Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Monday, December 6, 2010

Cuti sekolah. Maka mari buang masa dengan menonton tv


assalamualaikum
comel kan? hiasan semata

Since aku pernah cakap yang aku tak tengok drama melayu kan? Maka hari ni aku nak bagi tau bahawa aku nak melenyapkan pantang larang aku yang tak boleh tonton drama melayu tu. Well, ni kan cuti sekolah maka aku macam terpaksa tengok je semua cerita. Termasuk lah cerita melayu yang dia punya story line sama tu. Aku walau pun agak anti dengan drama melayu tapi tak da lah sampai tak boleh tengok langsung. Maka, hari ni aku nak kongsi sikit cerita-cerita yang aku tonton masa cuti ni. ye lah, aku pegi tengok wayang takda duit. Maka aku tengok tv je lah.
Aku mulakan hari aku dengan menonton Malaysia Hari Ini yang start pukul tujuh pagi. Hey, kau ingat aku tak reti bangun pagi ke? Ok fine aku tak reti menipu. Memang aku tak pernah tengok pun MHI tu. Selama hidup aku, aku boleh bilang guna jari berapa kali aku pernah tengok MHI, even rancangan tu dah 26 tahun. Pergh… tu lah pasal sapa suruh buat rancangan tu pagi-pagi kan dah hilang salah seorang penonton setia. Cewah… aku bukan apa aku memang tak boleh bangun pagi. Nanti, aku allergic. Kulit jadi gatal-gatal. Aku pun tak tahu kenapa. So jangan salahkan aku. Tapi, harus diingatkan aku bangun subuh ok. Maka kalau nak pilih suami tu pilih lah yang macam aku, tidak pernah meninggalkan solat subuhnya. Unless, malam tu ada megan fox datang dalam mimpi aku dan menyebabkan aku malas nak mandi pagi yang memang wajib itu. Hey, mandi pagi ni sejuk ok. 
again hiasan semata. aku tanak bagi korang boring baca entri aku. baik kan aku?

Jadi disebabkan aku ni tak boleh bangun pagi maka aku bangun lah dalam pukul sepuluh. Pukul sepuluh itu masih pagi sebenarnya walau pun masa aku bangun tu mak aku memerli aku dengan berkata dialog yang sama setiap hari iaitu, “dah tengahari, matahari dah tegak atas kepal baru nak bangun, apa nak jadi ni. bla-bla-bla. Rezeki tak masuk. Bla-bla-bla. Macam mana nak kawen. Bla-bla-bla….” Tak pe lah. Since mak aku yang cakap macam tu aku tak kisah pun. Lagipun mak aku tak belajar geografi maka bukan salah beliau jika beliau cakap yang pukul sepuluh itu sudah tengahari. 

Ok. Aku dah lupa nak cerita pasal apa sebenarnya.

Oh ya. Cerita yang aku tengok masa cuti. Hurm, antara cerita yang aku tengok ialah drama bersiri Putera Katak. Ok, kau gelak lah puas-puas. Aku pun dah penat gelak kat diri aku sendiri sebab tengok cerita bodoh tu. Maka, suka cita ingin diingatkan disini bahawa aku tengok cerita tu pun sebab ada Nora Danish ok. Dan nora Danish sangat hot. Walaupun dalam cerita tu dia jadi gila skema yang-pakai-spek-dan-bela-binatang-exotik tapi dia masih nampak hot. Sebenarnya cerita ni agak lawak. Bukan lah lawak apa sebenarnya tapi lawak dari segi teknik CGI nya yang memang fail langsung dan juga dari segi story line nya. Story line dia memang sama macam cerita dalam slot lagenda tu. Ala… cerita cam biasa lah. Ada putera raja, kayangan, kena makan sumpah, orang kaya, budak kolej, rumah besar ada kolam renang, budak skema kena buli, bla bla bla and last sekali happily ever after. Pastu the end. Diingatkan lagi sekali aku tengok sebab ada Nora Danish ok. Kalau tak aku pun tak nak tengok cerita ni. 
hot kan beliau?

