Saya ckap saya mahu jadi seorang penyiasat atau detektif. Pada masa itu saya sgt ketagih dgn cerita x-files yg menyiasat pasal alien dan sbgainya. Tapi pada masa itu akal saya sudah agak bijak. Tidak lah smpai nk jadi fbi, cia dan sbagainya. Saya sudah tahu sdikit georafi pada umur 9 tahun ketika itu. Maka saya tahu yg fbi dan cia tidak ada di malaysia. Melainkan saya mahu pindah ke usa. Ok, itu lain cerita.
Tapi lama kelamaan saya rasa amat bodoh sekali kalau jadi penyiasat dan detektif. Hal ini kerana gaji detektif tidak lah byk sgt. Lalu saya sgt pasti mahu menukar cita cita saya. Oh, meningkat kealam sekolah menengah saya pernah teringin menjadi seorang penyanyi. Ok, tapi cita2 tersebut cuma mengambil masa yg singkat sahaja. Saya terus menyenarai hitamkan cita2 mahu menjadi penyanyi bila saya direject dari kumpulan nasyid sekolah. Lalu saya tekadkan pada diri saya untuk menjadi seorang peguam. Pada masa itu saya sering mewakili sekolah untuk pertandingan debat dan pidato. Jadi saya rasa saya agak berkebolehan untuk menjadi seorang peguam. Namun, nasib tidak menyebelahi saya bila seorang kawan saya yg agak alim memberitahu, peguam ini kaki kanannya disyurga dan kaki kirinya di neraka semasa diakhirat kelak. Saya yg agak percaya dgn ckp kwn saya yg agak alim itu pn mula menghalau sikap peguam dlam diri saya. Lantas saya terus menukar cita cita saya.
Dari seorang peguam saya menukar kerjaya saya untuk menjadi seorang akauntan. Ini disbbkan, saya telah mendapat tempat di matrikulasi dlm bidang akaun. Maka saya pn berjanji mahu jadi akauntan yg berjaya. Apatah lg gaji bg seorang akauntan mencecah 5 angka sebulan. Tapi disbbkan saya agak lemah dlm subjek mengira. Saya pn tak jadi nak menjadi seorang akauntan. Dan kini saya sedang mencipta satu cita cita baru. Tapi saya xtau mahu jadi apa. Mungkin saya bkal menjadi seorang usahawan krn ia sgt berkait dgn kursus yg sy ambil sekarang ini. Entahlah. Sebenarnya byk cita2 sy dulu. Tp x boleh nk senaraikan. Terlampau byk. Tapi x mengapa saya akan senaraikan nya secara ringkas.
1) sy pernah nk jadi pramugara. Tapi sbb sy tidak bgitu tinggi dan tidak begitu kacak. Maka saya abaikan. Melepas angan2 mahu mkan angin free.
2) saya juga pernah mahu jadi seorang model. Sekali lg saya pendek dan tidak kacak. Maka cita2 itu direject.
3) ouh ya. Cikgu! Saya pernah mahu jadi cikgu. Tapi saya pikir jadi cikgu ni kena orang yg baik2. Disbbkan saya tidak termasuk kategori baik saya reject terus cita2 tersebut dlm idup saya.
4) pernah juga mahu menjadi seorang pembaca berita atau pengacara. Saya pernah dpt tawarn dlm masscom. Tp sy tolak sbb dpt tmpt dit matrikulasi. Melepas lah nk jmpe ally iskandar.
5) saya juga pernah mahu jadi seorang arkitek. Ia disbbkan pengaruh abg angkat saya yg sentiasa membawa benda alah segi tiga dan pmbaris itu. Tp disbbkan tidak ada kena mengena dgn kursus saya. Maka sy abaikan.
Itu antara cita2 sy sebelum ini. Harap2 saya akan mempunyai kerjaya yg mulia dan halal. Asalkan dpt gaji dan halal saya tidak kisah.
P/s; pernah teringin mahu sertai MLM. Tapi mcm xboleh caye je. Hurm..
No comments:
Post a Comment