak baju raya. Macam la kau tak raya kalau aku tidak punya baju raya baru. Mcm la solat hari raya aku tak sah kalau pakai baju lama. Kau masih boleh makan lemang, ketupat, kueh bangkit, rendang, baulu dan apa kejadah juadah tu semua even aku tak ada baju raya. So, aku ada kacau kau punya hari raya ke?

Lagi pn aku bkn beraya sgt pn. Jadi aku tak kisah pun kalau ada atau tidak baju raya baru. Baik aku duduk rumah layan senario sambil makan muruku. Lagi heaven.

Anyhow, selamat berhari raya dgn kau punya baju raya kau yg segala macam jenis dan warna tu. Maaf lahir dan batin. Moral of the story is, jaga tepi baju raya masing masing la.

Nota kaki: tahun ni aku tak dpt pun kad raya walau sekeping. Yg byk nye org tag kat aku dlm fesbuk. Thanks la kat sape sape yg tag aku tu. Aku hargai sgt. Dan aku realize something, kad raya tida lagi relevan zaman ini.

No comments: