Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Monday, December 13, 2010

Mari kita cekidaut apa yang aku buat kat rumah masa cuti sekolah ni.


Assalamualaikum

aku harus berbangga sebab ni merupakan entry aku yang ketiga buat hari ni... *gigih

Siapa kata duduk rumah ni buang masa? Aku tak rasa pun aku duduk rumah ni buang masa, malah masa aku banyak yang aku habiskan dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Tapi walau berfaedah mana pun benda yang aku buat tu tapi ia still nampak tak berfaedah dimata mak aku. Aku pun tak tahu kenapa. Mak aku kerap kali keluarkan dialog yang sebegini, contohnya , “tak habis-habis menghadap laptop je dari tadi, buang masa je…” tak pun mak aku akan cakap macam ni, “tak makan tido, tak tido makan. Cubalah bawak exercise sikit. Tak lah naik berat badan tu…” mak aku mungkin tak paham sebanarnya. Sebenarnya kita menghadap laptop ni jugak adalah sebuah aktiviti yang berfaedah juga. Kita sebenarnya dah dapat merapatkan silaturahim bila kita terus je log in kat fesbuk. Tu lah yang mak aku tak tau sebenarnya. Nak buat macam mana kan? mak aku bukan ada fesbuk. Maka bukan salah dia kalau dia tak tahu yang fesbuk ni member 1001 faedah ke mata dunia. Mak aku ni agaknya kurang tau bahawa sebenarnya tido dan makan juga merupakan salah satu exercise. Tapi tak pe, mungkin mak aku tak berapa nampak sangat berapa banyak benda berfaedah yang aku dah  buat masa duduk kat rumah ni. kat sini aku nak nyatakan sedikit sebanyak benda berfaedah yang aku dah buat sepanjang aku kat rumah ni.


#1: kemas bilik

Bab mengemas bilik ni aku memang malas sebenarnya. Well, biasalah kan orang bujang. Tak macho lah kalau bilik kemas. Bilik lelaki bujang mesti ada messy-messy sikit baru awek nampak, “wah, lelaki ni mesti seorang yang bekerja kuat sampai tiada masa untuk mengemas bilik,” betul tak? tapi bila sudah berapa kali dibebel oleh emak aku tu, maka aku hipokritkan diri mengemas bilik. Lagipun aku dah bosan dengan dialog mak aku yang berbunyi, “bawah katil tu dah macam apa. Agak-agaknya badak sumbu pun ada kat bawah tu,” aku akui mak aku ni kadang-kadang keterlaluan dalam memberi peribahasa. Karam singh walia pun angkat bendera putih kalau dia dengar mak aku punya peribahasa. Ada ke patut cakap ada badak sumbu kat bawah katil aku. Maka akibat terlalu bosan dengan badak sumbu yang memang diyakini wujud oleh mak aku tu, maka aku pun memulakan aksi bergotong royong. Ternyata omongan mak aku tu dusta belaka, jangankan badak sumbu, taik badak sumbu pun aku tak jumpa. Tapi aku memang berpuas hati la lepas tu, bilik aku lepas tu dah memang bersih sebersih bersihnya. Dah macam luxury suite kat Marriott dah bilik aku lepas tu. Sapa cakap lelaki tak reti kemas bilik? Tengok kaki lah kawan. Tapi, ternyata bilik tu hanya sempat bertahan bersih semasa siangnya sahaja. Malam tu, aku tak tahu dimana silapnya, dah jadi macam tongkang pecah balik. That why aku tak suka kemas bilik. Nanti dia akan bersepah balik. Buat penat kemas je.

hasil selepas dikemas...

#2: memasak

I tell you what, mana kau nak jumpa lelaki yang menghabiskan separuh masa cutinya dengan memasak? Aku je satu-satunya lelaki yang buat macam ni. kecuali Chef wan lah. Dia tu dah memang kerja memasak je setiap hari. Aku duduk rumah ni selalu tolong mak aku memasak tau. Nak dikatakan setiap hari lah aku ni memasak. Eh, maksud aku membantu mak aku memasak. Kau gila aku nak masak sendiri? Tapi at least aku nak juga lah tau memasak, takut jugak insiden nasik goreng tempoh hari terjadi lagi kan? KEHKEHKEH. Tapi kan I am telling you, hari tu aku ada masak kuih lepat ubi. Kau ada? Kau tu kuih lepat ubi pun tak tau aku rasa. Biasa lah anak dara zaman sekarang. Asyik sangat dengan muffin la, dunkin donut la, big apple la, sampai kuih tradisional pun tak tau. Kuih lepat ubi la tambey, ada tau ka? Itu kuih yang dibuat dari ubi kayu lah, pastu balut dengan daun pisang, and then kena kukus. Tau? Ha… kuih tu lah yang aku buat. Agak leceh lah sebenarnya. Mula-mula tu kena parut ubi kayu tu. nak parut dia agak lambat lah kan. so aku parut tu sekejap je, and the rest aku serahkan kat mak aku. HAHAHAHA. Aku bukan malas, tapi disebabkan kadar pemarutan mak aku tu lagi laju dari aku maka aku serahkan lah kat mak aku. Tapi kan alang-alang mak aku dah parut ubi kayu tu, maka mak aku pun buat lah lepat ubi tu sampai siap. Senang cerita bukan aku lah yang buat, aku just parut ubi kayu tu dalam lima minit je. Lepas tu aku tengok tv lah. HIHIHI… 