Lagi aku tengok cerita apa eh? Oh ya, cerita Seribu Kali Cinta tu pun aku layan jugak. Entah la since cuti ni semua cerita melayu aku tengok. Sebab tu aku nak ishtiharkan bahawa pantang larang aku yang tak boleh tengok cerita melayu tu di hapuskan. Aku bukan apa, sebab terlalu bosan je.  Lagi pun aku tengok cerita tu sebab ada Abu Bakar Omar. Eh bukan. Silap. Aku tengok cerita tu sebab ada Intan payung pengarang jantung hati aku Ladyana je. Well, aku rasa dia tu hot apa. Even dia berlakon jadi watak bodoh-bodoh alang yang ada penyakit senile di usia muda tu, dia still nampak anggun. Cerita tu nampak cam ntah pape jugak sebenarnya. Kau bayangkan, ada ke orang yang masih muda ada penyakit nyanyuk? Tak masuk akal lah cerita dia. Nampak cam bodoh je. Cerita tu bertambah bodoh bila pelakon dia tak reti cakap utara langsung. Berlakon kat Penang tapi gaya cakap tak macam orang Penang lansung. Yang dia tau. Hang chek-hang chek je. Yang lain dia main taram je. Habis tatabahasa utara tu rosak.
anggun kan?

Hari tu pulak aku tengok cerita Rapunzel. Jangan salah paham bukan cerita Rapunzel yang Barbie tu. Bukan jugak Rapunzel the tangled tale yang kat panggung tu. Tapi rapunzel yang remake versi Indonesia punya. Aku takda duit nak tengok rapunzel kat panggung tu maka aku layan je lah cerita indon ni. dan jugak aku tak layan cerita Barbie ek. Orang-orang yang princess wannabe macam zuren je tengok cerita Barbie ni. KEH KEH KEH. Apa kelas tengok kartun. Tapi Dora the Explorer di kecualikan ok. Ok kita kembali ke pangkal jalan kepada rapunzel remake version yang Indonesia punya. Cerita dia lebih kurang macam sama je macam cerita Rapunzel yang versi Disney tu jugak. Cuma mak cik ahli sihir tu aku rasa macam terlampau sangat lah. Hurm…
rambut panjang banyak kutu

Banyak lagi cerita yang aku tengok masa cuti ni sebenarnya. Tapi cam susah je nak senaraikan semua. Senang cerita semua cerita lah aku tengok. Oh ya, aku tak tengok kartun ok. Kecuali dora the explorer.

 Kecuali jugak kiteretsu.


Jugak hagemaru.


Dan upin ipin.


Jugak ben ten.


Dan jugak spongebob.

Ok fine. Aku tengok je semua jenis kartun. Barbie tu pun aku tengok jugak sebenarnya. KEH KEH KEH. Tapi harus diingatkan ya, aku tak pernah langsung tengok naruto. Aku tak tahu sebab apa aku tak tengok. Tapi aku rasa cerita dia ntah pape lah. Aku rasa cerita Naruto tu dari aku form 3 lagi, sampai sekarang tak habis-habis. Aku siap pernah rebut remote controller tv dengan amir sebab dia nak tengok naruto punya pasal. Apa yang best entah? Musykil.
kartun kartun kartun

Oh ya. Malam ni aku nak tengok drama yang kat tv 3 tu lah. Cam best je. Even dia drama cam ala-ala dakwah sikit. Dengar cerita ada liyana jasmay berlakon. Even aku tak berapa suka dengan liyana mokhtar  jasmay yang agak kemetot pendek bohsai katik kurang tinggi rendah tu tapi aku nak tengok jugak. Well, aku kan bersemangat nak sambut maal hijrah ni.
             
Happy new year 1432 hijrah ;)

No comments: