Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Wednesday, November 3, 2010

STUDY WEEK, SOALAN SPOT DAN FINAL EXAM. OH YA, TERLUPA PULA CARRY MARK JUGA


Study week penggal ini aku rasa tak macam study week langsung. Mungkin kerana tidak merasakan persekitaran kampus di kawasan perumahan baru aku ini. Hari pertama study week aku bangun hampir 12 tengahhari. Lepas makan menonton televisyen sebentar, ya, kalau kau boleh cakap 3 jam itu adalah sebentar maka aku consider lah ia sebentar. Lepas menonton tv dengan kadar sebentar itu, maka aku pun berniat ingin membuka buku consumer behavior yang lengkap di fotostat itu, but then mata terasa berat, dan mulut pun dah berapa kali menguap. Maka aku ambil keputusan untuk melelapkan mata sebentar. Ya, tiga jam yang sangat sebentar. Hari kedua juga boleh dimasukkan dalam kategori yang sama dengan hari pertama study week, Cuma aku bangun pada hari itu agak berbeza sedikit,hampir zohor baru aku nampak cahaya matahari. Sebolehnya tidak mahu bangun, tapi entah kenapa masa tidur pun perut ni terasa lapar. Maka keluar pergi makan dan pulang semula menonton tv, kemudian tidur sebentar dan begitulah hari-hari aku berjalan sepanjang study week ini. Oh, lupa pula, hari khamis dalam minggu study week aku pulang kerumah kawan aku. Tiga hari disana, jangan kan HRM, consumer behavior pun aku tak tau apa jadahnya benda alah itu. Maka tiga hari yang burn tanpa membuka buku. Dan ya, kononnya inginke library keesokan harinya. Maka ke library tidak jadi dan terus ke KB Mall untuk bermain bowling. Study weekyang tak macam study week berlalu begitu sahaja. Sedar tak sedar, eh dah final lah. Maka goreng aje lah.

Dan hampir setiap hari mereka-mereka ini bertanyakan mengenai soalan spot yang entah lah. Diorang ingat aku ni jawatan kuasa soalan-soalan spot ke? Maka, untuk tidak mengecewakan mereka yang bertanya itu pun dibekalkan dengan soalan-soalan spot yang didapatkan oleh Afnan. Aku pun dapat jugak lah soalan spot itu. Aku ni boleh dikatogerikan sebagai seorang umat yang tak percayakan kan ramalan. Maka aku ignorekan sahaja soalan spot itu. Dan ya, soalan spot itu langsung tak spot. Consumer behavior punya spot langsung tak boleh pakai. Product management punya spot campak kat longkang aje lah. Dan ya, soalan spot marketing research juga boleh ikot sama terjun longkang. Habuk pun tak masuk soalan spot itu. Tapi apa yang penting, tak rugi aku study past year. Ada soalan yang sebijik dari past year question. Maka dengan itu aku bagi sepuluh markah pada diri ku yang agak clever ini kerana sudi membelek soalan-soalan past year itu. Fuhh!! Nasib lah.

Oh. Final exam sudah satu minggu berlalu. Sudah lepas tiga paper. Tinggal lagi dua sahaja lagi. Ada dua tiga orang rakan aku yang sudah pun habis paper. Tidak dapat disangkal lagi bila Mat Ju dengan lawak bodoh nya, dengan penuh patriotiknya melaungkan apa jadah punya sajak yang ada perkataan merdeka itu. Itu belum masuk lagi Afnan yang tanpa kena mengena menyanyikan lagu tanggal tiga puluh satu. Aku tau itu tandanya korang dah habis paper. Tapi please lah. Tanggal 31? Duh!! Lepas habis paper Marketing Reseach ini ada pulak paper HRM. Niat mahu lah study HRM itu. Tapi bila nampak HRM itu seperti akronim dari perkataan HaRaM. Maka, haram lah aku nak buka buku itu. Aku pun apa lagi, mula lah study soalan-soalan di formspring. But then, aku realize lately ni ramai yang tanya aku soalan yang berbaur lucah. Mungkin bukan ramai. Mungkin hanya seorang sahaja. Ya lah, aku tak dapat teka siapa sang anonymous itu. Come on lah, aku ni memang lah sedikit open minded. Aku tak kisah orang nak berkongsi tips seks diatas katil ke, tips bertahan lama ke, and bla bla bla. Tapi takkan lah berapa kali aku melancap sehari pun kau nak tau kot. Relevan sikit lah. Duh!! Cuba lah tanya bila aku nak buat cerpen baru ke, baru lah aku bersemangat nak buat cerpen baru. Oh, yada yada yada…

Carry mark se mini memang buat aku macam nak menangis. Carry mark Mandarin dan e-dagang tak sampai separuh. HRM juga dalam area yang sama. Tapi, nak buat macam mana kan. Tapi tu lah.. Cuma aku rasa sedikit tidak adil, bila kami dalam satu group presentation, yang banyak present ya aku, yang menjawab soalannya aku. Yang lain tak ubah macam patung berdiri sahaja. Tapi si patung itu lah dapat carry mark lagi tinggi dari aku. Tidak adil itu aku rasa. Dan,belum masuk lagi, aku bersabung nyawa membuka buku mencari jawapan semasa test dan orang lain hanya tau Ctrl+C dan Ctrl+V sahaja. Tapi yang dapat carry mark tinngi itu adalah orang yang copy paste dari aku itu. Oh!! Sangat-sangat lah tidak adilnya. Tapi nak buat macam mana kan. That what we call, LUCK!! Duhh!!

2 comments:

shida.arh said...

ali..biasalah yg copy paste dpt tinggi dari kita..lainkali bagi copy sikit jer jgn bagi semua..oh ya ..jgn lupa study HRM...:))

Fara Adila said...

mcm tahu je siapa yang di maksudkan itu...huhuhu