lelaki harus pandai memasak ok

#3: gardening 

Aku rasa semasa cuti ni memang aku mengaplikasikan kata pujangga “pertanian adalah perniagaan” tu. mana tak nya, aku duduk rumah ni mesti tolong mak aku bercucuk tanam. HIHI. Bukan tanam sayur-sayuran tu lah, tapi menanam pokok bunga. Mak aku ni memang suka semua jenis bunya, baik yang berbunga mahupun yang tidak mempunyai bunga (I have no idea why pokok yang tak berbunga pun digelar pokok bunga. So jangan tanya aku). Dan semasa cuti ni aku tolong la sikit sebanyak mak aku berkebun ni. kadang-kadang aku tolong angkat pasu, kekadang tu tolong siram pokok bunga dan kadang-kadang tu aku tengok je mak aku siram bunga dan angkat pasu sorang-sorang. KIHKIHKIH. Sebenarnya agak sitanggang jugak la kalau kau dah nampak mak kau tengah bersusah payah angkat pasu tapi kau tanak tolong. Maka jangan tiru macam aku kalau tanak jadi batu. Sudahlah kena sumpah jadi batu tak cium bau syurga pulak nanti. Kalau kena sumpah jadi katak ok lah juga, boleh lah dipeluk oleh Nora Danish yang hot tu. ish, gatal. HIHIHI. So, jangan derhaka. Tolong la ye mak kau tu kalau nampak mak kau tengah memerlukan bantuan. Aku tak pe. Mak aku yang tak bagi tolong. HIHIHI. Mana tak nya kalau aku nak tolong je mula lah, itu salah, ini salah, bukan macam ni, yang ni tak betul. Maka untuk memuaskan hati beliau, beliau buat sendiri je. Aku? Jadi mandur saja. KIHKIHKIH



#4: membeli barang dapur

Aku ni memang suka pergi beli barang dapur untuk mak aku. Nak dikatakan setiap hari aku pergi kedai beli barang-barang yang mak aku suruh beli. Ye la, time beli barang dapur tu kekadang boleh lah pow duit lebih beli barang tadi dengan membeli barang-barang aku. Majalah ke, jajan ke, atau apa-apa je lah. KIHKIHKIH. Tapi aku agak kurang suka pergi pasar basah. Tapi kalau mak aku suruh tu aku pergi jugak lah kan. terpaksa lah terjengkit-jengkit kat pasar tu sebab nak beli ikan dan sayur-sayuran yang mak aku suruh. Huh, gigih tak gigih lah. Tu bukan kat pasar besar kat kajang lagi. Kalau kat pasar kajang tu aku tak tau lah nak cakap camne. Kalau kau pergi sana kau boleh termuntah bila-bila masa je. Mana tak nya, kat sini kau tengah beli ikan kat hujung sana sikit ada anjing dok terjelir. Hish, aku pun tak tau la macam mana suri-suri rumah ni boleh masuk ke pasar yang macam tu. kalau aku memang tak boleh lah. Rasa macam orang mengandung anak sulung. Kejap-kejap mesti uwek. Nampak benda pelik sikit nak uwek. Bau hanyir sikit nak uwek. Hish… Kalau bab ni aku memang tabik spring la kat perempuan sebab boleh bertahan kat dalam pasar basah ni ha. That’s why lah lelaki lebih prefer membeli belah kat pasar raya macam kat Tesco misalnya, cause tak da lah nak terjengkit-jengkit nak membeli ikan dan sayur-sayuran.



#5: housekeeping

Mana kau nak jumpa lelaki yang pandai menguruskan hal ehwal rumahtangga? Aku je lah lelaki yang berbuat demikian tau. Maka aku ni dah dikira boleh dibuat calon suami korang lah. Ada sesiapa nak tempah aku ke? Anyone? KIH KIH KIH. Well, nak dikatakkan setiap hari aku membantu mak aku tau. Menyapu sampah, mengemop lantai, membuang sampah, mencuci tandas, membasuh longkang, mencuci pinggan, membasuh baju, menjemur baju, mengangkat baju, melipat baju. Ha, semua benda aku buat kat rumah ni. bukan nak riak lah. Tapi, kau ada? HAHAHAHAHA. Nak buat macam mana kan aku kan seorang anak yang menurut perintah. Kalau tak basuh pinggan aku mesti tengah sapu sampah. Kalau tak mengemop lantai aku mesti tengan sidai baju. Sampai tak da masa nak online tau. That why la, kalau nampak aku macam lambat je reply komen korang tu, paham-paham lah ye. KIH KIH KIH.

Banyak jugak benda yang aku buat kat rumah masa cuti ni rupanya kan? So, sape kata duduk rumah buang masa ha? Oh, I got the answer already kan? mak aku lah yang cakap macam tu. 

teeeheee… 

oh, ni bukan mak aku ok... 

No comments: