Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Sunday, November 14, 2010

sepandai pandai katak melompat



Katak. Entah lah, aku cukup anti dengan haiwan yang menjadi makanan ruji kepada si ular ni. Bukanlah anti sangat, cuma agak geli lah. Cakap pasal katak, aku ada cerita menarik.

Kat umah sewa aku ni hiduplah sepasang katak yang sangat bahagia. Katak dua ekor ni boleh lah dikategorikan sebagai katak yang paling romantic di dunia. Sentiasa berdua. Tidak pernah berenggang walau sesaat. Bak kata pepatah macam belangkas lah. Tapi mereka berdua ni bukan belangkas. Tapi katak. Nak senang cerita biar aku namakan lah katak dua ekor ni. Yang betina namanya Julie (bukan nama samaran) dan yang jantan ni namanya Romeo (bukan nama timangan). Katak berdua ni unik sikit dari segi saiz. Diorang ni kecik sikit. Maka sukar lah nak perasan kalau diorang ada kat mana-mana. Pulak tu badan diorang ala-ala macam licin sikit. Ish, geli lah aku.

Maka hiduplah aman harmoni nya katak berdua ni kat dalam dapur umah sewa aku yang dekat dengan sinki dan dekat juga dengan mesin basuh. Arakian Romeo dan Julie ni selalu lah main lompat-lompat kat sekitar mesin basuh dan bawah sinki tu. Bahagia juga lah diorang ni bila main sama-sama. Macam-macam permainan lah yang diorang main. Kadang diorang main lompat tali, kekadang main lumba lompat katak, kekakadang pulak diorang buat lompat kijang dan lompat jauh. Oh tidak ketinggalan juga diorang selalu buat lompat tinggi. Arakian, maka bila diorang main yang lompat-lompat tu semua selalunya si Romeo lah yang menang. Al maklumlah lah Romeo kan jantan, mesti lah gagah dan perkasa.

Maka nak jadikan cerita, si Julie ni merajuk lah sebab dia selalu je kalah. “you ni Romeo asyik you je menang, fed up lah I macam ni,” kata Julie pada Romeo pada suata senja di musim yang lalu lepas diorang habis training lompat bergalah. Julie menarik muncung tanda merajuk. “ala you ni. I nak buat macam mana, dah I kuat dan perkasa,” balas si Romeo dengan bongkak nya. Menyampah pulak aku kat si Romeo ni. Bongkak gila. Maka makin merajuk lah si Julie.

Di sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Romeo tak pujuk pun Julie masa Julie merajuk tu. Maka Julie dengan penuh tekadnya membawa diri dan mula lah berhijrah. Sesudah penat Julie mencari tempat baru kerana merajuk maka beliau pun jumpa lah satu tempat yang sangat indah dan membahagiakan. Ya, bilik air rumah sewa aku. Maka hiduplah si Julie berhari-hari di tempat baru tersebut. Arakian, si Romeo mula lah memendam rindu saat kesepian ditinggalkan si Julie. Bagai pungguk rindukan bulan pula lagaknya si Romeo ini. Maka Romeo pun mulalah mencari si Julie. Akhirnya dia pun jumpa lah Julie di bilik air rumah aku tu.

Maka sedang berlakunya drama pujuk memujuk antara Romeo dan Julie tu, maka aku pun masuk lah ketempat kejadian untuk mandi. Aku pun terkejut beruklah bila nampak binatang yang paling aku anti tu ada kat dalam kamar mandi aku. Bertambah annoyingnya aku bila berlakunya drama pujuk memujuk antara mereka. Tak padan dengan katak betul diorang ni. Romantic tak ingat tahap dewa sungguh. Maka, selepas penat aku menjerit sebab kegelian yang teramat tu aku pun mula memberanikan diri untuk menagkap si Romeo dan Julie ni.

Aku pantas ke dapur dan mengambil sepasang chopstik. Takkan lah aku nak tangkap guna tangan kosong je kan. Mesti lah ada pelindung. Kalau tak kena samak tujuh keturunan lah tangan aku ni. Aku pun apa lagi mula la menggerakkan chopstick di hadapan si Julie. Julie dah ketakutan yang teramat sangat. Tapi Romeo pulak yang menghalang. Aku pun mula menyimbah air pada si Romeo. Dengan sepantas kilat Romeo tergelincir ke tepi. Kau ingat kau kuat sangat ke Romeo. Nak tunjuk hero konon. Kata ku dalam hati. Tanpa membuang masa lagi aku pun menagkap lah si Julie itu. Dengan kecekapan aku menggunakan chopstick maka aku dapat juga menangkap si Julie itu. Romeo hanya dapat melihat dengan hati sayu.

Selepas menangkap Julie aku pun memasukkan Julie ke dalam lubang tandas. Dan dengan penuh kejamnya aku pun mem’flush’ tandas tu. Seterusnya, Romeo pulak aku tangkap. Nak menangkap Romeo agak mudah. Mungkin kerana dia pasrah dengan nasibnya. Lagi pun dia dah berjanji dengan Julie ingin sehidup semati. Maka Romeo pun mengalami nasib yang sama dengan si Julie. Maka bersemadi lah mereka berdua di dalam lubang tandas itu. Tamatlah riwayat dua ekor katak yang paling romantic di dunia. Bak kata Karam Singh Walia “sepandai-pandai katak melompat akhirnya ke lobang taik juga”. Sekian melaporkan untuk tv3.

No comments: