Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Saturday, November 20, 2010

Siri bercakap dengan monyet : episod, dR romzey and the deathly hollow


Well, aku dikejutkan lagi dengan kehadiran seekor ungka, atau monyet atau beruk ni yang mahu menemuramah aku. Al-maklumlah kata beliau aku ni semakin glamer di kalangan kaum yang seangkatan dengan beliau. Maka beliau dah buat column khas untuk aku kat surat khabar “Apes Daily” itu. Aku tak nak sebenarnya dapat column khas ni sebab takut orang cakap aku ni kerek macam dR yang dapat ruangan khas dua halaman kat surat khabar sebab nak promote filem dia tu. Eh, temuramah dia hari ni pun ada kena mengena dengan dR yang juta-juta-juta-juta-wan ni. dia mintak pendapat aku pulak. So,  ikutilah temuramah aku dengan beliau.
S              : hai, jumpa lagi kita ye. Well, panjang umur you.
J              : oh, tak sangka dapat jumpa kau lagi. Masih jadi reporter ye kau. Nak buat mcam mana kan dah aku ni diberi kesempatan bernafas lagi. Alhamdulillah.
S              : wah, you punya jawapan. Very tak boleh blah tau. So, apa perkembangan terbaru you?
J              : well, aku makin gemuk dan makin banyak makan. Tiada apa lagi yang kembang sebenarnya. Cuma, oh ya, aku dah berjaya menambahkan follower aku, well, dah 29 sekarang ni. wa cakap sama lu. Kau ada?
S              : wah. Tahniah lah.
J              : terima kasih. So, hari ni kau datang jumpa aku nak tanya apa pulak?
S              : oh. saje je melawat you. Tak boleh ke?
J              : bukan tak boleh. Tapi kau tau kan aku ni bukan nye free je memanjang. Kalau kau datang nak berpoya-poya baik kau ajak aku clubbing. Lagi pun aku nak baca buku hrm ni. well, kau tau kan aku ni calon ‘see you next sem’ tu
S              : tak sangka ye you ni bodoh jugak. Kena repeat paper…. Keh keh keh..
J              : ye aku mengaku aku bodoh. Kau kalau datang sini tak sakitkan hati aku tak boleh ke? Aku back hand kang. Baik kau cakap kau nak interview apa pulak kali ni?
S              : jagan lah marah-marah. You ni pun. Well, actually I nak tanya pendapat you pasal fenomena 2 alam ni. you dah tengok ke cerita dia?
J              : oh cerita yang dapat pulangan 40 juta tu ke? Aku tak tengok lagi la. Aku ni nak tengok harry potter pun tak da masa, ni nak layan cerita yang merepek tahap tak ingat tu. Kau ingat aku dah tak da cerita lain ke nak tengok? Baik aku layan hagemaru. Dapat jugak gelak-gelak.
S              : oh. kenapa you tak nak tengok ek? I mean cerita ni kan kontroversi. Bukan you suka ke benda-benda yang kontroversi ni?
J              : memang lah aku suka benda-benda yang kontroversi ni tapi kalau dah dia punya filem giler bajet poyo, kau ingat aku nak tengok. Dia punya kerek lebih kerek dari orang paling kerek di dunia tau. Hey, you know what, kita dah Berjaya jumpa orang paling kerek di dunia yang terbaru tau. Congratulation dR.
S              :apa yang membuatkan you benci sangat kat dia ni? you ni tak baik tau kondem orang macam tu. Dia bakal dapat 40juta ok.
J              : aku nak tanya kau, berapa banyak poster filem yang kau jumpa yang ada gambar muka producer dia? You tell me. Tak ada kan? Melainkan cerita beliau ni lah. Aku tak pernah lagi tengok poster filem yang ada terpampang besar-besaran muka producer dia. Siap dengan dia punya double thumb ups tu. Ouh, terserlah kekerekan beliau. I mean what the heck orang belakang tabir nak muncul kat muka depan? Come on lah. And lagi satu, dia punya poster tu sebijik ciplak dari filem the exorcsism tau.
S              : amboi you ni. tak baik you cakap dia macam tu tau. Dia nak jugak try jadi producer. Dia buat salah apa kat you sampai you benci sangat kat dia ni?
J              :aku tak salah kan dia. Malah aku tau dia merupakan seorang ahli perniagaan yang Berjaya. Aku puji cara dia nak promote dia punya jus mate 5 tu. Tapi tu lah, orang dah kaya selalu nak lagi kaya. Dah jadi ahli perniagaan tu jadi je la. Mengada-ngada nak jadi producer tu buat ape pulak? Salah time la dia ni.
S              : mesti dah banyak yang dia laburkan untuk filem ni kan?
J              : ouh, exactly. Dan kalau dia tak dapat balik pulangan tu aku tak tau la nak cakap apa kan. Well, dia punya promosi sampai ada kolum sendiri kat surat khabar untuk panggil orang tengok filem dia tu. Banyak kos nak iklan kat surat khabar tu. Dia bukan sewa iklan 3 baris ayat bayar 200 ringgit tu. Dia punya kolum sampai 2 muka surat tau. How much he pay for that? Setiap hari pulak tu dia siarkan. Oh, I am speechless.
S              : well, biasalah. Dia aspect sesuatu yang besar mestilah dia perlu berbelanja besar. Ye tak?
J              : aku setuju tu. Tapi kawan aku yang dah tengok cerita yang kononnya pecah panggug tu, tak sempat nak pecah pun. Ouh, kau bayangkan seat dia tak sampai separuh pun penuh. Dan kebanyakkan yang tengok semua nya mengeluh. So, kau nak cakap apa lagi? Baik kau layan harry potter lah. I mean, bukan lah tak nak support filem melayu, tapi kalau filem tu sikit punya kerek, aku pun tak nak tengok.
 S             : mungkin dia nak produce harry potter pulak kot lepas ni?
J              : you kidding me? Kah kah kah. Aku takut nanti film harry potter tu tukar tajuk pulak. Jadi dR romzey and the deathly hollow pulak. Ouh, I cant imagine it. But, the title sound nice kan? Bukan lah aku nak suruh dia cepat mati tapi the deathly hollow tu sound good bila di padankan dengan nama dia. What say you?
S              : you ni… cakap tak berlapik lah. Kena sue kang. You ada 40juta ke nak bayar?
J              : oops… memang aku tak da lah. Aku bukan nya jutawan ubat kurus sampai boleh bayar 40juta tu. Aku just ulas filem dia. Nothing personal kan? Aku bukan kutuk rambut dia pun.
S              : see… you dah pun terkutuk. Dah la. I pun malas nak interview you lagi. Asyik nak kutuk orang je. Lagi pun I ada hal ni, nak jumpa you punya ketua kampung. nak interview pasal the next election ni ha. Ok lah. I pergi dulu yer. See ya.
J              : ok. Aku pun menyampah nak tengok muka kau. Berambus lah kau. Tak kuasa aku. Huh!

No comments: