Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Friday, August 20, 2010

anak anugerah Allah

2010? Zaman apa itu?

Bukak kosmo buang bayi. Selak utusan buang anak. Belek2 pulak berita harian bayi mati di tong sampah. Tu belum kita selak dan belek dan telek metro, sinar harian, the star, nst lagi. Aku sedih. Cukup sedih sebenarnya dgn berita2 yg punya tajuk seperti ini. Mana hilangnya moral mereka? Dan aku sebenarnya masih tercari2 salah siapakah semua ini terjadi. Mungkin kau akan kata pada aku, lantak la mereka nak buat apa mereka suka. Yg kau nk jaga tepi kain org tu buat apa? Ya, apa yg kau ckp ada benarnya. Aku memang suka menjaga tepi kain orang. Tapi aku menjaga kain org yg tidak pandai menjaga kainnya. Aku tidak sanggup melihat kain yg tersiat itu terus koyak rabak. Dan juga aku sama sekali tidak sanggup menanggung akibat kerana sudah tahu kain itu mahu terkoyak tp tidak cuba untuk menjahitnya. Sudahlah kainnya jarang kini sudah koyak rabak. Malah sudah mahu terlucut pn. Ya, memang. Memang aku patut menjaga kain aku sndiri. Tp sekurangnya kain aku masih belum terkoyak sana sini.

Kita berbalik kpd persoalan tadi. Salah siapa? Ya, salah siapa semua ini terjadi. Salah ibu bapa kah? Salah orang tua? Salah remaja? Salah kerajaan? Salah masyarakat? Wah, masing2 mahu menunding jari.

Kau pernah dgr kata peribahasa 'biar mati anak jgn mati adat'? Pernah bukan? Siapa yg mencipta peribahasa ini? Ya, orang tua2 lah. Jadi aku sedang cuba menampakkan situasi buang anak itu dgn peribahasa ini. Mungkin remaja yg tidak pernah lulus bahasa melayu ini sdang memperaktikan peribahasa ini. Memang mengandung anak luar nikah itu bkn adat melayu, jadi anak lah yg menjadi mangsanya. Lantas kerana terlalu menjunjung adat, anak dicampak kedalam longkang dan tong sampah. Malah lebih teruk dlm lubang najis sekali pn. Tapi budaya buang anak itu adat melayu kah? Tanda tanya disitu. Mungkin peribahasa ini patut dimansuhkan. Agar remaja diluar sana tidak terlalu fanatik untuk berpraktikal dgn nya. Kau x rasa bodoh ke dgn peribahasa ini? Kalau anak mati siapa pula mahu menyambung adat? Ya sengaja aku letakkan tanda tanya disitu. Supaya aku suruh kau berfikir. Fikir supaya gunakan separuh drpd otak kau tu. Agar selepas ini jgn kau pulak yg pergi buang anak. Yes, aku maksudkan kau. Kau nk terasa? Memang patut pun.

Kau sedap2 beromen dgn balak kau. Anak kau? kau campak merata rata. Maaf bahasa aku kasar sedikit. Aku tidak terlalu fanatik dgn bahasa melayu mcm kau. Lalu aku bertanya lagi. 2010? Zaman apa itu?

Kau dh tau? Ya.. Zaman 2010 itu bukan zaman serba canggih lagi. Zaman 2010 sudah kembali ke zaman jahiliah. Zaman dimana anak mudah2 sahaja dibuang, dicampak, malah dibunuh. Lalu salah siapa? Aku bertanya lagi. Remaja? Diri sendiri? Kau fikir sendiri. Kau pun masuk universiti jugak.

No comments: